Sudah lima bulan Khalish dan Aishah bergelar suami isteri.Perangai Tina masih lagi tidak berubah setiap hari ada je masalah.Khalish seperti berangkat pergi ke kerja.
"Sayang abang pergi kerja dulu ehh"kata Khalish
"Abang boringlah duduk rumah hari ini sayang nak pergi shopping abang boleh temankan tak"kata Aishah
"Alaa sayang hari ini abang ada appoinment dengan orang pasal projek busy sangat hari ini sorry ye sayang"kata Khalish
"apa kata ajak Ain teman sayang pergi shopping"cadang Khalish
"Takpelah abang Ain pun busy sangat..sayang boleh pergi sendiri"kata Khalish
"Betul ni sayang boleh sendiri tak takut"tanya Khalish
"buat apa nak takut sayang bukan budak kecil"kata Aishah
"Mm yelah abang pergi dulu ye..Assalamualaikum"kata Khalish
"Waalaikumsalam abang"kata Aishah lalu dia menaik atas untuk bersiap pergi ke shopping
Selepas bersiap Aishah menuruni anak tangga lalu melangkah ke arah kereta.Kereta milik Aishah meluncur di atas jalan raya.
Sesampainya di shopping mall Aishah menuruni dari tangga lalu masuk ke dalam Shopping mall.Setengah jam juga dia berjalan jalan di shopping tiba tiba dia ternampak seseorang menjual sate dia teringin sangat mahu makan sate itu dia pun tidak tahu kenapa dia teringin.Sejak dua tiga hari ini sering dia rasa mual.
Aishah melangkah ke arah penjual itu dan memesan sate
"pak cik bagi saya sate lima ringgit"kata Aishah lalu menghulurkan duit
"Baik dik"kata penjual itu.Selepas beberapa minit penjual itu memberi sate kepada Aishah dan menyambut duit itu.
"Terima kasih pak cik"kata Aishah
Aishah duduk di bangku yang disediakan di shopping mall dan makan sate itu dengan penuh teringinnya.Sedang elok dia makan seseorang memanggilnya.
"Hi cikgu Aishah"kata lelaki itu
Aishah menoleh ke belakang untuk pemilik suara itu.
"Ehh cikgu Hakim"kata Aishah
"Cikgu Aishah sihat"kata hakim
"Saya sihat...cikgu hakim sihat"tanya Aishah
"Saya sihat..tak payah panggil saya cikgu lah panggil saya Hakim je"kata Hakim dan melabuhkan punggung di sebelah Aishah
"Ehh mana boleh macam tu cikgu..patutnya cikgu yang tak kena panggil saya cikgu sebab saya tak kerja dah sebagai guru lagi kan"kata Aishah
"mm ye lah..awak dah kahwin ke"tanya Hakim
"Mm dah baru lima bulan..cikgu pula dah kahwin ke"tanya Aishah
"Awak kahwin dengan sape..saya tak tau pula"tanya Hakim dengan sedikit terkejut
"Hahaha saya kahwin dengan naughty boy kat sekolah kita dulu"kata Aishah
"Kalau kat sekolah naughty boy tuu Khalish lah..awak jangan cakap awak kahwin dengan dia pula"kata Hakim
"Yes saya memang kahwin dengan dia"kata Aishah
"Seriously..saya tak boleh percaya lah"kata Hakim
"kenapa pula tak boleh percaya"tanya Aishah pula
"ye lah awak dengan dia kan musuh..asyik asyik ada je masalah dengan dia and dia bencikan awak kan dulu"kata Hakim
"Tu lah namanya jodoh"kata Aishah sambil senyum
"Haah cerita lah sikit macam mana dia suka kat awak"tanya Hakim
"Alaa lain kali lah saya cerita panjang ceritanya"kata Aishah
"Mm saya ni bila lah nak dapat jodoh pun tak tau"kata Hakim sambil mengeluarkan keluhan kecil
"Awak tak payah risau lah lambat atau cepat mesti ada punya"kata Aishah sambil makan sate dengan gelojoh Hakim perasan akan itu cepat cepat dia
mengambil tisu dan lap di tepi bibir Aishah.Aishah sedikit tidak selesa ye lah dia kan isteri orang tak boleh lama lama dengan lelaki lain.
Tanpa mereka sedar Tina mengambil rakaman video dan beberapa gambar Aishah dan Hakim dari jauh
"Weii Tina tak baik tau kau buat macam ni..fitnah tau tak"kata Lily iaitu kawan kepada Tina.
"Kau diam lah ni bukan urusan kau aku akan buat apa sahaja untuk mendapatkan Khalish..He is mine"kata Tina sambil mengukir senyuman jahat.
"Kau nak hancurkan rumah tangga orang ke haah..aku tak kisah dah kau nak buat apa kalau aku pesan pun kau marah aku tapi kau jangan nak libatkan aku dalam kerja gila kau ni"kata Lily lalu beredar dari situ.
Walaupun Lily berkawan dengan Tina sejak dulu lagi dia tidak pernah fikir untuk membuat kerja gila begini dia tahu kalau kita fitnah orang dari segi agama.Lily puas memberi pesan pada Tina namun sayang Tina menendahkan pesanan kawan baiknya.
Happy reading :))
Share this novel
evening dear. tqvm