Bab 19
Perasaan gementar mula menjalar dalam hati. Namun, tak dapat ditandingi oleh perasaan gembira. Akhirnya, tiba juga hari di mana aku mula bekerja!
"Amboi, Illa! Senyum lebar nampak," tegur Airish.
Aku tersengih.
"Mestilah senyum. Tak akan hari yang gembira nak meratap pula," balas aku dengan sindir. Bibir tak lekang mengukir senyuman yang lebar dan cantik menghiasi wajahku.
"Apa-apa je lah. Asalkan kau bahagia," kata Airish sebelum dia mengukir senyuman kecil.
Ya, aku memang bahagia!
"Dah ready ke?" tanya Miqael. Aku dan Airish mengangguk kepala tanda 'ya'.
"Kalau macam itu, kita gerak sekarang. Jom," ajak Miqael. Aku dan Airish hanya mengikuti Miqael dari belakang.
Hans sudahpun terlebih dahulu memasuki kereta sebelum diikuti aku, Airish dan Miqael. Kami menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi upahan Miqael.
Perjalanan kami ke dari rumah ke tempat kerja mengmbil masa 20 minit. Dan, sepanjang 20 minit itu, kami tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Awkward? Ya, memang awkward! Aku nak berbual tapi takut pula. Dahlah dua makhluk itu tegang je muka. Lagi seram adalah!
Sret!!
"Dah sampai monsuier dan mademoiselle," kata pemandu itu selepas memberhentikan kereta tepat di hadapan pintu masuk utama bangunan itu.
Hans keluar dari perut kereta kemudian diikuti oleh Miqael, aku dan Airish.
Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di tanah, mulutku dan Airish terlopong besar melihat tempat kerja baharu kami. C—Cantiknya! Kat luar pun dah cantik, apatah lagi kat dalam. Tak berkedip mata kami.
"Jomlah masuk. Tak akan nak tercegat kat situ je," sindir Hans. Aku dan Airish tersentak dan tersengih sama-sama sebelum mengikuti jejak Miqael dan Hans.
Masuk saja di dalam bangunan itu, sekali lagi aku dan Airish terpegun melihat pemandangan yang indah. Corak dan hiasan pada dalaman bangunan itu menunjukkan bahawa syarikat Miqael layak menerima anugerah 'Hotel Tercantik'. Miqael dan Hans yang mengiringi kami hanya tergelak kecil melihat gelagat kami.
"Cantiknya corak dan hiasan bangunan ni. Siapa yang terfikir idea macam ini?" tanya Airish teruja.
"Siapa lagi kalau bukan CEO kita," balas Hans dengan senyuman yang meleret.
"Seriously?! Wow!" ujar Airish dengan riak wajah terkejut.
"CEO kita bukan biasa-biasa tau! Otak dia satu dalam sejuta!" kata Hans.
Aku dan Airish tergelak mendengar kata-kata Hans. Miqael hanya tersenyum.
"Okay, jadi nanti Nabilla tak perlu interview sebab dia automatik jadi PA Miqael. Airish pula, dia kena interview sebab dia bukan direct under Miqael. Tapi jangan risau sebab interview dia tak susah pun," Hans mula berbicara dengan serius.
"Buat masa sekarang, Nabilla boleh ikut Miqael. Airish, awak ikut saya," Hans memberikan arahan kepada kami.
Aku mendengar arahan Hans dan mengikut jejak Miqael dari belakang. Sambil aku berjalan, aku memerhati sekitar bangunan itu. Menghayati corak yang indah.
Kami melangkah masuk ke dalam lif khas untuk Miqael dan menuju ke tingkat 16 dimana terletaknya pejabat Miqael.
Sekali lagi, aku tak dapat nak menyembunyikan riak kagum aku melihat corak-corak di hotel ini. Malah, corak-corak ini dua kali ganda lebih cantik dari yang di lobby tadi.
Miqael berjalan menuju ke pejabatnya dan menyuruhku menunggu di luar.
"Nah, ini kunci laci meja. Fail-fail dan dokumen semua dah tersedia atas meja. Itu saja kot. Ada pertanyaan?" kata Miqael. Aku menggeleng kecil sebelum mengukir senyuman.
"Terima kasih!" balas aku.
___________
"Hah?! Apa?! Tak! Aku tak setuju!!" kuat suara aku memenuhi ruangan bilik itu. Aku mengetap gigi kuat menahan marah.
"Kita dah tak boleh nak tundakan lagi. Lagi lama, lagi susah," kata Danyel.
"Tapi kalau macam itu, keselamatan aku dan juga AX Realm berada dalam keadaan yang berbahaya! Silap-silap kau pun boleh berada di dalam keadaan yang bahaya, Danyel!" kuat suara aku membalas.
"Rayy! AX Realm adalah tanggungjawab kau. Kalau kau selalu tangguhkan, apa guna kau jadi CEO? Lagi kau tangguhkan,lagi bahaya," ujar Danyel serius. Tak kunafikan bahawa kata-kata Danyel ada betulnya.
"Tapi-,"
"Tak ada tapi, Rayy. Kau nak sia-siakan usaha ayah ke, Rayy? Lebih-lebih lagi kita baru tahu ada musuh dalam selimut. Kau tak rasa ke kau kena ambil alih tanggungjawab AX Realm dengan cepat, Rayy?" tanya Danyel. Nada suaranya masih keras dan tegang.
Aku yang lancang berbicara tadi terdiam seribu kata. Perasaan sayu berganti sedih berlumba-lumba untuk memenangi hati ini. Ayah...
"Rayy, kau kena buat dengan secepat yang mungkin. It's the best for everyone, Rayy," kata-kata Danyel mempunyai benarnya juga.
Sampai kapan aku nak bersenang-lenang apabila Danyel sibuk dengan kerja, melarikan diri daripada diburu oleh pihak yang kotor. Aku bangun dan menuju ke arah Danyel.
"Siapkan semua yang patut. Aku dah buat keputusan untuk ambil alih AX Realm," jawabku tenang. Danyel tersenyum kecil sebelum mengangguk kepala.
"That's my brother," dengan bangga Danyel berkata.
Aku menghela nafas dengan berat. Aku hanya membalas Danyel dengan senyuman palsuku.
_______
Hello! Maaf chapter ni tak seberapa. Patah perkataan pun tak banyak. Sorry -_-|| Stay safe semua!
Sekali lagi, sorry atas chapter yang tak seberapa ni!
Share this novel