Khai ternampak seseorang yang sedang duduk di kerusi taman sekolah sambil merenung kesedihan. Dia dapat tahu dari jauh siapakah jelmaan tersebut.
"Bamm.." Khai menampar belakang Haziq. Habis terjatuhnya si Haziq kesan tamparan yang deras dari Khai. Ikan dari dalam tasik tersebut mula berenang, menjauhi dari mereka kerana terkejut.
"Ish kau ni....nak tampar "selow-selow" la...adeh. Haziq mengurut belakangnya secara perlahan.
"Dah kau duk termenungnya...dah kenapa? tanya si Khai kepada Haziq.
"Aku...hmmm sedih la...sebab makcik kantin dah tak sediakan buah jambu kesukaan aku dah. Termasuk hari ni, dah hampir 2 hari tak dihidangkan. Kenapalah makcik kejam sangat...huhu"
Baru 2 hari tak sediakan, dah murung. Kalau lebih seminggu aku boleh jangka kau akan merepot kat tepi tangga rasanya. Haha. Khai cuba melawak terhadap si Haziq. Tapi malangnya, Haziq pandang endah tak endah sahaja. Dia tahu si Khai mahu menggembirakan moodnya yang masih merudum.
"Apapun, sebentar lagi cikgu Siti tak hadir hari ini. Aku nak kau pergi bagi tahu diorang kat kelas kita untuk buat kerja sendiri tau. Aku ada hal kat bilik guru" kata si Khai. "Sir Mad nak aku jumpa kejap sebab nak bincang pasai pertandingan "speech" atau pidato bahasa inggeris nanti".
"Aku boleh ja nak bagi tahu, tapi kau memang selalu sibuk sepanjang minggu ni. Aku agak kagum dengan kau ni. Tidak sangka kawan aku sangat berguna untuk sekolah yang berprestasi tinggi ni". sindir si Haziq.
"Haha kau ingat aku tak "pro" ke? Aku kalau diberi ruang sikit sekalipun, akan ku penuhi dengan bakat yang semulajadi ni. Bakat terpendam yang hebat ni. Kau apa tahu" kata si Khai.
"Bakat la sangat, padahal kena dipaksa wakil bagi setiap kelas untuk mewakili peringkat sekolah". Kata si Haziq.
"Hehe..aku pun kena reda ja la. Rakan sekelas memang nak cari nahas la. Silap aku pergi tandas awal masa pemilihan wakil tu. Korang semua lantik aku secara diam-diam, aku menyesali perbuatan pergi tandas sejak dari hari tu". Khai mula merintih.
"Sabarla, mungkin ni merupakan suatu peluang keemasan yang patut direbuti anak muda masa sekarang demi mencungkil bakat terpendam. Mana tahu kan" kata si Haziq.
"Ya la, kau yang sertakan nama aku kepada sir. Aku dapat tahu lepas Zain bagi tahu. Masa tu memang habis RM2 la sebab belanja dia makan roti vanila." kata si Khai.
"Dia minta untuk belanjakan dia ke, Khai? tanya Haziq. "Ha", jawab Khai. "Memang tidak berguna betul la si Zain ni, berani dia membuli kawan aku" kau tunggu tau...nanti aku pergunakan kau balik, wahai si Zain..hehehe.
"Kring,kringgg..." loceng dah berbunyi..
"Jom la kita, aku pergi dulu tau." kata Khai.
"Okay" kata Haziq.
"Korang, yo korang..." ada berita gembira ni. Ucap si Haziq. "Cikgu Siti tak dapat masuk ke kelas hari ini. Jadi, sebaiknya menggunakan masa yang dikurniakan ini dengan baik." Sambungnya. "Pandai ye ceramahi kitorang" sampuk Hasif. "Biasalah" jawab si Haziq.
Saya cuba nak berkarya...hehe
Share this novel