PART 3

Crime Completed 8878

Dia membuang pandang keluar jendela. Hujan masih lagi turun dengan lebat. Wajahnya menunjukkan riak tenang dan bersahaja. Orang yang di nantikan masih lagi tidak berkunjung tiba.

"Manusia hanya tahu berjanji" getusnya di dalam hati. Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 malam. Melati terus sahaja mencapai telefon pintarnya yang sudah sedia ada di atas meja.

Gadis itu cuba untuk menghubungi Tunangnya, Rizal. Tapi gagal.

Dengan pantas dia terus sahaja bingkas bangun dan mencapai segugus kunci dan bag tangan. Pintu rumah di tutup.

"Hai, nak keluar ke mana hujan-hujan lebat ni. Malam pula tu" Tegur Cik Hasnah kepoci.

Melati hanya menjeling tajam. Tidak berminat untuk menjawab soalan dari jirannya itu. "Sombong betul" marah Cik Hasnah tidak berpuas hati.

Kereta Honda Jazz berwarna biru milik Melati meluncur laju membelah kepekatan malam dan hujan lebat. Hatinya berombak kencang, apabila memikirkan Rizal senyap sepanjang hari, tanpa menghubungi atau menghantar teks kepadanya.

Melati memandu menghala ke rumah orang tua tunangnya itu, bukan mahu menemui Rizal, tetapi hanya mahu tahu di mana dan dengan siapa Rizal berjumpa.

Puan Tini dan Encik Ghafar sungguh terkejut dengan kehadiran Melati, yang secara tiba-tiba muncul di hadapan rumah mereka. Terlihat jelas wajah gadis itu menahan marah. "Kenapa ni Mel, ada yang tak kena ke?" soal Puan Tini. Hatinya cukup bimbang jika ada perkara berlaku yang tak elok kepada bakal menantunya yang satu itu.

"Maaf mak, Mel cuma nak tahu ke mana abang Rizal pergi" Tanya Melati dengan tenang. Dia tidak boleh menunjukkan reaksi marahnya kepada kedua bakal mertua.

"Lah..bukan ke tadi Rizal kata nak jumpa Mel. Dia tak sampai lagi ke?" Puan Tini seolah-olah terkejut. Di sangkanya, Rizal keluar berdua dengan Melati. Rupa-rupanya, anak lelakinya itu langsung tidak ke rumah gadis itu.

"Ni mesti dia jumpa budak perempuan tu. Dah banyak kali mak nasihatkan. Jangan jumpa lagi" Bebel Puan Tini. "Mak tahu abang selalu jumpa dia di mana?" Tanya Melati inginkan kepastian. Dia mengharap bakal mertuanya itu dapat membantu.

"Alah kak, abang selalu jumpa kak Misya tu. Kak Misya tu kerja kat 7e Taman Tasek. Akak pergi je ke sana." balas Angah tiba-tiba. Entah munculnya dari mana, tiba-tiba sahaja ada di belakang Melati.

"Mana Angah tahu ni?" Soal Encik Ghafar. Sebolehnya, dia tidak mahu ada perkara yang tidak elok terjadi di antara anak dan menantunya. Lagi pula, majlis perkahwinan mereka semakin hampir.

"Angah tahulah ayah, Angah selalu nampak abang keluar berdua dengan kak Misya. Selalu nampak abang hantar kak Misya ke tempat kerja. Lupa ea, Angah keja kat area situ juga." ujar Angah panjang lebar.

Melati mengetap bibir dengan kuat. Tanpa dia sedar, bibirnya mengalami sedikit luka. Darah merah keluar dari celahan luka dan membuatkan Angah ternampak. "Mak, bibir kak Mel berdarah tu!" tegur Angah.

Puan Tini dan suaminya terus berkalih memandang ke arah wajah Melati.

"Jangan risau. Sikit je ni. Kejap lagi baiklah tu" Dengan pantas, Darah yang ada di bibir, di kesat dengan sehelai tisu.

"Mel okay?" soal Puan Tini, bimbang.

"Mel okay mak. Jangan risau. Okaylah, Mel nak balik dulu. Kirim salam dengan abang ya mak" ujar Melati terus mencapai tangan bakal ibu mertuanya dan di cium sebagai tanda hormatnya kepada wanita itu.

"Hati-hati memandu Mel" balas Puan Tini dengan satu senyuman manis yang terukir di hujung bibirnya.

Melati hanya mengangguk dan tersenyum.
Di dalam perjalanan, Melati menahan amarah. Dadanya menahan gelora cemburu yang maha hebat. Pemanduannya di tala ke hadapan dan gadis itu terus membelok ke sebelah kiri untuk menuju ke satu tempat, iaitu ke Taman Tasek.

Gadis itu dengan perlahan, menelusuri jalan dengan berhati-hati. Matanya yang di arahkan kepada deretan kedai yang ada di situ, dan pandangannya tertancap terus ke arah satu kedai yang masih lagi di buka. Itulah dia 7e.. Kereta di pandu dengan amat berhati-hati. Dia melalui hadapan kedai di mana tempat gadis yang bernama Misya bekerja. Kereta di parking di hujung kedai yang paling akhir. Kedai 7e tempat di mana gadis itu bekerja hanya terletak 3 buah kedai dari tempat Melati sedang memerhati.

Sebatang rokok di nyalakan. Melati menyedut rokok tersebut sedalam-dalamnya. Kemudian, dia melepaskan segumpal asap ke ruang udara.

Dengan jelas, matanya merenung ke arah dua manusia yang sedang bergelak ketawa ketika keduanya sedang keluar dari kedai tempat gadis itu berkerja. Melati amat mengenali kedua-dua manusia itu.

"Cantik..tapi, kecantikkan kau tak akan kekal lama. Kau tunggu!" ucap Melati sambil tersenyum sinis. Rokok yang di hisapnya di campak ke bawah dan di pijak-pijak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience