Chapter 8

Humor Completed 11680

BAB 8

Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah ku, ramailah yang dok ke hulu ke hilir jadi pengetua tak bertauliah, termasuklah aku dengan kengkawan aku yang lain. Dah penat kesana-sini aku ajak masuk kelas, bosan pulak bila dah tak de kerja ni. Penat aku merayau-rayau, nak join aktiviti semua untuk guru-guru. Aku masuk ke kelas, tengah duduk-duduk berbual dengan Yana n Sally aku ternampak Wan dengan Fir.

” Wan!Fir! nak pegi mana?” soal Yana

” tak tau lah, aku bosan dok…” Ujar Fir seraya melangkah masuk ke kelas ku. Kami duduk melepak di kelas ku,ada jugak budak2 dari kelas lain juga turut melepak di kelas ku, mungkin malas masuk ke kelas masing2, kebetulan kelas ku berada di depan sekali jadi kelas ku selalu menjadi sasaran diorang melepak. Sedang aku leka berbual dengan Wan tetiba…

” Shamira! Ridhwan! Apa awak berdua buat dalam kelas ni berdua???” jerit Cikgu Azizah penolong kanan sekolah ku. Aku menoleh ke arah suara yang macam petir berdentum tu.

” Eh! Cikgu..tapi tadi kami ramai-ramai dalam kelas…” jawab si Romli terketar-ketar. Aku pula diam seribu bahasa.

” Mari sini kamu berdua, orang lain tengah ada majlis kamu buat benda tak elok dalam kelas? Kamu nak kena kawin ke???” soal Cikgu Azizah bengkeng.

” Tak cikgu…tadi kami ramai-ramai..tapi tak perasan pulak semua dah tak ada” Romli cuba mempertahankan diri. Tapi memang kami tak buat apa-apa cuma Cikgu Azizah memang agak anti denganku kerana aku selalu kena tangkap dengan dia bila aku cabut kelas.

” tak kira apa juga alasan awak, sekejap lagi saya kawinkan awak berdua. Biar ini jadi pengajaran untuk semua” ucapnya garang, bila dia melihat ke wajahku satu jelingan tajam dia hadiahkan. Setitis air mataku menitis.

” Sha…janganlah nangis…Wan ada kan.” Pujuk Wan

” Wan..Sha malulah nanti…mesti semua ketawakan kita…” ucapku. Terlihat dua buah kerus diletakkan di Dataran Kejat tempat semua selalu berhimpun.

” Baiklah…Ridhwan Adam dan Shamira Adela sekarang sila naik atas pelamin awak!!” panggil Cikgu Azizah dengan mikrofon. Semua pelajar berkerumun di depan Dataran. Aku melangkah longlai….

Sebaik aku dan Romli meletakkan punggung satu tepukan gemuruh kami dapat, siap ada yang menjerit ” Woo!!! Best couple of the year!!!” ” cayalah cikgu!!!” Ya Allah..malunyalah aku…..si Romli pulak tersengih-sengih sebelah aku, dasar muka tepu betul mamat sekor ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience