Rate

BAB 4

Drama Completed 677

Semenjak kejadian hari tu, ukail menghilang. Kemana agaknya dia. Mungkin dia dah putus asa memikat hatiku. Sanggup kau ukail. Setelahku serahkan hatiku, kau tinggalkan aku. Esok aku akan pulang ke kampung kerana pernikahan aku akan berlangsung seminggu lagi. Selamat tinggal ukail. Terima kasih kerana meninggalkan luka yang belum tentu akan sembuh.

Orang pertama yang aku ketemui selepas pulang ke kampung adalah saidah, teman baikku. Aku meluahkan segala masalah yang kuhadapi. Tangisanku tidak dapat kuhentikan. Air mata mengalir bagaikan sungai. Au kecewa. Hatiku sakit. Hebat sungguh penanganmu, ukail hadif. Saidah menasihatkan aku agar melupakannya kerana tidak lama lagi aku bakal bernikah.

Hari yang bakal mengubah statusku telah menjelang. Inai merah yang melekat indah di jemari ku tatap lama. Lagi sejam gelaranku bakal berkukar. Puan zara luthfiyah. Saidah menemaniku sepanjangku di dalam bilik. Aku bangga ada sahabat seperti dia. Wahai zara luthfiyah, ingatlah engkau bahawa ukail itu hanya sejarah dan bakal suami itu adalah realiti. Belajarlah mencinta bakal suamimu dan lupakanlah ukail. Aku cuba untuk memaksa hatiku agar menerima hakikat. Mungkin memang bukan jodohku dengannya.
Apabila aku mendengar suara bising di luar, aku tahu bahawa aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah kukenali. Air mataku mengalir. Bukan air mata gembira, tetapi air mata kesedihan. Kecewa hatiku.

“assalamualaikum fie. Isteri yang kucintai.” Suara tu menggamit perasaanku untuk mendongak memandang suamiku. Air mataku menitis saat aku melihat wajahnya. Ukail hadif, suamiku. Aku tidak menyangka bahawa suamiku adalah ukail hadif, insan yang amatku cinta.

Air matanya mengalir tanpa henti. Kini air mata gembira. Ukail memujukku. Agak lama juga dia memujukku barulah aku berhenti menangis. Sadis sungguh suasana ketika itu. Selesai juga akhirnya majlis perkahwinan kami. Perasaan penat tidak dapat diluahkan. Selepas sahaja selesai mengemas barangan yang digunakan ketika majlis perkahwinan kami, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik air, aku melihat ukail sudah membaringkan dirinya. Mungkin kepenatan. Orang kaya mana pernah buat kerja berat macam ni. Kesian suamiku. Aku membangunkannya untuk menyuruhnya mandi agar kami boleh solat isyak secara berjemaah. Dia bangun dengan kaki yang terhuyung-hayang. Aku menggelengkan kepala melihat gelagatnya.
Selapas selesai mengerjakan solat isyak, ukail meggamitku agar duduk disisinya. Aku turuti kemahuannya walaupun perasaan malu mula berkampung di dalam diri.

“sayang, sayang ingat tak pasal kamera yang abang guna dulu?” tanyanya.

“ingat. Abang dah delete ke gambar-gambar tu?” tanyaku.

“emm. Abang dah delete semuanya.”

“kenapa?”

“sebab tak de benda yang menarik pun dalam kamera tu. Jadi abang buanglah.” Tak de yang menarik, habis gambar aku? Aku mula menjauhkan diriku. Tetapi ukail merapatiku.

“kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” tanyanya lebut.

“abang buanglah tu kan gambar fie?”

“taklah. Sebenarnya abang tak ambil pun gambar fie. Saja je waktu tu.” Ujarnya sambil ketawa. Bulat mataku memandangnya. Dia mempermainkan aku rupa-rupanya. Sabar je lah.

Malam tu kami habisi dengan bercerita. Aku bertanya kepanya kenapa dia meninggalkan aku. Emm, katanya sebab dia kena uruskan projek dekat london. Sekali lagi aku tertipu. Rupa-rupanya dia tu bukan pelajar U tapi mengaku sebagai pelajar untuk mendekatiku. Tak kusangka suamiku ni seorang yang nakal. Sayang, abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience