Part 34

Humor Series 90875

Suasana di meja makan senyap seperti dilanda garuda. Aku garu pipi sambil menyuapkan makanan dalam mulut. Malah Dr. Awal dan Puan Mawardah senyap. Kusyuk menyuapkan makanan. Sedap sangat ke makanan? Aku lihat Aarif, Aathif dan Ain bersopan ketika makan. Emir?

Selamba sahaja mukanya. Tadi bukan main gelak tak ingat dunia apabila dia berjaya lumurkan pipi aku dengan darah ikan. Akibatnya aku kejar Emir yang sudah angkat kaki melarikan diri. Tiba di muka pintu aku terkejut kerana disergah oleh Dr Awal dan Puan Mawardah yang kelihatan tergamam apabila melihat ada darah di pipiku.

Dr Awal sudah kelihatan cemas manakala Puan Mawardah sudah pucat lesi. Mungkin menyangka ada kecederaan yang di dapur ketika aku menolong Puan Mawardah memasak, atau lebih tepatnya menyiang ikan. Nasib baiklah ikan sudah siap disiang oleh Emir, kalau tidak memang aku sumpah Emir jadi ikan patin sekarang tu jugak.

Lepas tu tulang aku tanam kat belakang dapur.

Cuma apabila aku jelaskan darah itu cumalah darah ikan, barulah mereka berdua menarik nafas lega. Namun, sudahnya Emir jugak yang dimarahi. Emir merenung tajam ke arahku apabila aku tunjuk wajah padan muka apabila dimarahi oleh Dr. Awal. Smug face. Puas hati aku. Hampir sahaja aku menjulur lidah ke arahnya tapi nasib baik sempat lagi ditahan.

"Macam mana pelajaran Emir, Althea?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Awal memecahkan kesunyian di meja makan.

Air liur terasa berpasir. Rasa seperti dihadapkan dengan Hari Permuafakatan Ibu Bapa dengan Guru aje. Para ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka.

Aku garu kepala.

"Baik, Alhamdulillah setakat ni, Dr."

Terasa kaku lidahku. Sejak belakangan ini, Emir tidak sehavoc dulu, bila mana namanya akan naik di papan kenyataan tiap-tiap minggu. Aku perhatikan semakin dekat dengan tarikh exam, prank Tingkatan Enam Pluto pun semakin berkurang. Kadang kala dalam seminggu hanya ada sekali aku dengar guru yang bertugas kompelin tentang Tingkatan Enam Pluto, termasuklah aku.

Mungkin bos besar yang sedang duduk di sebelah aku ni telah mengurangkan aktiviti mafianya maka secara tidak langsung perangai pelajar Tingkatan Enam pluto tidaklah menyakitkah hati sangat sampai level aku nak hambat dan ikat mereka semua ke pokok pinang. Senang, tak bagi lepas. Mudah untuk kawal kelas.

Kedidaktoran Althea. Pemerintahan kuku besi untuk rejim Tingkatan Enam Pluto.

"Dr.?" Dr. Awal jongket kening sebelah.

"Err..."

"Panggil abah. Althea kan dah jadi menantu abah."

Aku senyum. Mulutku terasa kaku untuk senyum. Aku janggal berada dalam situasi ini. Dr. Awal bapa mentuaku.

"Baik abah."

Menantu yang menurut perintah.

"Berbalik pada soalan abah, perangai Emir okey ke sekarang? Dia tak buat hal macam dulu lagi ke?"

Entah kenapa hatiku berkata soalan Dr. awal ada maksud tersirat. Aku gagal untuk menangkap ayat di sebalik kata-kata Dr. Awal. Rasa seperti Dr. Awal sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti Emir.

"Emir okey abah."

Sesaat aku rasa macam ada sesuatu yang sedang berbahang di tepiku. Seperti ada sesuatu yang sedang berbahang. Eh. Ada kebakaran ke? Aku menoleh ke arah meja tepiku. Kelihatan Emir sedang menahan amarah. Mukanya yang cemberut tidak mampu gambarkan. Mungkin seperti kertas yang sudah digumpal-gumpal dengan perasaan sakit dan geram.

"Jangan tipu abah, Althea."

Suara amaran Dr. Awal meniti di hung bibir. Aku ketap bibir. Memang itu yang berlaku sekarang, kecuali perangai luar biasa miang buluh di rumah sewaku.

"Emir sekarang okey dah abah. Pelajaran pun okey, tumpu perhatian masa dekat kelas..."

Hentakan di atas meja menyebabkan mulutku terus terkunci. Aku pandang sebelahku. Kelihatan Emir sudah menahan marah. Tangannya melekap di atas meja. Aku kecut perut.

"Tak payah sibuk nak tahu Emir belajar ke tak!" Jerkah Emir.

Mukanya merah menahan amarah yang ingin meletus. Aku diam.

"Emir!" Suara abah melengking kuat. Postur tubuh abah yang tadinya relaks, sekarang tegak. Tangannya digenggam kuat.

"Apa? Buat apa abah nak sibuk urusan Emir? Emir ni anak abah ke?" Suara sinis Emir bergema di dalam rumah.

Aku lihat Aathif dan Aisy menarik tangan Ain untuk beredar dari meja makan. Seolah-olah melindungi Ain daripada melihat kejadian yang lebih dahsyat berlaku. Dan mereka seolah-olah terbiasa melihat drama sebabak ini berlaku.

Ummi terdiam. Riak wajahnya kelihatan sedih.

"Emir! Kenapa cakap macam tu? Emir tetap anak abah sampai bila-bila," ummi menyampuk.

Emir mendengus geram. Jari telunjuknya diangkat lurus ke wajah ummi. Wajah kebencian terlukis di wajahnya. Baru kali ini aku lihat wajah penuh kebencian terlukis di wajahnya.

"Kau diam! Kau memang sukakan aku gaduh dengan abah."

"Emir Hafiz! Jangan kurang ajar dengan ummi kamu!" Suara abah melengking kuat. Abah sudah berdiri tegak. Kerusi yang didudukinya terkebelakang akibat abah yang berdiri tiba-tiba.

"Ummi? Ummi siapa? Emir takde ummi! Emir ada mummy aje. Dan dia..." Emir tajam memandang wajah ummi yang sudah mengalirkan air mata seraya menyambung," Perampas!"

Buntang wajah abah manakala wajah ummi sudah berubah sepenuhnya.

"Please.. Emir. jangan buat ummi macam ni..."

"Simpan air mata kau. Semua tak guna! Tak bagi kesan. Kalau kau tak muncul semua ini tak berlaku. Sebab kau... sebab kau... keluarga aku berpecah. Sebab kau... abah ceraikan mummy!"

Aku diam. Terkaku dengan kenyataan yang keluar dari mulut Emir. Ummi perampas? Ummi yang menyebabkan keluarga Emir berpecah?

"Emir! Watch your language! Ummi ibu Emir bukan mummy! Ummi yang besarkan kamu bukan mummy! Hargai jasa ummi dengan kamu!" Muka abah sudah merah sepenuhnya. Sama merah seperti muka Emir.

Emir senyum sinis.

"Ye. Sebab tu lah senjata yang dia guna untuk goda abah. Abah buta. Tak dapat lihat semua tu. Abah tahu mummy terseksa sebab abah."

Suara Emir kendur sedikit bila nama mummynya meniti keluar dari mulutnya. Aku lihat wajah ummi sayu dan sedih, terkesan dengan kata-kata tajam yang keluar dari mulut Emir.

Aku bingung. Tidak tahu pokok pangkal cerita.

"Mummy kamu terseksa? Emir yang buta tu kamu! Kamu tak tahu siapa Erina sebenarnya." Suara abah bagaikan sinis bercampur marah.

"Nope! Abah yang buta! Abah yang buta untuk menilai sebenarnya. Jangan-jangan abah kena mandrem dengan perempuan ni." Tuduhan yang dilemparkan oleh Emir membuatkan kepalaku terangkat untuk melihat Emir. Mukanya seperti kelihatan puas apabila melihat reaksi ummi yang bagaikan mengalah dan menangis.

"Emir Hafiz! Jangan biadap. Minta maaf dengan ummi! Abah tak pernah ajar Emir biadap dengan ummi." Abah tegang. Suaranya makin lama makin tinggi.

"Sampai hati Emir tuduh ummi macam tu. Ummi tak pernah buat abah Emir macam tu sekali." Sayu suara ummi. Dia tunduk menekur meja makan. Sedih menyelubungi hatinya.

"Huh! Kau jangan nak menipu. Depan abah bolehlah kau menipu, berlakon air mata, tapi depan aku dengan mummy jangan harap. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Sebab kau keluarga aku hancur."

Suara Emir bertukar rentak. Ada nada sayu terselit di sebalik kemarahan yang dilemparkan kea rah ummi. Mungkin kebencian yang tertanam di jiwanya menyebabkan Emir berubah seperti ini? Itu andaian aku setakat ini.

"Emir tak tahu siapa sebenarnya Erina..." perlahan sebenarnya suara ummi namun sebenarnya masih cekap untuk masuk ke telingaku.

Aku jeling Emir yang bagaikan sudah bersedia untuk menerkam mangsanya. Tangannya digenggam Erat.

"I know my mummy very well, Puan Mawardah. Dia bukan perempuan hina macam kau. Bukan perempuan kejam yang sanggup merampas suami kawan baik dia sendiri. Bukan wanita yang..."

Tidak sempat Emir meneruskan kata-katanya apabila tangan abah lebih cekap sampai ke pipi Emir. Emir terkaku. Matanya bulat merenung abah yang turun naik nafasnya.

"Dah lama abah bersabar dengan Emir. Abah tak sangka sampai macam ni sekali Erina manipulasikan kamu Emir. Abah tak sangka kamu sanggup berkurang ajar dengan wanita yang dah curahkan kasih sayang dia sejak kamu bayi lagi. Yang dah jaga kamu dari sekecik tapak kaki lagi."

Abah bagaikan tidak dapat bersabar lagi.

Emir mendengus kasar. Tangannya memegang pipinya yang ditampar oleh abah. Aku bagaikan terkaku sekarang. Gagal untuk memberikan reaksi dan akalku masih waras lagi untuk tidak masuk campur dalam urusan keluarga Emir.

Hendak berkata aku tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk dinyatakan.

" Sebab perempuan ni abah sanggup tampar Emir? well done abah! Well done! Emir tak sangka sampai tahap macam ni abah sanggup pertahankan perempuan tu. memang patut pun mummy tinggalkan abah. Abah yang buat mummy menderita!"

Emir tolak kerusi di belakangnya dengan kuat. Menahan kemarahan yang sedang membelenggu dirinya.

"Abah tampar Emir sebab Emir dah kurang ajar. Abah tak pernah didik Emir untuk biadap tahu. Ini semua Erina punya pasal. Dia dah racun fikiran kamu tu. Cuba buka mata baik-baik!"

Suara abah naik lagi. Aku diam, kecut dengan suara Emir dan abah yang saling bertingkah. Aku pandang dari ekor mata muka ummi yang sudah lencun dengan air mata. Wajah yang penuh kesedihan. Seolah-olah tuduhan Emir menusuk hati dan melukakan perasaannya.

Tetapi pihak mana yang benar? Emir dengan 'mummy' ke atau Puan Mawardah dan Dr. Awal? Aku bingung.

"Emir dah lama bukak mata. Emir dah lama bersabar dengan abah. Emir dah lama tahu perangai jahat perempuan yang abah bela sangat tu!" jerkah Emir.

"Perempuan jahat tu mummy kamu tahu tak?" pekik abah.

"No! Mummy perempuan baik. Abah yang salah. Abah yang buta. Sebab perempuan ni lah mummy sakit. Sebab perempuan ni lah abah ceraikan mummy. Dan sebab perempuan ni lah keluarga kita bercerai. Dan sebab perempuan ni lah Emir tak dapat jumpa dengan mummy."

Suara Emir melengking kuat. Melepaskan segala perasaannya yang terbuku dalam hatinya.

"Sampai bila-bila pun Emir tetap benci perempuan perampas ni." Serentak itu kaki Emir terus melangkah pergi meninggalkan meja makan.

"Emir Hafiz! Jangan sampai suatu hari nanti Emir merayu minta maaf dengan ummi. Masa tu lah kamu tahu mana satu yang betul sebenarnya."

Amaran abah bagaikan dibawa angin yang lalu. Tidak dipedulikan oleh Emir yang sudah hilang kelibatnya.

Abah hanya terdiam kaku. Menarik nafas yang terasa sesak di jiwanya. Sudah habis daya untuk bertengkar dengan Emir. Aku lihat wajah ummi yang sudah terduduk sambil menahan tangisannya. Dadanya dipegang. Bagaikan menahan kesakitan. Nampak jelas raut wajahnya yang terluka akibat kata-kata Emir. Mungkin ummi sangat menyanyangi Emir sebenarnya?

Entahlah. Semuanya bagaikan mimpi ketika ini. Berlaku dengan pantas dan mindaku sendiri seperti gagal berfungsi untuk menghadam situasi yang telah berlaku.

"You don't know the whole story Emir. If and only if you realise who is the real Erina Mukhriz." Perlahan sahaja suara abah. Sesaat wajahnya dipalingkan ke arah Puan Mawardah. Dia segera mendapatkan isterinya itu.

"Mawar..."

Ummi panggung kepala.

"Bang.. hati saya bang.. sakit.. Ya Allah bang.. saya sayang Emir sepenuh nyawa saya bang. Dia cinta pertama saya bang."

Teresak-esak ummi menangis. Aku terkaku tanpa reaksi.

"I know sayang. Syhhh..."

Abah gosok belakang ummi, menenangkan perasaan ummi yang terhiris akibat perkataan Emir.

"Sumpah abang, Mawar tak pernah guna-gunakan abang," sambung ummi lagi.

Sedikit sebanyak hatiku terkesan dengan kata-kata ummi. Masalahnya sekarang siapa patut aku sebelahi? Emir? Ummi dan abah? Atau berdiri di atas pagar?

"I know that sayang. We both know who is Erina actually."pujuk Abah seraya berdiri bersama dengan ummi.

Aku diam memerhatikan drama sebabak suami isteri ini. Erina Mukhriz. Mummy Emir. siapa sebenarnya dia ni? Tertanya-tanya aku.

"Saya sayang Emir bang. Dia anak saya, walaupun saya tak pernah lahirkan dia." Esakan ummi semakin kuat. Abah gosok belakang ummi. Tangannya digenggam memberikan kekuatan kepada wajah wanita yang sedang menangis itu.

"He will know someday. He will realize how much you love him and how much you sacrifies for him."

Aku diam. Pejam mata mendengar suara sayu abah yang menaburkan janji dengan ummi. Pengorbanan ummi? Aku tersentak. Pengorbanan apa yang ummi lakukan untuk Emir? Aku terasa mahu mengorek semua rahsia sekarang tapi aku tahu hal ini tidak mungkin berlaku. Puan Mawardah dan Dr. Awal masih lagi dalam keadaan bersedih. Emir sudah menghilang membawa perasaan marahnya.

Tiba-tiba kedengaran ngauman kereta. Aku pantas menoleh kea rah pintu. Ummi dan abah terus menoleh kea rah pintu. Sesaat pandangan mereka berdua diarahkan kepada aku. Aku kerut dahi. Kenapa pula?

"Emir." suara ummi bagaikan panik. Abah hanya mengangguk, memahami nada panik ummi.

"Thea, follow Emir. Abah takut apa-apa terjadi nanti."

Bagaikan baru tersedar dari mimpi aku berlari kea rah pintu, menjejaki langkah Emir. mengikuti arahan abah. Sampai di luar aku lihat Emir sudah masuk ke dalam keretanya. Tanpa memakai selipar, aku terus berlari ke arah pintu sebelah pemandu. Mujurlah tidak berkunci dan aku segera meloncat masuk ke dalam kereta.

Emir terkejut melihat aku. Buntang matanya.

"Kau kenapa?"

Aku pandang ke arahnya. Nak buat alasan apa? Ikut arahan abah? Atau sebenarnya ikut rasa hati yang risaukan Emir. Takut apa-apa terjadi bila Emir keluar dengan perasaan marah.

"Saja nak ambil angin." Entah idea mana aku petik.

Emir mendengus kasar. Dia menoleh ke arah hadapan.

"Ikut kaulah."

Aku diam. Mujurlah dia tak halau aku keluar. Kalau tak sumpah aku kejar dia menggunakan kereta abah. Emir hanya diam sepanjang perjalanan kami. Entah ke mana destinasinya aku hanya mengikut sahaja. Sudahlah dompet aku tidak bawak. IC dan duit memang tiada. Telefon bimbitnya rasanya aku tinggalkan di dalam bilik. Aku pergi dengan Emir sehelai sepinggang.

Sadisnya selipar juga tidak sempat dipakai. Serupa seperti orang pergi terjun tidak bertangga. Kalau Emir tiba-tiba tinggalkan aku, sah aku tidak tahu berbuat apa-apa. Lebih menakutkan lagi tiba-tiba ada sekatan jalan. Buatnya tanya IC aku, nak jawap apa? Memang kena cop sebagai pendatang tanpa izin.

Mujurlah aku mengenakan tudung. Tudung bawal. Seluar panjang dan baju lengan panjang. Kalau tak mahunya rambut aku terdedah sekali.

"Mana selipar?" soalan pertama Emir setelah lama berdiam diri.

Aku duduk bersila di atas tempat duduk. Dengan badan yang kecil, senang sahaja untuk memuatkan diri untuk duduk bersila. Aku tersengih memandang Emir sambil garu kepala.

"Terlupa nak pakai."

Emir jeling ke arahku sebelum kembali fokus ke arah jalan.

"Wallet? IC? Duit? Telefon?"

Aku tersengih lagi, "Pun lupa."

"What?!" Reaksi Emir bagaikan tidak percaya. Dia terus memberi signal untuk berhenti di depan jalan.

Bulat matanya melihat aku. turun naik turun naik matany melihat aku. Aku kerut dahi. Pelik sangat ke muka aku sekarang? Ada nasi melekat ke muka aku ke? Aku pegang mukaku. Kot ada yang comot.

"Kau biar betul. Ni kalau aku tinggalkan tepi jalan macam mana agaknya?" Emir sudah tergeleng kepala.

Aku memasamkan wajah. Jangan dia tinggalkan aku betul-betul tepi jalan naya aku. lebih-lebih lagi malam ni. Bahaya nau. At least ada telefon, bolehlah aku tempah Grab.

"Toksah buat muka macam tu. Takkan aku nak tinggalkan bini comel aku sorang-sorang tepi jalan? Kau ingat aku ni suami jenis apa?"

Emir jentik dahi aku.

"Manalah tahu awak buat betul-betul ke? Sadis tahu tak?" Aku memuncungkan mulut.

"Kau nak aku tinggalkan kau betul-betul tak ni?"

Bulat mataku. segera aku menggeleng kepala. Janganlah dia betul-betul. Mahu menangis aku kena tingal seorang diri tepi jalan.

"Please...." Aku merayu.

Emir tergeleng kepala. Dia tarik bibir ke hujung sedikit. Macam nak senyum aje. Nampak seperti mood Emir seperti okey dah. Kot?

"Jom balik."

"Err?" tergamam sekejap aku. Mood dia okey dah ke? Sekejap aje berlalu angin puting beliung dia? Betul ke ni? Aku bagaikan ingin mencubit pipiku sendiri.

Bagaikan memahami fikiranku, Emir segera mencubit pipiku. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Sakitlah." Aku menepuk-nepuk tangan Emir.

"Balik ambil wallet dengan telefon kau. Pakai selipar. Aku tak nak kena tangkap dengan polis sebab bawak PATI tak saf tarap penduduk Malaysia ni," Ujar Emir seraya mengusap pipiku dengan lembut.

Aku pincing mata. Ini bukan perchobaan untuk meninggalkan aku dan dia pergi sendiri-sendiri kan?

"Bukanlah. Aku tunggu kau nanti. kita lepak kat luar malam. Kau dengan aku. kita dating."

Merah mukaku. sekali lagi Emir bagaikan dapat membaca apa yang sedang aku fikirkan. Dia ni ada kuasa psikik ke apa? Dan keluar dating? Ohh my English! Dia ni biar betik. Keluar dating malam-malam? Mujurlah suami sendiri. Kalau orang lain memang aku tak rela.

Dangerous meh.

"Betul ni?" Aku pincing mata sekali lagi ke arah Emir.

Emir jongket kening sebelah. Dia senyum senget. Marahnya seperti sudah hilang.

"Betullah. Alang-alang keluar, jom first date. Mana tau lepas tu first night pulak kan. Kita cari hotel."

Aku ketap bibir. Tanganku cepat saja menampar tangannya dengan perasaan geram. Lelaki. Memang takkan lari daripada topik yang satu itu. Aku tak tahu pulak otak Emir ni boleh tahan miang keladi gatalnya.

Aku bagi penampar level 7 baru tahu. STPM pun tak lepas lagi. Ada masa pulak nak menggatal nak first night. First paper pun tak lepas lagi.

"Dah, jom balik ambil wallet dengan selipar. Aku tak sabar nak dating dengan kau ni."

Aku juling mata ke atas. Haraplah bila dating berdua ni takdelah mood Emir makin teruk memanjang. Sekarang, moodnya seperti okey. Tapi Emir adalah Emir. Moodnya boleh berubah-berubah. Naga jantan bipolar.

Aku diam sahaja. Mindaku masih lagi berputar dengan kejadian tadi. Ingin bertanya dengan lebih lanjut aku tidak berani. Takut mood tidak baiknya kembali datang. Lebih-lebih lagi bila dekat dengan STPM, sesungguhnya aku tidak mahu mengacau fizikal, mental, rohani dan emosinya. Biarkan stabil sehingga STPM berlalu. Asalkan Emir menduduki STPM dan menjawap soalan aku cukup bersyukur.

Sebab itu adalah misi utama yang harus dilaksanakan sekarang. Hendak bertanya dan menyiasat tentang kejadian tadi, ada baiknya aku tangguh sehingga masa yang sesuai. Perkara tersebut boleh tunggu. Tapi tak sanggup melihat Emir menduduki STM untuk kali ketiga.

"Betul, awak tak tinggalkan saya ni?"

Aku terasa was-was. Manalah tahu semasa aku mengambil wallet dan telefon, Emir tinggalkan aku. Mahunya aku meraung sekarang tu jugak.

"Betul. Kan aku dah janji kita nak dating malam ni."

Aku pincing mata lagi. "Janji."

Aku bagaikan tidak percaya.

"I'm promise sweetheart. Promise okey? I wait here for you." Emir meyakinkan aku.

Dia memakirkan keretanya di hadapan pintu pagar.

"Betul ni? tak tipu? Tipu nanti siaplah. Tak berkat awak drive seorang nanti." Aku cuba mengugut.

Emir hanya tergeleng sambil tersenyum. Dia tarik aku dalam pelukan. Sambil itu bibirnya terus mengucup dahiku. Terpana aku sekejap. Tidak pernah semesra ini tindakannya.

Okey. Aku tipu. Berkali-kali.

"Takut betul kena tinggal aku. Dah mula sayangkan aku ke?" Emir mengusik.

Aku tolak dadanya. "Saya risaukan awak aje."

Emir jongket kening berkali-kali. Boyish.

"Samalah tu."

"dah, saya nak pergi ambil wallet, telefon dengan selipar. Janji tau! Tunggu saya. Kejap aje." Aku pandang wajahnya. Mencari kebenaran di janjinya tadi.

"Ye, aku tunggu. Dah pergi ambil. Kalau tak aku kiss kau sekarang," gertak Emir.

Aku cepat berlari keluar dari kereta. Seram sahaja aku mendengar gertakkan Emir. Buatnya dia betul-betul kiss aku nanti, memang takkan jadilah aku berdating dengan Emir.

Err.. macam seronok aje prospek berdating dengan Emir. Apa salahnya mulakan hidup yang baru? Azam yang baru? Emir pun not bad juga kan? Masuk sahaja aku ke dalam bilik, aku terus mengambil telefon dan wallet yang berada di atas meja. Ketika melangkah menuruni tangga aku lihat abah sedang berdiri di tepi tingkap. Aku kerut dahi.

"Abah?" panggilku.

Abah menoleh. Dia tersenyum namun kelihatan hambar. Moodnya masih tidak elok selepas bergaduh dengan Emir.

"Emir okey dah ke?" soal abah.

"Okey sikit kot."

Abah hanya mengangguk. "Baguslah."

Aku diam sambil meminta diri dengan abah untuk keluar dengan Emir. Ketika aku menolak pintu, abah memanggil namaku.

"Ye bah?" Aku menoleh.

"Jaga Emir baik-baik."

Aku mengangguk seraya tersenyum. "InshaaAllah abah."

Aku keluar lalu mengambil sandal hitam yang berada di tepi rak kasut. Ummi rasanya sudah berehat di dalam bilik. Senyap sahaja rumah ketika aku masuk tadi. Ketika aku masuk ke dalam kereta, aku lihat Emir memejamkan matanya sambil tangannya bersilang di belakang kepala. Entah apa yang berada dalam pemikiran lekaki yang satu ini.

Cumak ketika aku menutup pintu kereta Emir membuka matanya. Dia menoleh ke arahku. Lama pandangannya tertacap ke arahku sehingga aku naik segan.

"ada something kat muka saya ke?" Aku bertanya.

Dia menggeleng sebentar lalu matanya kembali fokus ke arah jalan. Aku jongket bahu dan menarik seatbelt. Dia hanya diam sahaja. suasana di dalam kereta hanya ditemani bunyi muzik yang berkumandang dari stesen radio. Aku pun turut diam. Namun apabila sudah bosan memerhatikan jalan aku memandang Emir yang fokus memandu.

"Kita nak ke mana?"

Emir menoleh sekilas ke arahku.

"Rahsia."

Dan aku hanya mampu terdiam apabila mendengar ayatnya yang penuh teka teki itu. Surprise me then, Emir Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience