Rate

Bab 1 Part 3

Drama Series 4786

Lara tetap menggeleng kepala manahan rasa. Siapa sangka, keseronokannya tiga hari lepas kerna mendapat hadia kamera mahal idaman hati... rupa-rupanya hanyalah satu perangkap licik.

Memang ibu bapanya ada udang di sebalik mi ketika memberi hadia itu! Tidak pernah diduga, setelah dapat kamera disukainya kerana punya fungsi teknologi terkini... berita paling mengejutkan pula diterima hari ini. Berita perpindahan itu bukan sahaja menyakiti dada, tetapi meremukkan hati dan membawa ngilu ke pankreas!

"Tetapi... tahun ini Lara sudah tingkatan 4. Selama ini susah-susah layakkan diri hingga dilantik jadi AJK tertinggi pasukan sorak. Tahun hadapan, entah-entah Lara boleh dapat peluang naik pangkat jadi ketua pasukan sorak" Cuba memberitahu apa yang bakal dilepaskan jika pindah sekolah, Lara memandang ibu bapanya dengan mata berkelip-kelip minta dikasihani... macam anak kucing tidak makan dua bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience