Rate

Prolog

Family Series 3623

"Aku benci kau! Aku benci gila dengan kau! Aku tak tau apa salah aku dan aku tak tau kenapa kau suka kacau aku. Aku ingat kita ni kawan tapi.... Tak! Selama ni kaulah musuh disebalik selimut kan. Suka kan tengok aku menderita. Suka kan! Dah! Puas hati kau. Apa lagi yang kau nak aku jujur sebelum aku bisukan mulut aku bercakap dengan kau, butakan mata aku melihat kau dan tulikan telinga aku mendengar kata-lata kau."

Suara yang kebiasaannya dapat didengari dengan kelembutan oleh Hazieq kini telah naik seoktaf di hadapannya.

Air jernih menitis satu per satu pada mata lelaki tersebut."Terima kasih sebab jujur. Tak de apa dah. Semuanya cukup jelas kat aku yang aku memang tak penting untuk kaiy sekarang.Aku minta maaf sebab selalu kacau kau. Aku janji tak kacau kau. Aku sedar kedudukan aku di mana pada pandangan kau. Semoga kau bahagia tanpa aku.Aku pergi dulu. Mohon maaf."

Bekas tamparan tidak diendah kerana bekas kejujuran yang ditinggalkan lebih pedih untuk dihadap.

******************************

Angin petang seperti memahami akan keadaan aku yang serabut dan kecewa. Masih segar di ingatan aku ayat lelaki yang paling aku benci tadi. Zaman kanak-kanak aku seperti dilagakan dengan sebuah dinding keras yang kukuh. Aku belajar erti benci seawal usia ini dan kepercayaan aku musnah serta merta kerana manusia yang aku gelar sahabat.

Apa salah aku?
Kenapa diorang layan aku macam aku ni bukan manusia dan tiada hati dan perasaan. Aku tidak minta banyak, hanya secebis kasih daripada manusia yang akan aku anggap sebagai sahabat.

Namun aku sedar bahawa segalanya tidak akan kekal termasuklah orang yang aku sayang iaitu mama dan ayah. Air mata dikesat dan hirupan udara diambil untuk hembusan keletihan dengan sikap manusia yang berbagai karenah.

Air mata dikesat dan hatiki mula berkata,
'Syu, Aina, Ain, Kimi, Abang Luth, Abang Luthfi Mama Ayah. Mereka semua ialah manusia yang tidak akan kekal selamnya dengan aku. Sampai masa pasti Allah SWT akan memisahkan antara kami. Cuma cara perpisahan yang aku tidak mengetahui sama ada baik atau buruk. Sekarang kau kena bangun dan hargai setiap apa yang ada, tapi ingat pesan Kak Jannah....'

Fikirannya berputar kembali pada pertemuannya dengan Kak Hidayah pada tempoh hari,
"Awak, kita memang perlu hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita cuma jangan terlalu mengaharap bahawa dia akan ada 24 hours dengan kita sebab perpisahan pasti akan berlaku. Awak.... Hanya dengan niat kerana Allah SWT dalam sesuatu perhubungan, hidup kita pasti akan tenang walaupun kita tahu perpisahan pasti akan menyinggah tetapi sekurang-kurangnya kita akan menemui semula di destinasi yang amat dicemburui oleh ahli neraka . "

****************

Sahabat menyapa untuk melukakan hati.
Orang yang rapat disangka memberi harapan.
Meminta kasih manusia tidak akan pernah dapat untuk kekal.
"Mintalah kasih sayang-Nya. Pasti adek tak akan terluka selamnya.Hapuskan air mata adik untuk abang ye."

Love to reading and writing islamik story. • ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Semoga ada keberkatan dalam penulisan setiap manusia yang mencoret di dalam ini sama ada lelaki mahupun perempuan. Join telegram? https://t.me/alfaqirulmukminin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience