" Riz, boleh mama cakap sikit " Datin Marziah melabuhkan punggungnya di sebelah Rizqin.
" Boleh ma. Apa dia? " .
" Riz jangan terasa pulak ya. Mama bukan apa, mama tak berapa suka Riz terlalu rapat dengan Luna. Riz dengan Hana kan dah nak berkahwin bulan depan. Riz kena jaga hati Hana tu " .
" Mama apa ni? Mama tahu kan yang Riz tu rapat dengan Luna. Riz selesa dengan dia. Riz belum jadi suami orang lagi so tak kisah lah semua tu " bantah Rizqin.
" Iya mama tahu Riz belum jadi suami orang lagi. Tapi Riz kena lah practise daripada awal. Kalau macam ni, sampai dah berumahtangga nanti pun tak berubah " .
" Ni mesti Hana yang hasut mama kan? Ma please lah, Riz tak boleh kalau takda Luna " .
" Riz, sedar tak Riz cakap apa ni? Riz tu tunang orang. Tolonglah jangan buat hal " .
" Riz malas lah. Riz nak masuk tidur dulu " Rizqin terus bangun dari duduknya. Langkah diatur masuk ke dalam bilik.
Datin Marziah mengeluh perlahan. Sudah dijangka Rizqin pasti akan melenting.
Hana mengeluh kasar. Sakit hatinya melihat Luna dan Rizqin bermesra di taman.
Sepatutnya dia dan Rizqin akan keluar bersama untuk membeli barang persiapan perkahwinan mereka tetapi Rizqin memberikan alasan. Katanya ada meeting yang penting.
Hana melihat jam di tangan, dia tersenyum sinis.
" Jom kita mulakan misi " .
Hana melangkah masuk ke restoran mamak. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kakinya disitu. Niatnya bukanlah hendak makan disitu tetapi dia ada misi.
Hana tersenyum melihat Luna yang sedang khusyuk makan sendirian.
" Hey Luna " tegur Hana. Dia tersenyum manis memandang Luna.
Luna agak terkejut dengan kedatangan Hana.
" Kau nak apa? " soal Luna.
" Aku nak ermm.. " Hana mengambil gelas teh 'o' ais milik Luna lalu terus menyimbah air itu di muka Luna.
Luna terkejut dengan perbuatan Hana. Orang disekeliling memandang ke arah mereka.
" Hey Luna! Kau dengar sini baik-baik, jangan ganggu Riz lagi. Dia dah nak kahwin dengan aku bulan depan, kau ingat tu! Jangan nak bermimpi lah dapat lelaki macam Riz tu. Dia tak pandang kau pun. Kau tu dah lah miskin! Tak layak! " Hana seakan hilang rasa malu.
Dia tidak mempedulikan mata yang melihat mereka. Suaranya sengaja dikuatkan. Memang niatnya ingin malukan Luna.
Luna bingkas bangun dari duduknya. Matanya tajam memandang Hana. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia belasah gadis itu.
Luna mengambil kuah kari ayam lalu disimbah ke muka Hana. Dia ingat dia seorang jer boleh buat?
" Nah untuk kau. Sebab ganggu aku makan. Btw selamat pengantin baru and aku pun tak hingin dengan Rizqin tu. Aku tak hadap " .
Setelah meletakkan sekeping not RM 10, Luna terus berlalu meninggalkan Hana yang kepedihan di matanya kerana kuah kari itu.
" Arghh tak guna punya perempuan! Siaplah kau! Aku mengadu dengan Riz " teriak Hana sendirian.
" Riz! " Hana terus menjerit sebaik menjejakkan kakinya ke dalam rumah bakal mertuanya.
Rizqin dan ahli keluarganya yang lain terkejut melihat Hana. Wajah gadis itu dipenuhi kari ayam. Rambutnya juga serabai.
" Astaghfirullah kenapa ni? " soal Datin Marziah.
Mengucap panjangnya saat melihat wajah bakal menantunya itu. Alia, adik bongsu Rizqin ketawa terbahak-bahak melihat wajah Hana. Tawanya mati sebaik melihat jelingan maut daripada Datin Marziah.
" Aunty, ni semua Luna punya pasal. Dia yang siram Hana dengan kuah kari ni. Dah lah busuk. Hana tak suka kari " rengek Hana.
" Takkanlah Luna tiba-tiba siram you dengan kuah kari tu. Melainkan you yang kacau dia dulu. I kenal Luna tu macam mana " balas Rizqin.
Rizqin yakin Luna tidak gila untuk menyerang seseorang tanpa sebab melainkan orang itu yang cari masalah dengannya.
" Lah kot ye pun akak nak mengadu dengan abang Riz, balik lah rumah basuh muka tu dulu. Dah macam apa dah Lia tengok " sampuk Alia dengan hilaian tawanya.
" Alia Alisa, jangan menyampuk bila orang tua bercakap " marah Datin Marziah.
Rizqin tersenyum kecil. Ada benar kata adiknya itu. Hana sanggup membiarkan mukanya yang penuh dengan kuah kari itu.
Hana membuat muka tidak puas hati. Geram sahaja dia dengan perangai Alia. Bukannya dia tidak tahu, Alia tidak pernah sukakannya.
Share this novel