Bab 31

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Aku masuk ke dalam sebuah kedai.
"Konnichiwa." Ucap pekedai itu dengan nada gembira.
"Konnichiwa." Balasku gembira. Aku melihat apa yang menarik di situ.
"Eh? Sakinah?" Sapa seseorang.
"Oh, Adib, Mira. Assalamualaikum." Ujarku.
"Waalaikumussalam." Mereka berdua menjawab.
"Awak buat apa kat sini?" Soal Adib.
"Hm, tengok-tengok barang je. Comellah barang-barang kat sini." Ujarku sambil membelek-belek beberapa barang.
"Oh, hm, Ryoga mana?" Soal Adib lagi.
"Ryoga? Hm, ada je. Tadi, dia pergi mana entah. Kejap lagi, dia datang sini." Balasku.
"Abang, Mira nak ke sana sekejap." Kata Mira. Adib hanya mengangguk. Mira keluar dari kedai itu.
"Hm, awak, mummy saya ajak awak datang makan malam di rumah kami malam ni. Ajak mak awak sekali." Ujarnya.
"Ha? Ajak saya? Makan kat rumah awak? Eh, tak apalah. Susah-susah sahaja." Balasku.
"Eh, tak apalah. Datanglah malam ni. Saya datang jemput awak dan mak awak pukul 8 malam." Katanya pula.
"Ha, nanti saya bagitahu mak saya dulu." Balasku lagi. Dia hanya mengangguk.
"Ha, alang-alang dah jumpa awak di sini, saya nak bagitahu yang minggu depan, kami dah nak balik Malaysia." Ujarku.
"Ha? Balik Malaysia? Minggu depan?" Soalnya terkejut.
"Haah, minggu depan. Lagi seminggu je lagi nak Ramadhan, kan? Awal Ramadhan tahun ni." Ujarku. Dia mengangguk. Tiba-tiba, Ryoga muncul dihadapanku.
"Eh, awak nak beli apa kat sini? Saya belanja." Katanya.
"Tak payah. Cuba jangan bagi semua duit awak pada saya. Saya ni siapa awak nak belanjakan semua duit awak pada saya?" Ujarku sambil masih membelek barangan di situ.
"My future wife." Jawabnya perlahan sambil memandang ke arah lain.
Aku menganga memandang dia, "A-Apa awak cakap tadi? Cuba ulang balik. Saya tak dengar. Tiba-tiba telinga ini tak dengar pula." Ujarku. Sebenarnya telinga ini dengar sahaja. Aku sengaja buat-buat tak dengar.
"Ha? Mana ada saya cakap apa-apa. Cepatlah, pilih awak nak apa. Saya belanja." Ujarnya pula.
"Tak nak apa-apa. Saya tengok-tengok je lah." Jawabku.
"Hm, Sakinah, jangan lupa malam ni. Ryoga, aku gerak dulu." Ujarnya memandang aku dan Ryoga. Kami berdua mengangguk. Dia keluar dari kedai itu.
"Malam ni? Ada apa malam ni?" Soal Ryoga.
"Dia ajak saya dan mama makan kat rumah dia malam ni." Balasku.
"Ha? Doushita?" Soal Ryoga lagi.
"Wakarannai. (Tak tahu.)" Jawabku.
*******
Malam itu, aku dan mama pergi juga ke rumah Adib. Ditemani oleh Hannah.
"Baiknya Puan Sri. Dia ajak kita makan di rumah dia." Kata mama memuji Puan Sri, mak Adib.
"Hm, mama dah siap ke?" Soalku.
"Dah." Balas mama.
"Konbanwa. (Selamat petang.)" Ucap seseorang dari luar rumah.
"Matte kudasai." Ujarku. Aku pergi membuka pintu.
"Oh, Adib. Awalnya awak sampai." Aku melihat Adib berada di depan pintu rumah itu.
"Awal ke? Tak kot." Balasnya sambil tersenyum.
"Haa, tak apa ke kalau Hannah ikut sekali?" Soalku. Aku kena bawa juga salah seorang daripada kawanku.
"Ha? Eh, dia nak ikut sekali ke? Lagi bagus. Tak apa. Bawa satu rumah pun boleh." Jawabnya. Amboi, melampaunya sampai satu rumah.
"Eh, tak apa. Tambah seorang sahaja dah cukup." Balasku.
"Ha, jomlah. Auntie, jom naik kereta." Ajaknya dengan sopan.
Dia membuka pintu untuk mama, aku dan Hannah. Haih, bertuahnya siapa dapat jadi isteri si Adib ini. Mesti dilayan sahaja kerenah isterinya itu.
Setibanya kami di rumah Adib, kami disambut gembira oleh Tan Sri dan Puan Sri serta Mira.
"Ha, masuklah. Jangan malu-malu." Kata Puan Sri. Kami bersalaman dengan Puan Sri lalu duduk di sofa.
"Terima kasihlah, Puan Sri jemput kami ke sini." Kata mama.
"Ha, small matter. Sekejap ya, saya nak hidangkan makanan." Ujar Puan Sri. Kami hanya mengangguk.
"Wah, cantik weh, rumah ni." Aku menepuk Hannah sambil memandang sekeliling.
"Mestilah cantik, rumah Tan Sri, weh." Balas Hannah.
"Ha, makanan dah siap. Hari ni, saya masak special punya sebab kita ada tetamu special." Kata Puan Sri yang baru sahaja muncul dari dapur. Aku pelik. Aii, kami yang biasa ni pun dianggap tetamu 'special'?
"Ha, jom, auntie, Sakinah, Hannah." Ajak Adib. Kami bangun daripada sofa lalu menuju ke meja makan.
"Ha, silalah makan. Mesti dah lama tak makan makanan Malaysia, kan? Rendang tok yang mummy buat ni memang sedap. Pure 100% from Perak." Ujar Adib. Aku hanya senyum sebab daripada tadi lagi mata dia tak beralih dari aku. Dalam masa yang sama aku terkejut. Perak?
"Oh, Puan Sri orang Perak ke?" Soal mama.
"Ya, saya dari Perak. Awak pula dari mana?" Soal Puan Sri kepada mama.
"Saya dari Perak juga." Jawab mama.
"Oh, Perak belah mana?" Soal Puan Sri.
"Kuala Kangsar." Jawab mama ringkas.
"Kuala Kangsar? Oh, satu kampunglah kita." Balas Puan Sri. Aduh, apa sekampung pula dah ni?
"Selalu ke balik Kuala Kangsar?" Soal Puan Sri lagi.
"Tiap kali raya, memang kami balik kampung. Sakinah ni ha, mana boleh raya tak balik kampung. Mogok dia nanti." Jawab mama lagi. Aku menyengih.
Aku hanya redha sahaja nama aku jadi bualan. Hannah pula ketawa. Tak, nak tanya sesuatu, kenapa Adib yang duduk dihadapan aku? Dia pandang aku sahajalah daripada tadi.
"Haha, samalah dengan Adib. Tak boleh tak balik kampung. Sampai raya haji dia ungkit nanti." Kata Puan Sri tersenyum memandang aku. Mereka semua ketawa.
"Hm, saya memang suka suasana kampung ni. Rendang ni pun favourite saya ni." Ujarku mengambil sesenduk rendang itu. Kami membaca doa lalu mula makan.
Mata Hannah terbuntang luas.
"Weh, macam rendang yang kau selalu masaklah." Kata Hannah. Aku memandang dia. Tanganku terhenti.
"Sabar, bagi aku rasa dulu. Aku tak masuk mulut lagi." Ujarku menunjuk sudu yang penuh dengan nasi yang sedang aku pegang. Aku menyuap ke dalam mulutku. Terberhenti aku mengunyah setelah aku dapat sahaja rasa rendang itu pada lidahku.
"Haahlah, betul kata Hannah. Sama." Kata mama pula. Macam mana boleh sama pula?
"Ya ke? Hm, untunglah abang." Kata Tan Sri pula. Untung? Aku melihat Mira ketawa, Adib dan Puan Sri pula tersenyum. Aku semakin pelik. Kenapa ni?
"Dah habis ke, Sakinah? Makanlah lagi. Janganlah segan. Hannah, tak nak tambah lagi?" Ujar Puan Sri.
"Eh, tak apalah. Susah-susah je. Puan Sri dah ajak kami datang sini pun, rasa menyusahkan pula." Balasku.
"Eh, susah apanya. Jangan panggil Puan Sri, panggil auntie." Katanya lagi.
Aku mengangguk perlahan, "Baik, auntie."
"Diet ke?" Soal auntie.
"Tak adalah, auntie." Jawabku hampir ketawa.
"Sakinah mana boleh diet. Dia kalau makan banyak lagi berat dia turun. Aih, tak faham saya." Kata mama. Aku hanya menyengih.
"Wah, untungnya, Kak Sakinah. Mira makan sikit pun dah naik." Kata Mira.
"Haha, adik tu memang tembam." Kata Adib sambil menarik rambut Mira.
"Oww! Sakitlah." Ujar Mira kemarahan. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua.
Aku mencuit Hannah. Hannah terus faham. Bagus kau, Hannah.
Kami berdiri sambil mengutip pinggan kotor untuk dibawa ke dapur.
"Eh, nak kemana tu?" Soal Adib.
"Erm, basuh pinggan." Kataku.
"Eh, tak apa. Tak payah." Balasnya.
"Tak apa, nanti Mak Ta tolong kemaskan." Kata Puan Sri. Oh, mungkin pembantu rumah.
"Jom, kita ke ruang tamu." Ajak Puan Sri. Kami semua bangun lalu menuju ke ruang tamu.
Tiba-tiba, Adib mengambil sesuatu di atas kabinet dan menuju ke arahku dan melutut dihadapanku sedang aku belum sempat nak mendekati sofa. Aku masih berdiri. Aku terkejut dan terdiam.
Yang lain semua sudah duduk di sofa termasuk Hannah.
"Ha, A-Adib. Apa yang awak buat ni?" Soalku.
"Di hadapan keluarga saya iaitu daddy saya, mummy saya, adik kesayangan saya, dan dihadapan mama awak serta wakil daripada kawan awak, saya nak melamar awak." Katanya. Aku terdiam.
"Sakinah, saya ikhlas untuk jadikan awak yang halal untuk saya. Sudikah awak menjadi suri hati saya?" Ujarnya sambil menghulurkan sebuah kotak gelang padaku. Aku makin terkejut. Walaupun kata-kata dia membuatkan aku cair tapi, aku seperti masih belum betul-betul dapat tangkap apa yang berlaku.
"Apa semua ni?" Soalku. Dia hanya senyum melihat aku kebuntuan. Eh, eh, suka pula tengok aku buntu macam apa di situ.
Aku menunduk sambil berkerut, "Bagi saya masa untuk berfikir." Itu sahaja yang aku mampu balas. Dia buat lawak apa di sini?
Aku menoleh ke arah semua orang. Aku terus menuju ke arah Puan Sri.
"Puan Sri, saya balik dulu. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa sepanjang pertemuan kita hari ini." Ujarku bersalaman dengan Puan Sri. Puan Sri hanya mengangguk.
Adib berdiri. Terzahir rasa kecewa pada mukanya.
"Ha, yalah. Kami balik dulu, ya Puan Sri." Mama dan Hannah bersalaman dengan Puan Sri.
Aku yang pertama keluar. Baru sahaja nak melangkah keluar dari rumah itu, Adib memanggilku.
"Sakinah." Aku tidak menoleh.
"Ambil gelang ni. Sekurang-kurangnya awak tahu yang saya tunggu jawapan awak." Kata Adib. Aku menoleh.
Aku berfikir. 'Alah, nak ambil tak nak? Nak ambil tak nak?' Soalku sendiri di dalam hati.
"Please, Sakinah. Ambil gelang ni." Katanya lagi.
Puan Sri berdiri lalu mengambil gelang itu daripada Adib dan memakaikannya pada pergelangan tanganku.
"Terima sahaja gelang ni, Sakinah. Kami takkan fikir yang buruk tentang kamu." Kata Puan Sri.
"Terima kasih, Puan Sri." Ujarku.
"Auntie pun tunggu jawapan kamu juga." Kata Puan Sri. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Saya keluar dulu." Aku keluar dari rumah itu.
"Jom, saya hantar." Kata Adib. Dia mengekori aku keluar. Mama dan Hannah turut mengekori aku.
"Ha, ma, Hannah. Mama dengan Hannah baliklah. Aby ada nak beli barang kat kedai. Baru teringat." Ujarku.
Mama dan Hannah hanya mengangguk.
"Awak nak saya hantar pergi kedai ke?" Soal Adib.
Aku menggeleng, "Tak apa, hantarlah mak saya dan Hannah balik. Saya boleh jalan sendiri." Balasku. Adib mengangguk perlahan.
"Jangan balik lewat sangat." Pesan mama. Aku hanya mengangguk lalu berjalan ke arah yang bertentangan.
Aku berjalan, berjalan sahaja tanpa arah tuju di kawasan kedai itu. Aku masuk ke dalam kedai Seven Eleven di situ sambil memikirkan tentang Adib tadi.
"Haih, apa pula lah si Tengku Syed Adib ni mahu?" Soalku sendiri sambil mencari biskut kegemaranku.
Aku membayarnya dengan muka sayu.
"Arigatou gozaimasu." Ucap pekedai itu.
"Kochira koso. (Terima kasih juga.)" Balasku sayu.
Aku duduk di sebuah kerusi di taman awam sekitar situ. Aku membuka plastik biskut itu.
"Perlu ke dia buat macam ni? Merepeklah dia ni." Bebelku sambil membelek gelang yang dipakaikan pada pergelangan tangan kananku itu.
Aku mengambil satu biskut itu dan masukkan ke mulut. Aku kalau stres dan banyak sangat berfikir memang biskutlah yang aku cari. Lagi-lagi kalau sedang berfikir cara nak menyelesaikan masalah Matematik. Biskut di tangan.
Tiba-tiba ada satu tangan yang mengambil biskut itu dan duduk di sebelah aku. Satu biskut yang telah dia ambil itu, dia masukkan ke mulutnya sambil memandang ke depan dengan muka yang tidak bersalah. Siapa lagi kalau bukan Ryoga.
"Aa~ it's mine." Keluhku.
"Saya ambil satu je." Katanya pula. Aku tersenyum. Dia buat macam itu pun aku sudah tersenyum. Tak runsing pun bila dengan dia.
"Okey." Balasku tersenyum.
"Nani shitenno koko ni? (Awak buat apa kat sini?)" Soalnya.
"Makan biskut, ambil angin malam. Awak pula?" Jawabku.
"Oh, saya baru lepas jumpa Haruka tadi." Jawabnya selamba.
"Jumpa siapa?!" Soalku terkejut.
"Haruka." Jawabnya. Aku terus menukar posisi duduk aku.
"Haha, cepat betul awak merajuk. Saya pergi jumpa Kai lah. Ada benda sikit yang kami bincangkan." Ujarnya.
"Maji de? (Serius ni?) Tak tipu?" Soalku.
Dia menggeleng, "Tak tipu. Saya pergi jumpa Kai tadi. Kalau tak percaya, pergilah call dia. Tanya sendiri. Lepas tu, saya nampak awak seorang kat sini. Sebab tu saya teman awak." Jawabnya tersenyum.
"Dahi awak dah elok ke?" Soalku. Baru berkesempatan dan teringat nak tanya.
Dia terus menolak rambutnya ke belakang lalu menunjukkan padaku.
"Hm, dah nak baik ni. Haih, awak tu, lain kali benda di depan, belakang, kiri dan kanan tengoklah elok-elok. Sengaja nak bagi orang risau." Ujarku.
"Iyalah, Baby." Balasnya sambil tersenyum.
"Eh, sekejap baru perasan." Ujarku.
"Perasan apa?" Soalnya.
"Rambut awak. Dah tukar warna hitam." Balasku.
"Ha, for the new music video. Kenapa? Tak suka ke?" Soalnya lagi.
"Taklah. Lagi saya suka." Ujarku. Aku memang suka rambut dia warna hitam daripada warna rambut dia yang lain. Auranya nampak berbeza jika dibandingkan dengan warna rambutnya yang lain.
"Nah." Ujarku menghulurkannya lagi satu biskut.
"Eh, satu sahaja?" Soalnya.
"Satu sahajalah. Dah habis. Tinggal ini sahaja." Balasku.
Dia mengambil biskut itu, "Cepat betul awak habiskan. Awak ni makan sahaja kerja, kan? Gemuk nanti, baru tahu." Katanya lalu menyuap biskut itu ke mulutnya.
"Biarlah. Dah saya memang suka makan, nak buat macam mana?" Ujarku.
"Hm, kalau macam tu, awak belum makan malam lagi, kan? Jom, saya belanja awak makan." Balasnya berdiri.
"Tapi, awak dah makan dengan obaa-san tadi, kan?" Soalku.
Dia mengangguk, "Tak apalah, saya teman awak makan je." Ujarnya.
Aku menggeleng, "Tak nak makan malam, nak kek dan..hot chocolate." Pintaku menyengih.
"Okey, kalau macam tu, jom ke kafe. Ikimasho yo." Ajaknya. Aku mengangguk lalu berdiri.
Dia bawa aku ke satu kafe. Kafe ini baru pertama kali aku jejak.
Ryoga sudah memegang pemegang pintu untuk dibuka.
"Ryoga-kun." Panggilku. Tangannya terhenti untuk menolak pintu itu.
Dia menoleh ke arah aku. Aku menunjukkan dia sesuatu yang aku nampak di dalam kafe itu.
"Eh, we have to go to another cafe then." Ajaknya memandangku sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk.
"Sekejap. Jom kita kacau diorang." Ujarku.
"Awak ni, ada je kerja nakal awak, kan?" Balasnya. Aku hanya menyengih.
Aku membuka telefonku lalu mendail nombor Alyn.
"Helo?" Ujarku sebaik sahaja panggilan itu dijawab.
"Helo, Sakinah. Ada apa? Kau kat mana?" Soalnya.
"Kau tanya aku kat mana? Hahaha! Sepatutnya aku tanya kau tu kat mana. Kau kat mana ni?" Soalku.
"Kau dah sampai rumah ke?" Soal Alyn lagi. Aku nampak dia macam cuak. Kau mahu sorok apa dari aku, haa?
"Hahaha! Kau nak pergi kafe pun agak-agaklah. Ajaklah, weh." Balasku lalu ketawa. Ryoga hanya menggeleng-geleng sambil tertawa kecil melihat telatah aku.
"Ha? Ma-macam mana kau boleh tahu aku kat kafe?" Soalnya.
"Haa, kantoi. Haha! Cuba pandang luar kafe." Ujarku. Dia dan Kai memandang luar kafe. Aku melambai-lambai.
"Hehehe, alaa, aku minum je dengan dia. Kau apa cerita Adib tadi? Hannah ada cakap dalam group ni." Balasnya. Aku menepuk dahi.
"Ya Allah! Kepohnya makcik seorang itu! Balik rumah nanti cakap pasal tu. Bye." Balasku pula lalu mematikan talian. Kai dan Alyn melambai ke arah kami. Aish, baru sahaja aku nak lupakan pasal Adib, dia muncul semula.
Aku dan Ryoga berjalan menuju ke kafe lain. Aku memandang ke arah gelang pada pergelangan tanganku itu. Betulkah pilihan aku jika aku menerima lamaran dia? Aku sejenis yang tak suka kecewakan orang lain. Aku termenung.
"Sakina-chan!" Panggilnya. Aku tersedar.
Aku terkejut kerana dia menarik tangan aku secara tiba-tiba.
"Kenapa ni?" Soalku.
"Sakina-chan, jalan tu tengok depan. Apa yang awak fikir tu? Kalau dilanggar motor tadi macam mana?" Ujarnya lembut.
Aku menunduk, "Sorry. Sa-saya.." Aku tak tahu nak jawab apa. Perlu ke aku beritahu dia tentang Adib?
"Dah, it's okay. Awak okey tak ni? Ada sakit kat mana-mana tak?" Soalnya.
"Tak, tak sakit. Saya minta maaf." Balasku.
"It's okay. Jom." Ujarnya. Kami melintas jalan. Dia sangat menjaga aku. Patut ke kalau aku terima lamaran Adib kalau macam ni rupanya?
Aku berhenti, "Ryoga-kun." Panggilku sambil menunduk.
Dia yang sudah meninggalkan aku beberapa langkah ke belakang turut berhenti, "Hm? Kenapa?" Soalnya menoleh memandang aku.
"Can I ask you something?" Soalku sambil menunduk. Dia pelik.
"Ha? Tanya jelah." Balasnya.
"Do you love me?" Tanyaku. Aku mengangkat muka. Mataku sudah berkaca. Dia tersentak. Mungkin terkejut dengan pertanyaan aku dan terkejut kerana mataku sudah berkaca.
"Hei, kenapa ni?" Soalnya lembut dengan perlahan.
"I want you to be honest to me. Do you love me?" Soalku lagi.
Dia menunduk memandang aku, "Bagitahu saya, kenapa ni?" Ish, dia tak nak jawab juga itu.
"Saya..cuma takut kalau awak tinggalkan saya. Will you leave me alone?" Soalku.
Okey! Aku nak mengaku! Hati aku memang ada pada dia. Sebab itu aku ragu-ragu untuk terima lamaran Adib. Tapi, mustahil bagi aku untuk jadi milik Ryoga.
"Don't say that. I won't left you alone. Saya dah janji pada awak, kan?" Balasnya.
"Apa yang awak akan buat kalau saya dah jadi milik orang lain?" Soalku lagi.
"Itu tak akan berlaku." Jawabnya selamba. Suka hati dia sahaja. Dia tak pernah cakap pun yang dia suka aku. Aku cakap orang, aku pun tak nak mengaku.
Aku menarik nafas panjang, menenangkan diri aku.
"Dah okey? Baby daijoubu desu ka? (Baby okey tak ni?)" Soalnya. Hish, dia ni, suka sangat guna nama panggilan itu. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Okey, dah, apa nangis ni? Tak comellah." Ujarnya mengesat air mataku menggunakan lengan bajunya. Dia tersenyum. Aku turut tersenyum.
"Okey, jom pergi kafe." Ajaknya. Kami meneruskan perjalanan kami.
*******
Kami sudah tiba di rumah. Dah sunyi dah rumah. Lampu di ruang tamu semua sudah ditutup.
"Tadaima." Ujar kami berdua.
"Hm, lambat balik? Eh, lah, patutlah lambat. Berdua rupanya. Hm, mama masuk tidur dululah." Ujar mama lalu menuju ke biliknya. Setelah mama nampak sahaja Ryoga bersama aku, hilang terus kerutan di dahi.
"Erm, gelang baru ke?" Soalnya tiba-tiba menunjuk ke arah gelang yang Adib beri itu. Aku terkejut.
"Ha-aa...Haah, ge-gelang baru." Balasku gagap. Sepanjang di Jepun, ada satu sahaja gelang yang aku pakai. Gelang friendship kami. Aku, Alyn, Hannah, Eca dan Dini ada gelang itu. Ada lagi beberapa orang kawan kami ada gelang itu.
"Hm, terima kasih sebab awak belanja saya kek dan hot chocolate tadi. And forget about my question just now." Ujarku menukar topik.
"Tak ada apalah tu. Awak tu, lain kali jalan tengok depan. Eii, cubit pipi tu nanti baru tahu." Katanya menunjuk tangannya yang dibuat penyepit seperti penyepit ketam.
"Eh, hehe, oyasumi!" Ucapku dengan laju lalu terus masuk ke bilik. Takut pipi dicubit.
Aku menutup pintu. Kawan-kawan aku sudah duduk menunggu aku. Mama tidur di bilik lain. Sebab itulah selalunya suka hati kami sahaja nak buat apa di dalam bilik itu.
"Hm, korang." Aku mula nak mengadu.
"Ha, cuba cerita, apa jadi?" Kata Eca. Kami duduk di lantai. Tentang Adib, Hannah dah cerita dulu sebelum aku balik.
"Haa~ aku tak tahu. Patut ke aku terima lamaran Adib? Atau aku kena pilih Ryoga jika dia betul-betul sukakan aku?" Ujarku sambil membuka pin-pin yang ada pada tudung bawalku itu.
"Adib tu..aku nampak macam baik tapi, Ryoga. Kau nak hampakan dia? Setelah bertahun-tahun kau berdoa nak jumpa dengan dia, takkan kau nak hampakan dia macam tu je." Kata Alyn.
"Tapi, aku doa nak jumpa dia dan nak pergi konsert diorang je. Tak sangka pula boleh jadi sampai macam ni." Balasku sayu.
"Ryoga tu bukan Islam, kan?" Soal Hannah. Aku mengangguk.
"Tapi, kalau dia betul-betul jodoh Sakinah, Islam lah dia nanti tu." Balas Eca.
"Apa aku nak buat ni?" Keluhku.
"Pandangan aku, kau bagilah balik gelang itu pada dia." Ujar Alyn. Aku menunduk.
(Ryoga POV)
"Then, you don't tell her that you love her?" Soal Kai.
"No, not yet." Balasku.
"Ryoga, you have to tell her. As soon as you can. She should know that before she go back to Malaysia." Katanya.
"I think I will propose her tomorrow. One day early from my plan. I hope she will accept it." Balasku.
"Mochiron. (Of course.) Trust me. But, you have to get some advice from her friends first. Alyn. You have to tell Alyn about this. And about the thing that she asked you earlier. Alyn maybe know about that." Balas Kai.
"Hm, arigatou. Oyasumi." Balasku.
"Oyasumi." Kata Kai lalu aku mematikan talian.
Aku terus pergi mengetuk pintu bilik budak berempat itu. Pintu dibuka.
"Hm? Oh, kau, kau nak apa?" Soal Alyn. Yaa! Bagus! Alyn yang membuka pintu.
"Sakinah mana?" Soalku.
"Dia..dah tidur. Penat sangat tu. Kau nak jumpa dia ke?" Soal Alyn.
"Ehh, tak, jangan kejut dia. Aku nak jumpa kau." Ujarku.
"Haha, aku dah tahu. Kai dah suruh aku pastikan kau bagitahu aku pasal benda tu." Balasnya. Aii, Kai ni. Cepat betul dia ni.
Dia keluar dari bilik dan menutup pintu dengan rapi. Kami duduk di sofa.
"Hm, cepat, nak bagitahu apa? Aku nak tidur ni." Ujar Alyn. Aku mengeluarkan kotak cincin itu.
"Cincin? Siapa punya?" Soalnya mengambil kotak cincin itu dan membelek kotak yang berbaldu ungu itu. Dia beri pada aku semula. Belek kotak sahaja? Tak nak buka ke? Ah, biarlah.
"Dia punya la." Jawabku.
"Seriuslah, weh?!" Soal Alyn teruja.
"Aku serius tapi aku tak bagitahu dia lagi yang aku suka pada dia." Balasku. Aku menceritakan dia tentang tadi.
Alyn menggenggam penumbuk, "Kau sampai ke sudah kau tak bagitahu dia lagi, lepas tu, bila dia tanya kau tak nak jawab." Ujar Alyn kemarahan.
"Lepas tu, bila dia tanya kalau dia jadi milik orang kau jawab selamba je benda tu takkan jadi. Kalau macam ni lah gayanya benda tu boleh jadi tahu." Kata Alyn lagi.
"Tapi, kenapa sampai macam tu dia boleh tanya tadi, ha? Muka dia, nampak gelisah, apa benda yang dia fikirkan? Sampaikan dia dah nak kena langgar motor tadi." Ujarku.
"Kalau kau nak tahu perasaan dia, apa yang dia fikir, atau apa-apa tentang dia, aku rasa lebih baik kau pergi jumpa Dini. Tentang riak muka, dia paling pandai baca. Lagi-lagi riak muka si Sakinah tu. Dia tahu segala-galanya tentang Sakinah." Kata Alyn. Dini? Siapakah?
"Dini? Siapa Dini?" Soalku pelik.
"Kau tak jumpa Dini lagi ke?" Soal Alyn pula. Aku menggeleng pelik.
"Oh, ya ke? Hm, kau ingat tak waktu kau pergi hantar diari Sakinah dekat kafe hari tu? Yang kitorang ada ramai-ramai tu." Katanya. Aku cuba mengingat.
"Oh, yang Naoya dan Takuya ada sekali tu, kan?" Soalku.
"Ha, betul. Kau ingat tak, pada barisan aku dan Sakinah duduk ada terlebih seorang perempuan?" Soalnya. Aku cuba mengingat satu persatu.
Aku mengangguk, "Ha, ingat. Dia pakai cermin mata, kan?" Soalku.
"Ha, dialah Dini. Dia tu kawan baik kitorang juga. Dia rapat dengan Sakinah. Mereka berdua suka berkongsi cerita. Kau pergilah jumpa dia, tanya apa yang patut. Dan beritahu dia tentang ni." Ujar Alyn menghulurkan semula kotak cincin itu. Apalah dia ni, setakat tengok kotak sahaja. Bukannya nak buka kotak tu, pujilah cincin yang aku pilih itu cantik. Ceh, padahal Kai dan Koichi yang pilih.
"Kau bagitahu Sakinah esok aku akan jumpa dia di Ueno Park sebelum tengahari. Aku nak pergi jumpa Dini dululah esok. Tapi, macam mana aku nak jumpa dia?" Soalku bersandar di sofa.
"Memang patut pun kau jumpa dia esok. Kalau tidak takut tak sempat. Nanti aku bagi nombor dia." Balasnya.
"Tapi, tak apa ke? Dini tu okey ke? Aku dah la tak kenal dia." Balasku pula.
"Dia okey je. Dia dah nampak kau pun hari tu. Dia kenal kau." Ujar Alyn. Aku mengangguk.
"Dahlah, aku nak masuk tidur. Aku cuma nak pesan. Kalau betul kau sukakan dia, jangan kau sakiti dia dan jangan kau biarkan ada benda yang menyakiti dia. Take care of her with all of your heart. Kalau kau sakiti dia, siap kau! Tangan aku ini hinggap pada muka kau." Kata Alyn. Aku mengangguk faham.
"Satu lagi, kau jangan pernah tengking dia atau tinggikan suara pada dia. Kalau kau marahkan dia, lebih baik kau selesaikan elok-elok. Jangan mendiamkan diri sahaja. Bukan apa, cuma..." Dia tidak menghabiskan ayatnya.
"Cuma?" Soalku.
"Kau akan tahu segalanya esok. Aku masuk dulu. Oyasumi." Ujarnya lalu menuju ke dapur.
"Ehh, salah jalan. Hehe." Dia menyengih lalu menuju ke bilik. Aku pelik juga kenapa dia menuju ke dapur. Aku ingatkan dia nak minum air.
Aku hanya ketawa.
*******
"Where is she?" Soalku sendiri melihat ke arah luar kafe. Ada seorang perempuan melangkah masuk ke dalam kafe itu. Aku rasa itu Dini.
Dia nampak aku dan terus menuju ke meja kerusi empat yang aku sedang duduk itu.
"Ohayou gozaimasu." Ucapnya.
"Ohayou gozaimasu. Dini, right?" Balasku. Dia mengangguk.
"Have a seat." Ujarku. Dia duduk di hadapan aku.
"So, why do you want to meet me?" Soalnya.
"Erm, I want you to help me." Ujarku.
"Am, help what?" Soalnya.
"I just want to know if you can give me some advice about Sakina-chan. Anything. About her." Balasku.
"Why me?" Soalnya lagi.
"Because, Alyn said that you are so close with her. So, maybe you can help me." Balasku.
"Tell me first what do you want to do? Why in sudden you asking me about her?" Soal Dini lagi.
"Because of this." Aku mengeluarkan kotak cincin berbaldu ungu tersebut.
"A-Are you serious?!" Soalnya terkejut.
"Ya, aku serius." Jawabku sepatah. Dia terkejut.
"Sempat ke? Kitorang dah nak balik Malaysia malam esok." Balasnya.
"Sempat if you tell me every-" Aku tak sempat menghabiskan ayatku, dia mencelah.
"Tunduk!" Katanya. Aku menunduk di bawah meja. Dini pula menutup muka menggunakan kad menu kafe yang besar itu.
"Kenapa aku kena tunduk bawah meja?" Soalku berbisik.
"Sakinah." Jawabnya perlahan. Haha, kenapalah aku bawa Dini ke kafe kegemaran Sakinah? Ryoga yang bijak.
Terus aku menyorok di bawah meja. Tiba-tiba Sakinah berhenti betul-betul di hadapan meja kami. Dia bersama Eca. Mereka berdua bersembang di situ.
"Seriuslah? Cepatnya. Baru je sampai kafe." Keluh Sakinah.
"Yuki kata dia tunggu aku kat theme park. Aku kena pergi cepat sementara masih pagi. Tengahari nanti panas." Kata Eca. Ooo, nak pergi jumpa Yuki, ya? Yuki, Yuki, sudahlah tu sorokkan dari kami.
"Hm, okey, ni aku nak minum dengan siapa ni? Ryoga dahlah tak ada." Ujarnya. Uish, dia cari aku lah.
"Dia pergi mana?" Soal Eca.
"Entah, dia kata nak jumpa orang. Aku tak tahulah orang mana." Jawabnya.
"Oi, kau tak beritahu dia ke kau nak jumpa aku?" Soal Dini.
"Takkanlah aku nak beritahu dia pula. Hancurlah plan aku." Jawabku perlahan.
"Hm, okeylah, bye. Have fun." Ujar Sakinah. Eca keluar daripada kafe itu.
Sakinah hendak menuju ke kaunter.
"Eh? Dini?" Aku menepuk dahi. Aish, dia perasan pula.
"Eh, kau, sengih pula. Kau macam mana boleh sampai ke sini? Aku call tak angkat. Call mak kau, mak kau kata kau keluar nak jumpa seseorang. Siapa, ha? Takashi, eh?" Ujar Sakinah lalu menarik kerusi tempat yang aku duduk tadi. Aku berganjak ke sebelah dengan berhati-hati. Maklumlah berjalan di bawah meja. Nasib baik meja yang aku ambil tempat ini, meja empat kerusi. Besarlah juga mejanya.
"Mana ada. Aku minum je kat sini." Jawab Dini.
"Hm, aku minum dengan kaulah. Eca tu, lari pula dia." Ujar Sakinah.
"Kau buat apa datang sini?" Soal Dini.
"Aku nak jumpa orang sebenarnya." Balas Sakinah.
"Jumpa orang? Jumpa siapa?" Soal Dini lagi. Sakinah macam dah jawab, tapi, aku tak dengar. Macam dia tahu sahaja aku di bawah ini.
"Kau terima ke?!" Soal Dini dengan nada terkejut.
"Hish, tak mungkin aku terima. Alyn suruh pulang balik ada lah. Yang seorang itu aku nak campak mana kalau aku terima yang ni?" Ujar Sakinah.
"Seorang mana, ha?" Soal Dini dengan nada mengusik.
"Kau tahulah siapa." Jawab Sakinah. Siapa seorang itu? Memang Dini tahu tapi, aku nak tahu juga. Sebutlah nama.
"Jadi, betullah kau suka dia?" Soal Dini. Suka siapa? Aku sudah cuak.
"Aku tak boleh nak menipu kau, Dini. Kau sendiri tahu kebolehan kau pada aku. Kau boleh baca riak wajah aku, kau boleh tahu kalau aku ada masalah, kau boleh tahu apa yang aku fikir dan kau juga boleh tahu siapa yang aku betul-betul suka ataupun tidak." Balas Sakinah. Oo, jadi betullah Dini ini memang pakar hal-hal ini.
"Tapi, kalau aku suka dia, apa yang aku boleh buat? Apa yang dia akan buat? Kahwin? Mengarut sahaja." Kata Sakinah lagi. Kahwin?! Dengan siapa?!
"Kau jangan. Masin nanti." Balas Dini.
"Apa kau merepek? Takkanlah dia itu nak pada aku. Aku ni siapa, weh?" Kata Sakinah pula.
"Kalau aku kata ya dia nak kahwin dengan kau macam mana?" Soal Dini.
"Kau rasa benda tu akan jadi?" Soal Sakinah pula.
"Yes, kalau dia jodoh kau." Balas Dini.
"Haa, aku tak tahulah, weh. Kejap lagi nak pergi jumpa dialah ni." Kata Sakinah. Aku atau orang lain?
"Kalau betullah kan dia nak kahwin dengan aku, kau rasa aku patut terima?" Soal Sakinah. Siapa ni? Siapa yang nak kahwin dengan Sakinah? Aku rasa nak memberontak sahaja di bawah ini.
"Aku rasa terimalah dia." Jawab Dini.
"Terima? Siapa?" Soalku sendiri dengan geram.
"Seriuslah? Kenapa korang beri jawapan yang sama? Apa yang kau nampak pada dia yang korang rasa terbaik untuk aku?" Soal Sakinah lagi. Lama pula mereka ini bersembang.
"Entahlah. Aku cuma beritahu apa yang terbuku dalam hati aku je." Balas Dini.
"Eh, cakap pasal buku, weh, kau ingat tak buku yang kau bagi hadiah pada aku tu?" Soal Sakinah. Aku sedang setia mendengar.
"Ha? Yang kau buat diari tu ke? Si kaktus tu? Ingat. Kenapa?" Balas Dini. Mentang-mentang buku diari Sakinah itu kulit muka depannya ada pokok kaktus, kau panggil si kaktus?
"Ryoga baca, weh." Kata Sakinah.
Aku menahan ketawa.
"Dia baca? Oo, kau, aku kau tak bagi baca. Dia kau bagi." Balas Dini.
"Lawak ke? Dia baca sendiri, weh. Aku pun tak tahu. Tahu-tahu sahaja dia dah baca semua yang aku tulis dalam tu." Balas Sakinah pula. Aku di bawah masih menahan ketawa.
"Kau tulis apa je dalam tu?" Soal Dini.
"Macam-macamlah aku tulis. Pasal kau, korang semua, family aku, tapi, banyaknya pasal dialah. Yalah, aku kan peminat dia, memang banyaklah pasal dia dalam tu. Malu, weh. Kau tahulah macam mana kata-kata peminat kepada artis yang disukai." Jawab Sakinah.
"Haha, aku mampu ketawa je, weh." Kata Dini.
"Hm, kau pukul berapa nak gerak ni?" Soal Sakinah.
"Hm, kejap lagilah." Balas Dini. Jangan gerak. Aku kat bawah.
"Weh, janji tau duduk sebelah aku dalam flight." Kata Dini tiba-tiba. Wah, mereka berjanji untuk duduk bersama dalam kapal terbang nanti?
"Ya, aku janji. Kau ni kenapa ni? Berapa kali dah janjinya." Balas Sakinah.
"Saje." Jawab Dini ringkas.
"Kau jangan terlepas flight pula." Kata Dini lagi.
"Amboi, perli nampak. Kalau aku tinggal sini, aku tarik kau sekali. Yang lain itu, biar sahaja mereka balik. Haha." Ujar Sakinah lalu mereka ketawa. Persahabatan mereka memang erat.
"Sembang, lepas tu, kau minum air, aku kehausan." Kata Sakinah.
"Haha, pergilah order. Aku belanja." Kata Dini pula. Sakinah terus berdiri menuju ke kaunter.
"Dini, macam mana aku nak keluar ni?" Soalku kepada Dini.
"Sekejap, kau tahanlah kejap. Bahaya kalau kau nak keluar sekarang." Balas Dini. Dia berfikir.
"Okey, macam ni, aku bangun, pergi kat dia untuk tarik perhatian dia. Kau keluar dari bawah meja ni, terus keluar dari kafe ni, tunggu aku di kedai sebelah." Kata Dini.
"Okey." Jawabku.
"Okey, satu, dua, tiga!" Dia bangun menuju ke arah Sakinah. Aku berlari keluar dari kafe itu. Orang pandang aku pelik sahaja. Aku masuk ke kedai sebelah.
Beberapa minit kemudian, Dini masuk ke dalam kedai yang aku tunggu dia itu.
"Eh, kau tinggal dia macam tu sahaja ke?" Soalku.
"Yalah, dia kata nak jumpa orang kat situ. Aku tinggal sahajalah dia." Balasnya.
"Hm, so, kau nak tolong aku tak?" Soalku.
"Kau nak tahu apa?" Soal Dini pula. Kami bersembang sambil berjalan.
"Anything about her. Mungkin apa yang dia suka tapi aku tak tahu lagi." Balasku.
"Hm, kau tahu kan dia suka makan? Okey, aku nak tanya kau. Dia suka makan apa?" Soal Dini.
"Makan? Apa sahaja yang dia tak makan?" Ujarku.
"Haa, nampaklah kau tak tahu lagi. Dia tu, semua benda dia makan, tapi, benda yang dia tak makan adalah benda yang berwarna purple." Jawab Dini. Aku pelik.
"Purple warna favourite dia kan?" Soalku.
"Yes. Tapi, kebanyakan makanan yang dia tak suka adalah berwarna purple. Contoh, terung, keladi, anggur. Dan dia juga paling susah nak cari buah yang dia suka." Kata Dini. Aii, peliknya dia ni. Haha.
"Cerewet bab buah. Buah yang dia makan kau boleh kira dengan jari sahaja." Kata Dini lagi.
"Apa buah yang dia makan?" Soalku.
"Erm, pisang, mangga, epal merah, epal hijau, jambu batu and her most favourite is durian." Jawab Dini.
"Tu je?" Soalku agak terkejut.
"Yup, itu sahaja. She doesn't like any berries though." Balas Dini. Aku mengangguk faham.
"Kau tahu dessert yang paling dia suka?" Soal Dini.
"Chocolates? Cookies? Cakes? Ice cream?" Jawabku.
"Betul tapi yang jenis macam mana? Dia ni cerewet bab-bab ni. Kau silap beli, kau makan sendirilah." Balas Dini.
Aku ketawa.
"Kenapa kau gelak?" Soal Dini.
"Susah juga nak jaga dia ni." Balasku tersenyum.
"Memang tak senang jaga dia ni. Sebab tu orang yang betul-betul sayangkan dan sabar sahaja boleh jaga dia." Kata Dini.
"Ha, kau beritahu la aku jenis macam mana kalau kek, coklat semua la. Selalunya aku nampak dia makan sahaja. Tak pernah lagi la aku pilihkan dia benda favourite dia tu. Aku hanya pernah belikan dia aiskrim coklat sahaja." Ujarku.
"Kek? Kalau kek, dia tak suka kek selain kek coklat dan kek butter. Dua itu sahaja. Kek yang paling dia tak makan dan tak suka ialah kek cheese dan kek perisa buah beri macam strawberi, blueberry. Aiskrim pula coklat sahaja. Dia tak makan yang lain. Vanilla pun bolehlah. Tapi dia tak suka sangat. Coklat pula dia suka semua tapi dia paling suka coklat bar tanpa apa-apa benda dalam tu. Coklat berkacang dia kurang minat dan dia tak suka coklat yang terlalu manis. Dia memang tak suka sangat benda yang terlampau manis. Dia suka garam. Itu favourite dia. Memang favourite. Biskut, sama macam coklat tapi biskut oat coklat cip kegemaran dia. Gula-gula punya perisa pun dia berkira tahu." Terang Dini panjang.
"Wait, apa kau kata tadi? Garam? Makan garam? Apa maksud kau?" Soalku pelik.
"Garam. Garam yang guna untuk masak tu. Ha, garam tu favourite. Kau jangan peliklah kalau kau nampak dia curi-curi cubit garam di dapur. Itu biasa. Dari kecil lagi." Kata Dini. Terkejut aku. Pelik sangat dia ni.
"Hm, citarasa dia memang susah nak diteka dan pelik. Tapi, selalunya kalau sesuatu benda tu aku yang pilih, dia akan suka atau ikut sahaja." Kata Dini lagi.
"Meh, aku nak tanya kau lagi. Kau tahu dia paling paling paling tak suka binatang apa?" Soal Dini.
"Lipas." Balasku.
"Ha, bagus. Betul. Macam mana kau tahu?" Soal Dini. Baru sahaja aku nak menjawab, dia cakap dahulu.
"Tak apa, aku tahu macam mana. Haha, dia dah cerita pada aku. Itu habit dia. Jumpa lipas, dia cari ayah dia atau abang dia. Dia takkan cari mak dia atau kakak dia." Kata Dini.
"Kenapa?" Soalku.
"Dia takkan percayakan perempuan untuk hal ini kecuali dia tengok dengan mata dia sendiri. Perempuan, lipas itu buka sayap lari juga. Lelaki, macam kau, lipas buka sayap kau lari tak? Kalau kau lari, tak sesuailah kau untuk dia." Sakat Dini.
"Eh, lipas itu hal kecil sahaja. Aku jentik hilanglah dia." Balasku.
"Ceh, berlagak. Haha. Sebab itulah, kau yang jadi mangsa pelukan dia waktu dulu." Kata Dini.
"Oo, dia memang benci betul kan dengan lipas tu." Ujarku.
"Aku pun tak suka." Balas Dini.
"Kau nak dengar satu cerita tak?" Soal Dini.
"Tentang apa?" Soalku pula.
"Tentang kitorang sewaktu 15 tahun. 14 Mei yang jatuh pada hari Isnin." Ujarnya.
"14 Mei? Hari jadi dia, kan?" Balasku.
Dini mengangguk, "Itu masuk tahun ketiga dia di sekolah itu, tapi itu tahun pertama hari jadi dia jatuh pada hari sekolah. Waktu form 1 hari Sabtu dan form 2 hari Ahad." Katanya. Dia memulakan cerita.
__Imbas kembali (Dini POV)__
Aku Nur Dini Qistina. 15 tahun. Seorang pembimbing rakan sebaya di sekolah. Kawan baik aku ramai. Aku duduk di asrama.
-5.46 pagi-
Hari ini, hari Isnin. Hari yang sangat sibuk untuk semua orang termasuk aku. Sebelum pukul 6 pagi, kami kena kosongkan asrama.
Aku melihat ke arah jam tangan aku.
"Hm, lambatnya lah si Umairah ini." Ujarku sendiri menunggu Umairah di depan pintu dorm.
"Umairah, cepatlah!" Aku memanggil dia. Dia melangkah keluar.
Umairah Syahmina. Satu dorm, satu kelas dan pembimbing rakan sebaya juga. Haih, mana-mana tengok muka dia sahaja.
"Ya, ya, aku dah siap lah ni." Balas Umairah sambil memakai kasut sekolahnya.
"Kalau kena tulis nama, aku cakap salah kau." Balasku pula.
"Alah, belum pukul 6 lagi." Katanya.
"Dahlah, cepatlah." Ujarku.
Kami berdua menuju ke surau. Hari masih gelap.
"Eh, weh, kau ingat plan kita malam tadi?" Soal Umairah.
"Ingatlah." Balasku.
"Okey, aku nak tengok apa reaksi dia, haha!" Kata Umairah.
"Tapi, takkan lah dia tak boleh fikir itu prank je." Ujarku.
"Entahlah dia tu." Kata Umairah.
Selesai kami menunaikan solat Subuh, Umairah pergi memberitahu semua pelajar tingkatan 3 tentang hari jadi Sakinah. Surau kami, muslimat di bahagian atas, tu yang macam suka hati kami sahaja.
"Weh, korang! Dengar ni! Hari ni hari jadi Sakinah. Jangan wish hari ni tau." Jerit Umairah.
Macam-macam reaksi yang aku nampak,
"Ya, tahu."
"Ya ke? Hm, aku wish minggu depan."
"Aku nak wish bulan depan."
Aku hanya menggeleng melihat reaksi semua kawan-kawanku.
"Plan kita apa cerita?" Soal Alyn.
"Eh, mestilah jadi. Ingat tau, kalau dia cakap apa-apa pasal hari ni, mengelak." Balas Umairah. Kami semua mengangguk. Ramai juga yang terlibat dalam rancangan kami itu. Aku, Umairah, Alyn, Hannah, Husna, Suraya, Tasneem dan lain-lain. Semuanya kawan-kawan kami. Yang lain, ucap biasa ataupun ada yang seperti dikatakan tadi, ucap dua hari lagi, ada yang nak ucap minggu depan dan ada juga yang nak ucap bulan depan.
Sakinah bukan pelajar dalam. Dia pelajar luar. Sebab itu, kami sempat juga nak rancang sesuatu.
Aku memasukkan beg hadiah yang aku nak beri kepada Sakinah ke dalam beg aku.
-8.00 pagi-
Aku masuk ke kelas. Perhimpunan hari ni habis agak awallah juga.
Sakinah masih belum masuk ke kelas. Aku cepat-cepat membuka loker buku aku dan terus memasukkan beg hadiah Sakinah ke dalam loker. Aku menutupnya dengan rapi.
Aku menuju ke tempat duduk aku. Aku duduk di sebelah Sakinah. Sakinah pula di tepi tingkap. Tepi tingkap yang tingkapnya yang bukan menghala ke koridor. Tingkapnya menghadap ke belakang bangunan blok sekolah itu. Tu yang berangan sahaja kerja dia.
Aku meletakkan beg aku pada kerusi aku lalu duduk di kerusi.
"Dini!" Ujarnya gembira.
"Heh, kau dah kenapa?" Balasku dengan muka yang tiada perasaan.
Dia duduk di sebelahku.
"Eh, weh, kau ingat tak hari ni-" Belum sempat dia habis cakap aku mencelah.
"Eh, Umairah, kau tahu tak nanti ada konsert kpop di KL?" Aku terus memusing belakang. Umairah duduk di belakang aku. Tengok, tempat duduk pun dekat. Menatap muka dia sahaja kerja aku. Kami minat kpop. Termasuk Umairah. Alyn pun sebenarnya. Buat pengetahuan semua, Sakinah pun sekali. Kau sebut sahaja lah kumpulan kpop mana sahaja yang aku dan Sakinah tak kenal. Tapi, tiba-tiba dia dilamun angau pula oleh Ryoga Funatsu.
Muka Sakinah seperti kecewa. Aku biarkan sahaja.
"Oh, yang tu. Tahu. Nak pergi." Balas Umairah.
"Haha, harapan. Ingatlah PT3 menghampiri." Kataku lalu kembali menoleh ke arah mejaku.
"Dini, kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Soal Sakinah.
Tiba-tiba cikgu masuk. Aku menghela nafas lega. Kami berdiri lalu memberi salam.
-Selepas waktu rehat-
"Dini, kau tahu tak dia mengadu apa kat aku?" Soal Umairah.
"Dia mengadu apa?" Soalku ingin tahu.
"Dia kata pagi tadi, mak ayah dia tak ingat hari ni hari jadi dia. Satu family tak ingat. Dia pun redha sahaja datang sekolah. Lepas tu, dia cakap yang kita semua pun tak ingat. Sedih aku dengar, weh." Ujar Umairah. Kami buat Umairah seorang sahaja yang ingat hari jadi Sakinah. Sakinah pergi tanya seorang-seorang, semua buat-buat tak tahu.
Sakinah masuk ke dalam kelas. Dia pergi ke kantin lah tu. Aku dan Umairah kembali membuat kerja masing-masing.
"Dini." Panggilnya. Dia masih mengharapkan aku.
"Ha? Apa dia?" Soalku sambil konon membuat kerja dengan tekun.
"Kau ingat tak hari ni hari-" Tak sempat lagi dia menghabiskan ayatnya, aku berpaling kepada orang sebelah yang lagi satu. Aku duduk di tengah.
"Eh, Fatin, kau nak pergi tandas ke? Jom, jom." Ujarku. Aku menarik Fatin yang tidak faham apa-apa. Sakinah sekali lagi kecewa di situ.
Aku bukannya nak ke tandas, aku nak ke kelas sebelah sebenarnya untuk beritahu Tasneem sesuatu.
Tandas kena belok kanan manakala kelas Tasneem pula kena belok kiri. Aku belok ke kanan dulu supaya Sakinah tak musykil. Kemudian, aku rasa dia macam dah tak perasan aku berjalan laju ke kelas Tasneem. Aku tak tahu macam mana dia boleh nampak. Mungkin warna ungu baju aku ini terlalu menyerlah.
"Weh, Tasneem. Kau tahu tak tadi dia bagitahu Umai yang mak ayah dia pun tak ingat hari ni hari jadi dia. Dia harapkan kita-" Tak sempat aku habis cakap, tiba-tiba Sakinah masuk ke dalam kelas itu.
"Sakinah." Bisikku. Kami menukar topik.
Dia nampak sahaja aku dan Tasneem bersembang tentang hal lain, dia terus kembali ke kelas.
Kami berdua menghela nafas lega.
"Kesiannya dia, weh. Macam mana ni?" Soal Tasneem. Kami berfikir.
Setelah beberapa minit, aku kembali ke kelas aku. Kelas Tasneem dan Hannah, cikgu dah masuk.
Aku masuk ke kelas, cikgu belum masuk, tapi, ramai orang mengerumuni Sakinah di tempatnya di tepi tingkap itu. Aku agak terkejut. Aku menuju ke meja itu
"Apa pasal, weh?" Soalku pada Umairah yang sedang menggosok belakang Sakinah sambil berbisik.
"Dia nangis." Balas Umairah berbisik.
"Nangis?" Soalku masih berbisik. Alyn mengangguk. Dia suka menangis dengan memeluk lututnya. Waktu itu dia membuka kasut dan kakinya diangkat ke atas kerusi. Mukanya ditutup.
"Sakinah, dahlah tu. Aku ingatlah hari ni hari jadi kau." Ujar Umairah. Hm, memang kau sahaja yang ingat, kan?
Kami mendiam.
"Satu, dua, tiga." Kira Alyn sambil berbisik.
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Wan Sakinah! Allah selamatkan kamu!" Satu kelas menyanyikan lagu untuk Sakinah. Dia masih menutup mukanya.
"Dahlah tu. Hodohlah menangis macam ni." Pujuk Alyn mengangkat mukanya.
"Entah. Kitorang tak suka tengok kau menangis macam ni. Hodoh sangat. Ryoga pun tak suka." Pujukku pula. Kepalanya pun masih disokong oleh Alyn. Sepet matanya. Tudungnya basah, air matanya mengalir deras.
Dengan perlahan dia mengukir senyuman. Dia ketawa sedang air matanya masih mengalir. Alyn melepaskan kepalanya.
"Tak baik!" Jeritnya.
Kami semua ketawa, "Alah, kitorang saje je buat-buat tak ingat. Takkan kau tak dapat detect ini prank semata-mata." Ujarku.
"Tak, aku tak dapat detect. Tak baiklah. Aku datang sekolah aku fikir korang akan ingat. Tu je." Balasnya.
"Takkanlah kitorang tak ingat. Kau dah ingatkan kitorang, bebel kat kitorang dari minggu lepas lagi." Ujar Umairah. Dia menyengih. Aku dengan senyap membawa beg aku pergi ke arah loker aku di belakang kelas.
Aku mengambil beg hadiah Sakinah di dalam loker itu lalu masukkan ke dalam beg. Aku kembali ke tempat aku.
"Nah." Aku menghulurkan beg itu pada dia.
"Apa ni?" Soalnya.
"Hadiahlah. Nah." Ujarku. Dia mengambilnya. Dia agak terpegun.
"Oh, oo, terima kasih, Dini. Sayang kau." Ujarnya. Kami duduk.
Dia baru sahaja nak membuka beg itu tetapi ditahan oleh aku.
"Jangan. Buka kat rumah. Lepas tu, baca surat aku tu dengan penuh emosi, ya." Ujarku. Dia mengangguk. Dia merasa beg itu.
"Apa dalam ni?" Soalnya.
"Buka kat rumah aku kata." Ujarku lagi.
"Yalah." Jawabnya tersenyum.
__Imbas kembali (Dini POV) tamat__
"Ada apa dalam beg itu?" Soalku.
"Buku diari dia yang kau baca tu lah dan penyepit rambut. Kan mukasurat pertama buku tu ada tulis 'happy birthday Sakinah'. Akulah yang tulis." Balas Dini. Aku mengangguk.
"Tapi, dia sampai menangis?" Soalku.
"Ya, dia menangis. Dia sedih sebab mak ayah dia, family dia, tak ingat pun hari tu hari jadi dia. Lepas tu, datang sekolah, kitorang pula buat macam tu, memang dia menangislah." Balas Dini. Okey, itu agak kesianlah. Keluarga aku, hari jadi Tiara pun kami tak pernah lupa. Tapi, mungkin sebab Isnin, hari yang sibuk.
"Lepas tu, esoknya dia cerita pada aku, balik sekolah, family dia semua depan tv, dia pula tayang beg hadiah yang aku bagi itu tinggi-tinggi dan terus masuk ke bilik. Aku gelak je." Ujar Dini lalu ketawa.
"Ada beberapa sifat pada dia yang memang tak boleh pisah daripada dia dan kau kena tahu. Pertama, dia seorang yang lurus bendul. Kedua, senang percaya orang. Orang cakap dia pun percaya sahaja kalau dia fikir benda itu logik. Ketiga, kuat perasan. Kadang-kadang Hannah panggil aku, dia pula yang menyahut. Keempat, kuat berangan. Dia dan Hannah. Dua-dua kuat berangan. Partner berangan." Kata Dini lagi.
"Dia itu, kadang-kadang, kau nampak sahaja kasar, kau nampak sahaja dia periang, kau nampak sahaja dia ceria, tapi, dia hati tisu." Kata Dini.
"Hati..tisu?" Soalku pelik.
"Yup, hati tisu. Hati dia lembut. Silap pegang, habis hati dia. Silap kau tinggikan suara, hancur terus." Katanya.
"Satu sahaja aku nak pesan, tolong jangan marah dia, dan tolong jangan tinggikan suara pada dia. Dia seorang yang kuat bila dengan kitorang, tapi dengan kau, dia seorang yang lemah. Dia bukanlah seorang yang kuat merajuk, tapi dengan kau dia macam tu. Yang pasal kau keluar dengan seorang perempuan hari tu, aku tak ingat nama dia. Dia merajuk main-main sahaja sampai lari ke Ueno Park sana. Dia cuma nak tengok kau pujuk dia atau tak." Kata Dini lagi.
"Kenapa? Kenapa kau dan Alyn pesan benda yang sama pada aku? Jangan tinggikan suara, jangan marah." Soalku.
"Kalau kau tinggikan suara atau marah pada dia, percayakan aku air mata dia akan automatik jatuh. Kau jangan sesekali buat dia macam tu. Walaupun mungkin satu hari dia hanya dituduh, bukan salah dia, dia still akan rasa bersalah. Kau tahu tak yang dia itu sayang kau sangat-sangat? Tolong jangan sia-siakan perasaan dia pada kau. Dia itu seorang yang setia. Jarang aku nampak dia macam ni." Balas Dini. Aku mengangguk.
"Eh, bagi aku tengok cincin tu. Aku tak tengok pula tadi. Tengok kotak sahaja. Kalau aku kata cincin itu cantik, maknanya dia akan suka cincin tu." Ujar Dini. Aku hanya akur.
"Nah." Aku menghulurkan kotak cincin itu pada dia.
"Mana cincinnya?" Soal Dini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience