Ermm..Nanti Irah datanglah lagi ke sini..Nak tido sini pon takpa. Teman Bonda. Bonda bosan tak ada partner nak berbual. Ada Munirah bolehlah hilangkan rasa bosan ni. Maklumlah sudah tua..perlukan perhatian daripada anak-anak..tak ada anak perempuan pula tu. Nasiblah dapat menantu macam Irah dan Wirda. Bolehlah bonda menumpang kasih. Kata Bonda sambil memimpin tangan Munirah berjalan ke pintu hadapan. Rajin saja Munirah datang melawat bonda selalu sambil membawa segala buah tangan masakannya ke sini untuk bonda. Bonda rasa senang hubungan baik dengan Munirah masih seperti biasa walaupun hubungan Munirah dan Azhar masih belum pulih lagi. Mungkin keduanya masih memerlukan sedikit waktu lagi untuk menerima baik semua ujian yg telah berlaku itu. Mengambil iktibar atas apa yg telah berlaku ke atas mereka berdua.
Hmm..maaflah Irah tak boleh lama di sini..Esok Irah ada appointment dengan doktor. Inshallah kalau boleh nak terus buat imbasan ultrasound..kalau nampaklah nanti gender. Kalau ada masa nanti..Irah datang lagi. Ujar Munirah sambil mengusap lembut bahu Bonda. Rasa bersalah pula dia melihat bonda berharap begini kepadanya. Layanan mesra bonda tidak pernah kurang untuknya. Selalu saja bertanya khabar setiap hari. Mengambil tahu tentang perkembangan dirinya dari dulu hingga sekarang. Sedikit pun bonda tidak pernah membenci dirinya. Bonda selalu saja menerima baik dan buruk dirinya ini.
Yeke?? Irah pergi dengan siapa nanti? Nak bonda teman?? Ya Allah..tak sabarnya bonda nak tahu baby girl ke boy nanti. Mesti walid juga suka bila dapat tahu nanti. Bukan main seronok tau walid tahu Munirah hamil. Nak timbang cucu sulung katanya. Wirda pula cucu kedua nanti. Syukur sangat Allah swt beri rezeki kepada keluarga kita dalam keadaan begini. Dua cahaya mata sekali gus. Inilah erti kesabaran orang kata. Terima kasih Irah..Bonda tumpang bahagia untuk kamu dan Azhar. Kata Bonda lagi tak lepas dari mencium kedua belah pipi Munirah. Seronok hatinya rasa mendapat berita gembira seperti ini. Tidak lama lagi mereka akan merasa ada cucu juga. Sudah lama mereka menanti saat ini.
Ermm..Alhamdulilah. Irah akan pergi dengan..Belum sempat Munirah habis bercakap ada sebuah kereta masuk ke dalam perkalangan rumah bonda. Munirah seperti kenal saja milik kereta itu. Matanya terus terbutang luas apabila melihat empunya kereta itu. Tidak semenanya Munirah sudah gelabah tidak tentu hala di situ.
Bonda!! Bonda!! itu kereta Abang!! ..Irah nak buat macam mana ni?!! Gelabah Munirah sudah berjalan masuk ke dalam semula. Dia tidak boleh berjumpa Azhar sekarang. Bukan keadaan seperti ini dia mahu berjumpa dengan Azhar. Azhar juga tidak pernah bertanya tentang khabarnya selama ini. Hati Munirah masih lagi terasa sakit dengan segala tindakan Azhar yg lepas.
Munirah..Munirah..sekejap...ikut bonda..kita ke bilik Mak Nah dulu. Kamu duduk di sana. Kata Bonda cuba tenangkan keadaan Munirah sekarang. Takut Bonda melihat keadaan Munirah seperti ini. Bonda faham yg Munirah masih belum bersedia untuk bertemu dengan Azhar lagi dalam keadaan begini. Dia sebagai ibu mertua akan hormat keputusan Munirah ini. Biarlah Munirah mengambil waktu sedikit lagi untuk memulihkan keadaannya dahulu. Ini semua demi kandungannya juga. Mereka berdua terus bergegas pergi ke ruang dapur yg menempatkan bilik Mak Nah.
Fuhh..penatnya drive 5 jam uiii dari Melaka. Habis remuk pinggang rasa..kalau tidak bukan fail yg tertinggal tu mana mungkin aku akan pulang ke sini..Hurmm..Coletan Azhar sendiri lalu melangkah keluar dari keretanya. Di pusing badannya beberapa kali sebelum berjalan ke pintu hadapan. Azhar memerhati sejenak ruang di sekitar rumah walidnya ini. Tidak ubah seperti 2 bulan yg lepas. Yg ubah hanya dirinya saja. Membawa diri entah ke mana.
'Ehh..Macam kenal kasut ni...inikan..kasut Munirah?? Munirah datang ke sini?? Tapi..tak ada kereta pula. Dia datang dengan grab ke?' Nguman Azhar seketika sambil melihat sekelilingnya jika benar Munirah datang ke sini. Tidak semenanya hatinya mula berdegup kencang. Rasa rindunya mula bermain di benak hati. Azhar menelan payah air liurnya. Dengan bacaan bismilah Azhar ucap salam menunggu siapa yg datang mnyambutnya pulang hari ini.
"Assalamualaikum.."
"Assalamualaikum....."
"Assalamualaikum.......Bonda..ooo bonda?"
Ucap Azhar banyak kali apabila tiada sayutan yg menyambutnya pulang. Hairan juga rasa seolah tiada penghuni di dalam rumah ini. Tanpa membuang masa lagi, Azhar pun melangkah kaki kanan masuk ke dalam rumah. Matanya melilau melihat keadaan di sekelilingnya ruang tamu. Masih tiada kelibat bonda dan Munirah di sini. Firasat Azhar masih kuat yg mengatakan Munirah masih berada di sini. Azhar segera berjalan pergi ke atas dahulu untuk mencari bonda. Mungkin mereka sedang berada di ruang atas. Segera dia melangkah jauh anak tangga itu. Jantungnya berdedup kencang sekali untuk ketemu dengan Munirah. Walaupun bukan keadaan begini yg ia mahukan tetapi apa salahnya dia berjumpa dengan Munirah juga. Perasaan rindunya akan Munirah tidak dapat dibendung lagi. Azhar boleh jadi gila bayang Munirah selamanya.
Bonda..Irah minta tolong bonda sangat untuk kali ini saja..Tolong Irah..Tolong cover Irah tiada di sini. Irah..Irah belum bersedia untuk berjumpa dengan abang lagi..Irah perlukan masa lagi..Tolong Bonda..Irah merayu sangat. Kata Munirah sudah dalam keadaan takut. Badannya mengigil saja sejak dari tadi lagi. Dirinya tidak ubah seperti baru nampak kelibat hantu saja. Kelopak mata Munirah sudah berkaca. Bila-bila masa saja air mata itu akan tumpah juga di pipinya.
Bbaiklah..kamu tunggu di dalam saja..Bonda akan rahsia semua ini daripada Azhar. Irah jangan risau..jangan stress lagi. Pergilah duduk dulu di atas katil katil Mak Nah. Nanti bonda minta Mak Nah temankan kamu di sini. Ujar Bonda sayu saja percakapannya itu terhadap Munirah. Bonda rasa tidak gamak melihat keadaan Munirah takut seperti ini. Bonda faham apa yg Munirah rasa sekarang. Bukan mudah untuk ketemu dengan Azhar semula. Dia perlukan lebih masa lagi untuk menerima perkara yg lepas dengan hati yg terbuka. Munirah terus mengangguk tanda faham. Perlahan-lahan bonda menutup lembut pintu bilik Mak Nah. Bonda tidak menyangka akan melalui situasi ini sendiri di depan matanya. Melindungi Munirah daripada Azhar. Bukan ini yg ia mahukan tetapi keadaan Munirah memang tidak mengizinkannya membuat satu keputusan. Mahu tidak mahu bonda tetap kena akur dengan keputusan Munirah.
Aduh...mana perginya bonda ni..kelibat Munirah pun tak de di sini..Jangan kata yg mereka sudah hilangkan diri selepas nampak kelibat kereta aku tadi..Tapi ke mana? Berleter Azhar sendiri sambil berjalan menuruni anak tangga. Matanya masih lagi melilau mencari susuk tubuh mereka berdua.
Haa...Muhd Azhar. Baru sekarang kamu ingat jalan pulang ke rumah. Ke mana kamu pergi selama 2 bulan lebih ni? Seronok sangat ke merantau sampai lupa tanggungjawab kamu sendiri. Bersuara Hajah Fazilah apabila keluar dari ruang dapur dan terserempak dengan Azhar selepas menuruni anak tangga terakhir. Atas,bawah sahaja pandangan bonda melihat anak terunanya itu. Tubuh sudah kurus kering seperti mati pucuk saja.
Ehh, Bonda..Assalamualaikum..Bonda sihat? Maaflah Azhar tak balik beberapa bulan ni..Azhar sibuk sikit. Bukan bonda tak tahu Azhar kerja lama balik dekat IPTA tu. Mana ada Azhar lupa diri..Merapu saja bonda ni. Jawab Azhar selepas mengucup lembut tangan bonda.
Senyuman riang diberikan kepada bonda yg sudah seperti cacing kepanasan itu. Azhar pekakkan telinga saja ayat perli dari bondanya. Azhar masih lagi hormat bonda kerana faham bonda masih marahkan dirinya. Sedikit pun dia tidak ambil hati apa yg bonda leterkan kepadanya. Asalkan leteran itu membuatkan dirinya tidak lupa diri dan tanggungjawabnya selama ini. Azhar syukur keluarganya masih lagi menasihati kekurangan dirinya ini. Mereka tidak pernah lupakan dirinya. Mata Azhar masih lagi melilau mencari susuk tubuh Munirah jika dia berada di ruang dapur.
Ermm...waalaikumussalam..Haa..Mata tu melilau cari sapa? Tanya bonda selepas melihat Azhar seakan dapat tangkap sesuatu saja. Sengaja dia bertanya Azhar soalan seperti ini. Bonda mahu melihat sejauh mana Azhar dapat menghidu keberadaan Munirah di sini. Bonda terus berjalan ke arah sofa dan melabuhkan dirinya di situ. Dibiarkan saja gerak-geri pelik Azhar yg masih kaku dan menggaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu.
Arr..bonda..bonda sorang je ke? mana...mana Tergagap-gagap Azhar mahu bertanya soalan itu kepada Bonda. Dia cuba mengawal nadi suaranya itu agar bonda tidak fikir bukan-bukan lagi.
Mana apa ni Azhar?? Mak Nah?? Mak Nah ada saja di dalam biliknya. Dah kenapa kamu tanya soalan merapu ni? Dalam rumah ni.. Bonda nak tinggal dengan siapa kalau bukan dengan Mak Nah kau je. Haisshh semakin pelik perangai anak aku ni..Kamu ambil pil ke Muhd Azhar? Kata Bonda tegasnya soalan berbalas soalan dengan Azhar. Sengaja dia berkata begitu agar Azhar tidak fikirkan tentang Munirah. Pada masa yg sama Bonda cuba mengawal nadi suaranya juga. Bonda tidak pandai berbohong dalam bab ini. Hanya dengam merapu saja dia boleh 'coverline' pasal Munirah berada di sini.
Apa pula pasal Mak Nah ni..Sejak bila pula Azhar hisap dadah. Azhar cikgu Bonda..Cikgu. Azhar nak tanya...Munirah ada di sini ke?? Dekat depan ada kasut Munirah. Azhar kenal sangat dengan semua barang milik Munirah. Mana Munirah..dekat ruang belakang ke?? Soal Azhar semula. Sudah pening dengan jawapan bonda ini. Sekarang, dia hanya mahu berjumpa dengan Munirah saja. Walau apa jua keadaan sekali pun akan berlaku nanti, Azhar tetap mahu berjumpa dengan Munirah sekarang.
Ehh..ehh nak ke mana tu?? Dah..jangan buang masa kamu nak pergi geladah satu rumah ni cari Munirah. Kamu sudah lupa ke Azhar yg kamu yg halau dia dari sini? Kamu yg lepaskan dia pergi?? Jadi..dah kenapa Munirah perlu berada di sini? Datang ke sini? Apa hak yg dia ada?? Itu kasut kakak ipar kamu..Wirda. Dia keluar dengan Azfar tadi. Ingat satu Malaysia ni..Munirah saja ke pakai kasut macam tu?? Sudahlah Azhar..duduk sekejap bonda nak cakap dengan kamu sikit..lepas ni kamu nak bawa diri lagi..pergilah. Bonda tak kisah. Balas Bonda panjang lebarnya kepada Azhar. Geram saja dia melihat perangai meroyan Azhar sudah seperti kehilangan bini itu. Baru sekarang tahu rindukan isteri. Baru sekarang mahu berjumpa dengan isteri. Selama ini, isteri ada di depan mata tidak kisah pula. Bonda rasa macam nak hempuk saja kepala Azhar. Nasib Azhar ini anaknya, kalau menantu sudah lama Azhar makan penamparnya. Hajah Fazilah menepuk lembut dadanya. Dia perlu bersabar dahulu dengan semua ini. Tidak semenanya terkena serangan jantung pula kali ini.
Azhar tahulah semua itu..cuma..Entahlah..tak tahu nak cakap macam mana..Ujar Azhar sudah mati kata di situ. Hatinya mula rasa berbelah bagi untuk berterus terang dengan bondanya sendiri. Azhar terus melabuhkan dirinya di atas sofa. Rasa pening saja kepalanya menangkap setiap baris leteran bonda itu. Kepalanya masih teringatkan tentang diri Munirah. Hancur perasaannya bila dapat tahu kasut itu milik Wirda dan bukannya Munirah. Mati-mati tadi dia ingat akan bertemu Munira juga. Benda pertama yg dia akan lakukan bila berjumpa dengan Munirah adalah dengan satu pelukan. Itu saja yg dia mahu lakukan. Tiada kata yg mampu ungkapkan selain satu pelukan itu saja. Rasa rindunya tidak boleh dipendam lagi. Hatinya ini boleh saja meletus bila-bila masa saja.
Kenapa Azhar?? Baru sekarang kamu rasa rindu pada Munirah? Kamu rasa tersiksa menyimpan rasa sayang dan rindu ini lama di benak lubuk hati kamu? Baru sekarang ke Azhar? Jadi, berapa lama agaknya Munirah menyimpan semua perasaan itu terhadap kamu? Agak-agak dirinya tersiksa juga tak? Bonda malas ank ceramah panjang Azhar. Kamu sudah besar panjang. Kamu pernah beberapa kali menunaikan Umrah. Ilmu agama yg bonda dan walid terapkan dalam diri kamu sudah mencukupi. Kamu sudah boleh berfikir semua ini. Jadikan kisah-kisah nabi terdahulu sebagai rujukan kita. Azhar, hati perempuan bersifat lemah. Sekali kamu terguriskan hatinya, tidak mudah untuk menyatukannya kembali. Hawa tercipta dari tulang rusuk nabi Adam. Kami wanita, memerlukan kekuatan daripada suami yg masih setia hingga sekarang. Fikirlah Azhar..sampai bila kamu mahu teruskan hubungan seperti ini. Kalau kamu sayangkan Munirah kamu tak akan siksa perasaannya seperti ini. Nasihat Hajah Fazilah dekat anak keduanya ini. Tegas saja setiap bibit biacaranya ini terhadap Azhar. Bonda mengurut lembut dahinya. Tetiba saja kepalanya mula terasa pening. Mungkin terlalu kerap terkejut barangkali dalam bulan ini saja. Kesihatan Bonda masih lagi tidak mengizinkan dalam melalui keadaan seperti ini lagi.
Hmm..Azhar faham bonda..rasa laparlah pula..belum makan sejak datang ke sini lagi. Mak Nah ada di dalam bilik kan? Azhar nak panggil sekejap. Nak suruh dia buatkan kopi. Balas Azhar mengangguk faham saja ceramah bonda itu. Dia tidak mampu membalas lagi kuasa veto milik bondanya. Tetapi Azhar buat tidak series saja hal ini. Azhar tidak mahu bondanya kembali sakit. Jadi biarlah dirinya seolah bodoh dan suka bermain saja tapi pada masa yg sama dia akan memikirkan kembali nasihat bonda ini. Ada kala baik untuk dirinya juga. Azhar terus bangun pergi ke ruang dapur. Tujuannya adalah untuk pergi ke bilik Mak Nah.
Azhar..Azhar..tunggu bonda belum habis bercakap lagi ni !!Panggil Bonda banyak kali tetapi Azhar tidak mengendahkannya pun. Segera dia berjalan mendekati bilik Mak Nah. Bonda sudah tidak duduk senang ketika itu. Segera dia bangun dan pergi ke arah Azhar juga. Tidak semenanya nanti akan berlaku pergaduhan besar Azhar dengan Munirah. Bonda tidak mahu perkara ini berulang lagi.
Mak Nah..ooo..Mak Nah...panggil Azhar sambil berjalan menuju ke bilik Mak Nah. Satu senyuman terus terukir di wajahnya. Tidak sabar dia mahu merasa air kopi bancuhan Mak Nah. Hanya bancuhan itu saja kena dengan cita rasanya. Dari kecil lagi memang Azhar sudah rapat dengan Mak Nah. Mak Nah sudah seperti ibu keduanya di dalam rumah ini. Azhar tidak pernah menganggap Mak Nah seperti orang gajinya pun. Mak Nah juga ahli keluarganya di dalam rumah ini.
Munirah sudah tidak duduk senang apabila mendengar suara Azhar sudah hendak sampai ke sini. Gelabah Munirah tidak tentu pasal di situ. Mak Nah juga memikirkan cara untuk sembunyikan diri Munirah dahulu daripada pengetahuan Azhar. Perkara ini lebih mustahak sekarang. Tergopoh-gapah mereka berdua memikirkan caranya. Tiba-tiba..
"Assalamualaikum..Mak Nah."
Share this novel