BAB 32: Ragu..

Drama Series 28608

HEMBUSAN nafas lembut dihembus Idlan sambil matanya merenung redup wanita dicintainya dengan sepenuh jiwa raga itu. Nairah hanya mengalihkan pandangannya daripada memandang Idlan. Dia tidak mahu lemas di dalam pandangan Idlan itu. Tangannya disilangkan.

" Nairah." panggil Idlan dengan intonasi yang lembut mendayu.

Nairah tidak menoleh walaupun hatinya meronta-ronta untuk menatap wajah Idlan namun dia tetap menahan perasaannya. Dia tidak mahu dibutakan cinta sehingga cukup buta untuk hanya mempercayai kata-kata lelaki walaupun ianya hanya penipuan semata.

" Nairah.. Pandang saya, please..Pandang terus kat mata saya.." panggil Idlan lagi sambil tangannya membuka silangan tangan Nairah.

Dia memegang kemas di pergelangan tangan Nairah. Kali ini Nairah tidak dapat menolak pujuk rayu lelaki itu. Nairah memandang wajah Idlan. Hatinya bagai dilanda badai lebat. Berdebar tidak menentu. Nasib baiklah degupan jantung tiada had laju kalau tak mesti dapat saman punya..

" Kalau awak ragu-ragu dengan saya. Awak pandanglah mata saya. Selagi pandangan ni tak pudar dari wajah saya..selagi tu saya akan terus cintakan awak dengan sepenuh hati saya. Faham? " ucap Idlan.

Kata-kata manis Idlan itu kedengaran sangat manis di pendengaran Nairah. Matanya terus memandang tepat ke dalam kornea mata Idlan. Renungan itu terus meneroka lebih dalam sehingga ke isi hati Idlan. Jika kata-kata Idlan itu benar, Nairah pasti dapat merasakannya.

Nairah mengalihkan pandangannya sebelum tersenyum sinis. Hembusan nafas perlahan dihembus Nairah. Pandangannya kembali menatap wajah Idlan yang sedang berkerut sedikit. Pelik.

" Faham. Dah, jomlah pergi lunch. Awak tunggu kat bawah jap. Nanti saya sampai. Saya ada kerja sikit." Kata-kata Nairah diikuti dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Idlan tersenyum lega.

" Ok. Jangan lambat sangat turun. Nanti rindu." gurau Idlan sambil berjalan pergi.

Nairah ketawa kecil sebelum senyuman itu mulai pudar dari wajahnya dan digantikan dengan kening yang berkerut seribu.

Sejujurnya, dia lansung tidak dapat membaca isi hati Idlan. Tidak seperti sebelum ini. Pandangan Idlan sangat jujur dan tenang tetapi itu bukan perasaan yang dicari Nairah. Adakah itu hanya perasaan Nairah sahaja atau pandangan itu sememangnya sudah..Pudar?

" T-TUTUP?!" pekik Shahir di hadapan sebuah kedai makan.

Fatin hanya mampu tercengang sambil memandang Shahir yang sedang merintih kesedihan. Shahir menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil memandang sayu kedai itu dengan kening yang berkerut. Sepatutnya dia dan Fatin akan makan di situ tetapi takdir tidak menyebelahinya hari ini.

" So.. Macam mana sekarang?" tanya Fatin.

Dia sangat berharap jawapan yang akan keluar daripada mulut Shahir ialah ' Awak baliklah office..' . Dengan satu baris ayat ini akan membolehkan dia balik ke pejabat dan menyiapkan kerjanya yang selonggok di atas mejanya. Fatin hanya mampu berdoa di dalam hati.

Shahir hampir mati akal mencari idea untuk makan di mana. Masa yang ada pula tidak cukup untuk mencari kedai lain. Shahir bercekak pinggang sambil memandang ke arah jalanraya yang lengang dengan kereta itu. Kelihatan kereta miliknya diparkir di bahu jalan sebelah sana. Bersebelahan dengan taman rekreasi yang terdapat kanak-kanak berlari ke sana-sini. Fikirannya meleret lagi sehinggalah..

PIN! PIN!

Mata Shahir terus tertumpu ke arah sumber bunyi tersebut. Kelihatan sebuah motosikal penjual aiskrim yang memarkirkan motosikalnya di bangku batu panjang yang disulami dengan pasu bunga itu. Shahir tersenyum lebar.

TING!

Idea sudah muncul!

" Fatin. Kita makan kat sana boleh tak?" tanya Shahir sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah penjual aiskrim itu.

Fatin menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Shahir. Fatin tercengang. Aiskrim? Apa dia ingat aku ni budak-budak ke?!

" Boleh tak?" tanya Shahir lagi.

Dia takkan berputus asa. Dia ada plan yang harus dilaksanakan hari ini juga.

Fatin hanya memandang sepi penjual aiskrim itu. Fatin mengemam bibirnya.

" Yalah. Jom." kata Fatin.

Walaupun susah diterima akal namun ada logiknya juga. Dia pun tidak berasa lapar sangat sebenarnya jadi aiskrim pun sudah mencukupi.

Kata-kata Fatin itu mampu membuatkan Shahir senyum lebar sehingga ke telinga. Plannya untuk mengenali Fatin dengan lebih dekat akan terlaksana sebentar lagi.

Mereka berjalan melintas jalan dengan berhati-hati sebelum menghampiri penjual aiskrim itu. Penjual aiskrim itu terus berdiri selepas nampak mereka mendekatinya. Langkah mereka terhenti betul-betul di hadapan motosikal tersebut.

" Mahu aiskrim apa?" tanya lelaki yang berbangsa India itu kepada Shahir.

Shahir meneliti senarai nama dan gambar-gambar aiskrim yang tertera di kotak aiskrim itu. Semuanya nampak menyelerakan.. Namun hanya satu yang menarik perhatian Shahir. Aiskrim yang dinamakan 'Double Choc' menjadi pilihannya. Aiskrim vanila yang disaluti dengan coklat keras itu sentiasa menjadi dambaan Shahir.

" Bagi saya yang ni satu. Awak nak yang mana?" tanya Shahir selepas memilih aiskrimnya.

Fatin melihat dengan teliti senarai itu. Dia sebenarnya tidak kisah dengan apa-apa aiskrim sekalipun tetapi asalkan kesemua aiskrim itu ialah...COKLAT..

" Saya nak yang nilah." kata Fatin sambil menunjuk ke arah salah satu aiskrim coklat di senarai itu.

Lelaki itu terus membuka kotak itu dan mencari-cari di dalamnya. Fatin hanya menunggu manakala Shahir sudah memegang kuat aiskrim di tangannya. Setelah menjumpai aiskrim yang dicari, lelaki itu menghulurkannya kepada Fatin dengan senyuman. Fatin membalas senyumannya sambil tangannya mengambil aiskrim itu. Shahir memberikan sejumlah duit kepada penjual sebelum mereka berjalan pergi ke arah salah satu bangku batu di situ.

Fatin terus membuka plastik aiskrim itu sejurus sahaja selepas duduk. Shahir hanya memerhatikan Fatin yang sangat teruja itu sambil tangannya dengan perlahan membuka plastik aiskrimnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

" Teruja nampak.. Awak memang suka aiskrim coklat ke?" tanya Shahir.

Fatin berhenti menggigit aiskrimnya selepas mendengar pertanyaan Shahir itu.

" Saya suka semua makanan yang berkaitan dengan coklat. Aiskrim coklat, coklat betul, air coklat, semualah.. Asalkan coklat." terang Fatin sebelum menggigit aiskrim coklat yang sudah dimakan suku itu.

Shahir yang tekun mendengar cerita Fatin itu tersenyum sendiri sambil mengunyah aiskrimnya.

" Interesting.." kata Shahir.

Fatin tersentak. Interesting? Dia menoleh ke arah Shahir dengan muka hairan. Shahir memandang ke arah Fatin. Senyuman kelat terukir di bibirnya apabila dia melihat muka Fatin yang kehairanan.

"Kenapa?" tanya Shahir. Selamba.

" Apa yang interesting nya?" tanya Fatin dengan kening yang berkerut.

Shahir hanya merenung wajah Fatin sejenak tanpa mengungkapkan apa-apa jawapan. Bagi Fatin mungkin ini hanyalah hal yang remeh tetapi tidak bagi Shahir. Sekarang dia sudah tahu perisa kegemaran Fatin. Shahir hanya tersenyum sendiri sambil Fatin masih tercengang.

" Takde apa-apa lah.." kata Shahir sebelum kembali menggigit aiskrimnya yang semakin mencair sambil tersenyum nipis.

Fatin mendengus sendiri melihat karenah Shahir. Tersenyum-senyum.. Sudah macam orang meroyan sahaja Shahir di mata Fatin. Fatin kembali menggigit aiskrim coklatnya sambil berkerut. Malas dia hendak ambil tahu. Makan aiskrim lagi bagus!

TANGAN Fatin bagaikan menari-nari di atas papan muka komputer itu. Matanya hanya difokuskan kepada skrin di hadapannya itu sambil keningnya berkerut-kerut secara automatik.

" Assalamualaikum,..Fatin. Banyak lagi ke kerja?" ucap Nairah selepas sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat kawannya itu.

Fatin membawa matanya melihat muka Nairah yang sedang berjalan ke arahnya. Dia tersenyum nipis melihat wajah sahabatnya itu.

" Waalaikumsalam, Cik Nairah.. Aah. Kerja saya memang banyak. Kenapa? Kau nak tolong aku ke siapkan semua ni?" tanya Fatin sambil mengangkat-angkatkan keningnya.

Nairah menarik kerusi sambil mencemekkan bibirnya. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu sebelum kembali melihat Fatin.

" Kau buatlah sendiri.. Sebok je nak suruh orang buatkan.. Kau ni bila nak balik?" kata Nairah sebelum bertanyakan soalan itu.

" Aduh.. Jap lagilah. Lagi sikit je lagi." kata Fatin sambil tangannya kembali rancak menaip.

Nairah mengeluh sambil termenung melihat Fatin membuat kerjanya. Tangan Fatin semakin laju menaip di papan muka tersebut. Fikiran Nairah semakin tenggelam dengan bunyi Fatin menekan papan muka itu.

" Fatin aku rasakan Idlan tu.."

" Ha?!!" Fatin terkejut sambil memandang Nairah.

Nairah turut terkejut apabila kata-katanya dipancung oleh Fatin. Fatin terus bangun dari tempat duduknya dan mula mengemas barangnya. Satu persatu barangnya dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. Nairah masih tercengang melihat telatah Fatin itu.

" Kau ni kenapa?" tanya Nairah sambil berkerut.

" Aku lupalah suami aku ada kat rumah.." kata Fatin sambil tergopoh-gapah.

Nairah menganga sebentar. Boleh pula dia lupa suami dia ada kat rumah?! Shahir yang hilang ingatan ke dia yang dah makin nyanyuk ni?

" Macam manalah kau boleh lupa? Haih." bebel Nairah.

Fatin mengangkat beg tangannya sebelum berjalan ke arah Nairah. Satu pelukan selamat tinggal dihadiahkan kepada Nairah. Selepas pelukan itu dileraikan kaki Fatin terus bergegas menapak ke arah pintu yang sudah terbuka sedikit itu.

" Aku balik dulu ni. Bye. Kau jangan balik lewat sangat pulak.." kata Fatin sambil susuk tubuhnya menghilang dari pintu itu.

Nairah hanya merenung pintu itu. Suasana bertukar sunyi dengan pantas sekali. Dia mengeluh sendiri sebelum kakinya menapak perlahan ke arah kerusi pejabat Fatin. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Kepalanya didongakkan memandang siling dan lampu di atasnya. Dia sepatutnya bertanyakan satu soalan kepada Fatin tetapi tidak sempat.

Biarlah. Sekarang Nairah hanya mahu mengosongkan mindanya buat sementara waktu. Kosong, kosong dan kemudian fikirannya mula melayang ke merata tempat.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
(ALIF SATAR)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience