BAB 35

Humor Completed 78146

SETIAP hari Aisyah tak berhenti berdoa untuk kesihatan Datin Mazni.Tak cukup dengan itu Aisyah akan mengurut kedua belah kaki Datin Mazni sebelah pagi tanpa jemu.Petang pula mereka akan ke taman seperti biasa.Melihat keindahan alam.

Datin Mazni pun dah tak marah-marah lagi.Tak senang duduk seharian bila Adam tak hantar Aisyah ke rumahnya.

Kaki Datin Mazni pun dah semakin pulih.Dah boleh digerakkan.Bersyukur Aisyah di dalam hati.Tak lama lagi Datin Mazni akan pulih sepenuhnya.Sekarang pun Datin Mazni dah boleh berjalan gunakan tongkat kaki empat.Walaupun perlahan Aisyah yakin Datin Mazni akan pulih sepenuhnya.

Perkembangan ini mengejutkan semua ahli keluarga Datin Mazni.Semua berasa gembira dan bersyukur.

Malam itu mereka sekeluarga makan bersama.Adella dan Huzair juga datang bersama bayi angkat mereka.Asyraf anak angkat yang di ambil dari Darul Sakinah.Wajah Adella dan Huzair kelihatan bahagia dan gembira melayan keranah bayi yang berusia enam bulan itu.

Adella sudah mengambil keputusan berhenti kerja.Dia mahu menumpu sepenuh perhatian pada keluarga.Sesekali dia datang juga menemani Datin Mazni.Mula dulu Datin Mazni sedikit membantah bila Adella menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat.Nasib Adella baik kerana keluarga mertua menyokong penuh hal pengambilan anak angkat.Hampir lima tahun Adella dan Huzair berlahwin.Mestilah setiap pasangan impikan mempunyai seorang anak sebagai penyeri rumahtangga.Rezeki untuk mereka memiliki zuriat sendiri masih belum ada.

Datin Mazni akhirnya akur.Kini dia pun jatuh sayang pada baby Asyraf.Sesekejap dia mencium pipi montel si kecil.Tembam sungguh baby Asyraf.Si kecil berjaya mendapat tempat di hati semua ahli keluarga.

Aisyah pun tidak ketinggalan mencium pipi si kecil.Geram sangat tengok pipi dia.Pandai Adella jaga walaupun pertama kali menjadi seorang ibu.Baby Asyraf dah jadi kesayangan semua ahli keluarga.

"Aisyah bila lagi?"tanya Adella sambil senyum penuh makna.

Aisyah yang sedang mengagah Asyraf terpingga seketika.

"Bila apa tu kak Adell?"

Adella muncungkan mulut ke arah baby Asyraf yang berada di atas pangkuan Aisyah.

Aisyah berdehem seketika.Faham akan maksud Adella.Dia hanya senyum segaris.

"Geram tok mummy tengok Asyraf ni.Rasa nak gomol saja pipi tu."

Pertanyaan Adella dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Mari kat tok ba pula.Asyik tok mummy saja pegang."Baba pula ambil alih meriba baby Asyraf.Dari tadi dia tunggu peluang.

"Tok ba tu jealous lah Asyraf sayang tok mummy."usik mummy sambil mencuit pipi baby Asyraf.

Baba ikut ketawa senang hati melihat perubahan isterinya.Harap isterinya dapat terima Aisyah sepenuhnya seperti merima baby Asyraf.

Jam sebelas mereka meminta izin untuk pulang.Adella sekeluarga pula bermalam di rumah baba.Rasa rugi pula Adam ajak balik.Kalau tak boleh lagi sambung main dengan bayi Asyraf.Dah la Aisyah rindu sangat dekat adik-adik di Darul Sakinah.

Adam buat tak nampak muka Aisyah yang cemburut.Memang dia tak berhasrat untuk bermalam di rumah baba.Yang pertama sudah tentu lah adanya Aidil.Dari tadi asyik curi-curi pandang Aisyah.Ingat dia tak perasan ker.

Aisyah bersih kan diri dan menukar baju tido kain satin berseluar panjang tangan pendek.Nasib dah solat Isyak siap-siap kat rumah baba.Boleh terus tidur saja.

Ketika Aisyah baru letakkan kepala atas bantal,Adam mengiring menghadap Aisyah.Terkejut Aisyah.

"Kenapa awak ni.Jauh lah sikit.Saya mengantuk dah ni."Bukan dia tak tahu tahap nakal Adam.Nanti sesuka hati di ciumnya Aisyah.

Sejak peristiwa di ruang tamu hari tu,Adam selalu saja ambil kesempatan.Dah bagi amaran.Langsung tak makan saman.Lagi bertambah nakal ada lah.

"Sayang jangan tidur lagi.Abang nak tanya ni.Sayang suka baby tak?"

"Suka.Kenapa tanya?"Aisyah berasa janggal dengan soalan Adam.

"Kalau macam tu.Kita boleh ada anak sendiri.Macam baby Asyraf."Adam kenyit sebelah mata sambil senyum penuh makna.

"Jangan merepek boleh tak.Saya tak boleh."

"Siapa kata sayang tak boleh?Kita belum cuba lagi."Adam senyum lagi.

"Tak nak lah.Lagi pun saya tak suka lah baby."Dalih Aisyah.Dah la mengantuk.Adam ni ada saja.

"Iya ker sayang tak suka.Tadi abang nampak sayang siap ngomol-ngomol lagi baby Asyraf."Bukan tu saja dia terdengar perbualan Aisyah dengan Adella juga.

"Dah la awak.Saya ngantuk ni."Aisyah tarik selimut hingga paras dada.

"Tapi abang tak ngantuk lagi.Cuba sayang bayangkan anak-anak kita nanti comel macam sayang.Hensem macam abang."Adam cuba pancing Aisyah.

Pada mulanya Aisyah ikut terbayang.Tetapi cepat dia sedar diri.Adam ni sengaja kan nak kenakan Aisyah.

"Tolonglah awak jangan kusutkan lagi keadaan.Saya tak nak mummy awak sakit sebab saya.Awak tahu kan yang mummy awak tak suka saya.Kalau betul awak nak anak.Saya izinkan awak kahwin lain."

Ayat itu bagai rentap tangkai jantung Adam.Sekaligus meranapkan angan-angan Adam.

"Abang tak akan kahwin lain.Abang dah ada sayang."Adam tidak berputus asa.

"Saya tak akan dan tak boleh.Awak kahwinlah dengan perempuan yang boleh lahirkan zuriat awak."

"Buat apa abang nak kahwin lain.Sayang dah cukup bagi abang.Mana sayang tahu sayang tak boleh mengandung?Buktikan yang saya tak boleh baru abang percaya."

Adam tak mahu mengalah.Ini saja cara dia untuk ikat Aisyah dari pergi dari hidupnya.

Aisyah terkedu.Adam tak makan pujuk.Semua cara tak jalan.Buktikan..buktikan..

Tak kan sebab nak buktikan aku kena ehemm ehemm dengan Adam.

"Tak payah buktikan.Saya ikhlas suruh awak kahwin lain.Lepas tu awak boleh lepaskan saya."Rasa pedih pula bila ucap macam ni.

"Sayang jangan ingat macam tu saja abang nak lepaskan sayang.Dan sayang jangan berangan nak kahwin dengan Aidil."

Pula!Merepek lah Adam ni.Aidil tak ada kena mengena pun.

"Itu hak saya nak kahwin dengan sesiapa pun.Awak dah ada kehidupan sendiri jadi saya pun ada hak juga."

Adam geram.Ada saja jawapan dari Aisyah.Turun naik dadanya menahan rasa.

"NO!abang tak akan lepaskan Aisyah!Baik kalau Aisyah degil sangat.Sekarang abang nak tuntut hak abang.Sayang tahu kan akibat menolak permintaan suami."Adam jongket kening sambil senyum senget.Sengaja dia nak takutkan Aisyah.

Aisyah menggesot ke hujung katil.Makin seram dengan sikap Adam. Adam lagi pantas.Ditarik nya tangan Aisyah.Menyebabkan Aisyah terjatuh ke atas dada Adam.Adam apa lagi terus peluk kuat.Terus di baringkan Aisyah di bawah badannya.

Aisyah usaha menolak dada Adam yang menghempap tubuhnya hingga tiada ruang untuk dia larikan diri.Kakinya juga telah Adam kunci.

"Awak lepas lah.Tolong jangan buat saya macam ni.Saya minta maaf apa yang saya cakap tadi.Ingat kita kahwin sebab terpaksa."Aisyah merayu sambil berusaha menolak tangan Adam yang menggengam erat kedua belah tangannya.

Adam usap lembut muka Aisyah.Bukan dia tak kesian tengok airmata Aisyah yang bergenang di tubir mata.Tapi dia ada misi sendiri.Misi untuk mengikat Aisyah dalam hidupnya.

"Dulu memang abang terpaksa tapi sekarang tidak lagi.Abang dah bersedia untuk jadi suami yang sebenar buat sayang.Izinkan abang memilik mu sayang.."Adam cium hampir keseluruhan muka Aisyah walaupun Aisyah meronta-ronta.

"Abang tak akan sakiti sayang.Malam ni abang nak hak abang sebagai seorang suami .Abang akan jaga sayang sampai hujung nyawa kita."

Adam pandang ke dalam mata Aisyah.Memberi keyakinan buat sang isteri akan cintanya yang kian mendalam.Antara rela dan terpaksa Aisyah balas pandangan mata Adam.Wajah Adam kian dekat dan mendekat hingga bibir mereka bersatu. Aisyah tak mampu mengelak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience