Bab 12

Drama Completed 35637

"Aku nak pergi tandas kejap. Korang kalau nak masuk dulu, pergi lah. Tiara, tolong pegang ni kejap" kata Hadirah kemudian menghulurkan buku-buku nya kepada Tiara.

Disebabkan Hadirah tidak tahan sangat, dia menolak bukunya di tangan Tiara dan pergi ke tandas.
Tiara yang terkejut diberi buku secara tiba-tiba, hilang imbangan lalu terjatuh kan buku buku Hadirah dan bukunya sekali.

"Hey perempuan ni. Tak menyempat. Kalut betul" marah Farhan lalu menunduk untuk menolong Tiara mengutip buku buku yang terjatuh.

"Dia tak tahan sangat la tu" kata Tiara sambil menurunkan badan nya juga.

"Thankyou sebab tolong" kata Tiara sambil setelah mereka siap mengutip buku.

"Welcome. Jom la kita masuk cepat. Takut prof dah sampai. Biar kan je si Hadirah tu" kata Farhan.

"Ish, apa kau ni? Tak baik lah" kata Tiara kemudian mereka berdua ketawa.

Ada sepasang mata yang melihat mereka berdua dari jauh dengan perasaan yang meluat.

"Patut lah masuk lambat, pergi menggatal dengan mamat tu. Datang sini nak belajar ke nak bercinta?" kata Hadi seorang diri. Kemudian dia patah balik untuk masuk ke kelas. 

Muka nya betul betul menunjukkan yang dia menyampah.

"Hah, dia dah jumpa lah tu 'prof' dia tu. Apahal tu muka macam tu?" kata Hafiz kepada Akmal apabila nampak Hadi masuk dengan muka yang bengang.

Hadi duduk di tempatnya semula di sebelah Akmal kemudian keluarkan telefon nya dan main tanpa peduli keadaan sekeliling.

Akmal dan Hafiz hanya melihat sahaja. Takut nak tegur. Tak pasal pasal terbalik pulak meja tu nanti dibuatnya Hadi.

Kemudian, mata Akmal dan Hafiz tertumpu pada dua orang yang baru masuk bilik itu. Tiara dan Farhan baru masuk.

"Ouhh, patut lah ada orang tu marah. 'Prof' dia datang dengan lelaki lain" bisik Akmal perlahan kepada Hafiz. Kalau Hadi dengar, habis lah dia.

"Itu lah. Ada orang, cemburu~" kata Hafiz pula.

Terkekeh-kekeh dua orang itu ketawa di tepi Hadi. Bila Hadi pandang mereka, mereka senyap.

Senyap senyap Hadi pandang ke belakang, ke arah Tiara dan Farhan.

Dia pandang mereka berdua dengan pandangan yang tajam tetapi tidak perasan.Tiara pun tidak perasan akan kewujudan Hadi di situ.

Kemudian, Hadirah masuk. Dia terus ke arah kawan kawannya. 

"Mana dia ni pergi sampai tinggal kan kawan dia berdua je?" kata Hadi dalam hati.

Dia malas nak ambik tahu benda lain, dia main telefon nya sampai Prof Yusuf masuk.
//
"Ok guys, before we end our class i want to give you something" kata Prof Yusuf sambil tersenyum

"Apa tu prof?" tanya Akmal. Mereka bertiga kalau bertanya soalan memang tak malu. Budak famous la katakan.

"Group assignment!" 

Kedengaran bunyi keluhan daripada semua pelajar. Mereka kurang gemar dengan kerja berkumpulan.

"But, don't worry. I have organized your group. Kejap, saya send dalam group nama ahli kumpulan. Ok done. Sila lah check" 

Lantas, semua pelajar melihat telefon masing-masing untuk melihat mereka berkumpulan dengan siapa.

"Tiara! Aku satu group dengan Abang Hafiz lah!" kata Hadirah teruja. Dia memang sudah lama minat pada Hafiz. Sejak dia mula mula berada di universiti itu dia sudah menyimpan perasaan pada Hafiz.

Tiara tersenyum saja. Dia masih mencari namanya. Sedang dia mencari, dia nampak namanya dalam senarai di bawah sekali. 

Yang peliknya, kumpulan nya hanya ada 2 orang ahli. Yang lain semua 4 orang.

Terbuntang matanya melihat dia satu kumpulan dengan Hadi. Hanya dengan Hadi. Hanya mereka berdua satu kumpulan.

"Prof" kata Tiara sambil mengangkat tangan.

"Yes Tiara"

"Kenapa kumpulan saya, saya dengan .. err Abang Hadi je" kata Tiara.

Dia teragak-agak untuk panggil Abang Hadi. Tapi kalau tak panggil abang nanti prof ingat dia biadap dengan senior. Jadi, dia terpaksa la.

Tersedak Hadi apabila mendengar Tiara panggil dia abang. Dia pandang Tiara. Tapi Tiara masih memandang Prof Yusuf untuk menunggu jawapan. 

"Oh, about that sorry dear. Saya mula mula tercicir nama awak, sebab awak student baru kan? Lepastu, saya tengok Hadi je belum saya letak dalam mana-mana group. Tu sebab saya letak awak dengan dia dalam satu group" terang Prof Yusuf

"Tapi, tak boleh ke kalau saya masuk group lain..?" Dia teragak-agak untuk tanya soalan itu. Takut nanti yang lain gelar dia mengada ngada pulak nak tukar group. Tapi dia memang tak nak satu group dengan Hadi!

Prof Yusuf tersenyum.

"Sorry Tiara. Kamu semua ada 26 orang. Kalau satu group ada 3 orang, nanti banyak sangat group. Kalau 5 orang, lagi sorang tu terkapai-kapai. Kalau 6 orang, saya tak suka sebab nanti mesti ada yang tak buat kerja. So, a with group four members is better. Its that clear?" terang Prof Yusuf sekali lagi. 

Entah kenapa Hadi suka bila Tiara tak boleh masuk kumpulan lain. Hilang terus rasa marahnya terhadap Tiara dan Farhan sebentar tadi.

"Yes, prof" kata Tiara sambil memberi senyuman palsu dan duduk kembali.

Kemudian, dia nampak Hadi pandang dia. Hadi senyum sambil mengangkat keningnya.

"Meluat!" kata Tiara dalam hati

Farhan yang melihat Tiara jadi kesian dengan dia. Tapi, dia tak boleh buat apa-apa sebab prof dah tetapkan seperti itu.

"Tak apa Tiara. Abang Hadi buat kerja okey. Pasal kerja dia tak main main" kata Hadirah cuba menenangkan Tiara

"Serious?" tanya Tiara ragu-ragu. Mamat macam tu buat kerja elok? Meragukan.

"Haah, dia buat kerja betul betul. Aku kan pernah satu group dengan dia, aku tengok cara dia buat kerja" kata Farhan pula

"Itu dengan kau. Kalau dengan aku, entah entah dia biarkan aku buat kerja sorang-sorang" kata Tiara dalam hati

"Okey. Aku pegang kata-kata korang" kata Tiara kemudian senyum

"Okey guys, that's all for today. Tajuk assignment macam yang saya terang tadi, 
Aplikasi Undang-undang Berkaitan dengan Pengurusan Perniagaan Dalam Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). You all know what to do. Saya bagi masa 2 minggu, manfaat kan betul betul. Okey, you may leave now. Bye, assalamualaikum" kata Prof Yusuf kemudian keluar dari bilik itu.

Kemudian semua pelajar sibuk mengemas barang untuk pulang. Mereka balik lambat harini. 

"Hadi tu okey dah la tu. Dah satu group dengan Tiara. Diaorang dua je pulak tu" kata Hafiz ketika masukkan buku dalam beg.

"Itulah. Masa kita check nama tadi, bukan main lebar dia senyum tengok nama dia. Dia dah tak marah la tu" kata Akmal

"Korang terus balik ke? Ke bincang kerja dengan group korang dulu?" tanya Hadi

"Aku rasa bincang dulu kot. Nak cari kata sepakat" kata Akmal

"Kau?" tanya Hadi kepada Hafiz

"Sama lah. Kau pulak? Bincang dulu ke dengan Tiara?" tanya Hafiz separa mengusik

Dia tahan mukanya supaya tidak senyum. 

"Ye kot. Aku nak pergi cakap dengan dia sekejap. Kita balik terus la lepas habis bincang ek?" kata Hadi

"Beres boh" kata Hafiz

Kemudian dia pergi ke arah meja Tiara.

Tiara yang melihat Hadi datang berkata dalam hati ,
"Dia sudah mariii. Habis la aku. I'm totally done!" 

"Jom lah bincang pasal kerja. Jangan nak curi tulang pulak" kata Hadi dengan suara dingin yang dibuat buat.

Padahal dalam hati berbunga. Tak kan nak cakap dengan suara teruja. Kantoi nanti. 

"Sekarang? Prof baru bagi kerja tadi" kata Tiara

"Time is gold, Tiara Adriana. Group lain semua bincang dulu sebelum balik. Cepat lah, aku tunggu luar" kata Hadi kemudian keluar dari bilik.

Farhan menyampah tengok perangai Hadi yang memaksa itu. Mungkin, menyampah campur cemburu sebab Hadi dapat satu kumpulan dengan Tiara.

"Ye lah. Okeh lah korang, aku pergi dulu. Byee" kata Tiara sambil menyandang beg nya di bahu kanan dan keluar.

"Harap dia okey kan? Entah-entah, ke mana kerja, bergaduh je lebih. Diaorang bukan nya satu kepala" kata Hadirah melihat Tiara pergi.

Farhan hanya diam sahaja.

"Hadirah! Sini lah" panggil Hafiz. Dia mahu mengumpul kan semua ahli kumpulan nya. Maklumlah, dia yang paling tua dalam group itu.

"Oh my god!! Abang Hafiz panggil aku. Farhan, aku gerak dulu" kata Hadirah kemudian berlari ke arah kumpulan nya.

Farhan hanya berdiri tegak di situ melihat Tiara yang berada di luar sedang bercakap dengan Hadi.
//
"Okey, tu je lah yang kita bincang harini. Esok kita dah boleh start buat kot" kata Hadi.

"Itu je kan? Dah boleh balik kan? Okey, byee" kata Tiara kemudian berlari meninggalkan Hadi seorang di situ.

"Oi! Tak guna betul. Dia main tinggal je aku" kata Hadi menyimpan kertas yang ditulisnya tadi.

Sewaktu Hadi dalam perjalanan ke keretanya, dia melihat langit mendung. Sudah gelap. Seperti mahu hujan.

"Dah nak hujan lah. Tiara tu dah balik ke belum?" kata Hadi kemudian dia masuk ke dalam kereta nya dan kereta itu berlalu pergi.

Tiara yang sedang di bus stop itu sedang mencari nafas.
Dia berlari tanpa berhenti ke bus stop itu. Turun naik nafasnya.

"Ya Allah, penat nye. Menyesal pulak lari tadi. Yang aku pun gila pergi lari kenapa? Bukannya Hadi tu kejar aku pun" kata Tiara

Dia pun melihat langit sudah gelap. Bila bila masa saja hujan akan turun.

"Dah nak hujan lah. Baik order grab cepat" 

Dia buka telefon nya dan tak sampai 10 saat, telefon nya gelap.

"Hah?! Apa ni?! Phone aku habis bateri ke?! Aduhh! Ye lah, aku lupa nak charge semalam. Ya Allah, macam mana ni? Rumah aku bukan nye dekat. Jauh jugak. Tapi boleh lagi balik jalan kaki." kata Tiara

"Ahh, jalan je lah kaki. Selagi hujan belum turun lagi" kata Tiara. Baru dia nak melangkah keluar dari bus stop itu, hujan turun dengan lebatnya. Dia pantas masuk kembali dan duduk.

"Nasib baik lah bus stop ni ada atap. Atap elok lagi pulak tu. Kalau atap dah barai, basah jugak aku. Hmm, kena tunggu sampai hujan berhenti lah baru balik" kata Tiara. 

Dia tak tahu nak buat apa. Dah lah telefon nya habis bateri. Termenung je lah cerita nya.

Hujan turun dengan makin lebat. Tiara mula kesejukan.

Bus stop itu memang ada atap, tapi tak ada dinding. Rasa takut pun ada jugak. Ye lah, tengah hujan lebat dia sorang dekat bus stop tu.

"Itu Tiara kan? Haaa, betul lah tu! Haish dia ni! Punya lama aku pusing cari dia, dia dekat sini rupanya. Sorang-sorang dekat bus stop. Tengah hujan lebat pulak tu" 

Tiara nampak ada kereta yang datang ke arah bus stop itu. Farhan ke? Itu saja yang terlintas di fikirannya sekarang. 

Kereta itu berhenti di hadapan bus stop itu. Di sebabkan hujan terlalu lebat dengan angin kencang nya lagi, dia tak dapat mengecam kereta siapa itu. Kereta itu berwarna hitam. Kereta Farhan pun warna hitam.

Cermin kereta di bahagian tempat penumpang hadapan diturunkan. 

Tiara cuba melihat siapa pemandu itu.

"Farhan?"

thankyou sebab sudi bace 。◕‿◕。 sorry atas kekurangan :):)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience