Ailyn yang tengah sibuk je usap perutnya yang kian membesar, tetibe berhenti bila kena sergah.
"Sayang !!!"sergah Naim yang baru je turun dari bilik.Dia ambik tempat kat sebelah Ailyn yang tengah duduk kat atas sofa sambil layan drama.
Biasalah, pompuan kan ? tak sah kalau tak layan drama...Aduhai..
"Ishh ! Abang ni..buat terkejut je.."ujar Ailyn.
"ala Sayang ni pun..Abang cuma sergah je..bukan terkam Sayang pun.."Naim tayang sengih.
"gediklah Abang ni.."
Naim cuma sengih.Perut Ailyn dipegang.
"anak Ayah ni..duduk dalam tu diam-diam tau..nanti dah keluar, jangan nak jadi perangai macam ibu tau ? dahla mengada ! tak matang pulak tu.."
Ailyn bagi cubitan crab kat lengan Naim.
"Adeh, sakitlah Sayang..tengok ni ! ibu pun suka sangat cubit Ayah..sakit tau.."rengek Naim.
Lengan yang terasa pedih disapu banyak kali.Serius weyh ! rasa nak tercabut kulit bila Ailyn cubit.Bisa bro !
"padanlah muka ! kutuk Sayang lagi.."
"alala Sayang ni..kutuk-kutuk pun Abang sayang tau.."
Ailyn jeling sambil tersenyum.So gediks bro !
"Abang.."panggil Ailyn.
Naim pandang wajah sang isteri.Bibirnya ukirkan senyuman."iye Sayang..kenapa ?"
"hmm..Abang sebenarnya dah kahwin kan sebelum Abang kahwin dengan Sayang ?"soal Ailyn.
Naim gigit bibir bawah.'Ailyn dah tahu ? mesti mama bagitahu..tapi, dia memang ada hak pun untuk tahu yang sebelum ni aku dah kahwin..So, aku ceritakan ajelah..'
"Sayang tak marah pun lah..lagipun Sayang cuma nak tahu detail je pasal wife dulu Abang..itu je.."ujar Ailyn tatkala nampak riak muka Naim yang kendur bila tanya pasal wife dia yang dulu.
Naim senyum."betul apa yang Sayang cakap tadi..sebelum Abang kahwin dengan Sayang, Abang dah pun kahwin.."
"jadi mana isteri Abang yang dulu ? Sayang tak pernah nampak pun..Abang ceraikan dia eaa ?"cepat betul Ailyn ni serkap jarang.
Haih lah..Sabor ajelah !!!
Naim usap lembut kepala Ailyn."Sayang.., takkan lah Abang nak ceraikan isteri yang Abang sayang ?"
"dah tu ? Abang kahwin dua lah ni ? Abang tak baik tau.. kesian kat dia.."laju betul si Ailyn ni bercakap.Takde langsung nak dengar apa yang Naim nak cakap.
Dahi Ailyn jadi mangsa jentikan Naim lagi.Aduhai lah..dua orang ni..tak habis-habis main jentik dahi.Sakit dowh !
"sakitlah Abang !"Ailyn gosok dahinya banyak kali.
"itulah ! laik kali dengar dulu apa yang Abang nak citerkan ni.."
"haa..ye ye..apa citer dia ?"soal Ailyn, tak sabar.
"Abang pernah rancang yang nak kahwin dengan isteri Abang dulu, nama dia Aurah.Abang dah selesaikan dah rancangan tu tapi, Allah ada perancangan yang kita semua tak tahu..Pada hari yang sama kitaorang kahwin, hari tu jugak Aurah meninggal sebab tersepit kat dalam kereta.Kitaorang waktu tu nak ambik gambar wedding kitaorang kat pantai..Dan Abang dengan photographer tu pulak koma..Abang memang tak sempat nak tunaikan pesanan Aurah.."air mata Naim jatuh setitik demi setitik.
"Apa dia Abang ?"
"Aurah nak Abang jadi imam solat dia..Sungguh, waktu tu Abang tak mampu..yang cuma Abang mampu ialah tunaikan pesanan dia yang kedua.."Naim kesat air matanya lalu memandang Ailyn.
"pesanan kedua ?"
Naim angguk sambil tersenyum."iaitu Sayang.."
Dahi Ailyn berkerut."maksud Abang ?"
"Aurah suruh Abang cari pengganti tempat dia..yang boleh sayang dah cintakan Abang macam yang dia buat..Dan sekarang.., Abang dah jumpa pengganti tu..iaitu Sayang..Sayang dah bukak hati Abang untuk kali kedua.."
Ailyn senyum."Sayang ni pun dah lama tau nak bukak hati Abang tu..dah lah dulu, hati Abang macam batu tahu tak ? keras..kalau boleh nak je Ailyn ambik kapak lepastu pecahkan.."
"ooo..hati Abang macam batu eaa ? dah Sayang tu..perangai tu kalah budak-budak tahu tak ?"
"apa ? Sayang kan budak-budak lagi..Abang tu je yang dah tua.."
"ohh ! cakap Abang tua ye.."ujar Naim lalu cuit hidung Ailyn.
"tua-tua pun sayang jugak.."Ailyn bisik..Bibirnya mengukirkan senyum.
Naim apa lagi ? Pantang dengar perkataan SAYANG..Terus tersengih.Badan Sang isteri dipeluk erat.Tak lama lagi, bertiga lah diorang berdua ni ha..
Share this novel