BAB 9

Drama Completed 632

Hampir 3 hari Nawfal tak sedarkan diri dek hentakan kuat biji durian yang mengena tubuhnya. Hari ini dia kembali segar seperti sediakala. Doktor membenarkan Nawfal dibawa pulang dengan saranan rawatan yang disyorkan pada masa akan datang. Lega hati semua orang yang menziarahi Nawfal.

“Afal, mak ada masak bubur durian yang Afal nak tu sayang.” Terketar-ketar suara Mak Cik Ila menahan tangis. Hatinya sebak memikirkan anak lelakinya yang mungkin terlebih dahulu menghadap Ilahi. Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Dia mengharapkan supaya ada ruang hidup anaknya sehingga ke hari raya yang bakal menjelma.

“Allahuakbar! Terima kasih, mak. Nanti kita makan masa berbuka sama-sama tau.” Senyum simpul Nawfal mendengar ibunya memasak bubur durian kegemarannya.

“Afal puasa ke? Kan Afal tak sihat?” gusar sahaja hati ibunya memikirkan perihal anaknya yang dirundung malang itu.

“Haah. Ala,tak apalah mak. Lagipun,Afal tak tahu bila lagi Afal boleh puasa.”jawab Nawfal selamba. Mak Cik Ila memalingkan mukanya dan teresak-esak dalam tangisan.

“Mak,kenapa ni? Afal bukannya mati lagi mak. Afal okay lagi ni.”lagi kuat tangisannya sambil memeluk erat Nawfal.

Sehelai kertas ditatap dan dibaca berulang kali. Hanya air mata yang mengiringi setiap bait-bait kata yang dibaca di dalam kertas itu. Ditatapnya pula hadiah yang disampaikan oleh anak saudaranya,Nazmi semalam. Bermulanya sepergian penghijrahannya di Perth sehinggalah sebelum pulang ke Malaysia,hampir 50 hadiah dibelikan khas untuk ibu dan kakaknya. Pesanannya kepada Nazmi hanya ringkas, “Jika ada apa-apa yang berlaku pada aku,kau tolong berikan hadiah yang aku sediakan ni pada mak dan kakak aku.”. Pada mulanya Nazmi tak faham tetapi apabila dia dapat tahu penyakit Nawfal sebelum pulang ke Malaysia, dia memahami maksud tersirat Nawfal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience