2. Balik Rumah

Drama Series 1823

Bunyi alarm yang kuat membingitkan telinga Fauzi. Dicari handphone, tapi tidak ditemui. Mata dibuka sambil mengesat seakan gatal. Eh?... kenapa aku dalam bilik?.... Fauzi menggelabah. Di lihat sekeliling. Danish?... apa berlaku semalam? Digaru kepala yang tidak gatal. Dia sekatil dengan Danish seingat dia tidur di sofa dihadapan TV. Fauzi segera bangun dari pembaringan, dia memeriksadiri sendiri memastikan tiada apa-apa yang berlaku. Dia menarik nafas lega. Dipandang Danish yang nyenyak tidur, berguling-guling seakan terganggu. Habis bantal jatuh ke bawah.

“Fauzi… tutup alarm… aku nak tidur ni… “ Danish bersuara dalam tidur. Fauzi segera teringat akan alarm handphonenya. Segera dia menuruni tangga mencari handphone yang setia bergetar dihadapan TV. Dicapai lalu dimatikan alarm. Dilihat jam 7.10 pagi. Alamak lagi 50 minit untuk bersiap, dipercepatkan langkah menaiki anak tangga. Dicapai tuala, sempat dia memandang Danish yang sedap di perbaringan. Tidak bergerak.

“Danish… Tuan Muda Danish!... bangun!... dah lewat ni”

“hmmm… er...er… Fauzi… ape?...” Danish masih separuh sedar .

“Cepat bersiap… kerja… pergi kerja!... “ beritahu Fauzi.

“aku tak kerja… next week baru start kerja… “ balas Danish yang cuba bangun duduk dalam keadan separuh sedar itu, tapu tangan tetap mencari selimut menyelimut badannya.

“o… ok… aku siap… “ Fauzi segera masuk ke bilik air. Dibiarkan Danish separuh sedar itu terlentok diatas katal

--------------------------------------

Diana menghampiri Fauzi sebaik sahaja ternampak Fauzi memasuki pejabatnya. Dihulur satu kertas. Tebal dan penuh dengan masa..masa...dan masa.

“ape ni?...”

“schedule Tuan Muda minggu depan… Tuan minta buat copy untuk engkau satu… dia kata… semua report mesti engkau tahu… “

“hmmm… “ Fauzi tidak membalas apa-apa, kalau itu arahan dari Tuan Danial memang dia tidak boleh menolak. Di baca satu per satu perkataan. Seminggu dia perlu berdampingan dengan Danish di pejabat.

“Fauzi… memang engkau dengan Tuan Muda tu tak boleh dipisahkan ke?... “ tanya Diana, sekadar ingin tahu.  

“engkau rasa?... “

“aku rasa Tuan Muda tu dah kena kawin… baru la kau bebas… “

“dia dah tunang kan dengan Zett… nanti kawin lah tu… “ harapnya ke pelamin. Tak payah dia fikir pasal perempuan-perempuan lain yang selalu bertenggek dengan Tuan Muda Danish, macam Emely.

“engkau tak rasa apa-apa ke?” tanya Diana lagi.

“ada… “

“rasa apa?”

“bebas sikit… macam simpulan tali dah longgar… “

“tak faham.... cuba explain… “

“haha… maksudnya begini… “ belum sempat Fauzi menerangkan kepada Diana, handphonenya berdering. Dikerling nama pemanggil… “Tuan Muda Danish”...segera diangkat.

“Hello… “

“Fauzi… engkau pergi mana?”

“office… kenapa Tuan Muda?”

“breakfast aku mana?”

“Amoi dah prepare di dapur Tuan Muda…”

“roti ja… mentega ja “

“Err… itu breakfast aku… hmm… maksud aku… vila besar… Tuan Muda punya breakfast di Big Vila bukan vila aku…”

“kenapa tak terusik roti ni?”

“errr… Tuan Muda… aku ada hal… sorry… “ bohong Fauzi. Hendak beritahu yang dia memang tak makan breakfast, bebel pulak Tuan Muda tu nanti.

----------------------------------------

Danish memasuki Big Vila dengan selimut membaluti badannya. Maid yang melihat tingkah lakunya seakan sudah biasa dengan situasi itu. Amoi melintasi Danish bersama apron dibadan.

“Selamat pagi Tuan Muda. Sarapan sudah disediakan di dapur… “ beritahu Amoi.

“hmmm… “ Danish hanya mengangguk dan terus ke ruang makan. Kelihatan Tuan Danial dan Puan Demi sedang duduk sambil membaca surat khabar.

“Hai mom dad… “

“Hai… Danish?... blanket?” soal Puan Demi.

“Fauzi dah pergi office, so blanket dia makanan sarapan dia… just joking… “ Danish cuba melawak.

“Kenapa lah tak tidur bilik Danish semalam?... daddy dengan mummy tunggu tau… nasib baik dengan Fauzi… kalau rumah orang lain… nahas Danish” omel Puan Demi.

“Biarlah… jom makan… “ ajak Danish. Malas dia hendak melayan omelan mummy.

Dilihat menu di atas meja membuat dia ingin makan segera. Bihun sup yang masih panas membuatkan bau menusuk ke lubang hidung. Mentega dan roti segera dilupakan. Selimut yang dari tadi setia menyelimut dirinya menjadi alas napkin tiba-tiba.

“Danish dah contact Zett tak sejak balik Malaysia?” soal Puan Demi.

“Tak beritahu pun dia dah tahu mum” balas Danish sambil mulutnya sibuk meniup sup ynag masih berasap panas.

“Meet her today Danish… tunang tau” nasihat Puan Demi.

--------------------------------------------

Fauzi menggaru kepala yang tidak gatal. Matanya tidak berkelip. Briefcase di tangan seakan hendak terjatuh. Fikirannya hendak bertemu dengan Diana terhenti seketika apabila melihat susuk tubuh wanita yang sememangnya dia hormati. Dia tahu mereka sebaya, tapi tidaklah sehebat aura perempuan ini, Zett di depan matanya. Fuyoo, so gorgeous. Zett sopan sahaja orangnya, cuma aura wanita moden terpapar diwajahnya.

“Hei Fauzi… janganlah terkejut sangat. Danish mana?... “ tegur Cik Muda Zett apabila terlihat Fauzi sedikit melopong.

“Cik Muda Zett buat apa depan office Tuan Muda Danish ni?” soal Fauzi.

“dia janji nak makan lunch sekali… so I datanglah office. Ingatkan dia dah start kerja… belum lagi ea?” tanya Zett.

“Belum… dia start next week… dia janji nak jumpa kat office ke?” tanya Fauzi pula.

“haah… “

“Nanti sampailah… “

“I know Fauzi, degil-degil dia pun tetap on time” entah puji ke sindir dalan kata Cik Mudsa Zett.

“Hmm… I nak sambung kerja”

“ eh… Fauzi nak pergi mana?... “

“dia lunch sekali!... “ jerit satu suara dari belakang.

“eh… hai baby… “ sapa Zett apabila melihat kedatangan tunangnya.

“hello… babe… sorry… I cari parking tadi… “

“tak apa… jom… I dah lapar… jom Fauzi… “ ajak Cik Muda Zett.

“Err… tak apa lah Cik Muda Zett, Tuan Muda. I dah brunch tadi… kenyang lagi… “ bohong Fauzi. Sebenarnya dia ada janji dengan partner syarikat pengangkutan, Puan Yuan. Sebab itu dia perlu jumpa Diana untuk dapatkan kunci bilik mesyuarat.

“Brunch ja Fauzi… alahai… ini lunch lah… you nak apa nanti I bungkuskan… “ pelawa Zett.

“Biarlah dia Zett… pandailah dia jaga diri dia… jom… “ gesa Danish.

“eh tadi bukan ke you yang ajak dia makan sekali?”

“orang tak sudi… “ rajuk Danish.

“Ok lah Fauzi. Kami pergi dulu… “ beritahu Zett.

---------------------------------------

Fauzi terus masuk ke bilik meeting yang kosong setelah Tuan Muda Danish dan Cik Muda Zett berlalu. Dia melihat jam di dinding. 12.00 tengah hari. Sabar menunggu Puan Yuan sambil mengambil dua botol air mineral lalu diletak atas meja. Handphonenya berdering.

“Hello Puan Yuan… “

-----------------------------------------

Yuan berlari menuju ke tempat menunggu lif. Briefcase dikepit di ketiak. Sebelah tangan membawa makanan sambil menekan butang naik keatas, sebelah lagi mendail bussines partnernya, Fauzi.

“Hello Fauzi… eh Tuan Muda Danish, Cik Muda Zett… apa khabar?... Fauzi nanti aku call engkau… eh tak, kita jumpa kat atas… “ terus diputuskan panggilan apabila melihat dua orang besar syarikat ini keluar dari lif.

“Yuan?... buat apa sini?... “ soal Danish.

“Meeting dengan Fauzi… “

“Meeting?... “ berkerut mereka berdua.

“Haah… mengenai eksport product… “

“Ini kan waktu lunch?” soal Zett.

“Tahu… but… I tak da masa lain… Fauzi pun ok meeting time ni “

“ooo… “ Zett memahami.

“I pergi dulu…kesian Fauzi tak sempat rehat nanti”

“Ok.. “

-------------------------------------------------

Yuan mempercepatkan langkahnya, sakit kaki bertumit tinggi diendahkan sahaja. Pintu bilik mesyuarat dibuka. Dia menarik nafas dalam. Dihampiri Fauzi yang sibuk menaip sesuatu pada laptopnya.

“Fauzi… “ tegur Puan Yuan.

“Oh… Puan Yuan… silakan duduk… “

“Ini lunch I bawak untuk you… nanti makan… jom start… cepat mula cepat habis… hihi… “ sengih Puan Yuan sambil menarik nafas dalam.

Mereka berdua fokus membincangkan bagaimana hendak eksport semua barang mereka ke negara asing memandangkan ini kali pertama syarikat ini memperluaskan perniagaan mereka. Perancangan baru sahaja, tapi projek akan bermula dalam 6 bulan nanti. Jadi perbincangan peringkat awal perlu bermula sekarang. Disebabkan itu kadang-kadang Fauzi tidak menang tangan dalam membuat kerja. Tapi bagus juga, sebab Puan Yuan boleh memperuntukkan masanya.

Perbincangan mereka berlarutan 2 jam. Ingatkan sekejap. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Staff yang sudah habis lunch sudah mula bekerja 1 jam lalu, semua menyambung semula apa yang mereka tinggalkan.

“So… Fauzi… you rasa macamana?... boleh ke kita present benda ni ke dua-dua pihak… “

“Huh…. Cepatnya Puan Yuan…. Kita masih dalam permulaan… Tuan Danial minta kami cari partner yang boleh penuhi hasrat kami. Saya bukan bermaksud untuk menolak usaha kerjasama Puan Yuan. Tapi saya perlu beritahu Tuan Danial dahulu. Keputusan dia akan buat. Sekiranya cadangan dan usul yang Puan Yuan memuaskan, hope kita berdua boleh bertemu lagi”

“Hmm… baik lah Fauzi, I pun faham apa maksud you. Tapi tu la boss I, Tuan Muda Xia beria sangat nak dapatkan project ni… owh ya… ini makanan I ada belikan untuk you, nasi goreng tomyam… “
“Waa… thank you Puan Yuan. I pun dah lama tak makan nasi”

“Habis you selalu makan apa?”

“Errr… haha… makanan lain”... aku tak sempat makan pun… haiya.

“I gerak dulu… Fauzi… “

“Okay Puan Yuan… mahu di teman tak?”

“Tak perlu lah Fauzi… gentleman sangat… kalau I ada anak perempuan sebaya you dah lama I kenalkan untuk you… “

“Eh ke situ pulak… “

---------------------------------------------------

Fauzi melangkah keluar cepat dari bilik meeting. Setahu dia bahagian finance mahu menggunakan bilik ini selepas lunch. Sebelah tangan membawa briefcase dan sebelah lagi membawa nasi goreng Puan Yuan. Sebaik sahaja membuka daun pintu, langkahnya terhenti. Terpapar muka Danish di hadapannya dan beberapa staff finance yang sudah sedia hendak menggunakan bilik meeting.

“Eh… Tuan Muda… “ tegur Fauzi sambil sedikit berkerut. Kenapakah Danish disini?.

Dalam keadaan kebingungkan tiba-tiba Danish merampas nasi bungkus dari tangan Fauzi lalu di baling ke atas lantai. Tindakkan Danish itu menyebabkan orang sekeliling terkejut dan pelik. Fauzi yang sudah bertahun hidup dengan Danish juga tidak dapat membaca kelakuan Danish sekarang. Waktu ini… apakah?

“Tuan Muda?”

“ Siapa benarkan makan di bilik meeting?!” Danish bersuara.

Fauzi terdiam. Makan?... aku sesuap pun tak merasa lagi tau nasi goreng tomyam tu. Polisterin tu pun aku tak buka lagi.

“Siapa benarkan lunch dalam bilik meeting?” tanya Danish lagi.

Fauzi masih diam. Staff lain turut diam. Masing-masing mula menyorok jajan dan cikedis dalam poket. Menelan apa yang ada dalam mulut untuk mengelak dari tertangkap.

“Maaf Tuan Muda… “ Fauzi mula meminta maaf. Baginya hendak defense diri sendiri pun tiada guna sebab terang-terang nasi gorengnya bertaburan di atas lantai. Nasib baik Puan Yuan sudah pulang, kalau tidak mesti da kecil hati wanita itu.

“Finance!... potong gaji Fauzi sebulan!” arah Danish kepada staff Finance dan terus berlalu keluar dari pejabat.

“Baik Tuan Muda… “ balas Encik Dani, Head of Finance Department.

-----------------------------------------------------------------

Fauzi berdiri tegak melihat makanan lunchnya membazir begitu sahaja. Encik Dani menghampiri Fauzi. Staff Finance perlahan-lahan memasuki bilik meeting sambil bergosip kelakuan Tuan Muda mereka.

“Fauzi… maaf… aku kena ikut cakap boss tu… potong gaji kau… “

“Nak buat macam mana Encik Dani, aku pun tak faham angin Tuan Muda tu. Buatlah apa yang dia suruh. “

“Engkau dah makan lunch belum sebenarnya?” Encik Dani cuba mengambil berat.

“Makan apanya Encik Dani… tu tak nampak ke nasi goreng tu banyak lagi… bukan sisa tau… huh… tak pa lah nanti saya turun tengok kat 7E bawah”

“7E lagi… roti lah tu… eh tapi bukan ke engkau kena hantar report summary harini kepada Tuan Danial?”

“Alamak lupa… sekarang Tuan Danial ada tak?”

“Ada kat office dia… “

“Thank you sebab ingatkan. Nanti aku panggil cleaner cucikan… “

“Tak perlu lah Fauzi. Tu mak cik Dayah dah sampai dah… dia pun nampak apa yang jadi tadi”

Fauzi memandang cleaner yang sedang membersihkan nasi gorengnya. Diberi sekuntum senyuman. Senyumannya dibalas oleh mak cik Dayah.

------------------------------------------------------------------

Fauzi mengetuk pintu bilik Tuan Danial sebanyak empat kali ketukan. Dikerling setiausaha Tuan Danial, Cik Dora yang sibuk menaip sesuatu. Cik Dora tahu, kalau Fauzi yang datang melawat Tuan Danial tidak perlukan apa-apa appointment. Tuan Dnaial sudah pesan hanya Fauzi boleh berjumpa dengan dia sesuka hati. Sebaik sahaja mendengar arahan suruh masuk Fauzi menolak daun pintunya.

Eh… Danish?... Fauzi sedikit terkejut. Ingatkan dah balik. Kelihatan Tuan Muda Danish dan Tuan Danial sedang duduk di atas sofa sambil minum kopi. Seperti membincangkan sesuatu.

“Yes Fauzi… kenapa?” soal Tuan Danial.

“Saya mahu hantar report summary dan proposal dari Puan Yuan… “

“Letak atas meja nanti I baca… “

“Baik… “ Fauzi berlalu ke meja kerja Tuan Danial.

“Pa… I think… staff perlu di beri ceramah” Danish bersuara.

“Ceramah?.. Talk apa?” soal Tuan Danial pelik.

“Adab bekerja… “

“Kenapa?... ada staff buat salah ke?”

“Yup… Dating dengan janda yang dah ada anak dalam sunyi… terutama time semua staff lain keluar pergi lunch… pastu ada yang mengotorkan bilik meeting, contoh makan nasi goreng dalam bilik meeting… “

“Siapa tu?” soal Tuan Danial.

“I don’t know. I just said what I saw… I still can’t recognize staff here”

“Fauzi! “ tiba-tiba Tuan Danial  memanggil namanya.

“Report to me if ada staff buat salah… “

“Err… Tuan Danial nanti saya sampaikan pesan Tuan ke HR… “

“Kenapa HR?... “ soal Danish.

“HR akan evaluate staff… “ balas Fauzi.  

“Ok Fauzi sampaikan pesanan saya kepada HR.” sampuk Tuan Danial.

Manakala Tuan Muda Danish memberi pandangan tajam kepada Fauzi.

---------------------------------------------------------

Fauzi menyeluk saku seluarnya. Mengeluarkan dompet yang seakan tidak ada wang walau sesen. Di selak setiap isi dompetnya, wang not RM 10 ditatap lama. Hmm… nak makan apa ye… sambil berfikir dia menghampiri lif. Lif terbuka lalu terus menekan butang G. sesampai sahaja di groundfloor, Fauzi terus keluar dari bangunan melintasi jalan raya menuju ke kedai 7E.

“Eh… abang Fauzi… selamat datang… “ kedatangan Fauzi di sambut oleh seorang budak perempuan, Diandra.

“Lambat datang hari ni… biasa lunch dah muncul… “

“Meeting tadi… jap nak amik barang jap Diandra “
“Okay… “

Fauzi terus berjalan mengelilingi ruang makanan. Dicarinya sesuatu yang boleh hilangkan rasa laparnya. Instant noodle cup di capai dibuka dengan cepat lalu terus menuju ke mesin air panas. Dia cadang untuk makan di 7E sahaja sebelum menyambung kerja. Sebaik sahaja penuh dibawa cup ke meja untuk dibayar.

“Diandra… berapa?”

“Kejap… “ Diandra mengangkat cup tanpa mengetahui ada air panas di dalam.

“Awww !... panas!“ cup terlepas dari tangan Diandra, air panas turut tertumpah di atas tangan dan kaunter membayar.

“Diandra!” jerit Fauzi terkejut. Salah dia tidak beritahu Diandra bahawa dia sudah celur instant noodle dengan air panas. Pantas tangan nya mencapai kain lap kaunter mengelap tangan Diandra.

“Ada paip air tak?... alamak… maaf Diandra terlupa nak beritahu ada air panas… “ mengaku Fauzi serba salah. Apalah nasib dia hari ini, semua makanannya tumpah. Dilihat Diandra gegas ke bilik belakang, mungkin tandas. Diekori Diandra, haah, betul tandas.

“Ada tak ubat burn jual di sini atau first aid kit?” soal Fauzi, serba salah tak habis-habis menjalar dalam hatinya.

“Ada… First aid dalam loker bawah kaunter… “

“Nanti dah kurang… keluar… sapu ubat… abang cari dulu… kalau tak jumpa kita pergi klinik sebelah… “ beritahu Fauzi.

Fauzi membuka loker yang terletak di bawah kaunter. First Aid kit dikeluarkan mencari sesuatu ubat untuk merawat lecur. Tiada. Kemudian dia berjalan kearah tempat ubat-ubatan. Tiada juga. Waktu yang sama Diandra keluar dari tandas.

“Diandra… tak da ubat untuk lecur!” beritahu Fauzi jujur.

“Tak pa abang, Diandra sapu dengan ubat gigi… “

“Ish ubat gigi mana boleh Diandra… bertambah sakit” beritahu Fauzi.

“Eh bukan ke?... “ pelik Diandra.

“Jom la pergi klinik… sebelah ja… “

“Habis kedai siapa nak jaga?” soal Diandra.

“Er… alamak… hmm… macamni abang pergi klinik minta ubat. Nanti abang datang semula… cuma… cuma… “

“Kenapa?”

“Abang ada 10 ringgat ja… “ mengaku Fauzi malu.

“Haha… abang ni lawak lah… “

“Nah guna duit Diandra… abang ni macam adik Diandra yang kecik la… nak  benda tapi tak da duit“ beritahu Diandra sambil memberi not RM 20 kepada Fauzi.

“Maaf Diandra, abang janji nanti abang bayar balik… tunggu tau… abang pergi sebelah kejap… “

“Nasib baik klinik ni sebelah ja… “ omel Diandra apabila melihat Fauzi tergesa-gesa keluar menuju ke klinik.

Sepuluh minit kemudian Fauzi muncul dengan beg plastik ditangan. Dia terus mendapatkan Diandra di kaunter.

“Sini tangan… doktor kata sapu ubat ni 2 kali sehari… kalau teruk pergi hospital… “ omel Fauzi sambil tangannya sibuk menyapu ubat cream pada kawasan yang merah dek kerana air panas.

“Abang!... nak kawin tak dengan kakak Diandra?... Diandra suka la kalau abang jadi abang ipar Diandra. “

“Aiyya… budak ni… dah start dah… hari-hari soalan yang sama… “ balas Fauzi.

“Haha… Diandra suka lah dengan abang Fauzi… tapi Diandra tak nak kawin dengan orang tua… “

“Haha… abang tahulah abang ni tua. Tua tak berduit. Macamanalah nak sara kakak kau… “ tambah Fauzi.

“Lawak lah abang ni… “

------------------------------------------------------------------------

Fauzi keluar dari 7E dengan sebungkus roti di tangan. Hmm… terpaksalah dia makan roti hari ini. Malam ni baru masak di rumah. Itu pun dipaksa oleh Diandra, instant noodle yang tertumpah pun RM 5 tambah roti RM 3… hanya tinggal RM 2 sahaja ditangan. Cukuplah untuk balik rumah malam ni naik bas. Kepalanya sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Banyak pula kereta petang-petang. Di lihat jam di tangan. Patutlah pukul 6 petang dah, memang waktu orang keluar dari kerja. Fauzi menunggu sehingga lampu isyarat bertukar warna merah.

Belum sempat dia melangkah untuk menyeberang jalan. Sebuah kereta betul-betul berhenti mengejut dihadapannya. Tingkap pemandu menurun. Terpancul muka Danish dari dalam. Terkejut Fauzi.

“Seronok dating kat 7E?” soal Danish seakan marah.

“Eh… Tuan Muda”

“Tak payah nak ber’eh’ sangat Fauzi… aku dah nampak semuanya… engkau memang tak ada standard ke dengan perempuan“ soal Danish seakan hendak menyakitkan hati Fauzi.

“Apa Tuan Muda cakap ni?” ragu Fauzi. Tidak faham apa yang di maksudkan oleh Danish.

“Malam ni jangan balik vila. Kalau engkau balik nahas!” sebaik sahaja Danish menghabiskan ayatnya terus dia menekan minyak kereta meninggalkan Fauzi terpinga ditepi jalan.

------------------------------------------------------------------------

Kepulangan Tuan Danial disambut baik oleh Puan Demi. Amoi dari jauh membawa segelas air sejuk lalu diberikan kepada Puan Demi.

“Pukul berapa dah ni?”

“Pukul 12 dah bang…”

“Danish dah balik belum?”

“Ada dalam bilik tu… tapi tu la tak keluar sejak pulang petang tadi… “

“Amoi… panggil Fauzi… jumpa saya di bilik bacaan” Taun Danial memberi arahan kepada Amoi yang sedang menunggu gelas kosong.

“Ish… abang ni… tak habis lagi ke hal pejabat… “

“Bukan hal pejabatlah… hal Danish… I nak tanya Fauzi… sebab tadi Zett ada datang office… saja mahu tahu… diorang ada bincang tak bila nak tentukan wedding date. “

“Oh… yeke… kalau tanya Danish mesti tak menjawab… Amoi… cepat panggilkan Fauzi… “ gesa Puan Demi pula.

“Err… Tuan Puan… Fauzi tak balik lagi. Saya baru pulang dari vila kecil kemaskan dinner Fauzi. Dia masih belum pulang… “ jujur Amoi.

“Huh?... dia pergi mana?” soal Tuan Danial.

“Dia kata… dia tidur office malam ni” jawab Amoi sambil mencapai gelas kosong huluran Tuan Danial

“Kenapa… ?“

“Tak tahulah pula Tuan… “ beritahu Amoi sebelum beredar ke dapur.

“Opocot!... Tuan Muda Danish!” melatah Amoi apabila terlanggar Tuan Muda Danish yang sedang berbalut selimut milik Fauzi.

“Fauzi tak balik lagi?” tanya Danish seperti memastikan sesuatu.

“Ya… ya… Tuan Muda”

“Amoi… ambilkan kunci kereta saya… “ arah Danish tiba-tiba

“Danish nak ke mana?” tanya Tuan Danial.

“Ambil Fauzi… “

“Biarlah… lewat dah ni… call sahaja… suruh dia balik” kata Puan Demi.

Apabila mendengar nasihat mummy nya Danish pantas berlari menaiki tangga mendapatkan handphone di atas katil. Di cari nombor Fauzi, cepat sahaja jari menekan dail.

“Hello… “ kedengaran suara Fauzi separuh tidur menjawab panggilan

“Balik rumah sekarang… “

“Kenapa Tuan Muda?”

“Balik rumah… ambil semula selimut kau… “Danish memberi alasan.

“Baik… tapi lambat sikit… dalam sejam… “

“Lamanya… “

“Err… naik bas kan… “ bohong Fauzi. Pukul 12 malam, manalah ada bas dah. Jalan kaki lah jawabnya. Nak naik teksi… alahai duit pun tinggal 2 ringgit sahaja.

“Aku tunggu… balik rumah sekarang… “ arah Danish sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience