BAB 40

Romance Completed 11647

Aku meleretkan pandangku ke arah Hamka yang sedang berbaring di sebelah. Lena sekali tidurnya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1:30 am.

Tiba tiba tekakku terasa kering. Aku mengambil keputusan untuk turun ke dapur bagi melegakan tekak. Apabila aku sudah kembali ke bilik, aku melihat Hamka tiada di tempat tidurnya. Aku menjenguk ke balkoni. Tiada.

Belum sempat aku berpaling, badanku dipeluk dari belakang. Deruan nafas terasa dekat dengan leherku.

"Rose?"

"Ya?"

"Bila Hamka dapat hak Hamka?" Bisiknya lembut. Suaranya yang garau menjentik naluri wanitaku.

Aku menarik nafas panjang untuk meredakan detak jantung yang tidak teratur. Aku memusingkan badanku menghadapnya. Pipinya ku pegang dengan kedua belah tanganku.

"Baru seminggu. Lagi tiga minggu."

Aku menguncup bibirnya yang sedikit terbuka. Kepalanya disengetkan untuk mengelakkan hidungku berlaga dengan hidungnya. Lidahku meneroka segenap inci mulutnya.

Ciuman kami terlerai apabila telefon Hamka berdering menandakan ada panggilan masuk. Hamka mencapai telefonnya yang berada di atas meja solek. Dia meletakkan panggilan sebelum kembali duduk di sebelahku.

"Kenapa reject?" Tanyaku. Sekadar untuk mencari kepastian.

"Tak penting." Jawabnya sepatah.

"Siapa call?" Tanyaku lagi. Hairan aku melihat keadaan Hamka sekarang.

"Masih ingat Lara?" Tanya Hamka.

"Ingat. Dia ke yang call Hamka?"

Hamka mengangguk. Tiba tiba perasaan cemburu hadir di dalam diriku. Sakit terasa apabila teringat layanan gadis itu terhadapku tempoh hari.

"Sayang, boleh tak nak buat permintaan?" Anak matanya memanah tepat ke dalam anak mataku.

"Mintalah. Kalau Rose boleh bagi, Rose bagilah." Perasaan gementar mula menguasai diri apabila dia memanggilku 'sayang'. Risau jika dia meminta haknya malam ini. Sedangkan tempoh berpantang aku masih lama.

"Rose panggil Hamka 'abang' boleh? Sebab kan Rose dah tak boleh bagi hak Hamka." Ditekan sedikit perkataan 'abang'.

Aku mengurut dada. Lega mendengar permintaan Hamka.

"Boleh. Ingatkan apalah tadi." Jawabku dengan senyuman.

Hamka hanya tersengih. Dia mengajakku tidur. Esok dia perlu bekerja setelah seminggu cuti. Aku hanya menurut ajakannya. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Mataku masih belum mengantuk. Aku masih terfikir tentang Lara. Mengapa dia menelefon Hamka di waktu sebegini?

"Sayang, tak tidur lagi ke?" Tanya Hamka. Mungkin dia menyedari aku masih belum menutup mata.

"Tak boleh tidur. Hamka..."

"Apa? Hamka?"

Aku tergelak kecil.

"Abang. Abang, jangan curang tau?"

"Hish! Apa pula pesan macam tu kat abang. Abang bukan budak budak. Tahulah abang nak jaga diri. Lagipun abang sayang isteri abang ni." Ujar Hamka. Aku ditarik ke dalam pelukannya.

"Tapi esok abang jumpa Lara." Bergetar suaraku menutur kata.

"Abang memanglah kena jumpa. Lagipun dia satu bahagian dengan abang. Sayang cemburu kan? Jangan la risau sayang. Abang takkan cakap dengan dia, kecuali benda benda penting. Janji." Dia mengucup dahiku.

Aku terasa tenang dalam keadaan ini. Perlahan lahan mataku terkatup. Perasaan kantuk mula menguasai diri selepas menerima ciuman Hamka.

***

Hariku terasa sunyi tanpa kehadiran Hamka. Entah pukul berapa dia balik rumah hari ini. Kebiasaannya semasa kami belum berkahwin, Hamka pulang ketika malam sudah pun larut. Kadang kadang selepas Subuh baru aku nampak batang hidungnya.

Janganlah sudah berkahwin pun dia masih bekerja kuat seperti itu.

"Rose, jauh termenung." ujar Mak Mah. Dia mengambil tempat di sebelahku.

"Mana ada jauh. Belum sampai kutub utara lagi." Aku tersengih menunjukkan barisan gigiku.

"Melawak pula." Mak Mah ketawa kecil. "Tahulah rindu suami. Nanti bila mak dan ayah nak balik Terengganu, lagilah bosan. Sebab tu mak nak cucu cepat. Tak adalah bosan sangat menantu mak duduk sorang sorang." Kata Mak Mah. Minggu depan mereka berdua akan kembali tinggal di Terengganu. Katanya ingin memberi peluang kepada aku dan Hamka berdikari

Aku menundukkan wajah mendengar kata kata Mak Mah. Sedih. Tinggi sekali impiannya. Namun aku tidak tahu jika aku dapat menunaikannya atau tidak.

"Rose, kenapa?" Tanya Mak Mah. Dia memegang tanganku apabila melihat raut wajahku yang sedih.

"Doktor cakap kemungkinan untuk Rose mengandung tipis. Kebiasaanya perempuan yang gu..." Aku terdiam. Baru teringat yang Mak Mah dan Pak Mid tidak mengetahui tentang keguguranku.

"Perempuan yang apa Rose?" Tanya Mak Mah lagi.

"Er, perempuan yang ada pendarahan dalam rahim."

Mak Mah menganggukkan kepalanya. Aku ditarik ke dalam pelukannya. Ubun ubunku diusap seperti pada awal kedatanganku ke sini. Tenang terasa berada di dalam pelukan wanita yang bergelar ibu.

Teringat pula pada ibu. Sudah lama aku tidak melawat kuburnya.

"Mak, Rose nak melawat kubur ibu esok boleh tak? Hamka memang sah tak dapat pergi sebab kerja. Jadi nak minta ayah yang tolong hantarkan."

"Elok juga tu. Dah lama tak melawat kubur besan kita kan Mah?" Sampuk Pak Mid tiba tiba. Entah dari mana datangnya orang tua ini.

"Betul tu abang. Takpelah Rose, mak nak pergi beli barang dapur jap. Rose jaga rumah ye?" Pesan Mak Mah.

Aku mengangguk. Aku hanya menghantar mereka di hadapan pintu. Belum sempat aku menutup pintu, loceng di luar pagar ditekan. Aku memanjangkan leher untuk melihat gerangan yang datang. Seorang lelaki yang berkulit putih dan berambut keperang perangan berdiri di hadapan pagar.

"Rose. Sini kejap."

Tersentak aku mendengar lelaki itu memanggil namaku. Bagaimana dia mengetahui namaku? Aku menyuruhnya tunggu sebentar untuk memakai tudung. Aku bergegas keluar untuk bertanya tujuan lelaki itu datang.

"Lanny?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience