‘Pure heart is the greatest temple in the world. Don’t believe the smiling face, but believe the smiling heart, they are very rare in this world’
“Are you sure with this little pumpkin?” Chairil menyembamkan wajahnya di perut leper Amira yang masih dibaluti dengan kain telekung. Mereka baru sahaja selesai mengerjakan solat subuh berjemaah.
“Yes abang. Abang tak percayakan sayangkah?” Amira mengalihkan rerambut yang berada didahi suaminya dengan lembut. Chairil pula terkebil-kebil melihat wajah suci Amira yang berada diatasnya.
“Abang percaya. Cumanya abang takut. Abang takut kehilangan sayang” Chairil mengeratkan pelukannya di pinggang Amira.
“Abang tak nak kehilangan bidadari syurga abang. Satu-satunya bidadari syurga abang. Abang tak nak yang lain” entah kenapa butir air matanya menurun. Takut dia membayangkan jikalau si kekasih abadinya ini pergi meninggalkan dirinya. Dia tidak kuat. Jikalau benar isterinya ini pergi, dia mahu ikut sekali. Bawalah dia pergi bersama.
“Don’t worry abang. Sayang always sentiasa dengan abang.” Amira menggeselkan hidungnya dengan hidung mancung sang suami. Dengan lemah-lembut, ibu jarinya mengelap air mata Chairil yang turun membasahi pipi.
“Manjanya... Suami siapa ni?” Amira menjatuhkan kucupan nipis dihidung mancung itu. Chairil tersenyum malu apabila diperlakukan sedemikian.
“Suami sayanglah. Sayang tahu tak? A man should be like a child with his wife, but if she needs him. He should act like a man kata Umar ibn Al-Khattab” Ujar Chairil kepada Amira.
“Abang nak hargai moment ini sebelum kita balik Malaysia” Chairil mengumam perlahan. Jujur saat ini dia terasa seperti mahu menghentikan waktu itu buat selama-lamanya. Dia takut dengan apa yang akan jadi pada masa depan nanti. Tapi apakan daya, lari sejauh manapun mesti akan bertemu juga. Begitu juga dengan kebahagiaan. Disebalik kebahagiaan mesti terselit juga keperitan. Tetapi dia yakin, dengan segala keperitan yang dialami, ujian yang mendatang. Pasti akan timbul jua pelangi kebahagiaan.
“Remember this little pumpkin. Apa-apapun yang terjadi, abang betul-betul cintakan sayang. Sayanglah cinta pertama dan terakhir abang. I really love you. I really love you so much sugar” Chairil mengangkat wajahnya dan mendekati wajah mulus isterinya.
“I love you too my knight.” Pijitan lembut yang Amira rasakan dari Chairil sangat syahdu. Tanpa sedar, kedua-duanya menitiskan air mata.
“Moga hubungan kita kekal hingga ke Jannah” kata mereka bersama.
Beberapa hari kemudian
“Sepatutnya dulu aku belasah dia sampai lumpuh. Kalau boleh sampai masuk liang lahad” gerutu Chairil dengan keras. Buku limanya menggenggam erat sehingga menimbulkan urat-urat hijau disekelilingnya. Seringkali dadanya naik dan turun kerana hembusan nafasnya yang kencang bagi menenangkan rasanya yang ingin meletus.
Sejak kepulangan mereka dari berbulan madu beberapa hari lepas, Chairil sentiasa berada didalam mood baran. Entah kenapa, semuanya tak kena. Nasib kekasih hatinya, Amira pandai mengambil moodnya semula.
Sesekali matanya mengerling kearah anak buahnya, Akash. Menghantar isyarat kepada Akash mengatakan bahawa dia mahu pulang.
“Lambat macam sloth!” jarinya bergerak lincah menghantar mesej kepada insan yang tersayang.
“Hye sayang!” lemah gemalai suara itu menyapa dirinya. Dia menghembuskan nafasnya dengan berat lalu memandang kearah gerangan tersebut.
“Ingatkan mampus dah. Lambat sangat datang kat cafe ni.” Perli Chairil dengan tatapan yang sinis.
Marsya pula sedaya upaya untuk memaniskan wajahnya. “Apasal kau pakai macam ni? Nak jadi muslimah alimkah? Jangan jadi penunggang agama disebabkan aku, sebaliknya berubahlah kerana ikhlas sujud kepada Allah” Lagi sekali Chairil membidasnya tanpa belum sempat dia berkata apa-apa.
“Tak ada guna kau buat macam ni semata-mata nak raih perhatian aku. Tudung dan baju kurung tu. Tudung tetap singkat nampak dada kau. Baju pun ketat macam sarung nangka. Kebas yang budak sekolah punya kah? Dia sama jelah macam kau pakai baju masuk kelab malam tiap-tiap hari.” Terbuntang biji mata Marsya apabila Chairil mengetahui kegiatannya yang hampir setiap malam masuk kelab malam. Bukan apa, dia cuma stress. Jadi tempat situ sahajalah yang mampu menghilangkan stressnya setiap masa.
Chairil hanya memberikan tatapan sinis apabila melihat reaksi wajah Marsya. “Macam ni nak jadi isteri aku? Nak jadi madu untuk bidadari aku? Pergi mati.”
Marsya memegang erat kain baju kurungnya. Sesaat dia memproseskan rancangan yang telah disusun didalam kepalanya. Kalau nak jinakkan harimau, mesti kena dengan caranya. Oleh itu, dia perlu bersabar.
“Tak bolehkah you bagi I peluang? Peluang untuk rebut hati you. Tolong... tolonglah bukakan hati you untuk I. Kalau bukan untuk I pun, tolonglah kesiankan baby ni.” Lirih suara Marsya sambil memandang sayu kearah Chairil. Chairil yang tidak mahu memandang wanita yang bukan ajnabinya ini secara terus-menerus lekas mengalihkan pandangannya kearah lain. Tidak mahu jatuh tersungkur dengan godaan syaitan tersebut.
“Siapa aku nak kasihankan baby tu? Aku bukannya bapa dia. Kau tak rasa apa aku rasa kalau aku jaga anak yang bukannya datang dari benih aku sendiri?” tertelan air liur Marsya mendengar pertanyaan dari Chairil.
“Kau ada fikir tak perasaan aku? Kau ada fikir tak perasaan perempuan lain yang dicurangi? Ataupun kau pernah kena curang sebab itu kau buat benda yang sama dekat perempuan lain?” tebak Chairil sambil menghembuskan nafasnya perlahan.
“Dari dulu aku dah pesan dekat kau. Jangan sesekali cabar aku. Tapi kenapa kau berani sangat untuk muncul sekali lagi? Kau memang selfish atau kau tengah terdesak sekarang ni?”
“Siapa ayah bayi tu?” Tanya Chairil kepada Marsya. Marsya terdiam sejenak memikirkan soalan tersebut.
“Hati aku, Tuhan yang pegang. Kau tak boleh paksa aku untuk jatuh suka dekat kau Marsya. Please, jangan jadi murah. Kalau orang cakap tak nak. Tak naklah maksudnya.”
“Tapi hati juga boleh berbolak-balikkan” Kata Marsya seakan memberikan harapan tentang perasaannya.
“Same with you. Mungkin hati kau akan berubah setelah bertemu dengan insan yang betul untuk diri kau. Tapi jujur aku cakap, bukannya dengan aku” Balas Chairil dengan tenang. Matanya masih kekal memandang ketempat lain. Tidak menatap tepat kearah Marsya. Sesekali sahaja dia mengerling untuk melihat reaksi wajah wanita itu.
“Tapi bolehkan untuk kita. Please? Please Chairil” sayu nada suara Marsya ketika ini.
Chairil hanya mengeluh kecil.
“I boleh bagi apa yang you nak. I boleh tunaikan apa yang you nak”
“Cukup Tuhan saja yang tunaikan semua hajat aku. Aku cuma bergantung kepada Tuhan dan tidak sesekali memerlukan manusia untuk capaikan hajat aku. Manusia tiada apa-apa jikalau nak dibandingkan dengan Tuhan.” Terdiam Marsya mendengar butiran yang keluar dari bibir Chairil.
Marsya menundukkan kepalanya sejenak. “I love you” lirih suaranya berkata.
Ternaik alis kening Chairil. “I really love you Chairil Bahran” lagi sekali dia bersuara. “Please give me a chance”
Chairil terdiam sejenak. “I’m sorry. Aku tak boleh. Dan aku nak pesan jangan cintai manusia melebihi cinta Tuhan. Sebab ianya akan buat kau sakit” lalu dia bangkit ingin meninggalkan tempat tersebut. Tetapi, belum sempat dia berlalu pergi Marsya meraih lengan sasanya sedikit kuat. Hal itu menyebabkan tubuh depan mereka hampir berlanggar
“Apa kau ni?!” Chairil merentap lengannya kasar. Dislike betul! Balik ni kena sanitize pula baju mahal dia ni.
“I’m sorry my reflection” kemudian dia mendekati Chairil dan tiba-tiba sahaja dia terjatuh didalam dakapan Chairil.
“Allah! Haram!” Chairil pula secara refleks mengundur kebelakang beberapa langkah apabila merasakan tubuh wanita itu jatuh didada bidangnya. Disebabkan itu, tubuh Marsya terus jatuh tersungkur diatas lantai.
Chairil dengan wajah cemas mengangkat kedua belah tangannya “Aku tak buat!”
Kebetulan ada seorang pelayan wanita yang melihat situasi tersebut. Makin bertambahlah gemuruhnya. Takut dicop tak gentleman pula nanti.
“Adik! Tolong makcik ni kejap. Saya tak boleh tolong. Dah kahwin. Nanti isteri saya nampak kena tidur luar pula saya. Uuu seram!” Ujar Chairil kepada pelayan wanita tersebut.
Akash yang melihat kejadian itu hampir-hampir meletuskan tawanya. Rasa lawak melihat kelakuan bossnya itu.
“By the way nanti kau bagi tarikh bila kena check up. Aku bukannya zalim sangat nak biarkan kau sorang-sorang beranakkan budak tu.” Sejurus dia berkata sedemikian dia terus meninggalkan Marsya yang terkebil-kebil ditempatnya.
Terbit senyuman kecil dibibirnya. Masih ada peluangkah dia? Adakah harimau kegemarannya sudah terjerat? Kalau ya, dia perlu teruskan rancangan yang seterusnya.
***
“So, macam mana dengan dia?” tanya Amira kepada Mavis yang kini duduk bertentangan dengannya.
“Dia ada rancang something tapi don’t worry kita dah kumpul beberapa bukti. Cuma nak tunggu arahan dari signora saja sekarang ini” Amira hanya berdehem sahaja. Dia bersandar santai diatas sofa empuk itu. Memejamkan mata menenangkan fikirannya yang agak berserabut.
“Yang sorang lagi?”
“So far tak ada pergerakan dari dia lagi”
“Dia tengah tunggu masa untuk serang semula. Minggu lepaskan dah kena belasah teruk” Tersungging senyuman sinis dari bibir Amira.
“Are you okay signora?” Tanya Mavis kepada Amira. Amira hanya menjongketkan kening kirinya.
“What do you think?” Mavis tidak bersuara cuma matanya sahaja memandang tepat kearah anak mata Amira.
Well, mulut boleh menipu tapi pandangan mata tidak.
“Jaga husband aku dari jauh. Kalau perlu, kau minta tolong dengan yang lain.” Arah Amira seraya bangun membetulkan flak jacket yang tersarung ditubuhnya. Amira menggamit Owen mengikuti dirinya untuk menyelesaikan satu misi.
“Signora! Fella dan Amigo ada hantar pesanan untuk memberikan bantuan. Signora nak terima?” Amira berfikir sejenak apabila mendengar butiran pesanan yang disampaikan oleh Owen.
“Tak payahlah, aku tak nak susahkan diorang. Lagipun Fella mesti sibuk dengan aktiviti dia, Amigo lagilah. Dengan anak kembar tiga dia tu. Sudahlah ketiga-tiga tu lelaki, jenuh kepung. Nanti-nantilah, kalau terdesak sangat baru kau send kod emergency dekat diorang.” Kata Amira kepada Owen.
‘Aku tidak pernah sekalipun menyesali Diamku, tapi aku berkali-kali menyesali bicaraku’ – Umar bin Khattab.
Have a nice day. Sebarang kesilapan, kekurangan & kesalahan please mention me. Enjoy your day cutie pie. Maaf sebab late update. So far okay ke story ni?
Share this novel