BAB 25

Drama Completed 44158

(beberapa hari kemudian)

Iskandar tersenyum memandang langit.Dia menarik nafas panjangnya.Hati-nya berbunga-bunga.Inilah kebahagian yang dia impikan selama 26 tahun dia hidup!Akhirnya,Nabilla akan menjadi isterinya yag sah pada esok hari.Sungguh,nikmat apa lagi yang mampu dia dustakan?

"Is,"panggil nek ma dan itu membuatkan Iskandar bangun dari lamunannya."Ye ma,"

"Sengih sampai ke lubang telinga nampaknya,"

"Takdalah ma,"

"Alhamdulillah,mama rasa bersyukur sangat.Bila mama tau yang kak bell akan jadi menantu mama,mama rasa hati mama ni lega sangat.Dah boleh pergi dengan aman,"

"Mama?Apa yang mama habaq ni?"kata Iskandar sedikit marah.

"Betul Is.Apa yang mama habaq semuanya betul.Mama bersyukur sangat hang buat pilihan yang tepat,"kata nek ma.Iskandar tersenyum dan menggosok-gosok bahu mamanya."Mama suka kak bell ha?"

"Suka!Suka sangat-sangat!Hang jaga dia elok-elok na,"

"Permata,mana boleh main-main,"Nek ma tersenyum dan begitu juga Iskandar.Langit memberikan hujan yang membawa rahmat.Mereka berdoa mengharapkan segala-galanya baik.

Nabilla tersenyum sambil melihat tangannya yang dipenuhi dengan inai.Hatinya berdegup laju.Argh,hari yang dia mahukan bakal tiba.Dia tersenyum tanpa henti.Entah apa yang bermain di mindanya dia sendiri tidak tahu.

"Lepas paksu main paksu bagi kak bell pulak main,"kata Iskandar,sambil memegang tabletnya yang berwarna merah.Nabilla yang tersenyum lebar mengangguk apabila melihat Iskandar lincah bermain game yang bertajuk 'Subway Surfers' itu.Entah macam mana pada waktu itulah mereka tidak bergaduh buat pertama kalinya!

"Orang nak main jugak,"kata sedaranya yang lain dan itu menganggu Iskandar yang sedang bermain menyebabkan dia kalah."Alaa,kak bell minta dulu,"kata Nabilla dalam nada sedih.Nabilla memeluk tubuhnya.Merajuk.

"Nah.Kak bell main dulu,"kata Iskandar,memberikan tabletnya kepada Nabilla dan itu menyebabkan Nabilla gembira.

Tidak.Takkanlah begitu senang sahaja lelaki itu dapat membuatkan hatinya jatuh sehingga kini?

"Kak bell,"panggil Irdina.Nabilla pun memusingkan wajahnya menghadap Irdina.Irdina pula takjub.Esok Nabilla bakal berkahwin,cahaya wajahnya sudah pun menyerlah.

"Ye Irdina?"tersentak dia seketika."Kak bell nampak cantik sangat!"kata Irdina dan itu membuatkan Nabilla tersenyum.

"Iyeke?"

"Iye.Masha Allah.Dengan rambut panjang kak bell,cantik sangat!"Nabilla tersenyum malu.

"Haa sudah sudah,"Nabilla ketawa.Irdina pun duduk di sebelah Nabilla.Nabilla memandang Irdina yang memandangnya juga.

"Kak bell cintakan paksu?"

"Cinta.Cinta sangat,"

"Tapi paksu tak cintakan kak bell,"Nabilla mengerutkan dahinya.Apa yang Irdina cakap?

"Maksudnya?"

"Paksu tak cintakan kak bell.Dia rela mati demi selamatkan nyawa kak bell.I mean,kenapa dia perlu selamatkan nyawa dia untuk selamatkan kak bell supaya kak bell boleh hidup?Maksudnya,dia suruh kak bell hidup sorang-sorang?"Nabilla ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Irdina.

"Eh Irdina ni.Sejak bila jadi macam tu?"

"Aik?Kak bell tak tahu?"Nabilla menggeleng.

"Kak bell ingat tak waktu kak bell dah nak lemas mandi dekat sungai?Tak silap Irdina,waktu tu umur kak bell 20 tahun,paksu 18 tahun.Time tu kak bell hanpirvlemas,"

"Ouh,baru ingat.Tapi kenapa?"

"Paksu terjun untuk selamatkan kak bell.Kak bell ingat waktu kak bell kata ada orang tolak kak bell dari dalam air?Itu paksu.Paksu yang tolak.Kak bell pengsan lepas tu kan?Tapi paksu kena masuk wad sebab air banyak masuk dalam paru-paru,"Nabilla membulatkan matanya.Dia tidak pernah tahu pun tentang itu?!

"Apa?Kenapa kak bell tak tau?"

"Paksu rahsiakan.Tapi Irdina tak mau rahsiakan!Sebab bila difikirkan balik,paksu memang selfish,"kata Irdina.Nabilla tersenyum.Hatinya berdegup laju.

"Takpek.Nanti kak bell balas balik dengan apa yang dia dah buat,"kata Nabilla,tersenyum sambil mengenyitkan matanya.Irdina tersenyum dan mengangguk-angguk tanda setuju.

Mereka berdua memandang langit yang diturunkan hujan bersama-sama.Masing-masing menutup mata,menghidu bau hujan yang membasahi tanah.

"Bismillah,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience