BAB 34

Romance Completed 11647

Aku melihat pantulan diri di cermin. Baju kurung moden yang dibeli di Kusha Weddings and Events tersarung elok di badanku. Busana ini seharusnya dipakai di hari bahagia aku, tapi yang sebaliknya pula terjadi. Air mata yang mengalir diseka laju, risau akan mencacatkan make up tipis yang menghiasi wajahku.

Shawl keknis yang berwarna merah dibelit kemas di kepalaku. Nasib baik Husna ada mengajarkannya kepadaku kelmarin, kalau tidak sudah tentu terkial kial aku hendak memakai tudung ini.

Aku melangkah keluar dari bilik. Mataku tertacap pada satu susuk tubuh yang sedang merenung ke luar jendela. Dia sudah lengkap memakai baju melayu putih dan bersampin. Kelihatan beberapa orang saudara mara sedang duduk berbual di ruang tamu. Ada juga beberapa pasang mata yang memandangku. Aku tidak mengendahkan mereka lalu terus berjalan ke arah Hamka.

"Hamka, dah sedia?" Tanyaku apabila tiba di sisinya.

Dia tidak menjawab pertanyaanku. Matanya tidak berkedip memandang kegelapan malam. Kedinginan angin malam yang menerpa langsung tidak mematikan lamunannya. Entah apa yang difikirkannya sehinggakan kehadiranku di sebelahnya juga tidak diendahkan. Dalam diam aku berkecil hati dengan layanannya terhadapku.

Baru saja hendak melangkah pergi, Hamka memanggilku.

"Rose, jangan pergi."

Aku memberhentikan langkah. Rupanya dia sedar akan kehadiranku.

"Tahniah, Rose harap Hamka bahagia."

Kataku sebelum berlalu pergi. Semasa aku sedang berjalan melalui saudara mara yang sedang rancak berbual, serta merta keadaan menjadi diam. Aku terdengar beberapa suara berbisik sesama mereka.

"Ee tak malu betul. Orang dah nak kawin tapi masih lagi nak menggatal."

"Ha'ah. Padan muka sebab Hamka tak layam dia."

"Patutlah Ainun marah sangat."

Aku memandang sekilas lalu membuatkan mereka terdiam. Aku turun ke halaman untuk menenangkan diri. Betul juga kata mereka, sebentar lagi Hamka sudah hendak menjadi suami orang. Buat apa aku mendekatinya lagi bukan? Keluhan halus dilepaskan dari bibirku.

"Rose."

Badanku menjadi kaku mendengar suara itu. Aku kenal sekali suara itu, suara Hamka. Panggilannya tidak diendahkan. Aku sudah berjanji pada diri sendiri tidak akan mendekati Hamka lagi. Cukuplah dilabel perempuan tak guna, perempuan murahan dan macam macam lagilah oleh Ainun. Aku sudah penat mendengar cacian itu. Aku tidak mahu mengganggu rumah tangga yang baru hendak dibina.

"Takpelah kalau Rose taknak pandang Hamka lagi. Cuma satu je Hamka nak bagitahu, cinta Hamka tetap pada Rose."

Aku lemah mendengar ucapan keramat itu. Air mata mengalir laju di pipi. Aku berpaling memandang Hamka. Air mata yang mengalir laju dibiar tidak diseka.

Dalam esakan aku berkata, "Kalau Hamka cintakan Rose, kahwinlah dengan Ainun. Itu permintaan Rose. Jangan malukan Mak Mah dan Pak Mid."

"Tapi Rose..."

"Tapi apa lagi? Cukuplah Rose dilabel perempuan tak guna, murahan. Rose taknak dilabel perampas suami orang. Rose taknak dilabel pemusnah rumah tangga orang. Rose dah tak sanggup nak terima caci maki orang. Rose tak sanggup."

Tangisanku semakin galak. Aku berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Mujurlah make-up yang dipakaiku tidak terlalu tebal. Jadi tidaklah terlalu comot wajahku. Aku memasuki bilik tanpa memperdulikan mata orang sekeliling yang berada di ruang tamu. Sedikit bedak ditempek di wajah dan gincu dioles di bibir. Aku cuba mengukir senyuman kepada pantulan diriku di dalam cermin, cuba memberi kekuatan pada diri.

Pintu bilik dikuak dari luar. Mak Mah rupanya. Dia memanggilku kerana kami akan menuju ke masjid sebentar lagi. Suasana di dalam kereta sunyi, tiada celoteh daripada mereka tiga beranak.

Setibanya di masjid, Hamka menyuruh aku tunggu di dalam kereta. Mak Mah dan Pak Mid seperti mengerti. Mereka menganggukkan kepala dan tersenyum ke arahku.

"Rose, betul ke tindakan Hamka ni?"

"Betul. Allah dah aturkan semua ini."

Aku mengukir senyuman kepada Hamka. Sesekali aku memandang ke luar tingkap. Beberapa pasang mata memandang kami berdua dan berbisik sesama mereka. Entahlah apa yang dibualkan, aku malas hendak ambil pusing.

"Doakan Hamka. Tapi, Rose kena tahu yang Hamka tetap cintakan Rose."

"Rose pun cintakan Hamka. Tapi jangan batalkan majlis malam ni, janji?"

Lama dia memandangku sebelum tersenyum.

"Hamka janji."

"Okay, jom keluar. Dah ramai sangat orang pandang."

"Okay, jom."

Kami berpisah apabila masuk ke dalam masjid. Hamka menuju ke arah Taufiq yang memakai baju melayu berwarna krim. Mataku melilau mencari Mak Mah, namun batang hidungnya langsung tidak nampak. Tiba tiba aku ternampak tangan yang melambai lambai ke arahku. Husna. Aku tersenyum memandangnya. Insiden semalam sudah lama dilupakan olehku. Biarlah yang lepas menjadi kenangan. Lagipun Hamka bukanlah milikku.

"Kenapa semalam terus lari? Cemburu kan?" Tanya Husna apabila aku selamat melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Eh mana ada." Aku cuba membuatkan wajah hairan. Malu pula kerana rahsia sudah pecah.

"Jangan nak tipulah. Mak Mah dah cerita semuanya."

"Apa?"

Jeritanku membuatkan beberapa mata di situ menjeling tajam. Telapak tangan Husna sudah melekat di bibirku.

Aku tersengih sumbing apabila Husna mengalihkan tapak tangannya.

"Janganlah cemburu. Aku rapat dengan Hamka sejak kecil lagi tau? Dia tu adik beradik susuan aku."

"Adik beradik susuan? Macam mana tu?" Aku mengerutkan dahi. Tidak pernah pula tahu tentang adik beradik susuan ni.

"Dulu Mak Mah sibuk bekerja. Dua bulan selepas melahirkan Hamka, dia terus bekerja. Kebetulan waktu itu mak aku baru lahirkan aku. Jadi mak aku lah yang jaga Hamka, mak aku bagi Hamka minum susu dia. Faham?"

Aku terangguk angguk mendengar penjelasan Husna. Tiba tiba telingaku menangkap bunyi mikrofon dipasang. Serta merta jantungku berdegup kencang. Mata Hamka melilau mencari kelibat seseorang. Matanya terhenti padaku yang turut memandangnya. Sebuah senyuman yang manis diukir untuk Hamka. Hamka membalas senyumanku tapi senyumannya agak hambar. Dia kemudian memandang semula ke arah Taufiq di hadapannya. Taufiq sendiri yang akan menjadi wali kerana ayah mereka sudah lama meninggal dunia.

"Muhammad Hamka bin Hamid, aku nikahkan dikau dengan adikku, Nurul Ainun binti Yasin dengan mas kahwin tiga puluh ringgit tunai."

Hamka terdiam. Jantungku berdegup kencang, sekencang angin taufan. Hamka berpaling memandangku. Aku menghadiahkan sebuah senyuman untuk menenangkannya.

"Sekali lagi, Taufiq."

Aku tersenyum lega. Begitu juga dengan para hadirin yang lain.

"Aku nikahkan dikau dengan adikku, Nurul Ainun binti Yasin dengan mas kahwin tiga puluh ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nurul Ainun binti Yasin dengan mas kahwin yang disebut."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Air mata mengalir keluar dari tubir mata. Hatiku terasa remuk. Husna di sebelah cuba menenangkan aku.

"Hei, dah la. Semua orang tengok kau."

Aku mengelap air mata dengan laju. Malu jika dilihat orang. Kepala diangkat dan senyuman diukir. Aku tersentak kerana semua orang sedang memandangku. Begitu juga dengan Hamka yang berada di hadapan Ainun. Sayu sekali pandangannya.

Cincin sudah disarung, tangan juga sudah disalam. Kini tiba giliran Hamka mencium dahi Ainun. Dia kelihatan teragak agak untuk menyentuh dahi itu. Sekali lagi dia memandang ke arahku. Tidak seperti tadi, bibirku terasa kaku untuk mengukir senyuman. Aku hanya mampu memandang Hamka dengan pandangan sayu. Sudahnya Hamka berdiri dan meninggalkan Ainun terpinga pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience