BAB 4

Romance Series 20051

BAB 4

JAM berbentuk bulat yang melilit pergelangan tangan kiri dijeling. Berkali-kali. Nafas bosan dihembus keluar. Menunggu dalam tempoh lama boleh membuat kepala berasap. Ismail buang keluhan kasar. Kepala ditoleh ke arah pintu pagar. Hanya kelibat pelajar dan kenderaan yang keluar daripada pintu pagar tersebut. Jangan kata batang hidung malah bayang-bayang Nufa tidak kelihatan.

"Tunggu anak ke bang?"

Segera Ismail menoleh pada suara yang menyapa. Senyuman nipis diberikan sebagai jawapan. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tak.

"Rasanya semua pelajar dah balik. Sekarang pun dah pukul 3 petang. Lagi pula hari ni hari khamis. Balik awal." Abang Rahim memberitahu dalam nada lembut. Dari tadi dia memerhati lelaki ini berdiri tidak jauh daripada pondok pengawal sekolah.

Kepala Ismail mengangguk-angguk kecil. Tangan sudah melekap ke belakang tengkuk. Macam mana nak beritahu tujuan utama dia tercegat di pintu pagar ni, sedangkan nama si dia yang ditunggu pun tak tahu dan lupa nak tanya. Dari bersandar, santai di kereta. Ismail tegakkan tubuh apabila figura yang ditunggu-tunggu semakin dekat.

"Oh suami Cikgu Nufa. Saya ingatkan abang datang nak ambik anak kat sekolah ni." Abang Rahim tersengih, malu. Sambil menunduk hormat Abang Rahim minta diri.

"Maaf, lambat." Bernada biasa Nufa berdiri di sebelah pintu penumpang depan.

"It's okey. Jom."

Sebaik sahaja Ismail memulakan pemanduan. Suara lembut Nufa berbunyi. Sekaligus Ismail menoleh ke sebelah.

"Kereta saya macam mana?"

"Dekat bengkel. Dah jumper tapi tetap tak nak hidup. Rasanya ada masalah lain," balas Ismail sambil menoleh ke sebelah. Dalam diam Ismail tersenyum. Wajah yang kelihatan sedikit masam dengan kerutan berlapis-lapis di dahi. Mencuit tangkai hati Ismail.

"Orang tua-tua cakap tak elok tayang muka masam mencuka macam buah kedondong. Nanti cepat tua."

Decitan halus berbunyi dari bibir Nufa. Tidak mahu mengambil kisah usikan Ismail. Nufa membawa pandangan ke tepi. Sebenarnya fikirannya ligat mencari penyelesaian masalahnya ini. Nak fikir macam mana nak ke sekolah nanti.

"Agak-agak berapa hari boleh siap kereta saya tu? Kalau hari ahad ni tak siap dibaiki. Macam mana saya nak ke sekolah?"

"Abang mekanik tu cakap. Mungkin tiga atau empat hari baru kereta awak tu siap dibaiki. Saya boleh jadi driver awak sementara kereta awak siap dibaiki sepenuhnya. Hari ahad saya off." Ismail menawarkan diri. Niatnya tulus ikhlas. Tak salah berbuat baik.

"Nantilah saya fikir macam mana."

"Tawaran saya hanya terhad sebelum sampai rumah awak. Lepas tu tawaran ni akan burn macam tu je."

Ceh. Nak tolong pun macam tak ikhlas saja. Nufa mengambil keputusan mendiamkan diri sehinggalah mereka sampai di rumah sewa Nufa.

"Terima kasih encik..."

"Ismail." Jawab Ismail tanpa berbasa-basi memperkenalkan dirinya. Nufa mengangguk kecil.

"Sekejap," tegah Ismail sebaik Nufa mahu keluar daripada kereta.

"Nama Cik siapa?"

"Nufa."

"Neelofa? Nice name."

"Nufa lah bukan Neelofa. N.U.F.A." Nufa mengeja huruf namanya satu demi satu.

Bagaikan disapa dejavu, dahi Ismail berkerut-kerut. Nama dan wajah seakan familiar. Macam pernah dengar nama tu tapi di mana ya? Berpusing-pusing otak Ismail mencari siapakah gerangan wanita ini.

"Hari ahad pukul 7 pagi saya datang jemput Cik Nufa." Topik perbualan mengenai nama ditukar. Ismail tersenyum dikala Nufa mengangguk nipis.

"Okey... Terima kasih," balas Nufa sambil menutup pintu kereta.

"MANA kereta kau?"

"Dekat bengkel." Jawab Nufa sepatah sambil memfokuskan perhatian pada skrin laptop.

"Rosak ke?"

"Tak lah... Cat baru." Nufa berdecit. Lagi mahu tanya ke?

"Cat colour apa?" Salsabila mula menyibuk. Sambil peluk bantal kecil. Bahu Nufa dicuit sehingga membantut fokus Nufa pada drama Korea.

"Sejak bila kau jadi pembaris."

"Alah kau ni... Aku gurau ajelah. Dah tu macam mana kau balik tadi?" Salsabila ketawa lepas. Nufa memberi jelingan.

"Ada abang hensem hantarkan," balas Nufa sambil ketawa menganjing.

"Wow seriously! Siapa weh? Cikgu baru posting ke?"

"Tak penting pun kau tahu siapa orang tu. Dah la, aku nak tengok cerita ni. Pergilah main jauh sana."

"Fuh! Dia punya kekwat tu bukan main lagi eh. Macam ni lah kawan. Bila dah bahagia terus dilupakan kawan yang susah senang bersama."

"Alala... Merajuk pula BFF aku ni. Aku pun tak kenal siapa dia. Cuma nama aje aku tahu."

Mata Salsabila mengerdip beberapa kali. Comel saja pada pandangan mata tapi dalam masa yang sama Nufa mengernyit menyampah. "Siapa nama?"

"Ismail."

"Berdasarkan nama...macam dah berusia. Tapi jap, tadi kau kata hensem. Confuse otak aku ni." Muka Salsabila mengernyit berfikir.

"Tak payah fikir... Tak penting."

"Mana boleh tak penting. Aku ni risau... Yelah takut dia tu ada niat tak baik pada kau."

Button pause Nufa tekan. Kini dia memberi fokus sepenuhnya pada Salsabila yang masih lagi dengan wajah mengernyit.

"Niat tak baik apa pula? Kita orang tak pernah kenal pun sebelum ni. Kau jangan nak racun otak aku ni jadi overthinking. Sudah la otak ni selalu mengajak berfikir yang kurang baik."

"Kita ni sehati sejiwa... Suka berprasangka. Tapi serius la weh siapa mamat tu? Ke dah pakcik-pakcik?"

Nufa terdiam beberapa saat. Terbayang wajah serius lelaki bernama Ismail tadi. Nampak garang dan serius. Mana tidak Nufa membuat andaian begitu. Pada pengamatan lelaki itu tidak pemurah bab senyuman. Tanpa sedar bibir Nufa mengeluh.

"Macam susah aje pertanyaan aku tadi? pakej mengeluh lagi. Okey... Kita tukar topik. So, bila kereta kau siap dibaiki?"

"Entah...tak tahu. Ismail cakap maybe dua atau tiga hari. Aku rasa nak tukar kereta baru. Buatnya Myvi mama aku buat hal lagi lepas ni. Tak ke terkial-kial."

Salsabila mengangguk setuju. "Okey jugak tu. Tapi kan...otak aku ni kenapa ek dok fikir pasal pakcik Mail tu? Kenapa aku rasa dia tu macam..."

Buk! Nufa lempar bantal kecil ke bahu Salsabila.

"Tak payah nak buat andaian sendiri. Siapa pun dia... Tak penting langsung pada aku."

"Fuh! Berlagak tak boleh bawak bincang. Tapi betul weh... Aku rasa dia someone yang entah la... Tak tahu nak cakap."

Nufa jeling sambil menekan button on. Layar skrin laptop dipandang dengan fikiran menerewang pada Ismail.

"Nanti tembus skrin laptop kau tu. Cakap tak payah fikir. Kau pulak melebih. Dah terbayang wajah Abang Mail ke?" Tawa Salsabila tercipta memenuhi ruang bilik Nufa.

Nufa mengambil keputusan mengunci mulutnya. Fokusnya pada drama Crash Landing On You terhenti. Hilang mood nak layan drama kesukaannya. Kenapa fikirannya sama seperti Salsabila? Nama dan wajah Ismail seakan pernah singgah di mindanya. Ah mengarut.

TEPAT pukul tujuh pagi Ismail sudah tercegat di hadapan rumah Nufa. Dia berpeluk tubuh sambil menjeling jam di tangan. Dia menunggu dalam sabar. Dari pukul tujuh, kini jam sudah berdetik ke pukul 7.10 pagi tapi batang hidung Nufa tidak kelihatan. Ismail buang pandangannya ke pintu pagar. Berkunci dan bermangga.

Padan muka kau Ismail. Awal-awal lagi kau dah kena prank dengan budak Nufa. Ismail ketawa kecil. Mentertawakan diri sendiri.

"Bijak! Sampai aku kena prank." Hayunan perlahan dibawa masuk ke kereta.

Nufa berjalan ke pejabat sekolah sambil berfikir-fikir. Siapa pula yang nak jumpa dengannya? Kalau ibu bapa pelajar, ini bukan temu murni.

Sebaik kaki Nufa berpasak di ruang pejabat. Mata Nufa membulat tidak percaya.

"Encik Ismail. Buat apa datang sekolah ni?" soal Nufa. Ada senyuman kecil hinggap di bibir Ismail.

"Nak jumpa Cikgu Nufa Inshirah."

"For what?"

"Nak pulangkan kereta awak."

Wajah Nufa bertukar ceria serta merta. Terasa ringan otaknya apabila kereta kesayangan mama dah siap dibaiki. Tiga hari otaknya berserabut memikirkan kereta itu.

"Tapi ada dekat kuarters. Petang karang saya jemput Cik Nufa dan awak boleh ambik kereta awak tu."

"Okey boleh. Petang nanti encik Ismail boleh datang jemput saya pukul 3.30 petang. Hari ni ada kelas tambahan."

"Okey noted. Jangan awak larikan diri pula. Kesian saya kena prank. Nasib baik saya seorang yang penyabar dan gentleman. Jumpa petang nanti ya cikgu."

Nufa tersengih mengakui kesalahan diri. Pagi tadi sengaja dia meminta tolong Salsabila menghantarnya ke sekolah. Tak mahu terhutang budi dengan lelaki ini.

"Sorry...saya tak ada niat buat begitu. Lama ke encik Ismail tunggu saya tadi?"

"Tak ada lah lama... Adalah sepuluh minit macam tu," balas Ismail bersahaja.

"Sorry again." Nufa mengulang kata maaf seraya menunduk. Rasa bersalah pula kerana melanggar janji. Itulah kau Nufa, tabur janji bukan main lagi. Tunai janji itu banyak pulak helah kau.

"It's okay small matter. Cuma lain kali jangan buat macam tu lagi. Janji tu apabila dah dilafazkan tapi dimungkiri. Berdosa."

Ucapan Ismail itu bagaikan menikam ke dasar hati Nufa yang paling terdalam. Ambil kau. Kena dekat batang hidung! Sisi jahat dalam diri Nufa. Ketawa mengejek pada dirinya sendiri. Itulah lain kali jangan pandai berjanji. Dan mungkir janji. Kan tak pasal kena tazkirah percuma. Padan muka.

"Ma, kereta kesayangan mama dah sihat sepenuhnya."

Nufa ketawa riang sambil berjalan lenggang kangkung ke bilik guru.

"Lelaki hari tulah yang tolong... Ermm yelah kot baik. Harap-harap baiklah Pakcik Mail tu."

Sempat Nufa mencebik kecil tatkala leteran Datin Azizah menyinggah masuk ke lubang telinga.

"Yelah mama, orang tahulah. Tak baik berprasangka buruk. Tapi kita kena selalu berhati-hati. Zaman now ni ramai orang jahat. Muka baik tak semestinya hati baik."

Entah untuk ke berapa kali decitan Nufa berbunyi. "Ye... Ye tahu. Okey lah mama, Nufa nak masuk kelas... Lagi nak tanya ke? Pakcik Mail tulah yang baik hati, budiman datang jemput anak kesayangan mama ni. Okey bye... Waalaikummusalam." Bibir Nufa menggaris senyuman. Tak sabar nak jumpa kereta kesayangan mama. Terasa lebih bersemangat nak mengajar masakan tidak, otaknya sudah bebas daripada berfikiran sarat.

'Mudah-mudahan kau tak buat hal lagi.' sempat hati Nufa berbisik.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-29 07:47:11 

Next please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience