Bab 118

Romance Completed 78329

Dua tahun kemudian…

Vitalika dan Ariff bergegas masuk ke dalam bilik tidur Gia dan Luqman selepas mendapat panggilan dari Luqman yang Gia pengsan. Luqman yang dah panik tadi tak dapat nak fikir lebih. Apa yang dia tahu dia perlu telefon Ariff untuk datang check keadaan Gia sekarang ini.
Sumpah! Hati aku tak tenang sekarang ni bila tak dapat perkhabaran Gia lagi. Aku takut kalau jadi apa-apa dekat dia. Yalah, manalah tahu dalam diam-diam sebenarnya isteri dia stress ke apa? Kita tak tahu kan?

“Luq? Gia macam mana?” Soal Ungku Maria sebaik saja tiba di rumah anaknya. Risau jugak dia dengar berita dari Luqman tadi. Puan Aminah pula menunggu jawapan dari mulut Luqman.

“Tak tahu lagi ma, ibu. Ariff dengan Vi ada dalam bilik tu tengah check keadaan Gia.”

“Macam mana Gia boleh jadi macam tu Luq?”

“Luq pun tak pasti ibu. Apa yang Luq tahu bila Luq turun ke dapur tadi, tengok-tengok Gia dah terbaring tak sedarkan diri. Dah panik sangat time tu terus call Ariff datang sini.”

“Harap-harap tak ada apa yang seriuslah…” Puan Aminah mengangguk setuju dengan Ungku Maria.

“Hariq mana?”

“Hariq ada dalam bilik. Tidur lepas minum susu.”

TERSENYUM Vitalika bila mendengar khabar dari suaminya yang kemungkinan faktor kak Gia pengsan bukan hanya disebabkan stress tapi mungkin disebabkan dia mengandung jugak. Kalau nak tahu lebih detail, kak Gia kena buat check up dekat hospital.

“Vi happy untuk akak. Kalau betul akak mengandung lagi…wah bestnya!!! Tak macam Vi…sampai sekarang tak mengandung lagi walhal dah dua tahun dah Vi kahwin dengan Ariff.”

“Apa pulak cakap macam tu? Kan I dah cakap? Mungkin kita berdua masih tak ada rezeki lagi nak timang anak. You janganlah stress fikir pasal tu.”

“Betul tu Vi. InsyaAllah satu hari nanti rezeki Vi dan Doktor Ariff nak timang cahaya mata sendiri mesti akan tertunai jugak. Banyakkan berdoa. Jangan pernah putus asa ok?” Gia tersenyum dengan bibir pucatnya.

“I keluar pergi jumpa Luqman dulu. Mesti dia risau sangat tu…” Ujar Ariff sebaik saja mengemas peralatannya. Dia melangkah keluar dari bilik tinggal Gia dan Vitalika di dalam bilik.

BEBERAPA detik menunggu, Ariff keluar juga dari bilik tanpa Vitalika di sisinya. Mereka bertiga segera menghampiri Ariff.

“Macam mana dengan isteri aku? Dia ok ke? Dia tak apa-apakan?”

“Sabar bro. Kau tanya soalan dekat aku dah macam roket tahu tak? Bawak bertenang dulu. Tak ada apa-apa yang serius pun dekat isteri kau. Aku check tekanan darah dia tadi agak tinggi mungkin dari stress. Oh ya, aku nak pesan dekat kau bawak isteri kau datang check up dekat hospital. Aku tak rasa isteri kau pengsan sebab stress je. Mungkin ada sebab lain jugak.”

“Huh? Sampai nak kena check up?”

“Ya…tak apa. Aku dah cakap dengan Dr. Nora dekat hospital aku kerja tu untuk check up Gia.”

“Ok…bila tu aku boleh bawak dia?”

“Hari ni pun boleh.”

“Ok, kalau macam tu aku bawak dia pergi hospital hari ni jugak.”

“Good. Aku inform Dr. Nora yang kau nak datang bawak isteri kau check up hari ni. But make sure jangan pressure isteri kau ya?”

“Ok. Thank you for your advice.”

“HEY…kenapa ni? Muka tu tak happy je? You tak happy ke kalau kakak you mengandung kali kedua? You bakal dapat anak buah lagi tau!” Sejak balik dari rumah Luqman, muka isterinya monyok je. Sedih pun ada.

“Awak tahukan saya…”

“I tahu apa yang you nak cakap.” Tangan Vitalika digenggamnya. “I nak you tahu yang I tak kisah pun kalau kita ada anak atau tak. Anak itu rezeki. Kalau kita ada rezeki untuk dapat anak, insyaAllah kita akan dapat cuma cepat atau lambat je. You jangan terlalu fikir pasal tu.”

“Saya rasa macam saya ni banyak kekurangan. Tak boleh mengandung…tak boleh nak bagi awak anak lagi sedangkan dah dua tahun kita kahwin.”

“Syhhh…apa cakap macam tu? Setiap manusia ada kekurangannya sendiri. Manusia dalam muka bumi Allah ni tak ada yang sempurna. I pun ada kekurangan I dan you pun ada kekurangan you tapi pada mata I you dah sempurna jadi isteri I. Percayalah cakap I…satu hari nanti insyaAllah kita akan dapat anak. You jangan pernah mengalah ok?”

Vitalika masih lagi diam.

“Vi…smile please? I nak you happy macam dulu lagi. You ingatkan apa yang I pernah cerita dekat you dulu? Ada pasangan yang dah lama tunggu anak tapi masih lagi tak dapat. Ada yang enam tahun, sepuluh tahun tunggu tapi masih lagi tak dapat sampaikan ada yang datang buat rawatan IVF tapi kalau Allah kata rezekinya untuk dapat anak masih lagi tak ada, maka tak ada lah. Kalau Allah kata ada, maka ada lah rezeki untuk pasangan tu dapat anak. Percaya pada takdir dan ketentuan yang Allah dah tentukan untuk kita. Jangan pernah mengeluh.”

“Thank you…” Kali ini barulah Vitalika rasa lega. Setiap kali suaminya bagi kata-kata semangat, terus bertambah rasa semangatnya. Ya…aku yakin yang Allah akan bagi rezeki anak kepada aku dan suami sama ada cepat atau lambat. Jangan pernah putus harapan.

“COMELNYA!!!” Vitalika menjerit suka sebaik saja ultrasound dijalankan ke atas kakaknya. Dapat dia melihat pada monitor screen ada tompokan kecil pada rahim kakaknya. Gia turut tersenyum melihat tompokan tersebut. Ini kali kedua dia merasa pengalaman ultrasound manakala Luqman pula first time.

“Baby baru je usia empat minggu.” Ujar Dr. Nora.

Alhamdulillah…aku masih ada rezeki untuk mengandung kali kedua. Dia memandang wajah gembira Vitalika. Aku doakan agar satu hari nanti adik kembar aku pun akan merasai pengalaman seperti aku. Gembira bila dapat timang anak sendiri. InsyaAllah…Vi akan mengandung jugak satu hari nanti.

“Akak! Nanti anak akak yang ni bagi dekat Vi eh!”

“Eh??? Hello, hello, hello! Ini anak aku! Dah kenapa nak kena bagi dekat kau pulak?” Luqman bersuara.

“Alah…jangan kedekut sangat!”

“Bukan kedekut tapi ini anak aku.”

“Orang nak pinjam je pun.”

“Merepek sangat kau ni sampai nak pinjam anak aku. Kau ingat anak aku touch n go?”

Hah! Mula dah dua orang ni nak bertekak.

“Kedekut!”

“Suka hatilah! Anak aku!”

Luqman dan Vitalika masing-masing menikam mata. Riak tak puas hati betul. Hahaha!!!

“Vitalika ni dari zaman intern…tak pernah nak mengalah langsung!” Sampuk Dr. Nora.

Vitalika tersengih. “Sorry doktor. Doktor! Saya nak buat ultrasound jugak boleh tak? Hehehe…saja nak tengok rahim sendiri.”

“Vitalika! Ya Allah budak ni! Tak pernah dibuat orang tau tak?” Dr. Nora dah nak pengsan dengar permintaan
Vitalika.

“Tak…maksud saya nak tengok rahim saya sihat ke tak. Ha…boleh kan doktor?”

Dr. Nora menggelengkan kepalanya perlahan dengan senyuman kecilnya. Terhibur dengan perangai sengal Vitalika yang masih sama macam dulu.

“Yelah…” Gia ditolong oleh Dr. Nora dan Vitalika untuk bangun dari katil. Sebaik saja Gia turun dari katil, Vitalika pulak baring di atas katil.

Ultrasound dimulakan. Dr. Nora mengerutkan dahinya bila melihat imbasan yang ada skrin monitor. Gia turut pelik melihatnya.

“Dah kenapa kak Gia dengan Dr. Nora kerut dahi? Kejap…dekat situ kenapa ada macam…” Kepalanya mula ting tong.

“Vitalika…awak…” Dr. Nora dan Gia dah mula tersenyum.
Luqman pula seperti dapat mengagak apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Nora sebaik saja dia tengok imbasan pada skrin monitor.

Vitalika mengandung!

“Vi!!! You’re pregnant!!!” Hampir menjerit Gia dibuatnya.
Ya Allah! Sungguh tak sangka Engkau telah turunkan rezeki anak kepada Vitalika dan Ariff. Anak yang ditunggu-tunggu oleh mereka selama dua tahun perkahwinan.

“Betul ke ni?”

“Ya Vitalika. Kalau ikut pada imbasan ni, usia kandungan awak dah masuk sepuluh minggu. Bila tarikh terakhir awak period Vi?”

“Saya tak ingat pulak doktor sebab start saya kahwin, period saya mula tak stabil.”

“Ya Allah…rezeki untuk awak Vitalika. Nasib baik otak gila awak datang time macam ni. Awak memang tak ada simptom-simptom yang dialami ibu hamil ke? Muntah, pening, loya, tak boleh bau makanan and others?”

“Tak ada doktor. Everything is normal. Doktor Ariff pun tak ada apa-apa simptom pelik. Kami berdua biasa-biasa je.”

“I see…awak dah boleh buka buku merah dah ni. Kalau Doktor Ariff tahu ni, mesti dia happy.”

“Errr…jangan bagitahu dia lagi. Lusa birthday dia. Saya ingatkan nak buat surprise untuk dia.”

“Hmmm…sweet you both. Ok, saya akan zip mulut.”

“Tahniah Vi.” Gia menggenggam tangan adiknya.
Sebagai kakak kembar, dia turut rasa happy untuk adiknya.

LUQMAN menghampiri adiknya yang sedang menyusun lauk-pauk di atas meja makan lalu rambut adiknya diserabutkan. Zahirah macam biasa…menjeritlah jawabnya. Tangannya menampar tangan abangnya bertubi-tubi. Luqman ketawa kuat.

“Haih dua orang ni. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak menyakat!” Kata Ungku Maria. Kaki mula menyakat mestilah Luqman.

“Angah ni ha mama!”

“Apa? Apa?” Tangannya laju menyerabutkan kembali rambut Zahirah.

“Angah!!!”

“Hahahaha!!!”

Gia berjalan turun dari tangga dan menghampiri meja makan. Lauk-pauk yang disediakan oleh mama dan ibu memang membuka seleranya.

“Luq! Sudahlah tu kacau Ira! Ira! Datang tolong mama dekat dapur ni!”

“Ye ma!” Sempat lagi dia tampar tangan abangnya sebelum cabut lari ke dapur.

“Awak ni…selalu sakat Ira kan? Kesian dia.”

“Bukan selalu nak boleh sakat. Dia jelah adik yang saya ada. Nak buat macam tu dekat kak Rina? Mampus kena sembelih!” Silap-silap kena karate! Fuh! Sampai ke bulan kalau kak Rina karate.

“Esok birthday Doktor Ariff. Saya nak pergi rumah diorang boleh tak esok?”

“Boleh. Nak buat apa?”

“Nak tolong Vi masak.”

“Ok…tapi jangan lasak sangat ok?”

“Baik suamiku sayang.”

“Gia? Dah lapar ke? Mama dengan ibu dah siap masak ni. Hari ni mama dengan ibu masak makanan kesukaan Gia. Ayam Adobo style Filipina, Beef Kaldereta dengan Sinigang daging lembu.”

“Wah! Tengok mama dengan ibu masak pun Gia dah tahu sedap!”

“Tak tahulah sedap ke tak Gia. Ibu dengan mama baru first time buat.” Ujar Puan Aminah pula.

“Tak apa…mesti sedap ni! Confirm!”

Mereka mula mengambil tempat duduk di meja makan. Selesai mengaminkan doa makan yang dibaca Luqman, mereka mula mencedok lauk-pauk tersebut. Gia mencedok sinigang daging lembu terlebih dahulu. Puan Aminah dan Ungku Maria menunggu reaksi Gia.

“Macam mana akak?” Zahirah bertanya.

“Erm! Sedap! Serius!”

“Betul ni Gia?” Ungku Maria dan Puan Aminah bertanya serentak dengan senyuman di bibir mereka.

“Betul!” Sinigang dan Ayam Adobo dicedok ke dalam pinggannya. Bila rasanya dah sedap memang terus membuka seleranya. Lama tak makan lauk pinoy. Jadi rindu pulak dia.

MAKANAN sudahpun dihidang di atas meja makan. Dengan bantuan Gia, lagi bertambah mudah kerja Vitalika dibuatnya. Suaminya akan pulang ke rumah tengahari nanti. Katanya shift dia habis waktu tu. Vitalika pula dah rasa teruja untuk suprisekan suaminya. Dalam masa yang sama rasa gementar pun ada.

“Surprise untuk Ariff dah prepare ke?”

“Dah. Dari semalam lagi.”

“Laju buat kerja.”

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas setengah pagi. Masih ada masa untuk prepare semuanya.
Ahli keluarga Luqman pun dah datang. Maya, Kristine, Jericho dengan Lisa pun dah sampai sini semalam.
Diorang pun tak percaya yang Vitalika tengah mengandung sekarang ni. Mak cik dan pak cik dari keluarga Gia dan Vitalika pun turut turun sama nak raikan berita gembira ni. Abang Eric dan isteri pun turun sekali.

“Ada apa-apa yang akak boleh tolong?” Tanya Aluna
sebaik saja menghampiri mereka berdua.

“Tak apalah akak. Akak kan tetamu.”

“Apa salahnya tolong family sendiri jugak kan? Meh…akak tolong.” Mangkuk besar berisi kuah tomyam diambil dari pegangan Vitalika dan dihidangkan ke atas meja makan.

Maya dan Kristine pula sibuk menghias dengan belon-belon yang mereka dah beli dan ada jugak yang ditempah.

Telefon Vitalika berbunyi. Panggilan masuk dari Ariff.

“Hello awak…”

“Hello…I dah on the way balik.”

“Ye ke? Ok…drive safe.”

“Thank you love…” Panggilan diputuskan.

“Ariff ke tu?” Tanya Gia.

“Ya. Dia on the way balik dah.”

“Alright…good.” Nasib baik semuanya dah prepare. Tunggu masa nak surprisekan Ariff je.

ARIFF memakirkan keretanya di garaj. Dia memandang ada beberapa buah kereta yang diparkirkan di halaman rumah. Siapa yang datang ni? Kereta yang dua tu dia kenallah. Kereta Luqman dengan kereta kakak Luqman tapi yang dua lagi ni dia tak kenal. Dia melangkah masuk dalam rumah.

Hampir saja dia melatah bila tiba-tiba saja ada jeritan surprise bergema di dalam rumah. Ramai mata yang sedang memandang ke arahnya. Dia memandang ke arah belon decoration. Ada tulisan happy birthday.

Huh? Birthday aku hari ni? Seriuslah? Dia menilik jam di tangannya. Ha arrr lah! Birthday aku! Matanya kembali memandang ke arah Vitalika yang sedang menghampirinya dengan kek di tangan. Diekori beberapa orang di belakangnya. Bila banyak mata yang fokus padanya membuatkan dia terasa segan seketika.

“Happy birthday yang ke-35 awak. Saya doakan supaya awak sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa menjadi suami yang terbaik untuk saya dan anak-anak kita nanti.”

“Thank you love,” dahi Vitalika dicium kecil.

Dia mengambil pisau yang diserahkan oleh Gia kepadanya. Kek dipotong perlahan dan dia mencubit sedikit kek tersebut dan disuapkan ke dalam mulut Vitalika. Vitalika turut berbuat demikian.

Vitalika menyerahkan kek kepada Zahirah dan mengambil hadiah special untuk suaminya. Hadiah yang dah lama dia tunggu nak bagi kepada suaminya.

“Besarnya hadiah.”

“Saja nak bagi besar. Bukalah…”

Ariff yang tak syak apa-apa terus buka kotak tersebut dan memandang isi dalamnya. Ada carikan kertas di dalam kotak tersebut dan ada jugak beberapa barang di dalamnya. Satu gambar seperti polaroid diambil dan memandang gambar tersebut. Ada tulisan hello daddy pada gambar tersebut.

“Hello daddy? Kejap…ni gambar imbasan baby. Ten weeks pregnancy. Hurm? Wait…you must be kidding right, Vi?” Dia dah dapat tangkap makna yang cuba disampaikan bila ada kasut baby dan baju baby dalam kotak tersebut.

“Ye…saya mengandung dah sepuluh minggu.”

“No! You must be kidding, right?” Mata Ariff dah mula berair. Berita yang dia tunggu-tunggu selama ni akhirnya…

“I’m not kidding. Ini betul-betul. Saya mengandung!”
Tangan Vitalika naik mengelap air mata suaminya. Dia pun nak menangis sekali.

“Ya Allah…” Terus tubuh Vitalika ditarik ke dalam pelukannya. Satu khabar gembira yang dia terima pada hari lahirnya cukup membuatkan dia gembira. Ya Allah! Aku berterima kasih di atas rezeki yang Engkau berikan ini Ya Allah!

Mereka yang ada di situ turut sebak. Masing-masing dah tahu tentang Vitalika dan Ariff yang menunggu cahaya mata dua tahun dan akhirnya tercapai jugak keinginan mereka untuk memiliki zuriat.

“Bila tahu ni?”

“Hari masa kak Gia pergi buat check up. Time tu main-main je dengan Dr. Nora nak buat ultrasound jugak. Tapi, sekali buat ultrasound lain pulak yang dapat.”

“Congrats!!!” Masing-masing mengucapkan tahniah kepada Ariff dan Vitalika.

Selesai sesi luahan hati, mereka dijemput untuk menjamah makanan yang sudah dihidangkan oleh Vitalika dan Gia. Beraneka jenis makanan yang disediakan. Boleh pilih nak makan yang mana satu.

“Akhirnya…hajat Vi dan Ariff kesampaian jugak kan?” Kata Luqman bila mengambil tempat di sebelah Gia.

“Tulah…saya pun happy untuk diorang berdua.”

“Saya pun happy jugak bila nak dapat anak seorang lagi. Kan Hariq kan? Hariq pun mesti happy nak dapat adik,” Hariq di dalam pangkuan ayahnya sekadar ketawa. Happylah tu nak dapat adik baru.

“Gia…awak ingat takhta cinta yang saya pernah janji dekat awak dulu sebelum kita kahwin?”

“Still ingat sampai sekarang.”

“Awak rasa takhta cinta yang saya janjikan pada awak dulu, awak dapat pada masa sekarang?”

Gia tersenyum manis. “Alhamdulillah…saya dah dapat semua tu dan saya rasa bahagia sangat. Awak dah tunaikan semua janji awak pada saya. Saya bahagia dengan takhta cinta yang awak dah berikan pada saya selama ni.”

“Thank you sebab sudi bertahan dan stay dengan saya sampai sekarang.”

“Saya pun nak berterima kasih pada awak sebab sudi jadikan saya sebahagian daripada hidup awak walaupun dulu kita berbeza fahaman tapi awak tetap boleh terima dan sayangkan saya.”

“Sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih dekat awak sebab sudi jadi isteri saya sedangkan saya dah banyak sakitkan hati awak dan saya nak berterima kasih jugak sebab sudi jadi ibu kepada anak-anak saya. I love you more than everything. Kisah yang pernah jadi antara kita dulu start dari arwah Dariya accident, itu adalah titik perkenalan kita.”

“Saya takkan pernah lupakan arwah Dariya. Saya tahu awak sayangkan dia sangat-sangat Luq dan saya tak mintak pun awak lupakan arwah sebab dia first love awak dan arwah memang baik sangat orangnya. First meet saya dengan dia pun dah buatkan saya rasa selesa. Dia sangat humble…”

“Tapi awak dan anak-anak kita adalah perkara utama yang saya perlu ambil kira. Ingat janji saya Gia…saya akan sayangkan awak sampai bila-bila dan takkan sakitkan hati awak lagi. Kalau saya tak sengaja sakitkan hati awak, maafkanlah saya sebab perangai baran Luqman Adha yang dulu masih lagi ada tapi tak seteruk yang dulu. Boleh?”

“InsyaAllah boleh.”

Gia dan Luqman sama-sama tersenyum. Bahagia dengan kehidupan yang mereka jalani sekarang. Bahagia juga bila orang yang tersayang turut happy tambah-tambah lagi bila dapat berita yang Vitalika dah mengandung selepas dua tahun menunggu. Jericho dengan Lisa pulak akan melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi manakala Maya dan Kristine masih lagi single macam biasa.

Rumah tangga sentiasa ada bolak-baliknya tapi kalau masing-masing bertolak ansur dan berbincang secara baik-baik, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Takhta cinta yang dibina dengan tulus akan berkekalan dengan izin-Nya. Gia dan Luqman sama-sama bahagia dengan kehidupan yang mereka jalani. Segala benda yang dah pernah berlaku pada masa dulu diletakkan ke tepi dan fokus pada masa yang akan datang.

Percayalah…setiap benda yang terjadi pada kehidupan seseorang itu telah dirancang sebaik-baiknya oleh Maha Pencipta. Kita sebagai hambaNya perlu terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersangka baik. Setiap ujian yang diturunkan mesti akan ada jalan penyelesaiannya. Kata kunci yang perlu dipegang, jangan pernah mengalah.

“Aku mungkin panas baran, tidak bertanggungjawab dan selalu bertindak melulu tapi tak bermakna yang aku akan kekal dengan perangai aku sampai bila-bila. Sikit demi sedikit aku akan berubah untuk isteri aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Walaupun aku kejam dahulu tapi tak bermakna aku akan kekal jahat selamanya pada isteri aku. Sikit demi sedikit aku cuba ubah diri aku untuk jadi suami yang lebih baik untuk dia walaupun saat itu aku tahu aku dah hampir hilang kepercayaan yang dia dah bagi pada aku tapi aku tak pernah putus asa untuk meraih kemaafan dari orang yang aku sayang. Aku cintakan kau, Gia Vatanika.” ~Luqman Adha.

“Aku bukan isteri atau perempuan yang baik. Datang dari keluarga yang porak-peranda masalahnya tapi aku cuba sedaya-upaya aku untuk melindungi orang yang aku sayang dan cuba untuk menebus segala dosa aku yang pernah jadi pada arwah Dariya dulu. Aku takkan pernah lupa apa yang pernah jadi. Kehilangan mummy, tatay, dan daddy mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih kuat apatah lagi bila aku berjumpa dengan suami aku because I know what I did more than worth. Because I love him, I’m willing to do everything. Mahal kita, Luqman Adha.” ~Gia Vatanika.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience