VS 34

Drama Completed 85759

7 bulan berlalu....

“Damia Everlyn? Mmm....”
Daim bermain jambang tipisnya.
“Tak ayu sangat ke nama tu?”

Eva yang menyandarkan kepalanya pada dada kekar si suami, mendongak wajah. Mata Daim ditatap. Keningnya dikerutkan.
“Dah anak kita perempuan, mesti lah nama kena ayu, takkan nak letak nama lelaki pulak.”

Daim kembali menarik bahu Eva dan membenamkan wajah wanita itu ke dadanya. Selesa.
“Dah besar nanti aku nak ajar dia silat, biar dia kental macam lelaki.”

“Ooo.. dulu aku nak belajar silat, mati-mati kau halang kan Im?”
Lengan Daim yang berada dipinggang Eva ditampar lembut.

Daim mengemaskan pelukannya. Ubun-ubun Eva dicium.
“Sebab aku sayangkan kau Eva, aku takknak kau terluka walau sikit pun.”

Eva senyum..
Badannya dirapatkan kesisi tubuh Daim.
Bergegar sedikit katil bersaiz ‘King’ dibilik suaminya.

Hanya seminggu sahaja dia dan Daim berkampung di Pulau sebelum dihalau balik oleh Nek Mah dan kembali di Bandar semula.

Muka Nek Mah yang sedia berkedut makin tambah berlapis bila Daim menyatakannya dia ingin wanita tua itu menyambut kelahirannya anak di pulau.

“kau ingat ni zaman batu?! Perempuan beranak di rumah, disambut oleh bidan tak bertauliah macam aku? Kalau jadi apa-apa pada anak kau nanti, aku jugak yang kena.”

Nek Mah melipat kaki kirinya hingga kepala lutut merapati dagu wanita itu, daun nipah kering yang digulung tanpa tembakau di selit dihujung bibir.

“Boleh lah Nek Mah. Pak Chot cakap Nek Mah banyak sambut kelahiran kat pulau ni, Bidin dulu pun Nek Mah yang sambutkan. ”
Daim yang bersila berhadapan wanita tua itu memandang sekilas kepada Eva yang turut duduk ditepinya.

“Itu dulu.. waktu pulau ni tiada bot nak hantar perempuan nak beranak ke darat. Masa itu juga aku masih muda. Sekarang ini cuba kamu berdua tengok, tangan aku ni dah mengigil, macam mana aku nak tarik budak keluar? Mata aku ni hah! Bukan nampak sangat pun. Silap hari aku pun tak tahu mana satu lubang keluar budak.”

Eva tergelak kecil.

Daim turut senyum, pipi dah rasa panas bila Nek Mah sebut perkataan ‘Lubang’
Kasar jugak bahasa orang tua ni!

“Aku rasa baik kau bawa la bini kau ni balik ke darat, Sekarang zaman dah moden. Aku dengar sebelum budak keluar dah boleh tahu lelaki ke perempuan, lagipun kalau ada sakit apa-apa senang hospital nak tengok kan. Kamu berdua datang dari bandar, mustahil tak fikir semua tu? Jangan sedap nak buat anak je, keselamatan anak kena ambil tahu.”

Dushh!
Kali ni ayat Nek Mah terus menikam ke kerongkong Eva dan Daim.

Apa lagi... Mata suami isteri itu saling berpandangan menyatakan
: Baik kita blah la dari sini! Makin lama duduk sini, makin teruk kena sental dengan Nek Mah!

Apa lagi.. keesokannya Daim dan Eva terus berkemas balik ke rumah mereka.

Sebenarnya, betul apa yang dikatakan oleh Nek Mah. Eva kena pulang, dia perlu mendapatkan rawatan setiap bulan bagi memastikan kandungannya selamat sehingga dia bersalin.

Syukur anak yang dikandung Eva membesar dengan jayanya dalam rahim beliau. Dan Pakar perbidananan sudah mengesahkan kandungan Eva adalah perempuan.

“Kau sayang aku, tapi kau tak sayang kat anak kita? Belajar silat memang sakit nanti Im”
Sekali lagi Eva mengemaskan pelukan pada sang suami yang menyandar di kepala katil.

Panjang nafas Daim ditarik sebelum menarik tubuh Eva mengemaskan lilitan lengan wanita itu dipinggangnya.
“Aku akan ajar anak kita sejak kecil, biar dia boleh tahan dengan segala kesakitan, tak la cengeng bila dah besar. Macam kau.”

Eh! Eh!
Pak! Dada Daim ditampar kasar sebelum Eva menjarakan tubuhnya dari lelaki itu.
“Ikut sedap mulut kau je cakap macam tu kat aku!”

Bibir Daim mengukir senyum. Eva masih sama seperti dulu. Ganas!
Tapi Daim Akli suka!

Bzzz... Bzzzz...
Meja sisi disebelah katil Daim bergegar apabila telefon lelaki itu berbunyi.
Badan dipusing sedikit mencapai telefon bimbitnya.
Bola mata kedu bila menatap nama pemanggil diskrin.

“Siapa?”

Belum sempat Daim melarikan telefonnya, leher Eva sudah panjang menatap di skrin.

“Bella again?!”

Sudah....

“Bak sini aku jawab..” Eva cuba merampas telefon di tangan Daim, namun suaminya membawa kesisi.

“Tak yah, bukan hal penting sangat pun.”
Daim terus menyimpan telefonya disisi. Dia tahu sikap Eva, cemburu tak bertempat.

“Kalau tak penting? Kenapa kau nak elak? Bak sini la Phone tu! bagi aku cakap dengan Bella! Tak habis-habis nak gedik dengan kau! Tak sedar ke kau suami aku!”

Daim meraup wajahnya. Telefon ditangan yang masih berbunyi dijawab sambil mata melirik kearah isterinya.
“Yes Bella, You nak apa?”

You?!
Grrrr.... Eva ketap gigi!
Sesuka je YOU I dengan Bella, habis aku ni?
Bini sendiri pun masih berAKU KAU!
Melampau ni!

“Anak buah you, Aiman, ada hantar resume pada Agency i untuk jadi model. Till now i tak dapat reach phone dia. You ada number lain yang boleh i contact dia?”

Sekali lagi mata Daim melirik muka ketat si isteri disebelah, telinga menangkap suara Bella dihujung talian.
“Maybe dia masih di kampong, coz after Shoot tamat di Tembeling River. Aiman cakap nak balik kampong.”

“Ooo... i see.. never mind, if dia balik semula boleh you suruh dia datang Agency i untuk casting?”

Daim mengangguk, hujung mata masih memandang Eva yang makin gelisah.
“You kat mana ni?”

Pak!
Pantas Telefon yang melekat ditelinga kanan Daim dirampas oleh Eva.
“Kau nak apa call laki aku malam-malam ni Bella?”

“Eva...”
Daim cuba merampas kembali telefon bimbitnya, namun laju Eva menepis.

“Daim bukan artis, aku yang banyak tahu pasal dunia seni, apa-apa hal kau boleh cakap dengan aku bukan laki aku!”
Buku lima Eva dikepal kuat, bibir bawah digigt berkali-kali.

“Cool Eva.. takkan i nak cakap dengan Daim in phone je you nak sentap?”

“Sentap tak sentap, yang kau call tu laki aku Bella. Tak habis-habis lagi ke kau nak kejar dia?”

“Eva...”
Kali ni Daim mengosok lembut belakang isterinya, mintak bertenang. Bukan dia tak tahu, Eva kalau marah, saka pun boleh lari!

Eva menepis tangan suaminya, mata mencerlum memandang lelaki itu.
Telinga terus bengkak mendengar suara Bella yang gedik.

“Chill la Eva... Daim husband you je kot, takkan dia nak duduk bawah ketiak you je. Open la.. lagipun i dah lama kenal rapat dengan Daim, you tak boleh halang i berhubung dengan dia, borak sikit bukan luak pun”

“Shit!”
Pak! Eva menghempas telefon bimbit milik Daim diatas tilam sebelum kaki menuruni katil.
Bukan luak?
Sebal!

Daim mengambil telefonya diatas katil. Mata memandang skrin, Bella masih ditalian.
Keluhan dilepaskan sebelum dia menjawab.
“You cakap apa dengan my wife, Bella.”

Terdengar kekekan kuat dari Bella makin menambah kalut dihati Daim.

“Wife you ni tak habis-habis nak jealous. Dia tak sedar ke dia ada suami yang deeply love dengan dia. Datang lah bidadari dari langit pun, Daim Akli takkan tergugat.”

Sekali lagi tawa Bella menampar cuping telinga Daim.
Nafas ditarik lagi.
Hujung mata menghantar tubuh Eva yang sedang mengeluarkan Luggage kecil miliknya.
Again?

“Okay la Bella, I off phone dulu.”
Tanpa menunggu jawapan, panggilan dimatikan sebelum Daim melangkah turun dari katil dan menghampiri Eva yang sedang mencapai baju di dalam almari dan dimasukan kedalam luggage.

“Eva.. please... jangan lah macam ni, kau pun tahu aku dengan Bella takde apa-apakan.”

“Takde apa-apa, tapi kerap call kau.”
Tangan Eva menepis jemari Daim dan kembali menyambung kerjanya.
Amarah makin terus tinggi.

“Mana ada dia selalu call, sejak kita balik dari pulau, ni baru kali kedua dia call aku.”
Tangan Daim terus menghalang tindakan Eva yang makin lagak memasukan helaian baju kedalam beg.

Eva pusing tubuh, kepala didongak, mata tajam Daim dilawan.
“Kali kedua? Habis bila dia call kali pertama? Kenapa kau tak inform aku?”

Daim sua rambutnya kebelakang.
Kulit kepala yang tak gatal, digaru laju.

Bagaimana harus dia jelaskan pada Eva, dua bulan lepas memang Bella menelefon dia, itu pun sebab nak ucapkan tahniah kerana dia baru sedar yang Eva mengandung, tadi pun Bella telefon sebab nak tanya pasal Aiman.
Aiman salah seorang anak buahnya untuk ‘Stuntman Club’, mempunyai rupa paras serta tubuh yang sesuai untuk menjadi model, kebetulan Daim mencadangkan lelaki itu untuk mencuba nasib dalam bidang modelling.
Aiman pun apa lagi, terus setuju dan tak sangka pulak Agensi Modelling milik Bella nak terima lelaki tu.

Masalahnya sekarang....
Eva pulak yang salah sangka...
Haiisshhh...
“Dah lah Eva.. kau tengah sarat ni... jangan buat macam ni.”

Setelah dirasakan bajunya cukup didalam luggage, jari Eva menarik zip sebelum mendirikan luggage dan menarik keluar bilik.

Daim mengekor laju.
“Eva.. pleaseee....”

Rayuan sang suami ditolak mentah-mentah oleh Eva. Tangan terus membawa luggage yang berisi pakaiannya menuruni anak tangga.

Sampai dibawah, mata Eva terpandang Clara yang membawa segelas minuman dari dapur melintas dihadapanya untuk menuju ke ruang tamu.
“Kak Clay... Eva balik rumah mama.”

Clara berhenti langkah, bahu dikendur.
Again?
Keluhan dilepaskan, sebelum mata mendongak memandang tubuh Daim yang turut menghampiri isterinya.
Kepala digeleng berkali-kali.

“Lantak korang la.”

Clara cebik bibir sebelum meneruskan langkah dan menghenyakan punggung dihadapan televisyen.

Pasangan suami isteri yang sudah keluar dari rumah, dibiarkan.
Kopi ais yang dibuatnya sebentar tadi, Clara sisip kebibir.

Bukan dia taknak pujuk adik iparnya. Tapi sejak 7 bulan yang lalu, dah dekat berpuluh kali Eva keluar rumah ni. Kata nak balik rumah mama dia, padahal rumah tu kat sebelah je.

Bila Eva keluar, Daim akan berlari kesebelah untuk memujuk.

Hah!
Kau tengok lah!
Tak sampai sejam, Eva akan kembali balik semula kesini.

Aisshh! Apa nak jadi lah dengan Eva dan Daim ni! Perangai Buddy tu terbawak-bawak sampai sekarang! Takkan tak sedar dua-dua dah nak jadi mak bapak!

“Eva!”

Eva masih tak hiraukan panggilan Daim. Kaki melangkah masuk kedalam rumah dan menuju keanak tangga. Mata sempat melirik kearah Mansor dan Dahlia yang sedang duduk menonton televisyen.
“Mama Papa, mulai hari ni Eva akan tinggal kat sini.”

Mansor dan Dahlia memandang sekilas pada anaknya yang sudah menapak di anak tangga.

Seperti Clara, mereka berdua pun dah muak dengan kerenah anak dan menantunya.
Yang sorang suka menyakat, yang sorang mudah sentap!

Hah! Makin menjadi lah adengan pujuk memujuk.

Daim turut melangkah panjang masuk kedalam rumah, saat melihat mama dan papa Eva di ruang tamu. Terus langkahnya mati. Muka dah serba salah.
“Sorry mama, papa..”

“Dah la better kau pujuk Eva cepat, tak habis-habis nak gaduh! Nak jadi parents pun , perangai masih macam budak-budak”

Daim tunduk malu dengan kata mak mentuanya. Kaki melangkah meniti tangga dan menuju ke bilik Eva.
Tombol pintu bilik isterinya ditolak kebawah sebelum pintu dibuka luas. Mujur wanita tak kunci pintu.

Saat kaki melangkah masuk, mata menari-nari didalam bilik mencari figura Eva.

Ketika pandangan Daim menangkap langsir putih yang menyangkut di pintu gelansar melambai lembut, dia pasti isterinya berada di balkoni.

Perlahan langkah diatur menghampiri luar pintu.
Eva berdiri menghadap kehadapan, kedua tangan keletak diatas pagar besi.

Daim keluh nafas, tubuh Eva dihampiri. Pelukan diberi dari belakang wanita itu.

Eva tak membantah, kedua tangan kekar Daim dibiarkan melingkar pada perutnya yang membonjol bagai belon.

“Maafkan aku Eva..”
Daim merapatkan dadanya pada belakang Eva.
Dia tahu Eva terasa. Dalam keadaan Eva yang sarat macam ni, hormone wanita itu makin tak stabil. Bukan sekali isterinya merajuk kerana hal yang kecil. Tapi Daim tak mengalah, dipujuknya wanita itu sehingga Eva kembali tenang.

“Kenapa kau masih berhubung dengan Bella?”
Eva langsung tak memusing tubuh menghadap suaminya. Pandangan terus dibuang kehadapan.

Dalam suasana gelap macam ni, apa yang dia nampak?

Hanya bilik Daim diseberang menjadi perhatian bola matanya.

Padahal baru sebentar tadi Eva dan Daim berbaring diatas katil suaminya, tak sampai lima minit Eva kembali menjejak kedalam biliknya dalam keadaan marah.

“Aku berani bersumpah dengan kau Eva, aku takde apa-apa dengan Bella. Dia call aku pun hal kerja.”

Eva peluk tubuh,. Hatinya masih keras.

“Eva... cukup lah tu kau cemburu, nanti Damia terikut dengan perangai kau.”

Kali ni Eva ketap bibir, laju tubuh dipusing memandang suaminya.
“Biarlah Damia ikut aku, dia anak aku dan salah ke aku sebagai bini kau nak cemburu?”

Hujung bibir Daim terangkat senyum.
“Eva... kau boleh cemburu, tapi jangan lah kuat sangat. Satu negara tahu aku ni suami kau. Siapa yang berani nak kacau suami kau ni Eva.”

“Hah! Perempuan sekarang, pantang nampak lelaki handsome sikit mula lah nak merapat. Tak kisah lah lelaki tu laki orang ke bapak orang ke.”

Kedua tangan Daim mengengam bahu Eva, wajahnya ditunduk sedikit ,merapati muka isterinya.
“So kau mengaku lah yang hubby kau ni handsome?”

“Bila masa aku cakap laki aku tak handsome?”

Daim tawa sejenak.
Makin Eva mengandung, makin cute wajah wanita itu. Lebih-lebih lagi bila dia merajuk.

Kalau tak difikirkan pasal perut Eva yang memboyot tu, hari-hari Daim akan mintak isteri melayan karenah batinya.

Mana tahan doe tengok tubuh Eva yang makin hari makin montok. Betul lah orang cakap, perempuan paling seksi apabila dia mengandung.

“Eva... apa yang kau nak aku buat supaya kau boleh percaya pada aku. Aku sanggup lakukan apa saja agar kau tak salah sangka pada aku Eva.”

Eva kemam bibir, kedua tangan disilang kedada.
“Aku nak selepas ni apa sahaja kau buat kau luar, kau kena inform aku.”

Laju Daim menganggukkan kepalanya.
Kerja enteng, Daim sendiri tak pernah buat kerja yang tak baik dibelakang Eva, jadi apa perlu dia takut?

“And one more thing... Handphone kau bagi pada aku, biar aku pegang.”

Daim kendur bahu. Yang ni rasanya di tak boleh ikut.
“Kalau aku bagi kau kau macamana aku nak buat kerja Eva..”

“Biar aku jadi PA kau”

Mata Daim memandang wajah Eva yang disengetkan untuk menatapnya. Bibir wanita itu dijuih keluar makin menambahkan kecomelan Eva.

“Aku kan jobless sekarang, aku dah berhenti berlakon. Aku dah batalkan semua contract aku. Duit aku pun banyak dah dikeluarkan untuk bayar saman contract. So kau kena gaji kan aku jadi PA kau supaya aku ada duit untuk diri aku sendiri.”

Kali ni Daim dah tergelak besar, dalam kata nak marah. Masih sempat lagi bini comel aku ni buat lawak.
“Kau ingat aku ada company besar ke sampai kau nak jadi PA aku bagai.”

“Hello bro... kau ada dua biji cafe yang running baik punya, tambah pulak dengan club stuntman kau tu yang makin famous, kau rasa kau masih tak perlu kan PA ke? Atau kau nak perempuan lain jadi PA kau?”
Mata Eva makin tajam menjeling wajah suaminya.

“Kau ni kan Eva... ada je nak fikir yang bukan-bukan tahu tak..”
Daim melepaskan nafas panjang, kedua tapak tangannya memegang sisi pipi Eva. Senyuman terus diorak lebar.
“Baik lah Puan Eva Natasha.. kau jadi lah PA aku selamanya.. aku tak kisah.”

“Kisah tak kisah, bak sini Handphone kau! Mulai saat ni, aku yang jaga semua schedule kau!”
Eva menghulur tapak tangannya menunggu telefon bimbit milik Daim diberikan kepadanya.

Daim geleng kepala, kalau tak ikut kan makin teruk merajuk.
Sayang bini la katakan kan.. Nak atau taknak, Daim menyeluk telefon bimbit didalam poket seluar dan menghulur kepada isteri tercinta.

Pantas Eva merampas sebelum memasukan telefon bimbit milik suaminya kedalam bra dibahagian kirinya.
Tubuh dipusing untuk melangkah masuk kedalam bilik.

Sekali lagi tersembur tawa di bibir Daim.
Macamni ke tebiat orang mengandung?

Belakang Eva diekor laju sebelum memeluk kembali tubuhnya isterinya sehingga langkah wanita itu mati.

“Kau ingat bila kau simpan dalam bra, aku tak berani ambik?”
Belakang Eva masih merapat didada Daim, tangan kanannya menyeluk perlahan melalui kolar baju blouse yang dipakai oleh isterinya sebelum meraba kebahagian kiri dada wanita itu.

Eva merengus kasar, jemari Daim yang dah menghampiri baju dalamnya ditepis kuat.
Jangan haraplah dia nak bagi semula telefon bimbit milik suaminya!

Makin galak Daim mengekek garau melihat terlahan si isteri.

“Im.. jangan lah..”
Eva terus menepis, kadang-kadang timbul rasa geli taktala Daim dengan sengaja meraba buah dadanya. Gatal!
Namun dek kerana amarah yang masih belum reda, Eva terusan buat muka cemberut.

Daim mengalah, tangannya dikeluarkan dari baju Eva.

Sewaktu menyeluk bra wanita itu, bukan dia tak rasa akan telefon bimbitnya. Tapi sengaja nak mengatal dengan isteri sendiri, kalau boleh nak je dikoyakan baju Eva, lebih mudah dia nak meraba seluruh anggota wanita itu.

Huiisshh... sabar lah hati.. 3 bulan je lagi. Lepas ni kau lenjan lah balik isteri kau tu Daim Akli!

Keluhan dilepas lagi, dulu boleh jugak Daim tahan nafsu pada Eva dengan menyedut vape perisa Strawberrynya.

Kini segala urat yang tegang dipaksa untuk kendur sendiri bila nafsunya meningkat. Kepala pun dah rasa nak pitam, bila air dah banyak terkumpul. Ish ish ish.. giler kau Daim..

Tangan kembali memeluk Eva dari belakang. Dagu Daim diletakan keatas bahu kanan isterinya.

Wangian di arteri bahagian leher Eva disedut, sungguh sensual.
“Eva... cukup la sepuluh tahun kita bergaduh sebab kita terlalu saling mencintai. Masa yang ada ni, aku taknak kita berdua terus bermasam muka. Hidup makin singkat, kita tak tahu bila kita akan terpisah lagi. Mungkin aku akan pergi dulu sebelum sempat aku tengok anak kita.”

Pantas Eva membuka kedua lilitan lengan Daim dipinggangnya dan memusing tubuh menghadap lelaki itu.
Kepala didongak memandang tepat mata tajam Daim.
“Kau cakap apa ni Im?”

“Eva... aku tak pernah penat untuk pujuk kau walau kuat mana pun kau merajuk, tapi aku mintak kau jangan sia-siakan masa kita bersama setiap kali kau ingin merajuk dari aku. Sesaat kau hilang, aku boleh jadi gila, Eva. Please.. jangan sia-siakan masa yang kita ada ni..”

Kedua tangan Eva merantai lembut lengan sasa suaminya.
Kata-kata Daim malam ni sangat lain, entah kenapa hatinya dirundum sayu.
“Im... maafkan aku.. aku tahu aku salah.. tapi aku sendiri pun kadang-kadang tak boleh tahan perasaan aku. Aku sayangkan kau Im.. aku pun tak sanggup nak jauh dari kau walau sesaat.”

Daim mengambil kedua lengan Eva dan dililit ke pinggangnya.
Dulu sebelum perut wanita itu belum memboyot, tubuh Eva menekap terus kedada Daim, namun kini kedudukan mereka sedikit menjarak.

Daim tak kisah, kepalanya ditundukan dan mencium ubun-ubun isterinya. Hangat sentuhan darinya masih boleh mengalir kedalam salur darah Eva.
“Sudahlah.. dah lewat ni.. jom balik rumah aku.”

Eva geleng kepala.

Kening Daim bertakup. Selalunya jika Eva membawa diri sebab merajuk, tak sampai sejam lepas kena pujuk. Pasti wanita itu akan kembali ke rumahnya.
Kali ni Eva menolak. Masih marah ke?
Hai...macama mana nak pujuk lagi ni?
Takkan lah malam ni Daim tidur sorang?

“Malam ni, kita tidur kat bilik aku.”

Tertiber kedua bola mata Diam bersinar bak kucing comel taktala mendengar ayat Eva. Sepanjang dia menjadi suami Eva, tak pernah sekalinya Daim tidur diatas katil wanita itu.

Tapi malam ni...
Mmm...

“Kenapa? Kau tak sudi ke tidur atas katil aku?”
Eva berpaling saat melihat Daim masih berdiri tegak memandang katilnya.

“Aku bukan tak sudi, cuma terkejut je.”
Langkah Daim dipanjangkan menghampiri katil sebelum merebahkan badannya sehingga katil bersaiz ‘king’ itu bergegar sebentar.
“Kukuh jugak katil kau ni, kalau tiga round masih okay kan?”

“Im!”
Wajah Eva menyeringai! Perlahan tubuh memanjat katil sebelum membaringkan tubuh bersebelahan suaminya.

Makin melampau gatal Daim sejak balik dari pulau tempoh hari, Eva sendiri sedar kalau bukan perutnya dah memboyot, mahu bergegar katil sepanjang malam, penangan cakaran asmara antara dia dan Daim.

Mujur Daim dapat sabar.
Tapi sebenarnya dia sendiri pun tak dapat tahan nafsu. Makin memboyot perutnya makin galak Eva ingin merapati suaminya

Hai Daim Akli... aura kau sungguh kuat!

Seperti biasa Eva tak memerlukan bantal untuk tidur, dia lebih selesa menjadikan lengan Daim sebagai alas kepalanya.
Awal-awal lagi Daim dah menyua lengan sebelum membenarkan isterinya meletakan kepala.

Bahagianya saat ini hanya tuhan yang tahu.

“Im.. Esok aku nak pergi rumah Farina, nak tengok anak dia yang baru lahir.”
Eva mengiring menghadap Daim yang baru menutup matanya.

“Kau nak aku teman kan?”
Mata Daim terus tertutup walau bibirnya berbicara.

Sebulan yang lepas, Hairul ada memberitahu yang Farina selamat melahirkan bayi lelaki di kampong wanita itu.

Daim ingin melawat, namun melihat keadaan Eva. Hajatnya terbantut. Kampung Farina jauh di pendalaman, dia tak mahu mengambil risiko untuk diri Eva dan anak mereka.

Seminggu yang lalu, Hairul telefon lagi, yang dia dan isteri sudah pulang ke Bandar. Jadi ada peluanglah untuk mereka berdua melawat.

“Takpe lah Im.. aku dah janji dengan Kak Clay nak pergi sama.”

“Mmm... hati-hati tau..”
Daim terus menjawab sementa mata masih tertutup.

Jeda...

“Eva...”

Mata Eva yang hampir layu terbuka kembali saat suara garau Daim menempa namanya. Kepala didongak sedikit memandang sang suami.

“Peluk aku... aku taknak kau lepaskan pelukan aku sepanjang malam ni, mana tahu malam ni malam terakhir aku dapat pelukan dari kau.”

“Im! Kau ni merepek apa hah?!”
Eva menolak sisi tubuh suaminya, dahi berkerut seribu. Pelik dengan kata-kata Daim sejak tadi.

Mata Daim terus terkatup, namun anggota masih bergerak. Tangannya menarik tubuh Eva merapati sisi badanya.

Dia inginkan kehangatan dari Eva. Entah kenapa dua tiga hari ni detak jantung sentiasa laju bergerak. Daim takut kan sesuatu, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia takutkan.

Eva turut membisu apabila Daim masih diam, tubuh suaminya dirangkul kemas dan kepala dirapatkan kedada lelaki itu.

Dia taknak berfikir buruk dan sesungguhnya Eva tak mahu terjadi sesuatu yang buruk antara mereka berdua lagi.. cukup lah segala bencana nak melanda selama sepuluh tahun lamanya sehingga hampir mengugat kisah cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience