Bab 9

Romance Series 12449

Sepanjang geng aspura dan aspuri bersama disatu meja. Mereka lebih banyak diam dari bercakap. Mungkin disebabkan kejadian tadi.

"Korang dah siap makan ke belum?" tanya Tengku Syafiqah datar kepada aspuri.

"Ermm aku dah habis makan" jawab Ku Syaf Ariana agak-agak.

"Kitorang pun dah siap" jawab Nik Aira, Iman Nadhirah dan Tengku Farah Adlina serentak. Gadis itu hanya mengangguk kecil.

Dia bangun dari duduk diikuti semua dan menuju ke besen yang terdapat di tepi sinki. Mereka mencuci tangan lalu pergi meninggalkan geng aspura tanpa bersuara mahupun ingin pandang.

"Bapak sombong siot minah minah mix uh aq sekeh kepala tu kang baru tahu" kata Faizs dengan berlagak.

"Tu arh pasal dorang buat kita macam tunggul jer" marah Aiman Mukhris. Tengku Amirul Fareez hanya diam malas mahu masuk campur.

Syed Anas hanya menggeleng kepala "alah macam kau berani nak sekeh kepala dorang lagi lagi si Ika tu. Aku rasa siku kau baru nak sampai kepala dia tapi kau dah dapat hadiah penyepak" tutur lelaki itu sinis. Mereka dua menjeling kearah jejak tersebut.

"Korang dah habis an jom arh gi sinki" kata Tengku Amirul Fareez tiba tiba. "Jom" jawab mereka semua. Mereka bangun dan berlalu pergi.

Ku Syaf Ariana pov

Setibanya,di asrama puteri. Mereka semua berkumpul dilantai bilik drom dengan membuat bulatan. Lutut bertemu lutut.

"Weyh korang nak tanya sikit boleh tak?" tanyaku. Boleh jer, kau nak tanya apa?" soal Iman Nadhirah.

"Siapa sebernanya Diva princess yang korang cakap kat dewan makan tadi?" tanyaku.

"Ouhh diva princess tu minah yang paling gedik di alam semesta ni" jawab Tengku Farah Adlina sambil membuat bayangan.

Jawapan Tengku Farah Adlina tadi membuahkan tawa kami semua. "Ahaha bodolah kau Farah" jawab Nik Aira dengan sisa ketawa.

"Okay sini aku explain dekat kau, Divaprinces dianggotai oleh Tengku Hellysya, Adriana Jazmin, Katrina Ayu dan Tengku Melysa. Ketua mereka adalah Tengku Hellysya" terang Nik Aira kepada aku.

"Oooo" jawab Ku Syaf Ariana.

"Untuk pengetahuan kau, kitaorang memang anti giler dengan Divaprinces tu tak padan dengan gedik. Seksi pulak tu boleh buta mata aku dengan baju serupa orang zaman dulu" kata Nik Aira lagi.

"Kalau diaorang kacau kau, kau lawan jer balik tak pon kau sound habis biar padan muka minah senget tu. One more thing, Hellysya tu selalu perasan yang dia tu paling cantik dekat sekolah dan yang lagi penting dia syok giler kat ketua pangawas sekolah ni aka Tengku Amirul Fareez. Tapi Amirul buat minah tu tak wujud je. Yerlah hotstaff sapa jer yang tak suka, Amirul tu dengan geng dia yang lain semua perfect dari hujung rambut hingga hujung kaki" kata Iman Nadhirah panjang lebar.

Terjongket kening Ku Syaf Ariana "Kau dah tangkap cinta ke dengan amirul tu Farah?" tanya dia perli.

"Ahh bila masa, memang taklah aku nak suka dia, turun jatuh bangunan pun aku tak hamak dengan Amirul tu apatah lagi kawan kawan dia" teguh Tengku Farah Adlina berkata siap dengan mendabik dada lagi.

"Kitaorang cakap jer yang kau action lebih ni asal" jawab Nik Aira.

"Taklah aku cakap benda betul jer" ujar Tengku Farah Adlina. Aku bersama Tengku Syafiqah hanya memdiamkan diri jer malas mahu bertekak.

Sedang syok bersembang tiba tiba lampu semua dorm tertutup. "Mak kau hijau" latahku, buat malu jer. Ni si orang utan tu tengok mahu satu abad dia tak habis gelak.

"Ahaha lek lek Syaf aku lupa nak bagitau kau yang asrama ni tepat pukul 10 semua lampu tertutup. Warden akan buat rondaan" tegur Iman Nadhirah.

Tengku Syafiqah bangun dan menuju kearah katilnya dia memandang semua kawannya yang berada dilantai.

"Tidur esok kita pergi tempat outing lepas habis reversion" arah Tengku Syafiqah tegas. Yang lain hanya akur sahaja. Mereka tahu sahabat mereka masih dalam mood marah.

No one pov

Di drom milik Aspura yang berada di blok putera, kelihatan kelima lima jejaka itu sudah terbaring dikatil masing masing.

Masing masing membuat hal sendiri. Syed Anas serta Faizs membuka Iphone mereka untuk melihat notification yang masuk manakala Aiman Mukhris masuk kedalam tandas. Tengku Amirul Fareez pula meletakkan tangan ke dahi dan diatas perutnya.

Dia berfikir untuk rancangan esok kerana esok merupakan hari Sabtu. Hari yang bebas bagi semua pelajar yang tinggal diasrama. Mereka boleh membuat hal masing masing.

"Korang apakata esok kita keluar nak tak? " cadang Tengku Amirul Fareez kepada rakan rakannya yang lain.

Faizs memandang Tengku Amirul Fareez dari ekor mata kemudian dia mengambil bantalnya lalu diletakkan diatas dahi. "Kita nak pergi mana esok?" soal Faizs.

Terdiam semua. Syed Anas dan Faizs meletakkan Iphone mereka disisi katil. Aiman Mukhris baru sahaja keluar dari tandas terpinga pinga melihat semua diam.

"Asal korang semua diam? Aku ada terlepas apa apa ke? " soal dia blur. Mata coklat itu merenung satu persatu sahabatnya.

Mata amber milik Syed Anas menoleh kearah kawannya. "Ni ha, Amirul ajak kita keluar esok" jawabya.

Terngangguk kepala Aiman Mukhris seperti burung belantuk. Dia memberikan senyuman teruja kepada semuanya "apakata esok kita pergi NU Sentral! Lagipun dekat sikit dari sekolah kita" teruja dia ucap setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

Yang lain mengangguk setuju akan cadangan Aiman Mukhris sebentar tadi. Tiba tiba kesemua lampu drom ditutup. Nampaknya jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Aspura yang lain membaca doa dan menutup mata untuk masuk kealam mimpi. Menunggu hari esok.

Keeskokan paginya mereka semua pergi ke perpustakaan sekolah kerana ada reversion selama 30 minit bermula pukul 9 sehingga 9:30 pagi.

Aspuri sedang berjalan di koridor sambil berbual. Pada hari itu mereka menjadi tumpuan. Mungkin kerana pemakaian mereka agak sedikit cantik dari biasa selalu.

Tiba tiba Tengku Syafiqah berhenti dipertengahan jalan. Iman Nadhirah serta Nik Aira sudah mengerut dahi.

"Asal kau berhenti Ika? " soal Iman Nadhirah pelik. Mata hitam pekat dia memandang kearah muka kacukan itu.

Tengku Syafiqah memandang satu persatu wajah sahabatnya dia menghelakan nafas berat dengan hati yang serba salah.

"Syaf, Farah, Iman dan Aira aku nak minta maaf pasal semalam sebab layan korang dingin. Tak pasal pasal korang kena tempias sekali " mohon dia lirih. Mereka semua tersenyum nipis.

Mereka semua menggelengkan kepala. Tengku Farah Adlina menapak kehadapan dan mengenggam tangan Tengku Syafiqah.

"Tak pe kitaorang semua faham. Siapa je tak sakit hati bila ada orang sebut nama mak bapak kita. Lagi lagi dia hina. " ujarnya dengan lembut.

Suasana menjadi hening. Demi tidak mengganggu suasana Nik Aira menyampuk untuk menghidupkan kembali.

"Semua dah selesaikan? Jadi kita happy tak mo lah sedih sedih" ujarnya semangat. Mereka yang lain menghamburkan gelak sebentar.

Ku Syaf Ariana memandang kearah Tengku Syafiqah "Ika hari ni kita nak outing dekat mana?" soalnya.

Aspuri yang lain memandang gadis itu. Dia hanya tersenyum sahaja "hari ni kita pergi NU Sentral dekat sikit dari sekolah" Jawabnya dengan senyuman sehingga tenggelam lesung pipit pada belah kanan.

Nik Aira memandang jam pada pergelangan tangannya. Membulat matanya dia merenung kawan kawanya yang lain kemudian dia tersengih kekok.

"We sekarang dah lewat tau nak pergi library" ujarnya kekok. Dia menggosok perlahan tengkuknya. Terbuntang mata aspuri yang lain.

"Kau biar betul Aira" cemas Tengku Farah Adlina dengan memandang Nik Aira. Dja mengangguk.

Mereka semua memandang sesama sendiri sebelum terukir senyuman nakal. Tengku Syafiqah memberikan isyarat kepada Ku Syaf Ariana untuk tengok keadaan. Gadis itu membuat thumbs up.

Kemudian mereka semua membuka langkah seribu menuju kearah perpustakaan.

Habis sahaja reversion mereka semua melangkah keluar dan menuju ke pejabat untuk meminta izin pelepasan keluar.

Selesai hal di pejabat mereka semua berjalan keluar ke pintu pagar dan menunggu di bus stop.

Tengku Syafiqah mengeluarkan Iphone 11 dari bag dan membuka aplikasi grab. Dia menoleh kebelakang "korang duduk lah dulu, aku nak tempah grab dulu" bicaranya.

Aspuri yang lain duduk dibangku bus stop sambil menunggu hanya Tengku Syafiqah sahaja berdiri dengan memegang Iphone ditangan.

Dia tengok harga yang dipaparkan kemudian menoleh kembali kearah mereka. Terjongket kening aspuri yang lain.

"Asal Ika? Kenapa kau pandang kitaorang macam tu? " soal Ku Syaf Ariana pelik. Gadis itu hanya menggeleng "tak de apa apa".

"Weyh korang semua sediakan Rm 2 sebab dari sekolah kita kesana just Rm 10 sahaja. Lagipun kita semua ada lima orang".

"Ok juga. Harga pun cun cun" ujar Nik Aira. Tengku Syafiqah tersenyum.

Jari telunjuknya menekan booking lalu menunggu untuk melihat biodata drive yang menerima tempahan mereka. Tempahan mereka telah diambil.

13 minit menunggu akhirnya tiba kereta Alza berwarna biru. Mereka semua berdiri dan memboloskan diri kedalam. Kemudian kereta itu meluncur pergi.

 Sampai sahaja di NU Sentral mereka semua berjalan menuju ke lif.

"Korang kita makan dulu nak tak? Aku dah lapar ni" ucap Tengku Farah Adlina sambil membuat gosokan pada perut. Tertawa mereka melihat perilaku Tengku Farah Adlina tersebut.

"Boleh je, korang nak makan dekat mana? " soal Ku Syaf Ariana.

Disebalik itu, Aspura semua melangkah masuk kedalam NU Sentral. Mereka baru sahaja sampai.

Faizs memandang kawanya yang lain "we aku nak pergi tandas jap" ucapnya lalu terus sahaja pecut. Yang lain semua terpinga pinga melihat Faizs kemudian mengeleng.

10 minit menunggu Faizs datang kembali dengan membawa seseorang dibelakang. Jejaka itu hanya mengikuti sahaja.

Syed Anas menjeling tajam kearah Faizs "asal kau lambat sangat? Kau pergi hajat ke atau buat tandas" tertahan tahan marah yang ingin diluahkan namun ditahan. Tak pasal pasal mereka jadi perhatian.

Faizs tersengih tidak bersalah kepada mereka semua kemudian dia meraut rambut kebelakang "sorry lah tadi aku terserempak dengan seseorang lepas kitaorang berborak sekejap. Tapi, aku dah bawak dia kemari untuk perkenalan korang. Mesti korang semua kenal".

Dia menarik tangan jejaka itu kehadapan. Melopong semua yang berada, ternyata kawan mereka aka ahli aspura.

"Amir" jerit Aiman Mukhris lalu datang ingin memeluk. Cepat cepat Tengku Amir mengelak. Dia mencerlung tajam kearah Aiman Mukhris.

"Kau jangan gedik eh nak peluk peluk aku. Aku bukan gay nak peluk peluk bagai ni" ucapnya datar. Terus sahaja mati pergerakan Aiman Mukhris. Dia membuat rolles eyes.

Tengku Amir memanjangkan leher kerana mencari seseorang dalam kalangan mereka. Apabila sudah jumpa dia pergi kearahnya.

"Hai cousin" mereka berjabat tangan.

"Bila kau balik sini? " soal Tengku Amirul Fareez dengan menaikkan alis kirinya. Tengku Amir tersenyum nipis.

"2 hari lepas aku balik" ucapnya. Mereka semua hanya meng "o" sahaja.

Syed Anas memandang jamnya yang berjenama rolex dipergelangan tangan. Dia memandang Aspura.

"We sekarang dah sampai waktu lounch jomlah kita makan dulu" ucapnya kemudian memandang kawannya yang lain.

Mereka semua mengangguk lalu menuju kearah lif.

"Aku ingat hari ni nak makan nasi ayam lah Syaf, Aira, Iman, Ika" dia tersengih. Menggeleng mereka semua.

"Nasi ayam? Boleh lah tu kita makan dekat Chicken rice shop. Dah jom kita pergi dekat lif" ucap Ku Syaf Ariana lalu dia berjalan menuju ke lif bersama yang lain.

Tiba sahaja dipintu lif mereka bertembung dengan Aspura. Membulat mata mereka semua.

"KAU"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience