Hameed membawa mereka di sebuah taman di mana terletak ramai orang sedang berjalan..menikmati suasana nyaman pokok2 di situ..
HYDE PARK.
"Irsyad we have arrived..if you want anything or hungry you guys can just across the road there have cafe where you can buy them it's halal" terang Hameed sambil jari sibuk menunjukkan ke arah kedai kedai yang berderet di seberang jalan.
Irsyad juga turut mengangguk dengan apa yang diberitahu oleh Hameed.
Irsyad hanya berharap mereka dapat diberi masa untuk berdua..
"Alright..thank you Hameed..anything we just call you okay?"
"Have a nice day" Sambil melambai Hameed pun beredar..
Ellya dan Irsyad juga turut membalas lambaian Hameed tersebut.
Irsyad menoleh ke arah Ellya.
"Kita duduk kat sana nak?" Sambil mata menunjukkan ke arah kerusi kayu yang kosong di tepi pokok.
"Boleh juga. Tapi tekak mcm nak aiskrim lah." Akibat dari terpandang budak kecil yang lalu di depannya memegang aiskrim, terus terasa di tekak ingin aiskrim juga.
"Alright. Sayang duduk. Saya belikan eh. Nak flavor apa?" Memandangkan aiskrim kat sini tak sama dengan Malaysia, Irsyad bertanya. Mana lah tahu isterinya tu nakkan perisa lain dari lain.
"Strawberry & vanilla lah. Mix eh" seperti biasa. Aiskrim kesukaan Ellya pasti Strawberry.
"Ingatkan nak flavor lain..yelah bertukar rasa lah katakan.." sambil Irsyad masih tangannya tidak lekang mengurut tangan Ellya.
"Saya tetap anak jati Malaysia tau. Tetap orang kampung" tergelak Irsyad melihat gelagat Ellya yang cuba mengangkat tangan tanda dia benar2 anak jati.
"Haa yelah sayangku. Anak jati. Hahaha saya pergi beli jap. Tunggu tau" Irsyad berlalu meninggalkan Ellya di kerusi kayu tadi.
Ellya menikmati keindahan tempat tersebut dengan ramai kanak kanak yang berlari ada yang bawa bola, ada yang memegang aiskrim. Tipulah kalau dia langsung tidak terdetik untuk mempunyai anak..namun..dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Gelagat kanak kanak itu juga mencuit hati.
Ellya perasan akan seorang lelaki yang asyik memandangnya. Siapakah? Dia kenal ke?
Dari jauh lelaki itu mendekati..semakin dekat..jantung Ellya juga tidak keruan. Hendak lari, bagaimana kalau lelaki tersebut ada niat baik terhadapnya? Kakinya masih melekat di situ. Tetapi lelaki itu hanya memerhati, namun jarak mereka semakin dekat..
Lelaki itu juga cepat2 pergi jauh apabila ternampak Irsyad yang sedang mendekati dengan membawa 2 kon aiskrim.
Ellya terkedu.
'Siapa dia? Kenapa dia lari? Ah biar lah. Salah orang kot' Ellya cuba menyedapkan hati.
Irsyad lama memerhati isterinya yang termenung..sebelum menempatkan dirinya di sebelah isterinya..
"Amboi. Saya baru pergi beli aiskrim dah jauh termenung. Rindu ke" sambil menyuakan aiskrim ke arah Ellya.
Aiskrim disambut.
"Rindu lah. Setiap saat, setiap detik mesti teringat kat awak.." Ellya memeluk kemas lengan milik Irsyad.
"Amboii..dah pandai ayat2 romantik ni siapa ajar"
"Boyfriend baru saya"
"Huh? Saya tak sempat nak honeymoon dengan awak dah ada boyfriend dah. Sedihnya. Tapi mesti saya lagi handsome kan" sengaja memuji diri Irsyad cuba meriuhkan suasana.
"Eeee perasannya dia ni...yelah saya mana ada orang nak. Awak sorang je"
"Betul ni?"
"Betul sayang.." jawab Ellya lantas mendongak ke muka Irsyad.
Irsyad yang melihat muka Ellya tergelak apabila dia melihat ada kesan comot di tepi bibir isterinya.
"Eee kenapa gelakkan orang. Baru nak sweet" rajuk Ellya.
"Tak sayang. Comot tu. dia ni, kat rumah pun makan aiskrim comot sini saya lap" tangan sudah laju membersihkan kesan comot tadi.
"Hehehe sorry.." tersengih Ellya.
Sekali lagi Ellya merasakan ada yang memerhati.. disebalik pokok tidak jauh dari tempat mereka.. namun dia cuba untuk tidak pedulikan perkara tersebut.
Setelah habis aiskrim dimakan. Mereka mengambil keputusan untuk bersiar siar dikawasan itu.
"Sayang..awak happy tak kalau kita ada anak?" Soalan itu yang terkeluar dari mulut Ellya. Saat mereka jalan sambil berpelukan.
"Pasangan mana yang taknak anak sayang. Tapi saya percaya takdir Allah, rezeki Allah tu luas. Mungkin bukan sekarang. Tapi masa akan datang kan sayang?" Irsyad cuba menyedapkan hati isterinya, namun jauh disudut hatinya mengharapkan cahaya mata yang bakal melengkapi rumahtangga mereka.
"Saya akan kuat demi kita, awak sayang saya kan?" Kuat genggaman tangan Ellya kali ini, menandakan dia tekad untuk sembuh untuk bahagiakan Irsyad.
"Saya sayang awak sampai akhir nafas saya Ellya Arisya" dikucup ubun ubun milik isterinya. Sungguh dia tidak sanggup menduakan isterinya..dapatkah dia menyembunyikan hal yang masih berada di Malaysia.
__________________
Sebulan telah berlalu dengan sungguh pantas. Rawatan Ellya juga kembali seperti biasa..dengan kaunseling Doctor Thomas semakin kuat semangatnya..lagi2 apabila kebanyakkan pesakit Dr Thomas mampus memerangi kanser mereka.
"How are you today?" Soal Dr Thomas, sambil menyemak fail yang bertulis tentang progres Ellya.
"Feeling better Dr.." Ellya kali ini keseorangan kerana Irsyad ada perkara yang hendak di selesaikan berkaitan hal di Malaysia. Jadi dia tidak dapat menemani Ellya hari ini.
"Great.. next we were going to do radiotherapy. Have u eaten yet?" Soal Dr Thomas kerana muka Ellya saat lapar sangat lah mudah difahami oleh Dr.
"Not yet. I think that after the therapy i will go for eat. Why Dr?" Pelik juga Ellya, selalu Dr Thomas jarang bertanyakan tentang soal makanannya. Akibat dari tidak sempat untuk mengambil sarapan, Ellya hanya minum air sahaja. Ini pun perutnya sudah menyanyi, minta untuk di isi.
"I think you should eat first, then we proceed for the therapy. I can read ur face already Ellya.. hahaha" sempat Dr Thomas berjenaka.
Ellya sudah tidak mampu menjawab, hanya mampu menggaru kepala saat Dr bercakap tentang mukanya yang lepu bila tidak makan..
"Alright Dr, i go to the cafe. Then i come back here" perutnya perlu di isi cepat, segala macam roti sudah keluar di kepala nya.
"Sure"
"See you later" Ellya terus keluar dari bilik itu dan kakinya laju mengarah ke cafe. Teringat akan croissant di cafe Hospital ini sungguh sedap. Dari jauh matanya sudah terbuntang saat melihat croissant yang dia mahu baru di masak, panas2.
'Great! Okay ada chance ni nak beli lebih' tangan sudah menggapai dulang dan penyepit.
Sedang ralit menggapai croissant, seorang manusia melanggar bahunya..
Ellya menoleh..
"Can't you see me standing right over here?"
Nada suara nya juga bertukar. Iyelah siapa je yang tak marah saat perut sudah kebuluran mintak untuk diisi ada pula orang yang melanggar.
"Sorry..sorry.." kata lelaki itu dalam tergopoh gapah mengutip barang2 nya yang jatuh.
Ellya yang sempat melihat barang yang jatuh tadi. Ternampak akan gambarnya bersama suami di Hyde Park bulan lepas di tangan lelaki itu. Ingin dia membuka suara untuk bertanya lelaki itu terlebih dahulu menghilangkan diri.
'Kenapa dia ada gambar aku? Apa semua ni? Kebetulan? Tak mungkin. Ya Allah kau tunjukkan lah' sempat dia berdoa. Pelbagai kemusykilan terpancar di benak fikirannya. Kira kira 3 hari lalu dia mendapat mimpi buruk. Adakah mimpi buruk itu akan berlaku? Tak mungkin.
Seleranya juga sudah hilang. Baru nak ambil 2 keping croissant, lantas dia hanya mengambil satu sahaja.. sempat juga dia mencapai botol air mineral untuk diminum.
Dia duduk di sudut tepi cafe..fikirannya masih giat memikirkan akan kejadian tadi. Mengapa gambarnya berada di tangan lelaki itu.
Muka lelaki itu juga ditutup dengan topi. Jadi sukar untuk Ellya mengingati..akibat dari penyakitnya juga mungkin. Dia sukar untuk mengingati sesuatu benda.
TING TING! Telefonnya berbunyi. Dikeluarkan telefon dari poket bag.
Imessage dibuka.
Hubby??
" Sayang how's ur check up today? Everything okay? I miss u so much??"
Tersenyum dia melihat romantis mesej Irsyad itu. Ellya balas
"Belum start. Saya tak breakfast lagi tadi. So now kat cafe, after breakfast baru start radiotherapy"
Telefon di tutup. Dia segera menghabiskan makanan dan terus bergegas untuk ke bilik Dr Thomas semula.
Share this novel