BAB 6

Short Story Series 3885

Aku tak keluar pada malam itu kerana sudah diketahui Noah. Aku ajak Suzy dan Melissa keluar pada malam minggu. Senyap-senyap aku keluar dari rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Suzy datang jemput aku. Kebetulan ada sebuah pub baru dibuka di bandar. Jadi Suzy bawa aku dan Melissa ke sana.Bukanlah buat benda jahat pun. Saja lepak-lepak dan minum. Agak ramai pengunjung di situ. Tak mengapalah.

"Macam mana kerja?"

"Macam tulah."

"Kau tak cuba mengorat boss kau yang hot tu? Mana tahu jadi suami."

Melissa cucuk-cucuk bahu aku sambil buat muka gatal. Rasa nak lempang je dia.

Aku? Kahwin dengan Noah? Drakula tua tu? Tak masuk akal sungguh. Dia tu bukan manusia. kalau manusia, aku nak jugalah. Tapi mereka berdua tak tahu dan tak boleh tahu.

Kami lepak di sana sehingga jam 3 pagi.

"Weh, jom balik. Dah lewat ni." Ajak aku.

"Alah, nantilah. Malam masih muda."

Aku perhatikan mereka berdua. Dah macam orang tak betul kerana banyak sangat minum. Aku hanya minum air coke sahaja. Tak naklah mabuk. Siapa nak pandu kereta nanti.

Nak tak nak terpaksalah aku heret mereka berdua keluar dari pub tu. Haish diorang ni. Ajak aku lepas tu menyusahkan aku pula.

Malam ni malam minggu pula. Parking penuh. Jadi Suzy terpaksa parking kereta jauh sedikit. Sudahlah di belakang bangunan. Dahla pukul 3.00 pagi. Agak sunyi di kawasan itu walaupun masih ramai orang dalam pub. Kalau apa-apa berlaku di luar, manalah mereka sedar.

Waktu aku papah mereka berdua, aku dah rasa tak sedap hati sangat tapi aku beranikan diri bawa mereka menuju kereta.

Tiba-tiba muncul 5 orang lelaki menghalang aku.

"Hai gadis-gadis cantik. Nak kemana?" Soal salah seorang dari mereka.

Aku telan air liur.

"Siapa diorang tu Sophea? Kawan-kawan kau ke? Kenapa dari tadi tak ajak mereka?"

Suzy bertanya dalam keadaan separuh sedar.

"Jangan ganggu kami!"

Aku buat muka garang.

"Auww, garangnya. Tapi tak takut pun."

Mereka berlima ketawa.

"Hidung korang bau sesuatu tak?"

Mereka semua buat isyarat muka seakan menghidu sesuatu.

"Fresh blood!"

Aku lihat kelima-lima mereka bermata merah. Wajah mereka bertukar sedikit hodoh.

Mereka bukan manusia!

Sekarang ni satu je seorang sahaja dalam fikiran aku.

Noah! Please muncul sekarang! Saya perlukan awak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience