CHAPTER 4 DKM

Action Series 21357

Luth Hanief pada hari ini akan kembali bertugas seperti biasa.Baju uniformnya sudah digosok dari malam tadi.Segala kelengkapan sudah disediakan.Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Dia sudah terjaga dari lenanya.Tuala mandi dicapai dan menuju bilik mandi.Dia membuka semua pakaiannya dan dicampakkan ke arah bakul pakaian kotor yang tersedia.Air pancuran dibuka , dia berdiri di bawah pancuran tersebut.

Selepas selesai membersihkan diri , dia mengambil wudhuk dan membuat solat tahajjud.Dia sering juga mengamalkan perkara-perkara sunat ini.Semuanya untuk dirinya jua.Luth Hanief selesai menunaikan perkara sunat tersebut.Dia bangkit dan duduk di kepala katil.Kopiah dikepalanya ditanggalkan disisi.Rambutnya yang separa basah itu diselak kebelakang.Dia membelek telefon pintarnya sementara menunggu solat subuh.

Tok ! Tok !

"Masuk." arah Luth Hanief kepada gerangan yang mengetuk pintu biliknya.

"Abang !" sergah Lutfya Humaira sebaik dia membuka pintu bilik tersebut.Dengan berpakaian telekungnya , membuatkan Luth Hanief sedikit tersentak.

"Ya allah , Humai.Terkejutlah abang." ujar Luth Hanief kepada adik perempuannya itu.

"Sorry.Hihi." ucap Lutfya Humaira manja.Dia melutut di hadapan abangnya Luth Hanief.

"Ni kenapa pula datang ke bilik abang pagi-pagi subuh ?." soal Luth Hanief kepada adik perempuannya itu.

"Nak solat dengan abanglah.Seronok rasa dapat solat berjemaah." ujar Lutfya Humaira sayu.Banyak perkara yang mendesaknya untuk menjadi dewasa lebih awal.Sebab itu dia lebih manja dengan Luth Hanief kerana lelaki itu saja yang boleh melayan sikapnya.

"Adik , abang nak tanya boleh ?." soal Luth Hanief yang menukar posisi duduknya di lantai juga.

"Tanya apa ?." soal Lutfya Humaira kepada abangnya Luth Hanief.

"Assalammualaikum , abang nak ikut solat juga." ucap Lutfya Hazra yang tersembul wajahnya dibalik pintu bilik tersebut.

"Ya sayang , boleh.Mari sini." ucap Luth Hanief lembut kepada pasangan kembar itu.Lutfya Hazra dan Lutfya Hayra segera melabuhkan duduk di hadapan abangnya.

"Okay , sekarang abang nak tanya tiga-tiga.Kalau abang kahwin.Korang suka tak ?." soal Luth Hanief kepada adik-adiknya.Lutfya Hazra , Hayra dan Humaira saling berpandangan.

"Abang nak kahwin dengan siapa ?." soal Lutfya Hazra.

"Abang nak kahwin dengan pilihan abang.Korang boleh terima ?." soal Luth Hanief lembut.Dia mahu dengar jawapan dari bait bibir adik-adiknya sendiri.

"Boleh !." sorak mereka bertiga.Tiga gadis itu memberi riak wajah ceria.

"Betul ? Walaupun korang tak pernah kenal dia ?." soal Luth Hanief kepada adik-adiknya.

"Ya , walaupun kitaorang tak tahu siapa akak tu.Yang penting bukan kak MIKAYLA !" tegas Lutfya Hazra berbicara.Terkedu seketika Luth Hanief.

"Kenapa korang tak suka Mikayla ? Dia kan pilihan ibu ? Mesti lebih baik ?." pancing Luth Hanief.Dia mahu jawapan jujur dari adik-adiknya.

"Baik ? Depan ibu pijak semut tak mati.Belakang ibu ? Ibu saja yang buta mata , buta hati dengan sikap Mikayla tu." jelas Lutfya Hayra pula bersuara.Tegas dan marah.

"Sudah-sudah.Jangan cakap dengan ibu abang tanya benda ni." ujar Luth Hanief kepada adik-adiknya itu.

"Abang , boleh Hazra tanya sesuatu ?." soal Lutfya Hazra kepada Luth Hanief.

"Tanyalah , apa dia ?." soal Luth Hanief pula.

"Sampai bila abang nak akur pada kata ibu saja ? Abang jangan ingat kitaorang tak tahu.Kitaorang tahu apa yang ibu cuba buat pada abang.Keluarlah dari masalah hidup kita ni abang.Sudah berapa hari abah tiada di rumah.Dia berkuasa sepenuhnya." jelas Lutfya Hazra.Betapa mereka sayangkan Luth Hanief sehingga meminta Luth Hanief keluarga dari keluarga mereka demi kebahagiaan dirinya sendiri.Luth Hanief mengeluh.

Tengah Hari....

Hakim membawa langkah menuju ke bilik Luth Hanief.Pegawai-pegawai yang berada di situ memberi tanda hormat kepadanya.Dia antara pegawai besar di dalam bangunan SPRM tersebut.Butang lif ditekan , terbuka pintu lif.Langkah diatur memasuki perut lif.Nombor 10 ditekan.

Ting !

Pintu lif terbuka sebaik sahaja tiba di tingkat 10.Kaki diatur bergaya menuju ke bilik pejabat Luth Hanief.Sebelum tiba di hadapan bilik Luth Hanief.Dia terlihat Mikayla sedang berbual dengan seorang lelaki yang dia agak kenali.Tetapi dia malas mahu berfikir panjang.Pintu diketuk terlebih dahulu.

"Masuk." arah Luth Hanief kepada gerangan yang mengetuk pintu biliknya.Muncul wajah Hakim di sebalik pintu.Dia tersengih memandang wajah tampan Luth Hanief.

"Tahulah kau sekarang orang atasan.Lain macam kitaorang ni , orang bawahan jer." ujar Hakim tiba-tiba.Luth Hanief menjongket kan sedikit keningnya.Laporan kembali diteliti.

"Makan jom." ajak Hakim selamba tanpa berkias.

"Aku tak lapar." ujar Luth Hanief ringkas.Laporan kembali diteliti.

"Kenapa dah kenyang layan perangai mak kau ? Tak payah nak acah tersakiti sangat.Jom makan.Takda duit , aku belanja." lagak Hakim.Dia suka bergurau dengan Luth Hanief tanpa ada batasan.Luth Hanief segera menutup fail kerjanya dan bangkit dari duduknya menuju ke muka pintu.

"Kau ingat aku takda duit ke nak makan ? Gaji aku sebulan boleh jual beli kau saja.Tapi disebabkan kau sendiri dah tawar nak belanja aku ? Aku nak makan dekat Thistle Hotel." ujar Luth Hanief selamba dengan riak wajah kosong.

"Lahabau punya kawan , cincang aku cukup-cukup ya.Ni lah contoh-contoh pegawai atasan SPRM.Suka... ." kata-katanya terhenti apabila Luth Hanief memberi pandangan tajam.

"Eh , tak-tak.Gurau jer." sengih Hakim menutup bicaranya terus.

"Kau dengan Dahlia macam mana ? Okay ? Boleh kahwin ?." soal Hakim bertalu-talu dengan selamba.

"Kau ingat Dahlia tu anak patung ke ? Rasa macam okay ambil dan bayar ? Dia tu manusia ada hati dan perasaan.Sibuk fikir masalah aku.Habis dia nak ke aku ni ? Tak habis-habis lah korang ni." ujar Luth Hanief dengan nada sedikit keras.Dia berasa tegang.

"Sabarlah Luth , allah ada.Aku yakin memang dia jodoh kau." ujar Adam yang baru sahaja mendekati mereka berdua.

"Aku tak tahu cara nak mula." jelas Luth Hanief kepada Adam dan Hakim.

"Kau ada cara untuk habis ?." soal Hakim dengan makna tersirat.

"Kau pasti ada cara untuk mula." jelasnya lagi.

"Kalau mak aku tak suka macam mana ? Semua sedia tahu perangai mak aku macam mana." ujar Luth Hanief.Dia berpeluk tubuh memikirkan apa yang sedang dibincangkan.

"Aku yakin Luth , mak kau takkan sukakan Dahlia tapi akan ada sesuatu yang boleg menguatkan rasa cinta dan perkahwinan korang." jelas Adam.Berkerut sedikit raut wajah Luth Hanief.

"Apa dia ?." soal Luth Hanief ingin tahu.

"Korang berdua.Koranglah yang membuat orang lain tak boleh runtuhkan masjid yang korang bina.Luth , kau orang bijak Luth.Jangan disebabkan tekanan bodoh ni , otak kau jadi tak berfungsi.Percayalah , bahagia kau hampir tiba." jelas Adam kepada sahabatnya Luth Hanief.

"Abang." panggil seseorang.Mereka mengangkat kepala serentak.Hakim sudah membuat raut wajah menyampah.

"Zara.Kenapa dekat sini ? Tak kerja ke ?." soal Luth Hanief selamba.Dia tersengih gedik.

"Tak , sebab sekarang kan waktu lunch." jelas Zara gedik.

"Oh lupa pula." jelas Luth Hanief.

"Makan jom dengan Zara.Zara belanja abang." ucap Zara mengada di hadapan Hakim dan Adam.

Suasana di pantai Stulang tenang dan redup.Luth Hanief membawa Hana Dahlia keluar bersamanya.Dia mahu melapangkan hati dan fikiran yang sesak dengan masalah yang ada.Dia tahu , hanya wanita itu saja yang mampu fahaminya.Kaca mata hitam terletak dibatang hidungnya.Sesekali dia memandang wajah ayu Hana Dahlia dibalik kaca mata hitam tersebut.

Gadis itu sentiasa tersenyum.Senyuman tak lekang di bibirnya.Dia rancak berborak tentang masa kecilnya bersama Luth Hanief.Tetapi kadang kala , Luth Hanief tidak memberi tumpuan pada perbualan Hana Dahlia.Dia lebih tertarik dengan kecantikan gadis itu sekarang.Masa sudah merubah Hana Dahlia.Bunganya itu.Luth Hanief tersenyum nipis melihat gelagat Hana Dahlia itu.Dia angau akan gadis itu.

"Bunga nak kahwin dengan abang ?." soal Luth Hanief tiba-tiba.Hana Dahlia terhenti seketika.

"Masa tu kan Dahlia turun ke sungai dan... ."

"Abang tanya , Bunga nak kahwin dengan abang tak ?." soal Luth Hanief lagi.Kaca matanya masih statik tidak berganjak dari matanya.Hana Dahlia mencari-cari anak mata Luth Hanief.Akhirnya dia menjatuhkan pandangannya.

"Dahlia taknak kahwin dengan abang." ujarnya ringkas.Tetapi bukan itu yang dia mahu katakan.

"Kenapa ?." soal Luth Hanief ingin tahu.

"Sebab kerja Dahlia tak mampu nak bahagi masa.Dahlia terpaksa berjauhan dengan keluarga.Kalau kahwin kita kene PJJ." jelas Hana Dahlia memberi alasan.

"Kalau abang kata , boleh.Abang boleh terima bunga seadanya.Bunga nak kahwin dengan abang ?." soal Luth Hanief kepada Hana Dahlia.

Diam.

"Bunga dengar apa abang nak cakap.Lama dah abang cintakan bunga.Abang suka bunga bukan pertemuan kita yang baru ni.Abang suka bunga dari zaman kanak-kanak lagi.Abang yang bagi nama bunga tu.Abang ikhlaskan bunga dalam hidup abang.Kita kahwin ya." ujar Luth Hanief lagi.Hana Dahlia memandang wajah lelaki itu.

"Bunga , abang tak tahu apa yang ada dalam hati bunga.Tapi abang bagi jaminan pada bunga.Abang akan sayang , cinta dan jaga bunga macam nyawa abang sendiri." ucap Luth Hanief romantis.Hana Dahlia terdiam.Air matanya mengalir.

"Tapi... ." kata-katanya terhenti.Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya.

"Abang tahu apa yang ada dalam fikiran bunga.Satu tentang ibu abang dan kedua tentang penyakit bunga kan ?." soal Luth Hanief kepada Hana Dahlia.Terkedu.Tersentak.Tidak dia sangka Luth Hanief meneka perkara yang tepat sedang bermain di dalam akal fikirannya.

"Abang sanggup terima Dahlia ?." soal Hana Dahlia seolah tidak percaya.Luth Hanief tersenyum.

"Sanggup.Bunga yang nak hidup dengan abang.Bukan ibu abang.Abang ada untuk lindung bunga dari mulut orang.Bunga tak perlu takut.Tapi bunga perlu letak sedikit kepercayaan pada abang." ujar Luth Hanief kepada Hana Dahlia.

"Habis sekarang macam mana ? Lagi dua minggu Dahlia kene balik Subang." jelas Hana Dahlia.

"Kita kahwin minggu depan." ucap Luth Hanief tanpa ragu-ragu.

"What ? Next week ?." soal Hana Dahlia terkejut.

Abang diberi tempoh hanya 14 hari saja untuk cari calon isteri.Sekarang tinggal lagi berapa hari ? Kita kahwin ya minggu depan." pujuk Luth Hanief.

"Abang betul ke apa abang buat ni ?." soal Hana Dahlia ragu-ragu.

"Ya sayang , abang yakin dan abang buat kerana allah.Abang tak memaksa tau.Tapi apa yang abang cakap tadi tu cuma satu penjelasan.Abang nak bunga tahu isi hati abang pada bunga." ujar Luth Hanief kepada Hana Dahlia.

Kenderaan BMW M4 bergerak mengundur meninggalkan pantai Stulang.Kedua-dua insan ini sedang melayari perasaan masing-masing.Sepi suasana di dalam kenderaan hanya bertemankan radio sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience