Part 23

Humor Series 90875

Antara hidup dan mati. Antara fantasi dan realiti. Antara kebenaran dan penipuan. Aku tersepit di tengah-tengah. Ditelan mati emak. Diluah  mati bapa.

Aku pandang lama cincin yang tersarung di jari manis. Aku telan  Air liur. Masih terasa bagaikan dalam mimpi apabila aku sah sebagai isteri Emir Haziq bin Awalludin Asraf.

Boleh tak aku putar balik masa?

Terasa kesat air liur ditelan apila Emir melafazkan akad. Aku seakan-akan mahu memberontak ketika itu, namun jelingan maut babah dan pegangan mama di tangan, membatalkan niatku.

"Kau senang lenang sini, laki kau mana, yang hensem tu?"

Aku pandang Amira yang tersengih-sengih. Suka benar dia. Semenjak kes aku dengan Emir bermula hari-hari dia kenenkan aku dengan Emir. Masin mulut kau Amira. 

Sekarang, aku selamat menjadi isteri naga jantan tersebut.

"Entah, mana aku tahu."

Amira kerut dahi.

"Ish, laki kau tu. At least kau kena pantau. Kena amik tahu. Nak-nak dekat dengan STPM lagi ni. Mak ayah kau dengan Emir tak bangkang ke kau tak tinggal serumah dengan Emir?"

Aku senyap. Siapa cakap tak bangkang? Siap berdas-das babah tembak aku dengan tangpgungjawab seorang isteri terhadap seorang suami. Mama pun sama, dengan amanat berkilometernya. Ibu ayah Emir pada mulanya berkeras untuk aku tinggal serumah dengan Emir, tapi demi nama baikku yang sudah sedia tercemar, aku tak ingin tambah lagi pencemaran tersebut. Gosip aku tinggal serumah dengan Emir. Bahaya.

Jadinya, keputusan sepakat diperolehi, aku dibenarkan untuk tinggal di rumah sewa lama dan tiada halangan jika Emir tiba-tiba rajin melawat aku di rumah sewa. Emir datang melawat?

I doubt that. Jangan-jangan tunjuk muka pun tak. Seminggu aku di rumah sewa, jenguk pun tidak. Malah di sekolah pun dia tak bagi muka kat aku. Anti- Althea sangat. Aku? sejak azali lagi aku anti-Emir Hafiz agaknya.

Setiap hujung minggu aku kena balik ke rumah mentuaku, kecuali jika ada hal lain. Bagiku, tiada masalah. Cuma masalah adalah Emir Hafiz.

Aku sebolehnya tidak mahu bersua muka hatta ternampak kelibat dia sekali pun. Selesai sahaja akad nikah, dia menghilangkan diri. Aku garu kepala. Hatiku sudah terasa kebas untuk mempunyai perasaan. Majlis akad nikah pula berlangsung sederhana.

Majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga aku dan keluarga Emir, buang part saudara mara. Cukup dengan tok kadi, saksi, wali dan pengantin dan tidak ketinggalan Amira, yang berlangsung di rumah Emir.

"Hoii, aku cakap dengan kau ni. Boleh pulak mengelamun." Suara Amira yang bercampur geram kedengaran sambil bantak segi empat melayang tepat ke mukaku.

Aku terkejut sambil kerut dahi.

"Apa kau ni. Aku tengah syok layan drama kat tv tu." Aku beralasan.

Amira juih bibir. "Yelah tu. Takkan sampai telefon kau menyalak dari tadi tak dengar?"

"Eh? Siapa call?"

Amira angkat bahu. Aku gapai telefon yang dihulur oleh Amira.

Eh? Cikgu Ilham? Aku garu kepala yang tidak gatal. Hairan menyapa apabila Cikgu Ilham menelefon pada waktu malam. Mungkin dia ada urusan penting?

Husnudzon.

Aku gesek ikon hijau tatkala nama Cikgu Ilham terpampang di skrin telefon seraya menghulurkan salam.

"Maaf, Ilham kacau Thea malam malam macam ni."

Cikgu Ilham buka mukadimahnya. Mukadimah yang menyeramkan. Tiada lagi saya awak. Berganti nama Ilham dan Thea.

"Ye, takpe."

"Thea busy ke?"

Aku garu pipi sambil mata terpaku di hadapan televisyen. Hampir terjojol mataku apabila melihat sekujur tubuh sedang berdiri di hadapanku. Muka grumpynya tidak dapat disembunyikan lagi. Pertanyaan Cikgu Ilham tergantung di hujung mulut. bagaikan tersekat keluar.

Aku pandang kiri kanan. Mencari kelibat Amira. Mencerlung mataku melihat Amira sedang membuat isyarat ' peace not war ' di tangannya sambil menatang segelas air sejuk dan bertudung. Entah macam mana dia boleh mencapai tudung sedangkan baru sekejap saja dia duduk di sebelahku.

"Hello, Thea. Are you okey?"

Suara cikgu Ilham kedengara di hujung talian, berbaur risau. Aku telan air liur. Sejak dahulu lagi, Cikgu Ilham dan Emir tidak sebulu. Tapi sebenarnya, Emir dan semua guru-guru di STKH tidak sebulu, tidak terkecuali aku. Lain-lain parti.

"Ye...ye. Saya okey."

Aku pandang Amira sambil buat isyarat mata, bertanyakan bila EMir sampai. Mulut Amira terherot-herot menjawab tadi. Aku buat muka. Sudahlah aku tidak sempat mencapai tudung. Walaupun Emir ini suami terjun, namun aku masih segan untuk membuka aurat di hadapannya.

Sudahlah malam lepas akad nikah boleh pulak dia peluk dan keluarkan kenyataan maut dia. Masih kukuh dalam ingatan lagi ayatnya. 'I can kiss you senseless'. Mahu meraung rasanya ketika itu. 

"Thea, are you sure you okey?"

Aku telan air liur yang terasa pahit apabila Emir mula melangkah mendekati aku yang sedang duduk bersila di atas sofa.

"Ya. Ya.. Ada apa Cikgu Ilham call?"

Aku cuba untuk tenang, namun hatiku berganda-ganda cuak. Muka grumpy naga jantan sudah cukup membuatkan aku kadang kadang berdebar untuk berhadapan Emir yang bipolar ini. Jangan dia tunjuk perangai luar biasa pulak lepas ni, mahu tercabut skru jantung aku nanti.

"Saje call."

Jawapan sakaratul maut betul. Sudahlah Emir semakin mendekat, aku pulak semakin gelabah. Cikgu Ilham boleh pulak cakap saje-saje call.  Allah, dugaan apa ini Ya Allah. Cubalah Cikgu Ilham call bila Emir tak ada ke? Tak wujud ke? 

"Err,, kalau takde hal, saya nak letak fon ni Cikgu. Ada kerja nak buat."

Pernah rasa semua bulu-bulu dekat teddy bear tanggal tak? Perasaan inilah yang dialami oleh aku sekarang apabila Emir mengambil tempat di sebelahku. Rapat kedudukannya sehinggakan aku rasa tiada ruang dan jarak yang tinggal.

Ya Allah, apa mimpi pulak ni? Dah tersampuk dengan jembalang mana ni? Apa kes pulak ni? Aku pejam celik mata beberapa kali. Berharap ini cumalah mimpi ngeri yang sedang dialami aku. Panggilan Cikgu Ilham tidak beberapa kedengaran di telingaku. Berlalu bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Ilham gurau saja. Jangan ambil hati ye Thea."

Cikgu Ilham ketawa di hujung talian. Tak lawak sungguh.

Aku jeling tajam ke arah Emir. Dia angkat kening sebelah bertemankan muka grumpynya. Ya Allah, apa kena dengan naga jantan ni. Sesak nafas aku sesaat.

"Ada apa Cikgu Ilham call?"

Aku berbalik semula ke tujuan asal Cikgu Ilham menelefon aku sambil tangan aku sedaya upaya menolak tubuh Emir yang mendekat. Aku jegil mata ke arah Emir sambil mulut terherot- herot mengarahkannya pergi jauh daripada aku.

"Isnin minggu depan Ilham ke luar daerah. Bawak budak hoki. So Ham mintak tolong Thea untuk wakilkan Ham meeting Isnin nanti. Boleh tak?"

Daripada Ilham pendek jadi Ham. Lepas ni kalau dipanjangkan jadi Hamburger la pulak. Entah mengapa aku terasa geram. Mungkin sebab marah dan geram terhadap Emir yang tiba-tiba luar biasa duduk rapat sebelah  aku.

"Boleh, takde masalah. Cuma update the latest progress dalam meeting nanti kan?"

"Yes, betul tu. Update yang itu saja. Kalau ada perkembangan baru, Thea inform balik dengan Ham la ye."

Aku pincing mata ke arah Emir yang masih grumpy. Cuma lain sikit expressi wajahnya ketika ini. Aku garu pipi.

"Ye. Apa-apa nanti saya maklum balik dengan Cikgu la ye. "

"Thea, boleh tak Ham mintak tolong satu benda dengan Thea?"

Aku garu kepala yang tidak gatal. Minta tolong apa? Tolong buat video call sekali untuk mensyuarat nanti ke?

"Boleh tak, jangan bahasakan Ham dengan 'cikgu'? Bila Ham dengar rasa macam Thea ni anak murid Ham aje."

Aku terlopong. Terlopong sebab dengar permintaan Cikgu Ilham dan terlopong sebab selamba sahaja Emir masuk ke dalam bilikku.

Ya Allah. Aku pejam mata erat-erat. Menahan sabar di hati. Apa yang dia nak buat dalam bilik pun aku tak tahu.

Argggghh!

Stresss dengan Emir.

"Theaa... Thea... Thea..." Kedengaran suara Cikgu Ilham mendayu-dayu memanggil di hujung talian.

Aku tarik nafas. Sungguh, emosi aku tak stabil sekarang.

"Ye, Cikgu Ilham. Nak saya panggil apa ye?"

"Thea tengah busy ke sekarang?"

Mahu sahaja aku iyakan pertanyaan Cikgu Ilham. Busy dengan Emir yang tengah menyesakkan jiwa dan raga.

"Takde la sangat. Tadi, Cikgu Ilham nak suruh panggil Cikgu Ilham macam mana ye?"

"Panggil Ilham aje ke, ataupun Ham. Takpun panggil abang Ham."

Cikgu Ilham ketawa di hujung talian. Ayat terakhir Cikgu Ilham bagaikan mimpi ngeri. Bagaikan terasa dicekik oleh serigala jadian. Nak panggil abang?

Aku alih telefon dari telinga dan memandang semula skrin di telefon. Memastikan nama Cikgu Ilham yang tertera di atas skrin telefon. 

Biaq betiq orang tua ni.

"Errrr.." Aku hilang kata untuk menjawab.

"Ham gurau aje. Panggil Ilham aje ye Thea. Lagipun kita sama-sama cikgu. Kalau Thea anak murid Ham, takpelah. Macam Thea panggil Kak Yam dengan Kak Jasmin. " terang Cikgu Ilham.

Aku angguk kepala. Betul jugak tu. Rakan sejawat, nak panggil cikgu jugak ke? Sebenarnya aku tak biasa dengan Cikgu Ilham sebelum ini dan disebabkan itu, aku menggunakan panggilan 'cikgu' sekadar untuk menunjukkan rasa hormat dan segan terhadapnya. Takkan kali pertama berjumpa dan boleh kata 'hello bro'. Sah, penampar sulung jugak jadi hidangan pagi tu.

"InshaaAllah. Kalaua takde apa-apa yang letak fon ni. "

"Errr... Baik lah. Selamat malam Thea.  Mimpi indah malam ni. Assalamualaikum."

Aku jawab salam Cikgu Ilham dan gesek ikon merah. Mimpi indah? Aku mendengus. Mimpi ngeri adalah lepas ni.

"Laki kau mana? "

Aku toleh ke arah Amira yang sedang menyuapkan kerepok lekor dalam mulutnya.

"Kat dalam bilik aku. "

"Oh, dalam bilik......... Whattt??!"

Aku terkejut dengan reaksi Amira. Mulutnya terlopong. Matanya bulat. Malah, keropok lekor yang dimasukkan ke dalam mulutnya terjatuh di atas lantai.

Kenapa pulak dengan Amira ni? Tersampuk apa pulak lepas keluar dari dapur ? Tersampuk dengan jembalang Emir ke?

"Kau kenapa?"

"Wehh, Victoria Secret kau macam mana? Aku letak atas katil kau je tadi.  Tepi pakaian kau yang lain tu. "

Victoria Secret?

"Kau merepek apa ni? Aku mana pakai Victoria Secret."

Aku geleng kepala. Minyak wangi Victoria Secret pun aku takde.

Amira gigit bibir. Mukanya seakan geram.

"Weh, masa ni jangan naif boleh tak? Tu 'kakak' dengan 'adik' kau tu dalam bilik. Faham tak? "

Aku blurr. Apa yang Amira nak cakap ni?

"Apa? Kau cakap apa ni? Aku tak faham."

Amira buat facepalm. "Weh, masa ni jangan buat muka blurr, boleh tak ? Ya Allah, masa ni jugak dia blurr."

Aku kerut dahi.

"Apa? Cakap betul-betullah. Dari tadi dok merepek."

Amira tepuk dahi.

" Tu Victoria Secret. Tuu... Tuuu..." Jari telunjuknya lurus menunjukkan sesuatu di belakangku. Sambil tarik nafas dengan Amira yang berteka teki dengan Victoria Secretnya, aku menoleh.

Sumpah!

Kalaulah aku faham di sebalik makna Victoria Secret tadi rasanya reaksi aku tak macam ni sekarang. Andai tadi aku rasa macam dicekik oleh serigala jadian, maka sekarang aku rasa semua darahku sudah dihisap oleh vampire jadian.

Senyuman Emir sudah cukup untuk membuatkan rohku melayang-layang keluar.

Victoria Secret akuuuuuuuuu!!!

**************************************************

Hi guys..

Part ini sy sebenarnya beberapa kali mengalami writer block. ????.
Tu yg lmbt update...
Harapnya semua bersabar dan maaf kalau boring untuk part ni. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience