BAB 17

Family Completed 6753

“AKU tengok macam makin teruk /je/ anak menantu kita tu, Iti,” luah
Hazmi ketika dia dan Siti sama-sama duduk di pangkin rumah Siti. Kepala
dipanjangkan ke pintu rumah besannya, takut Halilah mencuri dengar.

“Eyla terdengar aku tanya pasal majlis nikah kat Aril. Dia
nampak marah bila Aril nak kahwin lain. Bila aku tanya tak nak tahu ke
siapa bakal madu dia? Dia tuduhnya aku bersubahat.”

Hazmi menampar paha Siti. “Kau ni pun satu. Dah tahu dia
macam tu lagi kau kusutkan keadaan. Kalau macam tu nanti aku suruh angah
berterus-terang /je./ Tengok macam mana reaksi dia. Kalau dia okey,
senang sikit nak uruskan majlis tu. Dia pun boleh tolong kalau dia nak.
Kawan baik punya kenduri, kan...”

“Eh jangan suruh Aril bagitahu dulu, Mi. Kita buat biasa
/je/ dulu. Eyla kata dia tak kisah Aril kahwin lagi. Aku nak tengok
sejauh mana rasa tak kisah dia tu. Aku suruh dia pujuk Aril batalkan
majlis, dengan berlagak dia cakap dia boleh hidup sendiri.”

“Ibu dengan Mak Iti buat mesyuarat apa ni? Serius /je/ achik
tengok.” Azrif, kembar Azril melabuhkan duduk di sebelah ibunya.

“Tak ada apa-apalah, achik. Ni hal perempuan. Pergi masuk
rumah, muka dah gelap nanti lagi bertambah gelap bila berjemur kat luar
ni,” halau Hazmi.

Azrif tayang muka monyok. “Tak baik tau kata achik gelap.
Achik gelap ni pun sebab kerja. Dalam tengah muka gelap nilah ada /jugak
/orang sayang tau. Dia tak kisah pun kulit achik macam mana.” Dia tayang
muka bangga. “Nanti achik minum auramen, putih macam Izzue Islam baru
ibu tahu. Silap-silap Eyla pun boleh keliru mana satu laki dia.”

Hazmi dan Siti ketawa mendengar lawak Azrif.

“Seronok ke kerja /offshore /tu, Arif? Mak Iti tengok
sebulan kau kat laut, lepas tu baru tiga minggu balik, kena pergi laut
balik. Tak rindu keluarga ke?” tanya Siti. Bukan senang nak jumpa Azrif.
Asyik kerja saja.

“Seronok /jugak,/ Mak Iti. Banyak negara yang saya dapat
pergi. Lagipun, /offshore /ni memang kerja impian saya. Tipulah kalau
kata tak rindu keluarga. Tiap kali kat laut, mesti teringat kat ibu,
abah dengan adik-beradik semua.” Azrif memeluk bahu Hazmi. “Tapi tulah,
tak semua tempat ada sediakan internet atau telefon. Kalau ada,
dapatlah telefon ibu lepaskan rindu. Tu yang jarang dapat telefon rumah
kalau kerja.”

“Aku ni, Iti... risau sebenarnya bila dia kerja macam tu.
Yalah, kerja kat tengah laut kan, nak tidur pun tak lena terkenangkan
dia kerja kat sana. Suruh dia cari kerja lain dia tak nak.” Hazmi
menjeling Azrif.

“Bila dah puas kerja situ nanti achik berhentilah, mak. Baru
tiga tahun kot achik kerja /offshore./” Tangan Hazmi digenggam.

“Kesianlah bini kamu nanti, Arif asyik kena tinggal /je
/bila dah kahwin nanti.”

“Kalau dia sayangkan saya, dia kena faham kerja saya ni
macam mana, Mak Iti.” Azrif senyum. Dia sudah biasa diajukan soalan
seperti itu. Pernah juga dia dapat soalan lagi teruk. Tak takut ke
isteri curang masa kena naik laut? Dia hanya tenang mendengar soalan itu
dulu. Tak semua isteri curang bila kahwin dengan lelaki yang kerja macam
tu. Dia tengok elok saja hubungan kawan-kawannya dengan isteri
masing-masing. Dia yakin dengan buah hatinya. Dia tahu buah hatinya akan
setia jika mereka berkahwin nanti.

“Rasanya kad kahwin dah siap, kan? Nanti suruh Fann hantar
kat rumah aku satu ya, Mi.”

“/Aik,/ Mak Iti yang rumah dekat ni pun nak kad /jugak?/
Bukan ibu dah jemput guna mulut ke minggu lepas?” Muka Azrif berkerut
apabila Hazmi memukul pahanya.

“Alah, suruh /jelah/ Fann bagi kad tu kat rumah petang ni.
Nak /jugak /Mak Iti buat koleksi kad kahwin dia. Mak Iti ni pengumpul
tegar kad kahwin tau. Macam-macam rupa bentuk ada dalam simpanan.” Siti
mengenyit mata kepada Hazmi.

Hazmi yang faham isyarat itu hanya mengangguk. “Nanti aku
telefon Fann, suruh datang rumah kau. Eh dah pukul 12.30.” Dia menengok
jam di pergelangan tangan Azrif. “Aku masuk dululah, Iti nak tengok
Ketuk-Ketuk Ramadan. Dahlah tak ada ulangan.” Dia bergegas masuk ke
dalam rumah.

“Kau jangan lupa rancangan kita tu ya...” Siti mengingatkan.

“Ya, aku tahu...” jawab Hazmi sebelum menghilang ke dalam rumah.

“Rancangan apa, Mak Iti?” Azrif mengerut dahi.

“Kamu lelaki tak payah campur. Pergi teman ibu kamu tengok
tv sana. Tengok macam mana Sheila Rusly tu masak, nanti senang nak masak
untuk isteri.” Siti turut melangkah masuk ke rumah.

Azrif menggaru kepala yang tak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience