Keadaan menjadi tegang seketika apabila Munirah mahu berbincang semula dengan Azhar tentang Mira mahu menjadi suri hatinya semula. Azhar mengusap wajahnya kasar sekali. Ditahan amarahnya sebelum disembur kepada Munirah terlebih dahulu. Geram saja Azhar apabila ia melihat Munirah bermain dengan White dan putih yg semakin membesar dari hari ke hari. Seperti tiada apa yg berlaku semasa perbincangan ini.
Munirah..kalau nak bercakap cuba tatap wajah saya. Beritahu segala apa yg mahu awak sampaikan. Saya akan dengar. Bersuara Azhar lalu memandang tajam ke Munirah yg masih seronok mengomol perut Putih. Terasa macam nak terkam dan mengigit saja diri Munirah ketika itu. Munirah buat tidak dengar saja malah hanya berbual dengan White dan Putih. Buat macam diri Azhar tidak wujud di situ. White dan Putih lebih penting untuknya. Azhar sudah hilang sabar terus bangun dari sofa pergi berjalan mendekati Munirah. Dia mengambil White dan Putih dari pegangan tangan Munirah kasarnya.
Abang akan buang mereka kalau Irah tak dengar cakap abang!! Ugut Azhar tegasnya lalu membawa White dan putih ke hadapan pintu.
Abang!! jangan abang..jangan.. Diorang tak bersalah!! Meronta-ronta Munirah menarik baju Azhar dari terus melangkah keluar rumah. Azhar hanya buat tidak tahu saja malah meneruskan juga untuk membuang White dan putih di depan pintu pagar. Mereka tidak menbela White dan putih kerana Azhar alah pada bulu kucing. Tetapi kerap saja kucing jalanan itu datang ke rumahnya meyebabkan Munirah selalu saja bermain dengan mereka sampaikan dibawa masuk ke dalam rumah. Perasaan sayangnya kepada White dan Putih tidak dapat dibendung lagi. Daripada takutan kucing sudah menjadi pencinta kucing. Betul lah orang kata tidak kenal maka tidak cinta. Munirah terus terduduk ke bawah sambil memeluk kedua belah kaki Azhar. Ditahan lelaki itu daripada terus bertindak kejam terhadap White dan putih. Azhar membuka pintu juga dan meletakan White dan putih ke bawah.
Sorry white..putih. Ini urusan saya dan Munirah. Korang berdua main di luar dulu. Biar saya ajarkan sikit ibu korang yg keras kepala ni. Nguman Azhar tersenyum sedikit apabila menutup pintu itu semula. Dirinya bukanlah terlalu kejam mahu berbuat demikian sekali. Munirah masih lagi meronta-ronta di kaki Azhar. Azhar menutupi pintu itu perlahan dan memandang ke arah wajah Munirah yg tidak menangis pun tetapi meracau seperti orang gila.
Dah habis berdrama?? Tanya Azhar setelah mereka berdua dalam keadaan begitu dalam masa 20 minit yg lepas. Tersenyum sinis Munirah terus melepaskan pelukan di kaki Azhar itu. Dia segera bangun dan pergi ke arah peti sejuk. Rasa dahaga pula asyik meraung tadi. Dibiarkan saja diri Azhar masih berdiri kaku tepi pintu. Azhar menghembus nafas panjang terkena lagi dengan agenda Munirah laki ini. Munirah mencapai botol air kosongnya di dalam peti lalu diteguk air itu lama sekali. Panas saja rasanya apabila rambutnya juga tidak diikat ke atas. Asyik saja menikmati air kosong yg melepasi tekuknya Munirah kembali melihat ke arah Azhar. Prufff!!! Terkejut Munirah terus tersembur keluar air yg masih belum ditelannya ke muka Azhar. Dia tidak sedar sejak bila Azhar sudah berdiri di tepi peti sejuk ini.
Cough..cough..Ya Allah..sorry..saya tak perasan abang kat sini..cough.. Terbatuk Munirah banyak kali sebelum mendapat nafasnya semula. Tergamam Azhar lalu mengangkat tangannya ke atas. Munirah beranjak ke belakang sikit kerana takut Azhar akan menamparnya. Melihat riak wajah Azhar sudah kemerahan menahan amarah yg belum terlerai lagi. Perlahan-lahan tangan kanan azhar meraut wajahnya yg masih ada sisa air yg disembur oleh Munirah tadi. Kedengaran nafas Azhar naik turun sahaja. Munirah mengangkat kedua belah tangannya tanda 'Maaf'.
Sayang..Sekarang dah pukul 12.30 p.m. Apa kata awak naik sekarang..mandi..then, bersiap. Nanti kita keluar makan luar ye. Tegas sahaja susunan ayat Azhar itu kepada Munirah. Senyuman Azhar menampakkan taringnya dihadiah kepada Munirah. Meremang bulu tangan Munirah melihat senyuman itu. Cepat-cepat ia bergegas naik ke atas sebelum Azhar menerkamnya. Sambil Munirah berlari Azhar tahan saja apabila mendengar gelak ketawa mengilai Munirah.
Ya Allah..berikanlah aku kesabaran yg tinggi. Aku masih boleh melayankan kerenah isteriku ini. Seburuk mana pun perangainya ia tetap isteri yg aku sayangi. Nguman Azhar terus tersenyum sendiri. Entah sampai bila ia harus bertahan melayan kerenah Munirah. Azhar akan terus bertahan sampai bila-bila kerana Munirah adalah penyeri dalam kehidupan hariannya.
Nak makan mana?? Tanya Azhar sambil berjalan dengan Munirah di sekita Mall itu. Azhar saja bawa Munirah keluar sekali kerana mahu membeli baju kemeja baru untuk dirinya masuk bekerja semula tidak lama lagi. Semua pilihan baju itu di pilih oleh Munirah. Itulah yg buatkan dirinya rasa bersyukur ada seorang isteri. Dapat juga merasa segala penampilannya terjaga.
Entah..saya ikut abang jee..Jawab Munirah berjalan jauh sedikit daripada Azhar. Larit saja dirinya sedang memerhati ke arah telefon bimbit yg sedang dipegangnya itu. Mengeluh Azhar tidak suka Munirah berjalan sambil memegang telefon. Tangannya terus mengambil telefon itu daripada Munirah. Terkedu Munirah cuba mengambil semula telefonnya dari tangan azhar. Dalam beberapa saat mereka berdua bergelut akhirnya Munirah mengaku kalah juga. Dia tidak dapat mencapai ketinggian tangan Azhar bila diangkat ke atas. Orang yg lalu sekitar situ hanya memerhati sahaja gelagat mereka berdua. Tidak tentu pasal viral nanti dua pasangan cuba berdrama di dalam mall. Munirah memandang tajam saja ke arah Azhar yg sedang tersenyum sinis memandang ke arahnya.
Fine!! Saya nak korean fried Chicken!! Samyang!! Saya nak makan pedas!! Kata Munirah mencabar Azhar keluar dari ruang keselesaannya. Siapa tidak kenal Muhd Azhar. Orangnya suka sahaja memasak tetapi tidak makan makanan pedas. Masakannya semua biasa saja ikut anak tekaknya sendiri. Sambal belacan buatannya sendiri pun rasa manis sahaja. Munirah kenal sangat dengan diri Azhar. Sudah tiba masanya ia memaksa Azhar keluar dari ruang keselesaannya. Munirah memberikan senyuman girang apabila melihat Azhar mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu.
So abang..Jemputlah makan yee. Bersuara Munirah seronok saja melihat samyang yg sedang digaulnya merah sekali. Korean fried chicken juga ada 3 jenis perisa original, pedas dan cheese. Azhar terus mati kata kerana dia tidak pernah makan makanan korea sebelum ini. Di lihat sahaja sajian yg terhidang indah di depan matanya. Munirah menunggu saja Azhar mengambil langkah pertamanya dulu. Perlahan-lahan Azhar mengambil chopstik di atas meja. Dipandang lama wajah Munirah ketika itu.
Huh?? Napa?? Tanya Munirah selepas melihat Azhar menunjukkan chopstik ke arahnya.
Sayang..macam mana nak guna benda ni?? Soal Azhar kembali sambil membuat bibik muka comel ke arah Munirah. Munirah tidak ketawa malah pergi duduk di sebelah Azhar sahaja. Dipegang kedua belah tangan Azhar untuk mengajarnya cara menggunakan chopstik. Munirah rasa bersalah pula buat Azhar keluar dari zon keselesaannya. Tetapi dia sudah lama idam nak makan semua ini. Bila di rumah Azhar tidak beri Munirah beli makanan segera seperti Maggi mahupun samyang. Inilah kesempatan yg ada.
Arrr?? Buka mulut abang..Irah suapkan. Kata Munirah sambil mengangkat chopstiknya ke arah mulut Azhar. Azhar menelan payah air liurnya terpaksa membuka mulutnya juga. Berkerut dahi Azhar pertama kali rasa maggi samyang di dalam mulutnya. Tetiba sahaja mukanya mula rasa berbahang dan berpeluh.
Air...air..Bersuara Azhar sudah tidak tahan dengan rasa pedas itu. Merah padam mukanya menahan pedas. Cepat-cepat Munirah memberi air coklat kepadanya. Habis satu gelas itu Azhar minum. Munirah mengesat peluh di dahi Azhar. kasihan saja mihat Azhar memaksa diri disebabkan olehnya. Azhar memang tidak suka makanan pedas. Azhar hanya makan ayam goreng original dan cheese saja. Selebihnya Munirah terpaksa habiskan sendiri. Hampir nangis Munirah kena habiskan makanan yg banyak ini. Azhar tersenyum girang kerana Munirah sendiri yg order dialah yg kena habiskan. Apalah nasib dapat isteri yg masih berjiwa muda. Azhar juga rasa dirinya menjadi muda semula dengan perwatakan Munirah seperti ini. Apa salahnya dia sebagai suami bertolak ansur dalam perhubungan. Memberi layanan yg istimewa untuk kekasih hati merangkat isteri yg tersayang.
......................................................................
Bonda sihat?? Bonda dah makan ubat belum?? Tanya Munirah seusai salam tangan Hajah Fazilah. Munirah baru saja pulang dari tempat terpaksa datang terus ke sini kerana Hajah Fazilah rasa tidak sedap badan. Nasib sahaja dia pulang ke sini dengan walid dahulu. Azhar masih lagi dalam perjalanan ke sini. Azfar dan Wirda sudah lama pulang ke kampung halaman mereka di Melaka. Azman juga sudah pulang ke Johor maka tinggal lah Hajah Fazilah dengan Mak Nah iaitu pembantu rumah ini.
Apa bodohnya soalan kamu ni Munirah? Tak nampak ke aku dalam keadaan macam ni?? Aku tak nyanyuk lagilah nak lupa semua tu. Tengking Hajah Fazilah selepas mendengar soalan tidak munasabah menantunya itu. Hatinya terasa sakit sahaja melihat susuk tubuh Munirah di hadapannya. Disebabkannya mereka terpaksa menangguh dahulu niat untuk masuk meminang Mira. Disebabkannya juga keluarga mereka malu apabila mengetahui status perkahwinan Azhar dan Munirah. Apa malang nasib keluarganya selepas Munirah ada sekali. Sampai bila Azhar mahu membela dan menjaganya Hajah Fazilah sendiri pun tidak tahu. Tergamam Munirah selepas ditengking kuat seperti itu. Dia cuba untuk mendekati dan menjalini hubungan baik dengan bonda. Tetapi semua ini macam sia-sia sahaja kerana bonda sudah membenci dirinya. Munirah menelan payah air liurnya cuba menolong bonda untuk bangun dari katil.
Bonda..perlahan-lahan..Biar Irah tolong papahkan. Kata Munirah lalu memegang bahu Hajah Fazilah. Dia hanya mengagak yg Hajah Fazilah mahu ke bilik air. Kasihan saja dia melihat sakit bonda mula kembali. Disebabkan inilah Munirah tidak suka jika Azhar membantah cakap bonda. Macam mana sekali pun Azhar cuba membantah ia perlu fikirkan kesihatan bonda juga. Syurganya masih di telapak kaki bonda.
Ehh pergilah..jangan sentuh aku. Aku bukannya lumpuh lagi. Pandai-pandailah aku berjalan sendiri. Marah Hajah Fazilah terus menolak kasar tubuh kecil Munirah sehingga terlanggar bucu meja. Munirah memegang belakang pinggangnya yg mula terasa sakit sedikit. Dia tetap mahu bantu dan menolong Hajah Fazilah duduk di atas kerusi rodanya. Keselamatan Hajah Fazilah lebih penting ketika ini.
Engkau ni kan..Memang tak faham apa yg orang cuba sampaikan ke haa. Macam manalah engkau hidup selama ini?? Kata budak pandai dalam pelajaran tapi apa yg orang cakap sikit pon tak dengar. Macam manalah mak dan bapa kau jaga kau selama ini. Owhh patutlah..kalau dijaga baik mesti tak terjebak dengan maksiat. Ini tidak..Anak aku yg jadi mangsanya. Cuba engkau..Belum habis Hajah Fazilah berterusan menghina Munirah Haji Darus datang ke arahnya.
Fazilah...sudah. Sampai bila awak nak macam ini. Cuba beristigfar sikit. Munirah cuba bantu awak. Apa yg salahnya dia buat?? Ya Allah..tak fahamlah saya dengan awak ni..Munirah pergi tolong Mak nah kat dapur tu. Biar Walid uruskan semua ini. Bersuara Haji Darus kecewanya dengan sifat isterinya seperti ini bila melayan budi baik Munirah terhadapnya. Sampai bila isterinya mahu membenci Munirah. Perkara yg lepas biarlah berlalu. Kita sebagai manusia hanya mampu mengambil iktibar dari semua itu. Sekarang Munirah adalah menantu mereka. Baik buruk Munirah mereka kena terima dengan sedaanya.
Walid..tak apalah..saya boleh tolong bonda. Kata Munirah tergagapnya cuba faham situasi ini dan menolong Hajah Fazilah. Mungkin lebih selesa kalau perempuan bersama perempuan jika melibatkan hal diri bonda. Munirah tahu walid adalah suaminya tetapi sebagai menantu dan dirinya yg masih kuat biarlah dia yg lakukan. Munirah sudah terbiasa semua ini kerana kerap saja ia menolong makcik-makcik yg berada di pusat jagaan itu.
Baiklah kalau kamu cakap macam tu..Walid nak solat sekejap. Awak jangan tertekan sangat yee..nanti kesihatan awak lagi merosok teruk. Nak ke duduk dekat hospital tu. Lagi susah awak dekat sana. Pesan Haji Darus kepada Hajah Fazilah sebelum keluar dari biliknya. Kedengaran Hajah Fazilah mendengus kasar saja mendengar suaminya juga suka membela diri Munirah. Hajah Fazilah terus memberikan pandangan tajam ke arah Munirah. Munirah hanya membalas dengan senyuman manis sahaja. Tidak perlu ia melawan semua ini. Tiada rasa benci pun yg hadir di lubuk hatinya terhadap ibu mentuanya ini. Jika ini adalah umi yg sedang sakit, dia sebagai seorang anak perempuan sulung akan membuat perkara yg sama juga. Munirah menolak lembut kerusi roda Hajah Fazilah ke dalam tandas. Hajah Fazilah mahu membuang hadas kecil yg sudah tersedia khas bila ia jatuh sakit. Munirah sedikit pun tidak rasa geli untuk melakukan semua ini. Senang saja dirinya dapat juga menolong dan membantu Hajah Fazilah dari segi keperluannya. Walaupun sedia mendapat cacian dari mulut Hajah Fazilah senyuman manis di bibirnya tidak lekang sedikit pun. Hanya perkataan baik sahaja Munirah membalas semua itu. Siapa dia mahu menumpang kasih sayang dalam keluarga ini. Sedikit banyak Munirah belajar untuk hidup tidak bergantung dekat sesiapa lagi. Biarlah ia melakukan semua ini untuk menebus dosa masa silamnya. Meminta keampunan dari yg maha Esa. Munirah mahu membuktikan yg dirinya tidak bersalah. Itu saja yg Munirah mahu buktikan. Mencari satu kepercayaan di semua sudut hati orang yg tersayang.
Share this novel