Bab 14

Romance Completed 207871

Troli ditolak menuju ke bilik rehat Caden. Sebaik sampai, Intan terus menuju ke pintu dan menekan password pada pintu.

'Beep'

Bunyi pintu unlock. Intan menoleh ke belakang, bulat mata Amira memandangnya.

"Apa?" tanya Intan.

"Betul la, kau ada password bilik rehat Tuan Caden" kata Amira seakan tidak percaya.

"Ye.. Dah la, jom masuk buat kerja. Lepas ni nak kena bantu yang lain pulak. Dua bas masuk semalam kan. Banyak kerja nak buat hari ni" kata Intan lalu melangkah masuk dan memegang daun pintu supaya memudahkan Amira menolak troli.

Troli diletakkan di hadapan pintu. Setelah peralatan mengemas diambil, masing-masing melakukan tugas.

Intan di bahagian ruang tamu, ruang makan dan balkoni. Manakala Amira pula bahagian dapur dan tandas.

Penugasan ini bergilir-gilir, barulah adil. Cuma apabila mengemas bilik tidur, kedua-duanya melakukan bersama.

Sebaik Intan selesai tugas, dia melangkah ke dapur, mana tau ada yang boleh dibantu.

"Kau dah siap ke?" soal Amira yang sedang membasuh sinki dapur. Bilik air awal-awal tadi lagi sudah dibersihkan.

"Dah. Ada apa-apa yang nak saya tolong ke?" soal Intan.

"Tak ada apa, dah siap pun. Jom lah ke bilik tidur pulak" ajak Amira yang sedang mengeringkan tangan dengan tuala di tangannya.

Intan dan Amira berjalan beriringan menuju ke bilik tidur. Sebaik pintu dibuka, terhenti langkah Amira.

"Kenapa?" soal Intan sambil kepala dijenguk ke dalam bilik.

"Tuan Caden tidur sini ke malam tadi?" kata Amira lalu melangkah masuk.

"Cadar katil ni, walaupun dikemas elok tapi boleh tau kalau digunakan atau tidak. Kalau kau tak percaya, cuba hidu cadar ni, mesti bau perfume Tuan Caden" ucap Amira.

Ye ke.. Terer betul Mira, tengok macam tu pun dah tau.

Amira yang waktu itu telah pun masuk ke bilik air untuk mencuci, manakala menukar cadar pula menjadi tugas Intan. Beginnerkan, bagi kerja yang mudah-mudah dulu.

Baru nak mula kerja, Intan terfikir dengan kata-kata Amira tadi.

Ye ke bau perfume Caden. Meh aku hidu. Hihihi.. Intan senyum gatal.

Intan kemudian menarik selimut dan menghidunya.

Hm.. Wangi, betul la bau perfume Caden. Selimut itu kemudian dipeluk.

Sakan kau kan Intan, gatal kemain. Buatnya tiba-tiba Caden datang baru ada akai.

Dia sibuk la kat office tu.

Tak puas dengan selimut, bantal pula diambil. Dicium dan dipeluk.

Tiba-tiba rasa macam sedang diperhatikan. Pantas Intan pusing ke belakang.

Alamak! Caden. Terjatuh bantal yang dipeluk ke lantai.

Merah padam muka Intan. Malu. Adui.. Mesti dia nampak apa aku buat tadi.

Caden hanya berkemeja, tiada suit di badannya. Seperti biasa lengan baju dilipat hingga siku dan tali leher sudah ditanggalkan yang penting tiga butang baju dari atas dibuka.

Sempat lagi kau tilik ye Intan dalam keadaan genting macam ni.

Caden perlahan menapak selangkah demi selangkah menghampiri Intan.

Intan pula sedikit demi sedikit mengundur hingga belakang kaki dah rapat ke katil. Tertoleh-toleh ke belakang kepala Intan untuk melihat katil.

Ini kalau aku jatuh ni, ada juga jadi adegan housekeeper terlampau.

Caden berdiri sangat hampir dengan Intan hinggakan deruan nafasnya dapat dirasakan di wajah.

Tertoleh ke kanan wajah Intan. Ish dia ni.. Rapat-rapat macam ni, aku cium nanti.

Caden pula matanya tajam merenung Intan. Seramnya, tak jadilah cium tadi, cancel. Takut mak, nyah!

"Why smell the blanket when you have me?" bisik Caden pada telinga Intan dengan suara huskynya itu.

Disebabkan mahu menjauhi wajah Caden, Intan mengundur lagi ke belakang hingga terlupa yang kakinya telah rapat di katil.

Tanpa sengaja, tangan Intan laju menarik baju Caden.

'Bump'

Intan dan Caden sudah terjatuh di atas katil. Mujurlah kedua-dua tangan Caden menampan kiri dan kanan kepala Intan, kalau tidak. Naya, takut nak bayangkan.

Bulat mata Ceden memanah mata Intan. Tak berkelip mata kedua-dua mereka seakan pertandingan lawan mata siapa kelip dahulu. Lama berkeadaan begitu.

Bunyi telefon di dalam poket telah menyedarkan Caden dengan situasi mereka sekarang.

Pantas Caden bangun dari menindih Intan. Merah muka Intan menahan malu.

Tangan Caden naik meraup muka lalu telefon di dalam poket diambil dan panggilan dijawab lalu Caden melangkah keluar ke ruang tamu.

Intan bingkas duduk di birai katil sambil tangan memegang dada.

Lagu berdegup. Berkelip-kelip mata Intan mengingatkan kejadian tadi. Sikit lagi weh..

Puas Intan menenangkan hati, tarik nafas, hembus nafas.. Tenang Intan.. tenang.

Belum sempat nak tenang, Caden melangkah masuk lalu menunduk sedikit dan berbisik.

"Next time, no one can save you" usai sahaja berkata, Caden terus melangkah pergi.

Uis! Berdiri segala bulu..

"Intan!" panggil Amira yang terjengul keluar dari bilik air.

Melompat Intan terkejut. Haih, lama-lama mati juga aku kat sini.

"Kau dah kenapa jerit-jerit. Terperanjat la" marah Intan.

"Saya suruh kemas, bukan berkubang atas katil ni.. Ish la perempuan sorang ni" bebel Amira sambil berjalan ke arah katil.

"Laundry dah kutip ke belum?" tanya Amira lagi, dah macam mak tiri.

"Belum. Kejap lagi saya kumpulkan" balas Intan perlahan. Orang bersalah macam ni la.

"Kau ni Intan. Kot ya pun admire kat Tuan Caden tu jangan la nampak sangat. Mentang-mentang saya suruh hidu, kemain kau kan ambil kesempatan" ambik kau kena bebel. Tu la, gatal tak beringatkan.

"Sorry.." balas Intan sambil laju tangan membantu Amira menukar sarung bantal dan cadar.

Aku admire dia ke.. Soal Intan dalam hati.

"Eh, tapi tadi Carlos datang ke?" soal Amira sambil pandangan di hala pada Intan.

"Hah! Carlos. Tak de pun. Kenapa?" soal Intan.

"Tak la, saya macam dengar suara orang lelaki tadi" jawab Amira.

Suara Caden la tu.. Dia jawab call tadikan.

Tapi takkan nak bagitau Amira pulak. Tak payah la, abaikan je la. Nanti lagi banyak pula kena bebel.

"Menung apa lagi Intan oi.. Aduh, parah la. Apa masalah kau hari ni Intan. Dah melayang ke mana?" tegur Amira yang sudah siap mengemas katil, Intan masih lagi dengan bantalnya yang sebiji itu.

Pantas Intan meletakkan bantal di atas katil lalu mengutip pakaian Caden untuk dihantar ke laundry.

Fokus Intan, fokus. Kau selalu macam ni kan. Asal ada Caden je, kau out of control. Mati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience