Rate

BAB 6

Other Series 4660

"Faris.." panggil pakcik rahim lagi.

"Haaa...ye pakcik...ye...maaf2.." faris tersenyum sumbing sambil mengambil air yang di hulurkan Syakila.

"Hahaha...kamu ni teringat buah hati ke..." tembak pakcik rahim.

"Eh...pakcik,tak ada la...sama mana ada buah hati.." balas faris.

"Macam mana dengan tanah tu?ok ke tidak?kalau ada apa2 yang kamh perlu,jangan segan bagi tahu je pakcik,in sha ALLAH..pakcik tolong mana yang mampu." Seraya pakcik rahim senyum.

Muda2 dah bagus faris ni. Pembinaan Rumah anak yatim dan sebuah surau berdekatan dengan rumahnya akan memudahka kerja untuk dia memantau setiap gerak kerja yang akan dijalankan.

"Terima kasih pakcik,ni pun berkat mama n pakcik sekeluarga juga. Saya buat apa yang termampu je pakcik, lagi pun tanah tu pun luas...boleh la sekali buat..tapi,lepas siap semua ni..saya serahkan kepada pakcik untuk jaga.boleh ke pakcik.?"
Niat faris ikhlas,ingin pakcik rahim sama2 turut serta dengan apa yang dia inginkan sejak dari dulu lagi, dan sekarang semuanya menjadi kenyataan.

"Allah,pakcik yang patut berterima kasih dengan kamu.."

"Ye la encik faris,terimas kasih banyak2 sebab percayakan kami" balas ibu syakila yang sejak dari tadi hanya mendengar butir bicara suami dan bos kepada anak nya.

"minum la faris sejuk pula air tu nanti.."ujar pakcik rahim.

Faris hanya membalas dengan senyuman.

Dhiy hanya menjadi pendengar setia,syakila hilang kedapur bersama adik bongsunya.

Dhiya suka tengok cara faris melayan pakcik rahim dan ibu limah,sopan...setiap ayat dijaga agar tidak ada yang salah,rendah diri..tapi kenapa aku tak boleh nak go eh ngan dia?nguman dhyia.

Terbayang kejadian tengah hari tadi...

"Kita kat ru..." mata faris tepat memandang matanya.

"Ehermmm...encik faris...dhyia..?"

"Ehhh...maaf2...kite dah sampai rumah syakila ni,awak mimpi ayah awak ke tadi.?" Mengelabah faris bila tiba2 syakila datang mengetuk cermin kereta sebelah Dhiya.

"Erk..ye,maaf saya tertidur..saya turun dulu..!" Dhiya menyumpah di dalam hati.kenapa dia lalai,kenapa dia tak sedar...!ALLAH!jauhkan rasa yang ada dalam hati aku ni ya ALLAH!bisik hati Dhiya.

"Dhiya,eh2..main langgar2 plak...hoi...ni dah kira langgar lari dah ni..."marah syakira pada dhyia.

Tetiba pintu sebelah dhiya terbuka menhentam syakila.

"Hehehe..sori2...mana ibu dengan ayah ko?." Tanya dhyia sambil menutup gugup.

"Ye la,mana ibu ngan ayah awk kila?." Tanya faris pula.

Orang nak tanya sibuk nak tanya..marah Dhiya dalam hati.

"Masuklah,ada tu hah,kejap lagi kuar lah tu...mana beg encik?biar saya bawakan..." ujar syakila.

"Eh...tak ape...saya amik sendiri..." sambil menuju ke bonet kereta.

“ Sila sila..” suara ayah dan ibu syakila berbunyi serentak.

"Hanna,saya mintak maaf pasal tadi ye.."ucap faris selepas melihat dhyia mengambil beg pakaiannya.

"Jangan panggil saya hanna..panggil saya Dhiya boleh?pasal tu...saya dah lupakan...tapi saya nak mintak tolong 1 je.."tegas dhiya bersuara tanpa memandang faris.

"Apa?"

"Tolong jangan suka2 pandang mata saya...boleh?saya tak suka." Balas dhiya dalam riak yang sama...

"Dhiya...dhiya...ko dah sampai london ke?paris ni?."

"Haaa..india kot." Tiba tiba dia melatah.

Meletus ketawa semua orang bila mendengar jawapan dari dhiya..termasuk juga faris.

"Dhiya...ko dah kenapa...orang dah habis sembang,dah nak makan dah pun...kau termenung lagi..." balas syakila.

"Erk...hehehe..aku teringat ayah aku la...”.bohong dhyia.

"Elehh...ye ye je ko tu...dah jom makan.." ajak syakila.

Entah kenapa faris tak habis2 memandang ke arahnya. Sungguh dia rimas...rimas dengan pandangan faris...

Aduyaiiiiii.....

Selesai keje mereka selama 3hari di kelantan, segala urusan dipermudahkan dengan bantuan ayah syakila.
“ibuuuuuu...jaga diri tauu...abahhhhh...waaaaaaaaa” syakila buat drama air mata pulak ngomel Dhiya.

“ye ye ye...kak kila oooooo....minggu lepas baru balik...minggu nie balik lafi...drama betol lah kakak nih!.” Ucap adik syakila.

“Diam lah ko anak pungut!.” Marah syakila.

Pappp!ibu syakila memukul bahu syakila lembut tapi bunyi tu padu.

“Alahh gurau je...hehehe.” sengeh syakila.

“Saya pergi dlu ye pakcik makcik,insyaAllah bulan depan saya datang lagi.”ujar faris.

Dhiya cepat cepat masuk kereta untuk berada di belakang. Tak nak duduk di sebelah faris. Dhiya rimas.

“Hati hati bawak kereta,kirim salam dekat puan mastura ye.”ucap ibu syakila.

Faris mengganguk dan tersenyum.

Kereta melucur laju.

Dalam kereta syakila sedang di ulit mimpi. Dhiya memandang keluar sambil memerhati sawah padi yang menghijau.

“Awak ok ke dhiya?” soal Faris.

“Saya ok je, pandanglah depan.” Balas dhiya sambil memejamkan mata.

Setelah seminggu berkerja Dhiya memohon untuk bercuti.

"Nor...ko ade nampak dhiya tak?." Tanya Syakila pada norizan.

Norizan yang tekun membuat kerja mengangkat kepala memandang syakila.

"Dhiya cuti la ngokk...ko ni,nama aje kawan...tapi tak tahu dhiya cuti...tengok aku ni...selalu tahu apa aktiviti dhiya...bukan tu je...meh sini aku nak bagi tahu.."

Norizan menarik syakila dekat dengan nya...alaaa...macam orang nak berbisik tu la...huhu...

"Encik Faris ada hati kat dhiya...aku cakap kau.."bisik norizan.

"Hah!ko biar betul nor!" Syakila terperasan suaranya terlalu kuat bila norizan bagi hadiah pukulan percuma di bahunya...

"Haishhh...ko ni...aku cili2 kan jugak baru tahu..." bisik norizan,tak boleh nak cover langsung minah sekor nie haishh...nguman norizan dalam hati.

"Ye ke ko ni?aku tengok dhiya tak lanyan pun encik faris tu.."bisik syakila pula.

Mata norizan mula meliar memerhati sekeliling...takut ada yang mendengar perbualan rahsia mereka berdua.

"Betul...aku sendiri nampak macam mana cara encik faris tengok dhiya...sekarang ni...banyak2 soalan tentang kerja...tentang dhiya jugak dia tanya..!kau fikir?memang la dhiya tu tak layan..kau tahu kan nape dhiya macam tu..." keluh norizan bila teringat kisah dhiya...mungkin takdir dia kena lalui semua tu...ALLAH!mintak jauh dari aku dan keluarga aku!aminn!bisik hati norizan.

"Ye la...nak buat macam mana...tuhan lagi sayangkan arwah ni,kalau sakit boleh la jugak...ni tak..mungkin tu cara dia mati...kita tak tahu lagi macam mana...haishh...takut aku fikir.."

umm...kalau aku jadi dhiya...entah macam mana la...dengan saksikan depan mata...haishh...mintak jauh...nguman syakila.

"Pape pun memang dah ajal dia kan...dhiya pun nampak dah boleh terima dah...aku pun suka tengok dia yang sekarang dari sebelum ni.."

Teringat sesama sibuk norizan membuat kerja,dia dapat panggilan dari dhiya.

Masa tu dhiya cuti sebab nak cari barang hantaran dengan Izham,tiba tiba ada sebuah kereta berhenti tempat parking kereta yang kebetulan mereka baru je sampai mall. Tanpa sempat buat apa apa Tunang dhiya mati kena tembak dengan penjahat yang sedang izham buru,nasib baik masa tu kawan kepada izham ada kalau tak dengan dhiya sekali dah arwah... penjahat tu pun mati kena tembak oleh kawan izham.

"Um...sedih aku bila ingat...sampai hospital...muka dia,tangan dia,baju dia penuh dengan darah..macam orang tak betul dah..."tambah syakila lagi.

"Ermm...siapa yang macam orang tak betul tu syakila.norizan?"

"Eh...encik faris.." serentak syakila dan norizan bersuara...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience