Chapter 19

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 19

Rizal bangkit. Matanya terpisat-pisat bagaikan menikmati tidur yang cukup lena. Terperanjat dirinya apabila melihat Haji Latiff, dan Encik Basri sedang menghadapnya. Manakala Adhwa dan Nadzri berada di belakangnya. Haron cuma memerhati dari jauh.

"Kau okay ke?"

Rizal mengangguk bagi menjawab pertanyaan Haji Latiff. Kemudian, dia berasakan ada sesuatu di dalam genggaman tangannya. Dibuka genggaman.

"Serbuk apa tu? Mana cincin yang kamu sarung?" Encik Basri seolah musykil dengan apa yang berlaku.

"Pak Haji, Encik, semua... Kita kena ke kampus sekarang."

**

"Atuk, kenapa atuk muncul pulak ni?"

"Aku ada pesanan yang atuk lupa nak sampaikan pada ayah kamu..."

"Pesanan?" Andika mengangguk perlahan. Wajahnya masih mempamer senyum.

"Cincin ini, menyimpan saka. Pada titik hitam di tengah batu itu, punya darah saka itu. Gunakan darah ini untuk menghapuskan saka tu..." Andika menggenggam tangan Rizal selepas mengambil serbuk cincin itu. Kelihatan setitis darah beku.

"Dan kawan kamu itu menjadi waris secara paksa. Dan, jin yang ada di kawasan ini sangat menyukainya. Jadi, atuk mahu kamu cubalah menyelamatkan dia. Usahalah sebaiknya. Dan tawakkallah kepada Tuhan. Kerana kamu saja waris asal moyang kamu. Tuk Karim Surya. Jadi, cuma kamu saja yang boleh menghapuskan saka itu..." Rizal cuma mengangguk dan menundukan kepala.

"Tapi, kenapa saya?"

Kelibat Andika hilang di sebalik gelap. Di tangan Rizal ada serbuk hancur emas putih dan zamrud yang dimaksudkan. Kepalanya masih mencari kelibat atuknya.

"Tak kelakarlah, tuk. Main hilang-hilang."

**

Suasana kampus kucar-kacir apabila pejabat pentadbiran HEP tiba-tiba terbakar. Haji Kamal bagai hilang pedoman apabila segala dokumen penting yang banyak tidak dapat diselamatkan. Dia cuma mengharap ada salinan di dalam simpanan cloud. Nasib baik juga dokumen lama sebelum zamannya tidak ada di dalam bangunan itu. Kalau tak, mahu menjawab dengan pihak senat.

Satu jeritan muncul tidak jauh daripada pejabat pentadbiran. Seorang pelajar perempuan rebah. Haji Kamal berlari ke arah pelajar itu. Memanggil beberapa orang untuk tolongnya mengangkat pelajar itu ke masjid.

Semakin kelam kabut apabila ada pula pelajar lelaki yang kerasukan di kompleks sukan. Terlalu leka bermain mata dan kata, tiba-tiba kerasukan. Ustaz Fadhil juga menggeleng kepala. Di bawa pelajar itu ke tengah gelanggang futsal. Beberapa pelajar Islami mula menunjuk pandai bagai tahu. Semakin gawat suasana kerana pelajar lelaki itu bersilat dan mahu membelasah salah seorang pelajar Islami itu.

"Hahahahahaha!!!"

Bergema suara gelak-tawa di angkasa. Seram sejuk meresap ke dalam jiwa.

"Aku suka tengok kelam kabut begini! Hahahahaha!" Suara itu bergema lagi. Kemudian Surya muncul di titik tengah kampus, ataupun jika kampus itu sebuah rumah, di tiang sarinya. Dan titik tengah kampus ialah, blok C.

"Ya Allah!"

Gelap kawasan kampus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience