BAB 26

Horror & Thriller Completed 790

“Lapan belas tahun kemudian, benda-benda pelik tu jadi lagi. Atuk dah risau dah. Kebetulan masa tu kau baru lahir. Lagi atuk risau. Nenek kau dengar orang bisik-bisik. Mak kau lagilah.”, ujar Munir.

*************

Ros semakin hari semakin gelisah. “Ayah, macam mana kalau Ros dengan Malik hantar Rania dekat keluarga yang nak jaga dia? Ros taknak dia terlibat sama. Ros taknak dia rasa macam mana Ros rasa masa kecil-kecil dulu. Sentiasa dalam ketakutan.”

“Ayah minta maaf kalau selama ini kau dalam ketakutan.”

“Abang, apa yang Ros kata itu ada benarnya. Kasihan si kecil. Mawar pun ingin lihat si kecil ini membesar dengan riang.”

“Apa kata kau Malik?”

“Jika ini yang terbaik, Malik sanggup.”

“Baiklah begitu. Sebagai kenangan terindah dan mungkin terakhir buat kami berdua, saya akan ke pekan untuk upah orang ambil gambar.”, kata Malik.

“Aku ikut kau.”, kata Munir.

Mereka mengambil gambar beramai-ramai. Berlatar belakangkan rumah kayu itu, gambar kenangan itu menjadi yang terakhir kali.

**************

“Semua sudah tidur?”, soal Munir.

“Sudah ayah. Baru setengah jam tadi.”, balas Malik.
“Ayah dari mana? Lewat balik.”

“Lepas habis solat disurau tadi, ayah singgah di warung Pak Khamis. Bersembang orang-orang tua. Bila kau mahu menghantar anak kau? Siapa keluarga itu?”, soal Munir lagi.

“Dua hari lagi ayah. Keluarga itu memang orang baik-baik. Dia anak saudara majikan Malik.”, jawabnya.

Munir mengangguk. Dalam masa yang sama agak terkilan kerana mereka membuat keputusan tanpa berbincang dengannya.

**********

Kini, tibalah masanya untuk mereka berpisah. Rania akan dihantar kerumah keluarga barunya. Munir mencium cucunya itu sepuas-puasnya.

“Kau yakin mahu ikut mereka, Mawar? Tempat ini agak jauh. Nanti kau akan keletihan.”, soal Munir.

“Betul. Kau duduklah dirumah. Jaga ibu.”, balas Mawar.

“Baiklah, ayah. Kami pergi dulu. Ayah jaga diri, ya.”, pesan Malik.

“Kami pergi dulu, nek.”

“Jangan pergi, cu. Bahaya ada depan. Jangan pergi.”, halang Ibu.

“Nenek jangan risau. In sha allah tiada apa-apa. Allah sentiasa ada.”, kata Ros.

Keesokan harinya, Munir menerima berita buruk dari orang kampung.

“Assalamualaikum, Pak Munir! Assalamualaikum! Pak Munir!”

“Waalaikumussalam. Ada apa kau terjerit-jerit ini?”

“Pak Munir. Ada berita buruk.”

“Berita apa? Kau jangan buat aku tak senang duduk.”

“Ros. Ros, Malik dengan Mak Mawar kemalangan.”

“Astaghfirullah, kau jangan main-main. Katakan yang betul.”

“Betul, Pak Munir. Buat apa saya nak tipu. Mereka meninggal disitu.”

Munir terduduk. Tidak sangka rupanya pertemuan semalam itu adalah pertemuan terakhirnya. Dia menangis. “Cucu aku bagaimana?”

“Saya tak tau, Pak Munir. Bersabar ya, Pak Munir.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience