Bab 13

Vampire Series 30571

KEJADIAN malam tadi haruslah menjadi igauan ngeri dalam hidupku. Takkan ada sesiapa yang akan anggap aku waras kalau aku kata yang vampire itu wujud malah mereka sedang menguasai hidupku tanpa siapa sedar.

Agak-agak kalau aku tulis kisah tentang mereka berdua, bolehkah novel aku tu laku terjual? Hahaha… jangan buat kelakar. Nyawa aku dalam ancaman dan entah sampai bila Adrian akan terus mengawasi gerak geri aku.

Apa yang penting sekarang aku perlu simpan rahsia ini dari pengetahuan sesiapa termasuklah Elmira. Aku tak boleh biarkan El turut terlibat dan diancam Adrian. Lebih baik dia terus anggap vampire adalah fantasi indah dalam hidupnya daripada dia sedar kebenaran tentang Adrian dan Azril.

“Hai, Kak Mas.” Kak Mas, pustakawan yang sedang menampal label pada buku-buku baru di sebelah kaunter meminjam buku mengangkat wajah kepadaku sambil mengukir senyum.

Aku terus menuju ke anak tangga dan mendaki naik ke tingkat 6 perpustakaan kolej dengan langkah kaki yang perlahan. Segan nak langkah kuat-kuat dalam perpustakaan yang sunyi sepi ni.

Sepatutnya petang ini aku ke sini bersama Elmira untuk meminjam buku-buku rujukan yang dipesan oleh pensyarah kami tapi entah kemana Elmira menghilangkan diri. Aku fikir El sengaja hendak melarikan diri dari tugas mencari buku rujukan tersebut. Bukan aku tak kenal perangai Elmira tu. Kalau bab-bab hendak mencari dan meminjam buku memang sesuatu yang melecehkan baginya. Dia lebih rela berchenta dengan Ustaz Google untuk mendapatkan bahan-bahan tugasan.

Sampai di tingkat 6 iaitu tingkat paling atas sekali dalam perpustakaan ini, aku berhenti seketika untuk melepaskan lelah. Kenapalah perpustakaan ini dibina terlalu tinggi dan tak ada lif. Penat weh! Mujur aku tak ada sakit Asthma. Kalau tidak, boleh semput aku dibuatnya.

Penat tak penat aku mesti cari buku-buku rujukan tu hari ini juga. Jadi aku terus menuju ke rak bahagian buku-buku rujukan fakulti. Tingkat 6 perpustakaan ini terlalu sunyi dan suram. Jarang sangat ada orang melangkah ke kawasan ini. Takut tu takut juga tapi aku hindarkan seketika perasaan cuak itu demi mencapai matlamat aku petang ini.

Namun begitu langkah kakiku jadi semakin berat untuk melangkah sebaik terlihat sesuatu yang mengejutkan di kawasan yang paling sunyi dalam perpustakaan ini. Aku nampak Adrian. Bukan berseorangan tetapi dengan seorang gadis. Aku tak dapat melihat raut wajah gadis tersebut kerana erat dalam dakapan hangat Adrian. Gadis itu bagaikan tewas dalam tangan Adrian. Dia merelakan segala tindakan Adrian yang menyentuh setiap inchi kulitnya yang terdedah. Bibir Adrian galak meratahi setiap bahagian pada tubuh gadis tersebut yang dianggap menyelerakan baginya. Sampai satu tahap Adrian mengeluarkan gigi taringnya.

Aku terkaku di sini melihat perbuatan gila Adrian yang tak tahu batas. Bibirku bergetaran seakan tidak percaya. Aku bersumpah takkan biarkan Adrian berkelakuan sewenang-wenangnya di dalam kolej ini.

“BERHENTI!” Jeritanku bergema dalam ruang sunyi itu. Aku tak pasti kalau pekikan itu mampu didengari oleh Kak Mas yang berada di tingkat terbawah atau tidak.

Adrian mengangkat wajah ke arahku. Gadis tadi masih dalam rangkulannya. Aku lihat taring Adrian sedang bersedia untuk menggigit tengkuk mangsanya. Mujur jeritanku tadi telah membantutkan niat jahatnya. Dengan pantas aku menghampirinya dan menarik gadis dalam rangkulan Adrian.

“Kau gila ke, Ian!” Aku tak boleh kawal kemarahan. Sikap Adrian sangat melampau. “El, kau tak apa-apa?” Aku pegang wajah Elmira. Elmira kelihatan terpinga-pinga. Sekejap memandang wajahku dan sekejap lagi menoleh kepada Adrian. Aku fikir dia masih terkejut dan keliru dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Aku berikan jelingan tajam kepada Adrian. Sakit betul hati aku melihat sikap Adrian yang masih berlagak selamba.

“Apa yang kau buat pada El, Ian?”

Adrian mengukir sengih kepadaku sambil menjilat bibir atasnya yang comot disebabkan kesan gincu yang dipakai oleh Elmira. Kemudian dia bersiul-siul dan tanpa mempedulikan aku dia terus saja berlalu pergi.

“Adrian! Aku tanya, apa yang kau cuba buat tadi?” Aku menengking keras. Tangan El masih dalam genggamanku. Aku cuba melindungi sahabatku dari cubaan ancaman Adrian.

“Well… enjoy my vampire life.” Dia terus berjalan sehingga sampai ke muka pintu untuk ke anak tangga. Dia seolah-olah sengaja mencabar kesabaranku.

“You’re a real monster.” Aku sangat kecewa dengan sikap Adrian. Selama ini aku masih lagi cuba untuk melihat kebaikan yang mungkin tersembunyi dalam diri Adrian tapi hakikatnya dia memang benar-benar seorang raksasa. Jadi fahamlah aku sekarang kenapa Azril sedaya upaya mengelak dari terus menimbulkan masalah dengan Adrian.

“Aku takkan boleh halang tanggapan kau terhadap aku dari dulu sehingga sekarang, Sofie…”

Kelibat Adrian lesap bagaikan hembusan angin selepas itu.

*********

AKU sedang memandu kereta. Elmira duduk di sebelah. Sesekali aku kerling ke arahnya. El tengah berlagak cute sambil berselfie. Dia nampak normal. Tapi dalam hati aku tetap risau akan keadaannya.

“El, kau tak apa-apa ke?”

“Aku okay je. Kenapa?” El terus sibuk melakukan pose selfie terbaik untuk diupload ke dalam Instagram.

“El, kau sedar tak apa sebenarnya yang berlaku sewaktu di library tadi?” Aku soal semula untuk kepastian.

“Apa pula tak sedarnya. Kan aku dengan kau cari buku rujukan untuk kelas En. Razak tadi,” jawab El selamba. Dia seolah-olah lupa tentang apa yang berlaku ke atasnya dengan Adrian tadi.

Aku pasti Adrian dah lakukan sesuatu terhadap Elmira tadi. Seperti yang Azril kata, Adrian ada kuasa mengawal minda manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience