BAB 1

Horror & Thriller Completed 13860

9 September 2003,
Cuaca sangat baik sungguhpun subuh tadi langit dibasahi hujan namun sebaik saja mentari membuka tirai pagi, dunia kelihatan indah.
Rahman sedang bersiap untuk pergi ke kampus kerana pada hari itu dia ada
kelas pagi bersama prof. Amin.

"Tuan muda Rahman, sarapan sudah siap." Cik Kiah memanggil anak kepada
majikannya. Cik Kiah pembantu rumah yang telah bekerja di rumah agam
milik Dato'Mahmud, dia sudah bekerja selama 10 tahun. Katanya dulu dia
ratu cantik di sebuah kampung di indonesia. Oleh kerana , ekonomi
keluarganya di indonesia kurang baik die terpaksa berhijrah ke Malaysia.
Mujur ada Dato' Mahmud yang sudi mengambilnye sebagai orang gaji di
rumahnya.

"Papa mana?" Rahman memasukkan buku-buku yang diperlukan.

"Dato' awal-awal lagi sudah keluar. Datin pula sudah keluar dengan
temannya, Datin Rahimah. oh ya, tadi ada kiriman surat daripada Airin"
soalan Rahman di jawap dengan berhati hati.

Rahman terdiam. Dia merenung cik kiah. Cik Kiah mengalihkan padangannya
ke arah lain. "Airin?" Cik Kiah hanya mengganguk apabila disoal. Bibir
Rahman diketap. Air mukanya menandakan keresahan. "Mana surat tu?"
Tangganya digengam beberapa kali. Peluh mula memijar di dahi. Econ
langsung tidak dapat dirasainya.

"Ini suratnya" surat itu di tinggalnya di atas meja milik Rahman. Rahman
terkaku. Dia memandang surat itu bagai mahu ditelannya. Rahman perlahan
lahan mengambil surat yang diletakkan oleh Cik Kiah. Surat itu berbau
harum. Haruman yang misteri. Dia mula membuka surat itu. Rahman mula
membaca dengan berhati hati.
Dear Rahman,

Malam pertama kita memang menyeronokkan. Rumah agam papa awak memang mengagumkan. Malam kedua kita tidak sejanggal malam pertama kita. Awak, saya rindu awak. Kenapa tak cari Airin?. Airin mahu pelukkan awak. Airin
sedih. Rahman, maafkan diri Airin ini. Airin harap Rahman bahagia dengan
dia. Tapi Airin akan berada disisi Rahman sampai Airin mati. Rahman
takkan kesuiyian. Airin akan cari Rahman. Diriku merindukan dirimu
Rahman. Airin rindukan Rahman hingga mengeluarkan air mata darah.
Tolong! Tunaikan janji awak. Janji saya. Janji kita. Yang benar,Airin.

Rahman mengomotkan surat itu. Dia terus membaling surat itu jauh dari
dirinya. Rahman diselebunyi ketakutan. Dia melilau melihat sekeliling
biliknya. Keadaannye terus berterusan sebegitu.

Kring kring!!!

Telefon bimbit milik Rahman berbunyi.
"Ha!yeye," Rahman menjawab panggilan itu dengan tergagap.

"Kau bile nak sampai kampus? Semalan janji lain hari ni tak
sampai-sampai" marah Irfan di hujung talian. Rahman terus meletakkan
panggilan itu. "Apasal dengan member aku sorang ni"

Rahman menuruni tangga ke garaj yg terletak kereta untuk dia ke kampus
"Eh, tuan muda tak sarapan?" Rahman menghiraukan panggilan cik Kiah. Dia
terus memandu kereta kampus.

---

Di kampus

"Asal lambat Rahman?" Rahman menhiraukan panggilan Irfan. Dia terus
duduk di sebelah Irfan. "Kau ni pekak ke bisu? Jawaplah aku tanya" tak
pernah Rahman sebegini kecuali pada satu masa di gred 2.

"Dia... dah... datang..." perlahan lahan dia menuturkan ayat pada
sahabatnya yang tahu semua kisah hidupnya.

"Siapa datang? Nenek kau dari kampung? Kau mane ade nenek. Abang kau
dari Australia? Adik kau? Tak silap aku adik kau tinggal sekali dengan
kau," Irfan sengaja loya buruk dengan Rahman.

"Aku tak buat lawak" pandangan Rahman sungguh mendalam. Dia merenung
Irfan sedalam dalamnya. "Perempuan tu dah kembali"

Share this novel

Jiwai Warkahku
2020-01-23 16:15:45 

Salam.. ceritanya seronok tapi ejaan kena jaga.


NovelPlus Premium

The best ads free experience