BAB 2

Family Completed 666

Kelas bising seketika. Baru tadi Cikgu Saufi keluar ke tandas meninggalkan tugasan. Kebanyakan pelajar lelaki yang malas-malas menangguhkan tugasan mereka lalu pergi ke meja kawan dan bermain. Haih, apa nak jadi la.

Tanganku pantas menjawab soalan dalam buku latihan matematik itu. Semua ayat dan jalan kerja ditulis dengan kemas. Kadangkala aku tersenyum melihat kekemasan tulisan ku. Elee.. perasan lebih.

“Cantik juga tulisan awak,”

Aku terkejut pantas mengangkat mukaku. Aku terkesima melihat seorang pelajar lelaki di sebelahku. Oh, inilah budak lelaki yang asyik memerhatikanku sejak hari pertama aku pindah ke sekolah ini.

“Sejak bila awak ada kat sini?” aku terjerit perlahan dan berdiri.

“Sejak tadi. Awak tak perasan, kah?” Nadanya selamba. Aku naik marah.Geram betul bila ada budak lelaki tiba-tiba muncul di sebelah aku, pastu boleh pula buat muka selamba dia tu. Ish!

“Pergilah!” Raihana pantas ke meja Ain.

“Ele, tu pun nak marah-marah” katanya. Geram sungguh hatiku. Budak lelaki zaman sekarang memang gatal. Mujur sekolah lama aku dahulu sekolah khas untuk perempuan, kalau tak memang aku pun ikut gatal sekali.

“Ain, siapa budak tu?” tanya aku setelah budak lelaki itu pergi walau sebenarnya aku tak minat nak tahu.

“Nama dia Alif Akif. Kenapa? Awak minat dia ke?”

“Ish, tak de kerja saya! Muka dah la macam apa, gatal pula tu! Memang nak kena penumbuk saya tengok.” Aku terpaksa bohong. Tak dapat aku nafikan, wajahnya yang berkulit kuning langsat itu agak menarik perhatian.

“Kenapa? Ramai orang minat dia tau!” Ain terbenti seketika, lalu membisik sesuatu pada telinga aku, “termasuk saya juga.”

Aku buat bunyi seumpama mahu muntah. Namun, pura-pura.

“Ish awak ni, suka hati sayalah saya nak suka sesiapa pun.” Ain menarik muka masam.

“Saya bukan nak bantah, tapi kita kan masih kecil?”

“Apa-apa sajalah!” Ain buat nada merajuk. Namun, aku suka caranya mencebik. Comel! Tak payah buat ‘Gwiyomi’ pun tak apa.

Baru aku hendak membuka mulut, Cikgu Saufi memasuki bilik darjah.

Waktu persekolahan sudah tamat. Berduyun-duyun pelajar berlari keluar pagar sekolah. Ada yang terus menaiki kereta ibu bapa, ada juga yang ke gerai yang terdapat di luar sekolah. Aku bercadang hendak membeli air minuman namun hasratku terbatal apabila terlihat kereta merah Abah sedang menunggu di hadapan sekolah. Kelihatan Abah melambai-lambai ke arahku.

Tanpa berlengah, aku menaiki kereta Abah itu. Sebaik sahaja masuk ke perut kereta, aku bersalaman dengan Abah dan memeluknya. Rindunya aku pada Abah! Sudah seminggu kami tidak bersua.

“Macam mana sekolah baru, ok ke tak?” tanya Abah sambil memulakan pemanduan.

“Bolehla…..”

Abah terus meluncur keluar sekolah.

“Kita nak ke mana, Abah?”

“Pergi tempat kerja Abah.” Aku mengangguk-angguk. Aku tahu di mana tempat kerja Abah. Di Rumah Anak-Anak Yatim Mutiara! Sudah 4 tahun Abah menjadi pengurus rumah anak-anak yatim tersebut setelah Abah berhenti kerja di sebuah kedai perabot.

Keadaan menjadi sunyi seketika. Kini, Mama dan Abah tidak lagi tinggal sebumbung. Oleh itu, aku hanya berpeluang bertemu Abah pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Ini kerana Mama dan Abah…

Ya! Mereka sudah bercerai! Aku tidak tahu mengapa dan apa sebabnya, namun pada hari itu aku balik sekolah sahaja mereka sedang bergaduh. Esoknya, Mama membawa aku ke kampung nenek. Setelah sebulan tinggal di situ, aku dan Mama tinggal di sebuah rumah teres.

Aku benci setiap kali ada orang tanya aku tentang penceraian mama dan abah, malah, aku sendiri becikan diriku tatkala aku teringat kejadian tersebut! Pendek kata, penceraian Mama dan Abah adalah perkara yang paling dibenci aku!!! Mengapa Allah mengujiku sebegitu sedangkan aku masih kecil? Mengapa bukan orang lain? Mengapa aku?

“Hah, dah sampai pun.” Abah memberhentikan keretanya. Aku turun daripada kereta dan terus ke pejabat Abah. Aku memang suka berdiam diri di rumah anak yatim ini. Aku tak berminat nak berkawan dengan anak-anak yatim. Bukan benci, hanya tak minat.

Rumah Anak-anak Yatim Mutiara sebesar tiga buah rumah teres dua tingkat. Sebuah rumah untuk asrama perempuan dan sebuah lagi untuk asrama lelaki. Manakala sebuah lagi untuk asrama pekerja dan pejabat Abah.

Setelah menukar baju, aku menyiapkan kerja sekolah. Abah terpaksa keluar seketika menemui kawannya. Kerja sekolah hari ini taklah banyak sangat, BM satu karangan dan BI salin soalan di dalam buku teks. Selalunya, kerja sekolah aku berlambak tetapi hari ini kebanyakan guru-guru bermesyuarat.

Kerja sekolahku dibereskan dengan meniarap. Bukan apa, sejak dahulu lagi aku terbiasa buat kerja meniarap. Jangan cakap aku malas, aku dah terbiasa, nak buat macam mana, kan? Orang kata tak sopan buat kerja sekolah macam tu. Tapi aku biarkan je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience