Chapter 1

Romance Series 8085

#Sehari sebelum majlis akad nikah..

Anis bermundar-mandir di dalam bilik sehinggakan Azira yang melihat naik pening..

"Weh beb, asal kau ni? kehulu kehilir macam mak ayam hilang anak je.. Cuba kau relax.. Kau just nak pergi fitting baju je pon.. Kita pergi fitting then terus balik.. So tak payah la kau kena menghadap bakal suami terchentaa kau tu.. Hahaha.." Kata Azira sambil menarik Anis yang bermundar-mandir menuju ke birai katil sambil ketawa kecil..

"Kau tak rase ape yang aku rasa sekarang, tu yang kau mudah mudah je cakap relax lerr, chill la apakebenda ntah.. Aku kalau boleh malas la.. Kang aku takot majlis ni cancel je sebab aku mengamuk dekat butik tu.." Balas Anis sambil gigit kuku.. Salah satu tabiat, bila dia serabut.. Gigit kuku..

"hahaha, pandai pandai je kau tambah perkataan chill tu.. Serasa aku takde lak aku suruh kau chill tadi.. Sah kau ni dah stress tahap angkasa ni. Hahha, cer kau tarik nafas, then hembus.. Kau ulang 3 kali.. Inshaallah kau akan tenang sikit.." Balas azira sambil memeluk bahu anis..

"Whatever.. Bukan setakat angkasa dah ni, ni stress tahap langit ketujuh dah ni.. Tunggu nak masuk Hospital Permai je.. Taknak arr aku buat.. Dah la sekarang pon nak bernafas pon macam susah.. Kang buat cara kau tu melayang terus nyawa aku.. Tak pasal pasal majlis kahwin tukar jadi majlis arwah.." Balas anis sambil membaringkan tubuhnya keatas katil sambil merenung syiling bilik..

Azira yang medengar kata Anis terus menampar perlahan mulut Anis..

"Mulut tu kan, suka mintak benda benda yang tak elok.." Marah azira.. "Aku tak suka kau cakap macam tu.. Kalau kau pergi dengan sapa aku berkawan.. Nak hangout, menggila tu semua.. Dengan sapa??" Marah azira sambil mengalirkan air mata.. Air mata ikhlas ok..

"Auchh, sakit la.. Aku bukan apa, aku just rasa runsing sangat sekarang.. Sorry beb.. Aku janji takde lagi perkataan mati yang akan keluar dari bibor comel aku ni.. Promise.. dah jangan la nangis.. Look at yourself.. Tak cantik dah kawan aku sorang ni.. Hahaha." Anis mengaduh sakit apabila azira menapar bibirnya seraya memujuk azira..

"Hmm, jom bersiap.. Kang lambat pulak.." Sambung anis lagi sambil menarik tangan azira untuk bangun..

Mereka berdua bersiap dan menaiki teksi ke butik pengantin..

#Di butik pengantin

"Mana budak ni, dalam chat tadi kata 3.30, now dah nak dekat pukul 5.00 dah kot.. Dah la aku asar tak solat lagi" Gumam Azrin sambil meneliti jam di tangan kirinya..

"Orang nak pergi ambik tak bagi, kata nak pergi sendiri, now batang hidung pon tak nampak lagi.. jangankan batang hidung bayang pon aku tak nampak lagi.. Janji Melayu betul.. Menyampah aku orang macam ni.. Janji tak ditepati langsung.. Macam mana la arwah wan boleh berkenan, dan mama pulak boleh puji melambung budak sekor tu walaupon tak pernah jumpa lagi" Gumam Azrin lagi sambil membelek majalah pengatin yang terdapat di atas meja kopi di hadapannya..

"Lagi 5 minit dia tak sampai, aku try dulu ten belah. Kalau dia sampai then aku takde pandai- pandai dia lah.." Gumam azrin lagi..

"Assalamualaikum.." Kata Anis dan azira serentak.. Mereka berdua melangkah memasuki butik tersebut..

Azrin yang mendengar salam terus mengangkat mukanya.. Dan dia tersenyum sinis.. Dia melihat sekilas jam di tangganya sambil berdiri dan berjalan ke arah anis dengan azira..

"Kau pakai jam tak?" Tanya azrin sinis sambil memandang tajam Anis..

"Pakai." Balas anis pendek..

"Asal dia pandang aku tajam sangat nihh.." Desis anis..

"Ooo, pakai.. Kau reti tengok jam tak?? Sekara.."
Belum sempat Azrin habiskan kata katanya anis terus mencelah..

"Ofcourse reti.. I'm sorry because i'm late.. Tapi saya lambat bersebab.." Balas Anis sambil tayangkan muka tidak bersalah..

omg, dia potong cakap aku dohh. Dia ni memang nak cabar aku ke macam mana..

"Sorry accepted if your reason is suitable" Balas Azrin speaking..

"ceh speaking lak." Bisik anis kepada azira.. "Hahha" Azira yang mendengar terus ketawa kecil..

"Aku dengar" Balas Azrin geramm..

"memang nak bagi awak dengar pon" Balas anis sambil senyum sinis

"kau.." Belum sempat azrin habiskan kata katanya, dia dipotong lagi.. Kali kedua dah percakapan dia dipotong ni..

"Stop, saya tak nak dengar bebelan awak wahai pakcik.. Sebab saya yang pertama, kenapa saya lambat sampai adalah sebab awak.. Sebab kedua pon sebab awak.. Dan sebab ketiga pon because of you.." Balas anis lalu menarik tangan azira melintasi Azrin yang tercengang..

"uhh, sebab aku.. Oh gosh, why she so rude.. Minah macam ni ke nak jadi wife aku.. Boleh naik darah tinggi aku kalau macam ni.. Paling penting, asal aku tak boleh nak balas kata kata dia yang agak sinis tu.. Takkan kau boleh kalah dengan budak.. Come on bro you're 21 dia baru 18 kot.. Kau dah kelu bila kena bahas dengan dia.. Oh malu man.." Desis Azrin sambil meraut rambutnya kasar kebelakang.. Geram tahap asa keluar ikot telinga..

Apabila Azrin berpusing, matanya mencari kelibat dua orang manusia sebentar tadi..

Azrin memandang pekerja butik yang sedang memengang 2 persalinan pakaian penganti lelaki, lalu dia mengatur langkah ke arah pekerja tersebut..

"Ni baju saya ke?" tanya azrin sambil tersenyumm

"Ye, ni baju encik.. Encik boleh cuba dekat fiting room dekat belakang ni.." Balas pekerja butik itu sambil tersenyum

Azrin melangkah ke bilik fitting room.. Dia memasuki bilik sebelah kiri, kerana bilik sebelah kanan anis dengan Azira dah kongker.. Dia boleh mendengar setiap butir bicara dua sahabat itu walaupon sayup sayup..

"Lepas test baju ni jom pergi pantai Batu Burok.. Naik kuda oh yeahh..Kata azira..

"Aku on je.. Kau try check uber ke grab ke.. teksi mahal la.." Balas anis..

"Weih beb tolong aku, aku tak sampai la nak capai zip ni.." Kata anis yang terkial kial untuk menarik zip kepada azira..

"wait,uhmm done.. Weh cantik dohh.. Baju ni dengan kau.. Balas azira sambil menunjukkan riak teruja

"thanks. Nasib aku tak kata lagi aku cantik, aku mati mati ingat kau puji aku cantik, rupa rupanya kau puji baju ni cantik.. So kiranya aku tak cantik la.." Balas anis sengaja berjauh hati..

Azrin yang berada di bilik sebelah hanya mampu tersenyumm, Kelakar la budak berdua ni.. Test baju pon still boleh menggila.. Namun tiba tiba azrin mendapat idea jahat untuk kenakan anis.. Dia tersenyum jahat..

"Kau memang tak cantik, so tak payah perasan sangat.." Jerit Azrin dari bilik sebelah sambil ketawa..

Anis dan azira yang mendengar jeritan tu terus menutup mulut masing masing.. Mata terus memainkan peranan.. Hantar isyarat guna mata "Dia dengar ke kita borak apa??" "kita borak slow je kot" "bela saka kot" "weih malu" .. Anis angkat tangan dan menarik azira kesisinya.. dia membisikkan sesuatu kepada azira..

Azrin yang baru sudah gelak berasa pelik apabila bilik sebelah sunyi tanpa balasan.. "Aihh, peliknya, tadi dekat depan bukan main hentam aku.. Ni senyap pulak.. sentap ke malu sis??" desis azrin sambil menggaru kepalanya.

"Woi orang sebelah asal diam, mati kata ka?? hahha.." Jerit azrin lagi..

manakala di bilik sebelah sudah kosong..

Anis dengan azira terus keluar apabila sudah selesai fitting baju.. Actually diaorang keluar 5 minit awa sebelum azrin menjerit buat kali kedua..

Anis dan azira menuju ke kaunter dan memberitahu bahawa pakai itu sesuai dan tak perlu diubah.. Anis juga meminta sekeping kertas dan pen daripada pekerja butik itu.. Dia mula menulis dalam bahasa sms.

"Kehadapan pakcik yg bkal jd suami sya tu, sya tngok awk xde la hensem mana pon.. So x pyah la nk kata sy x cantik sebab awk pon x hensem mana pon.. Klu sya bandingkan cicak dgn awk cicak tu hensem lagi.. Awk dgn lembu, lembu menang, awk kalah.. So sbelum nk kata kt orang lain tengok diri sendiri dulu.. Yang ikhlas bakal isteri awak.. (Ambik baju saya ni dan hantar dekat rumah nenek malam ni.. Nenek ajak awak dengan family awak datang rumah malam ni)

Anis menyerahkan surat tersebut kepada pekerja butik itu dan meminta pekerja butik itu menyerahkan surat ini kepada azrin..

Anis dan azira terus keluar dari butik tersebut sambil tersenyum lebar.. Mereka menaiki grab ke pantai Batu Burok..

Azrin yang merasa pelik dengan keheningan terus keluar dari fiiting room dan terus mengatur langkah ke arah fitting room sebelah kanan, dia menolak pintu fitting room itu, dan mulutnya ternganga sedikit..

"What, kosong. diaorang dah belah ke?? patot senyap.. kurang asam betul minah.." Azrin mengatur langkah ke kaunter dan matanya meninjau kawasan butik itu..

Pekerja butik itu yang melihat Azrin seakan mencari seseorang membuka suara.. "Encik cari bakal isteri encik ke? Kalau encik cari isteti encik dah pergi pon dari butik ni 10 minit yang lalu.." Balas pekerja butik itu sambil mengira bayaran untuk baju azrin..

"what, diaorang dah balik.. what the h***.." sumpah azrin di dalam hati

"encik ni bill yg encik kena bayar" kata pekerja butik itu lagi..

azrin mengambil bill itu lalu melihat apa yg ditulis oleh pekerja itu.. "Umhh, kenapa baju saya je yang ditulis, sepatutnya baju wife saya pon saya akan bayar" Tanya azrin..

"ohh, yang itu, tadi isteri encik dah bayar duit baju dia dan ni dia ada suruh saya bagikan encik ni.." Balas pekerja butik itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada azrin.

azrin menyambut kertas itu lalu membuka dompetnya dan mengambil beberapa kepinh not 100 dan diserahkan kepada pekerka butik itu..

semasa menunggu wang baki dipulangkan azrin membuka surat itu dan membacanya.. Mulutnya yang sedikit molopong apabila perkataan yang terdapat di dalam kertas itu.. Dia mengangkat wajahnya apabila pekerja butik itu berdehem.. Dia mengambil duit bakinya seraya disimpan dalam dompet lalu mengambil 4 pasang baju pengantin.. Dalam hati penuh dengan kata makian untuk anis..

"Kau tunggu, ooo kau bandingkan aku dengan lembu aku kalah, lembu menang.. Banding dengan cicak, cicak lebih hensem dari aku.. Oh, cantik aturan kau minah.. Kau tunggu.. Kau pergi pantai batu burokk ehh.." kata azrin geram sambil menghentak stereng keretanya.. Marah tahap gunung berapi nak meletus dah ni..

manakala anis dengan azira bersuka ria di pantai batu burok.. Main layang - layang, naik kuda, main air pantai, main pasir.. Telatah mereka sangatlah macam budak budak yang tak cukup umur..

Actually Azira taknak buat semua tu pada awalnya, namun lepas dipujuk oleh anis dia pon bersetuju.. Anis tengah stress sekarang, tengah sedih.. Tengok luar senyum sampai berlopak pipi kiri, tapi kita tak tahu di dalam macam mana.. So dia ikotkan je semua permintaan anis.. Selesai bermain dia dan anis menikmati aiskrim sambil menunggu matahari terbenam..

Tanpa mereka sedari ada mata yang memandang.. Azrin yang berdiri di sebalik pokok hanya tersenyum sinis melihat dua sahabat itu ketawa.. Dia mengatur langkah ke arah anis dan azira apabila melihat mereka berdua sedang menikmati aiskrim.. Namun langkahnya terhenti apabila melihat azira yang cuba memujuk anis yang menangis secara tiba-tiba.. Berbagai bagai persoalan yang muncul di benak hatinya di kala ini.. Lalu di mengambil kepitusan untuk mencuri dengar perbualan dua sahabat tersebut.. Dia berjalan berdiri di sebelah anis.. Namun Azira dengan anis tidak perasan akan kehadiran azrin.. sesekali mata azrin akan melirik pandangbke arah anis yang masih menangis dalam pelukan azira..

[Flashback 2 minit sebelum anis menangis]

Anis memandang ke arah langit... Kepalanya yang serabut berkurang sedikit apabila melihat kecantikan langit yang berubah warna jadi jingga dia tersenyum sendiri.. Namun tanpa dipinta air matanya laju menuruni membasahi pipi.. Bermula dari situ tangisan anis makin teruk sehingga azira di sebelah terperasan apabila anis tiba tiba menudukkan kepala..

"Weh, beb asal tunduk.. kata nak tengok sunset.." Tanya azira sambil memengang bahu anis.. Apabila azira memengang bahu anis, dia merasakan bahu anis terhincut-hincut macam orang tengah tahan nangis.. Azira terus melarikan tangganya ke arah waja anis.. dia mengangkat sedikit wajah anis lalu menarik anis kedalam pelukannya..

anis terus menangis.. Dia memeluk azira erat.. Dia rungsing sangat.. Dia sedih kenapa dia yang kena kahwin.. Kenapa dia..

selepas beberapa minit berdiam diri, Azira memulakan bicaranya.. "Beb asal ni.. Kau sedih ke sebab esok status kau akan bertukar.. Kau sedih ke sebab nenek paksa kau kahwin.. Beb, jawab la.. Kau luah kat aku kalau kau tak boleh nak luah dekat parents kau.. Aku tahu kau terseksa.. Aku.." belum sempat azira menghabiskan katanya anis dah mencelah dalam sendunya..

"Semua yang kau kata tu betul.. Aku runsing sebab hal ni.. Aku rasa nak menjerit tapi aku takut orang akan anggap aku gila.. Tapi yang paling aku sedih sebab aku rasa aku adalah anak yang paling teruk.. Why aku kata macam tu.. Sebabnya, since aku tahu akan dikahwinkan aku just buat derk je dengan panggilan daddy mami aku.. Panggilan nenek aku semua tu.. Bila diaorang pegang tangan aku cepat cepat je aku nak rungkaikan tangan aku.. Aku rasa berdosa sangat sebab layan nenek dengan parents aku macam tu.. Aku tahu diorang buat semua ni demi kebaikan aku tapi aku taknak.. Aku muda lagi.. Kau bayangkan nanti kalau aku dah kahwin.. Mesti life aku dah tak bebas.. Tambah tambah pulak dapat suami macam pakcik tu.. Mesti dia akan kenakan aku habis habisan. Mesti dia akan sakitkan hati aku hari hari.. Ye lah takkan la dia nak layan aku baik baik after aku kata cicak lebih hensem dari dia.. Mesti buruk punya layanan dia.. Dan yang paling teruk macam mana kalau dia tak kasi aku jumpa kau lepasni.." Bebel anis dalam sendu
Azira yang mendengar hampir meletuskan tawa.. Awal2 tu macam serius bila dah masok kes cik somi tu macam lawak pulak.. anis oo anis..

azrin yang mendengar hanya tahan tawa.. "Tahu takut" desis azrin lalu mengatur langkah meninggalkan anis dan azira.. niat nak marah terus melayang lepas melihat anis menangis.. Faham la kan Azrin ni kan spesies tak boleh tengok orang menangis.. hati cepat je nak lembut..

#Di rumah nenek
Selesai solat Maghrib anis meminta maaf akan kesilapannya kepada nenek dan parents dia.. Adengan nangis bermula lagi.. Tapi kali bertambah wataknya.. Anis, mami dengan nenek. Daddy nak nangis jugak tapi ditahan air mata supaya tak jatuh.. Tak macho la kalau lelaki menangis..

#selepas solat ishak

keluarga Azrin pon sampai. Nenek menjemput keluarga mereka naik kerumah..

"Liya, mana adik anis? Mak mentua dah sampai ni?" Tanya nenek kepada kak aliya yang datang menghidang air kepada kelurga mentua anis..

"Dalam bilik kot nek.. Bentar Liya pergi panggil". Balas Aliya sambil mengatur langkah menuju ke bilik anis..

Daddy, Mami, nenek, paklong dan maklong berbual dengan keluarga Azrin sementara menunggu kehadiran anis.. Suasana yang riuh bertukar sepi apabila anak Kak Aina memberi salam..

"Assalamualaicum" Beri Aishah dalam pelatnya.. Aishah baru berumur 3 tahun..

Semua yang mendengar pelat Aishah ketawa sambil menjawab salam Aishah.. Aishah masok kedalam rumah sambil menjijit satu plastik biru berisi dengan makanan ringan..

"Aishah beli apa tu, taknak share dengan Paksu sikit ke?" Tanya Aiman sambil memandang Aishah..

"Aishah beli chelet dengan kopok. Pakshu nak ke??" Balas aisha mengatur langkah ke arah Aiman..

"Aishah nak bagi ke??"Tanya Aiman lagi, saja nak uji anak saudaranya itu..

"bagi.." Balas aishah sambil tersenyum.. Lekuk di sebelah kiri pon muncul lah..

Azrin yang ternampak lekuk di pipi kiri aishah tersentak.. "Diaorang ni memang sejenis lesung pipiy sebelah je ke, belah kiri pula tu, sama macam minah cenggeng sorang tu".. Desis azrin di dalam hati..

Aishah menghulurkan sebiji gula gula kepada Aiman..

"Sebiji je?" Tanya Aiman lagi.. "Paksu nak kopok tu boleh tak?" tanya aiman sambil menunjukkan kearah keropok di dalam plastik yang dipegang oleh Aishah..

"Ramai oyang kat sini.. So aishah kena bagi syatu je la dekat pakshu.. Umi kata kalau kita dah bagi dekat sorang, kita kena kongsi dengan shemua yang ada dekat sini.. Kopok ni tak boleh.. Ni makshu Anis punya..".. Balas aishah pelat..

Semua kat situ terangguk angguk dengan kwta kata aishah.. Aishah memberi gula gula itu kepada semua orang termasuk azrin.. Azrin hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada aishah.. Mata Azrin sempat menangkap bungkusan keropok yang berada di dalam plastik aishah.. Banyak jenama, tapi yang jelas kelihatan keropok supering dengan potato chipss..

"Betul ke maksu punya, ke aishah punya" Balas nenek kepada cikciknya itu..

"becul, takkan aishah nak tipu.. Ni duit baki makshu anis.."Aishah mengeluarkan duit baki yang ada dalam plastik beg biru itu..

Azrin hanya menggelengkan kepalanya, melihat telatah anak kecil itu.. "mesti budak ni rapat dengan minah tu".. desis azrin lagi

aishah melangkah menuju ke arah bilik anis..

Liya yang berada di hadapan bilik anis mengetuk pintu beberapa kali, sebelum pintu terbuka dari dalam dan tersembul wajah azira.. "Ehh, Kak Liya Masok la." Jemput azira..

"Takpe, ni nenek panggil anis pergi depan.. Keluarga mentua dia dah sampai.." Kata kak liya.

Azira yang mendengar hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.. "Uhmm, sebenarnya Anis takde, dia pergi rumah maklong tadi dengan abang Alif, pakai inai katanya.." Balas Azira..

"ye ke, dia keluar bila tak nampak pon..Tu Zira tak ikot ke?? "Balas kak Lia

"Masuk je waktu solat ishak tadi anis terus solat, settle solat dia pergi terus.. Dia keluar ikot dapur kot.. Zira Nak pergi la, tunggu si kecik tu balik dari kedai bentar.. Anis kirim jajan dekat Aishah.." Balas azira sambil tersenyum..

"Humm takpela kalau macam tu".. Balas kak Lia

"Kak zira jom.." Kata Aishah mencelah

"Salam, mana salam.. Main terjah je".. Balas kak liya

"Lupe, assalamualaicum".. Balas aishah sambil mengangkat peace..

"jom jom.." Ajak azira sambil menarik tangan kecil milik aishah..

kak Liya berjalan menuju ke depan.. Nenek yang melihat Aliya yang berjalan seorang tanpa anis terus bertanya.. "Anis mana Aliya"

"Anis dah pergi rumah mak, pakai inai" Balas aliya..

"La bila dia pergi rumah kamu?" Tanya nenek lagi

"Zira kata dia pergi lepas dia siap ishak tadi lagi" Balas alia..

Azrin yang mendengar hanya diam tak membalas..

"Aiman bawak azrin pergi rumah mak.. Bagi dia pakai inai jugak" Arah nenek kepada Aiman

Azrin yang mendengar namanha disebut terus mengangkat muka.. "Kena pergi jugak ke.." Desis azrin..

"ok" balas aiman lalu bangun menuju ke pintu..

Azrin pon turut bangun dari duduknya lalu mengekori aiman..

#Di rumah Maklong Ina

Rumah tu penoh dengan suara suara.. Azrin dengan aiman yang mendengar hanya tersenyum..

"assalamualaikum" azrin dengan aiman memberi salam serentak..

semua menjawab salam seraya mata memandang mereka.. Anis yang sudah selesai memakai inai sedang bermain dengan anak kak Aina yang kedua Azham.. Baru berusia 2 bulan.. Actually dalam rumah ni penuh dengan budak budak.. Anak abang Aiman ada, anak kak liya pon ada dan anak kak aina.. Paling kecik anak kak aina iaitu azham berusia 2 bulan.. Yang paling besar anak abang Aiman 5 tahun.. Mata Anis memandang manusia yang memberi salam.. Matanya terus membulat..

"What the heck, dia buat apa je kat sini". desis anis..

"Jemput la masok,".. kata kak aina

azrin dan aiman langkah memasuki rumah itu.. Mata Azrin tak lepas memandang anis..

"She looks diffrents tonight, dengan rambut disanggul tinggi, pakai pijama blue black, paling penting muka tu, clean dari sebarang krim dan segala jerawat" Desis azrin..

Aiman berdehem apabila azrin tidaknlepas pandang adik sepupunya.. Azrin yang tersedar terus tertunduk malu..Kantoi usha anak dara orang..

Selesai memakai inai azrin memintabizin untuk berjumpa dengan anis. Pada mulanya anis menolak, namun selepas dipujuk oleh kakak kakak sepupunya dan azira dia pon bersetuju..

azrin melabuhkan duduk di pondok di tepi rumah mklong ina..

"hurmm, ade apa awak nak jumpa saya" Tanya anis memulakan bicara.. Dia hanya berdiri sambil memandang lelaki di hadapannyakini.

"Kalau ye pon, bagi la salam dulu, duduk sini aku ada banyak benda nak cakap dengan kau ni" Balas azrin

"Sempat lagi tu perli aku" desis anis

"Assalamualaikum" balas anis sambil melabuhkan duduk tapi agak jauh..

"Aku nak kau lepas rambut kau, aku tahu leher kau putih melepak, tapi tak perlu kot nak tunjuk kat orang.. Aku tak suka orang tengok hak aku.. Walaupun orang yang tengok tu kezen kau.. Cukup rambut kau orang tengok. Aku takkan paksa kau pakai tudung, aku nak kau pakai tudung bila kau dah betul betul bersedia.. Bukan sebab aku suruh.. Aku nak kau ikhlas bila bertudung, bukan sebab aku suruh.." Kata azrin panjang lebar lalu memandang ke arah anis..

anis yang mendengar setiap bait kata azrin diam membisu, deep doh..

"aku suruh kau lepaskan rambut tu.. Ke kau nak aku yang tolong lepaskan rambut kau.." Tanya azrin sambil menjongkitkan keningnya nakal.. Tergoda doh tengok leher minah ni..

anis yang tersedar dari lamunan laju sahaja melurut rambutnya..

"Umhh, awak ada apa apa lagi ke nak cakap.. Kalu takde saya nak balik dulu.. Tak elok orang kata.." Balas anis memandang tangannya yang dipenuhi inai..

"xde, dah.. Baju kau aku dah bagi dekat kak Liya tadi.. Thansk for the komen.. Cicak lebih hensem dari aku, kau pon sama je nenek kebayan lebih cantik dari kau.. So suluh diri sendiri dulu erkk sebelum nak kata kat orang".. Balas azrin pedas lalu melangkah pergi..

Anis yang mendengar kata kata Azrin hanya mencebirkan bibir.. Dia pon pulang ke rumah nenek.. Seorang diri?? Of course la tak.. Dia balik dengan azira la uolss..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience