SEDANG Adlia melangkah untuk ke ruangan menunggu semula. Dia sekali lagi terserempak dengan jejaka sama, yang dia temui sewaktu dirinya sedang menanti panggilan doktor.
Dan kini, mata keduanya saling bertatapan kembali.
"Papa!" Tiba-tiba, kedua-duanya dikejutkan dengan satu sapaan bersuara halus. Seorang anak gadis kecil dalam lingkungan lima ke enam tahun berlari ke arah jejaka yang kelihatan segak dalam suit pejabat.
Comel budaknya dengan tocang tanduk kerbau di serikan lagi dengan riben merah seraya mendepangkan tangan pinta di dukung. Adlia tersenyum sendiri. Adlia terhenti dari tersenyum tatkala mata lelaki segak itu, memandangnya kembali dan mengangguk.
"Sayang, dah puas peluk tok mama?" soalnya pada kanak-kanak perempuan tersebut. Dalam masa sama, mata masih lagi mengiringi langkah Adlia yang menuju ke arah seorang lelaki tua dan seorang lagi muda.
"Dah papa. Papa, papa... bila tok mama boleh balik rumah? Elly rindulah... nak main masak-masak dengan tok mama."
Soalan dari kanak-kanak perempuan itu terbiar tanpa sebarang jawapan. Membuatkan kanak-kanak comel yang petah berkata-kata itu, turut serta memusingkan tubuh yang berada dalam dukungan papanya mengarah ke belakang.
Terangguk-angguk sambil tersenyum dan memandang semula wajah papanya itu.
"Lawakan kakak tu, papa?" soalnya cuba mengena jejaka segak itu.
"Aha, lawa Elly," jawab jejaka segak itu, tanpa perasan jenis soalan apakah yang anaknya itu persoalkan.
Dek kerana matanya masih lagi memerhati belakang tubuh gadis berkurung lusuh itu, tanpa menyedari anak perempuannya sendiri sedang menyindir diri dia.
"Papa, nak dekat kakak tu ke?" soal Elly.
"Boleh juga..." sahut jejaka segak yang di panggil 'papa' masih lagi tak perasan, anak gadisnya itu sedang mengenakan dia.
"Papa, turunkan Elly. Papa! Dengar tak ni... Elly nak turun," sela kanak-kanak perempuan bertocang dua itu.
"Eh, kenapa pula Elly nak turun ni sayang? Kita nak balik dah ni," pangkah jejaka segak itu kelam-kabut mengalihkan wajah ke arah Elly si anak.
"Elly nak pergi dekat kakak tu, Elly nak bagi tahu dia... papa kirim salam," ujar Elly memusingkan tubuhnya bagaikan betul-betul mahu pergi ke arah Adlia.
Barulah jejaka segak itu mengerti serta perasan.
"Eheh, buat apa Elly nak jumpa kakak tu? Elly bukan kenal pun. Nak buat apa jumpa dia? Siap nak kirim salam, hah sayang? Bila masa pula papa kata nak kirim salam?" soal jejaka segak itu terpaksa berpura-pura menutup rasa malu.
Tak pulalah dia sangka Elly perasan akan tingkah dia, sebentar tadi.
"Tapi... kakak tu lawakan, papa?" soal Elly tidak berpuas hati. Jejaka segak itu terus berubah roman wajahnya dan teragak-agak mahu menjawab.
"Lawa..." sahutnya dengan perlahan namun tetap dapat dengar. Elly tersenyum lucu melihat gelagat papanya itu. Blushing...
"Hah, tu... tu..." sahut Elly tersengih sambil menggentel-gentel hujung rambut bertocang duanya itu.
"Elly tak kira! Elly tetap jugak nak jumpa kakak tu. Elly nak ada mama baru. Hik hik hik..." ujarnya sambil menjulur lidah dan terus berlari.
Jejaka segak yang terpinga-pinga itu, tanpa sempat dia memaut tubuh kecil itu kembali ke dakapan, terus menepuk dahi.
Ternyata benar, anaknya itu menemui ADlia. Manakala Adlia, Pak Uda dan terutamanya Remy, tajam merenung wajah seorang lelaki segak dalam suit korporat tatkala kanak-kanak kecil itu menyatakan mahu Adlia jadi mamanya.
Apa? Mama?
"Yang tu ke papa adik?" soal Remy dengan laju. Pak Uda di sebelah sudah buat muka. Remy pun takkan dengan budak pun jadi dia nak ajak bergaduh. Pada fikiran Pak Uda pada masa itu, mungkin budak yang gelarkan diri dia itu sebagai Elly, main-main sahaja.
Kesemua mereka memandang ke arah jejaka kacak yang sedang melangkah ke arah situ. Manakala si jejaka itu pula, sudah segan-silu tambahan pula Adlia turut sama merenungnya. Wajah gadis itu juga masih lagi memerah.
"Elly! Mari sini kita balik. Dah lewat ni. Maafkan anak saya cik, dia ni hyper sikit budaknya," terang jejaka tersebut. Remy mengambil kesempatan yang ada dengan memandang tubuh itu dari atas membawa ke bawah. Menelan liur kerana semuanya serba berjenama.
Pak Uda yang perasan akan perubahan tampang wajah jejaka kacak dalam persalinan korporat itu terus menyinggul lengan Remy. Barulah Remy mendongak. Semua mata sememangnya sedang terarah padanya. Remy merenung Pak Uda. Pak Uda menjeling. Remy menunduk tenung kaki yang berselipar Jepun itu.
"Hah, papa. Elly dah kasi tahu sama kakak ni yang papa suka kat kakak ni. Pastu kan papa, Elly cakap papa nak masuk mi..." Tak sempat Elly menutur perkataan yang terakhir, telapak tangan jejaka kacak dalam suit pekerja sektor korporat itu terus memekup mulut yang terlalu petah tanpa noktah itu.
Jejaka kacak itu terus mendukung anaknya dengan sebelah tangan masih memekup mulut si petah itu. Elly meronta pun tidak dia pedulikan. Dan tersengih-sengih tak ubah kerang busuk. Adlia tahan senyum.
Remy pula tahan perasaan. Entah mengapa dia bagaikan boleh agak perkataan 'mi...' itu tadi. Pak Uda pula seraya tersenyum sambil mencuit pipi montel Elly.
"Anak ni tunggu siapa? Pak Uda dah lama perasan tadi," soal Pak Uda sambil dijeling oleh Remy. Adlia pula pasang telinga sahaja.
'Eheh, orang tua ni! Orang tu dah nak balik, sibuk pulak pegi tanya tunggu siapa. Aduh! Spoil betullah!' bisik hati kecil Remy geram. Mana dia tak geram daripada pemuda itu datang sini tadi, mata Adlia ralit tenung dia.
Bukannya kacak sangat pun. Kacak lagi dia, ramai kata dia ada iras abam Remy Ishak!
Nama dah nak dekat, kulit pun. Tinggi jer slack sikit. Ala berapa inci sahaja.
"Oh, saya tunggu mama saya dia masuk wad tapi malam nanti dah boleh discaj. Lupa pula nak perkenal diri. Saya Azhar, panggil jer Har."
Azhar berkata-kata dengan mata mengerling Adlia. Remy perasan. Makin merengkam perut dia menengoknya. Mahu saja dia tarik tangan Adlia dan Pak Uda keluar dari sini.
Geram sungguh, haih!
Adlia dengar namun menunduk semula bila dia terdongak, mata dia dan mata Azhar saling berpandangan manakala si Elly pula dah terlena dalam dukungan papanya. Patutlah senyap.
"Oh, patutlah. Pak Uda minta diri dahulu lah ye nak. Ibu si Adlia ni pula baru tadi masuk wad kecemasan, tapi Alhamdulillah tak teruk sangat esok dah boleh balik dengar khabarnya lah," terang Pak Uda sambil memandang wajah Azhar yang dari tadi, asyik merenung Adlia.
'Bertuah kau Adlia, ramai syok kat kau...' bisik hati kecil Pak Uda tersenyum sendiri.
"Dah makin nak senja ni Pak Uda, naik melengas dah badan ni tak mandi lagi dari pagi tadi," sampuk Remy pula. Dia sudah tak dan-dan nak balik. Risau Adlia terpikat pada jejaka di hadapan dia itu. Ada rupa juga, kaya pula tu.
"Yalah, yalah marilah kita beransur dulu. Har, pak cik balik dulu ya," ujar Pak Uda sekadar tersenyum. Azhar yang tidak /dapat menyalami tangan Pak Uda dek kerana memeluk Elly hanya mampu mengangguk sahaja.
Dengar sahaja perkataan beransur, Remy lah orang pertama mengajak Adlia ikut dia balik sambil Azhar memerhati.
'Herm, pak we dia kut...' gumam Azhar juga tersenyum pada Adlia bila gadis ayu berkurung lusuh itu meminta diri untuk mengikuti mereka berdua. Remy masih dok menyelinap mata pandang belakang. Hela nafas lega bila dia nampak, Adlia dah menapak ke arah yang sama.
"Adlia namanya. Sedap. Hai lah anak papa, kamu tidur ya? Kasihan pula papa tengok kamu sayang, nak mama ya?" soal Azhar segera bergerak dari situ untuk menuju ke arah lif kerana dia mahu ke parkir tingkat atas.
Sementara itu,
"Ehem, biar Adlia seorang duduk belakang. Aku bukan drebar ya," sindir Pak Uda membuatkan Remy yang sudah duduk itu dengan segera keluar sambil menyengih pada Adlia.
Malam...
"KAMU pasti ke Loyah? Aku tak mahu dipermainkan. Aku betul-betul nak dekat Adlia tu," tukas Mamat yang sedang memerhati sekeliling. Penuh dengan hutan-banat. Loyah masih lagi terkibas-kibas selendang, nama sahaja OKB kereta pun tak ada penghawa dingin.
"Yalah ni lah tempatnya. Kamu ingat aku nak menipu kamu ke Mamat? Mamat oii, tukar lah kereta baru. Ni tak dok pakai kereta tak ada air cond ni! Nama jer OKB," cemuh Loyah lalu membuka langkah ke arah rumah papan tersebut.
Manakala Mamat pula menjeling Loyah. Kereta kesayangan dia kut! Suka hatilah nak tukar ke tak!
Kereta Proton Saga kelabu asap itu ditenung lama. Suara Loyah dah melahang, barulah dia kelam-kabut pergi ke rumah yang kelihatan usang itu.
Share this novel