And I Love You Too 3

Short Story Series 2771

19hb. Okt 2001, Jumaat.

Aku memandang Zunnun yang tengah seronok berkejaran dengan kawan – kawannya di tengah gelanggang bola tampar. Aku tak tahu virus apa yang menjalar dalam salur otak aku, tapi aku suka tengok Zunnun bila dia bermain. Macam kanak – kanak yang dapat bola. Sesekali terdengar jerit pekik dan gelak tawa mereka bergema dalam gelanggang.

“ Ain, kau tunggu aku?” Makaih… terkujat aku. Mamat ni memang tak reti bagi salam agaknya.

“ Wa’alaikumsalam…. Tak la. Aku dengar bunyi bising sampai ke library, jadi aku turun nak bagi hukuman. Tak reti bahasa ke? Kan orang lain nak study, hormat la sket. Minggu depan kan dah nak start PMR.” Zunnun ketawa besar. Sampai buat aku rasa nak terajang aje budak ni. Nasib baik aku pakai baju kurung.

“ Jom main sekali….” Zunnun dah tarik tangan aku. Selamba badak aje mamat ni. Kawan – kawan dia dah bersiul-siul. Aku cepat – cepat tarik tangan aku balik.

“ Beragak sikit bleh? Aku nak main pakai baju kurung ke?” Zunnun tersengih.

“ Alah, setakat pukul bola, bukan suruh berlari satu padang. Bagi keluar peluh sikit. Takde la terperap dengan buku aje.” Wa’ala…. Memang selamba tahap tak ingat la dia ni. Memang aku dengan Zunnun dah mula berbaik. Tapi soal hati tolak ke tepi. Aku muda lagi. Tapi aku mengaku, aku betul – betul senang berkawan dengan Zunnun.

“ Tak payah la. Aku sayang lemak aku.” Zunnun dah gelak besar. Macam firaun pun ade.

“ Ha’ah. Nanti kalau kau kurus, kau dah tak comel.” Ei… geramnyer. Aku ingat nak usik dia, aku jugak yang terkena ballik. Benci betul aku.

14.hb Feb. 2002, Khamis.

“ Happy Valentine’s Day.” Pagi – pagi lagi aku dah dikejutkan dengan coklat Cadbury. Macam tau – tau aje tu memang kegemaran aku. Aku sambut aje rezeki depan mata.

“ Bahagian kau dah dapat, bahagian aku mana?” Pertanyaan Zunnun membuatkan aku tersengih. Sambil – sambil itu, tangan aku dah laju dah mengoyak pembalut coklat. Hari masih gelab. Yela, aku antara insan yang sampai awal ke sekolah sebelum matahari terbit.

“ alah… Aku tak payah bagi la. Bahagian kau banyak nanti. Tunggu aje peminat – peminat kau yang dari setiap peringkat umur tu bagi kat kau sat lagi.” Aku tersengih keji sambil mengulum cklat ditangan. Aku lihat wajah Zunnun seakan kecewa. Aku ketawa besar. Comel la pulak mamat ni.

“ Nah…” Aku mematahkan coklat lalu duhulur pada Zunnun. Zunnun tersenyum hambar. Namun, coklat tetap disambut.

“ Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila.” Ucapan Zunnun buat aku terpinga – pinga. Sudah la aku ni jenis yang lembab.

“ Kenapa?” Zunnun hanya tersenyum. Kemudian kepala digeleng perlahan. Dia tak pandang aku. Aku tak pasti apa yang dia pandang . tapi pandangan itu terlalu sukar untuk aku yang lampi ini untuk faham.

“ Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?” Mana mungkin aku lupa hari itu. Aku pandang Zunnun. Yang pasti aku meminta kepastian pada persoalan yan dia timbulkan.

“ Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama.” Eik? Mamat ni kenapa? Aku memang tahu hari ini hari untuk ber’kasih’an. Tapi kenapa pula tiba-tiba? Aku baru aje ringan mulut nak bertanya, Zunnun dah bangun, tinggalkan aku termangu-mangu sorang – sorang.

14. Feb. 2009, Sabtu

Aku tutup diari berkulit hitam setebal 700 muka surat itu. Biarpun diari itu sudah menemani aku hampir sepuluh tahun semenjak di tingkatan 1 lagi, belum separuh pun tertulis. Aku Cuma menulis perkara yang penting saja. Sekeping gambar yang terselit dalam helaian diari itu aku tarik. Wajah yang tersenyum itu turut buat aku tersenyum. Macam mana agaknya dia sekarang? Dimana dia sekarang? Zunnun Lutfi. Nama itu kembali meniti di bibir aku.

Sejak Valentine itu, kini, sudah 7 tahun berlalu. Kenangan itu masih kukuh terpahat dalam sanubariku. Dia, kawan aku yang pertama. Dia, sahabat au yang pertama. Helaian diari aku selak lagi. Pembalut coklat Cadbury Hazelnuts itu aku belek. Sudah lunyai. Mungkin kerana sudah 7 tahun dia menemani aku. Mungkin juga saban tahun pada hari ini aku membeleknya.

Aku tahu, perkara yang bak dalam hidup kita tak kan berkekalan. Aku masih terbayang – banyang raut wajah Zunnun pada hari itu. Masih terngiang – ngiang kata – katanya pagi itu.

“ Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila.”

“ Kenapa?”

“ Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?”

“ Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama.”

Kesilapan yang paling besar pada masa itu adalah kebodohan aku. Kesilapan aku tak dapat mengagak kemungkinan ini. Kesilapan aku tak perasan perubahan sikapnya. Kesilapan aku sendiri kerana tidak berterus terang dengan dia tentang perasaan aku. Bila dikenang kembali, biarpun masa berlalu pantas, biar kawan bertali arus, biar teman silih berganti, biar cinta dating dan pergi, kenangan aku dengan Zunnun betul – betul membuatkan air mata seorang Zunnurain Syifa menjadi teramat murah, mengalir laju menuruni pipi jatuh ke bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience