Bab 105

Romance Completed 78329

Beberapa bulan kemudian…

“Luq? Luq nak pergi mana malam-malam macam ni?” Ungku Maria bertanya bila melihat kelibat anaknya yang hendak keluar dari rumah. Nak lepak dengan kawan-kawan dia ke? Tapi, dah lama sebenarnya anaknya tak keluar lepak dengan kawan-kawan dia sama ada Fahim, Idham ataupun Taufiq sejak Gia pergi tinggalkan dia.

Sejak dari itu jugak dia perasan anaknya dah banyak berubah. Jadi pendiam dan lebih suka terperuk dalam bilik. Nak makan pun kadang-kadang nak kadang-kadang tak nak. Bila ditanya nak makan ke tak, dia asyik tanya Gia dah balik ke belum. Kalau Gia dah balik, dia akan makan sekali dengan Gia.

Hati seorang ibu mana yang tak sedih dengan keadaan anaknya yang sekarang ni. Serupa orang hilang arah dan dah tak seceria yang dulu. Tujuan utama dia pun hanya Gia. Tak ada nama lain yang ditunggu anaknya. Tapi, bila anaknya nak keluar rumah malam ni, hatinya tiba-tiba saja rasa tak sedap hati.

“Luq nak keluar ambik angin kejap. Bosan jugak duduk dalam bilik je. Kenapa ma? Mama ada nak kirim apa-apa ke?”

“Tak ada apa-apa. Tak apalah…Luq keluarlah. Tapi, bawak kereta tu hati-hati. Dah malam ni.”

“Ok ma…” Luqman keluar dari rumah dan menuju ke keretanya.

Ungku Maria pula sekadar melihat dari rumah. Jujur hatinya terasa berat nak lepaskan anaknya pergi tapi apa boleh buat? Kalau dibiarkan anaknya terperap dalam rumah pun tak elok jugak. Sekurang-kurangnya ambil udara luar ok jugak.

DARI tadi Gia asyik tak senang duduk. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak tenang semacam. Perutnya yang membesar diusap perlahan. Rasa gusar pada hatinya masih lagi tak hilang. Tetap rasa tak tenang dan berdebar. Ya Allah…dah kenapa pulak malam ni tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak ni? Ada benda buruk yang bakal terjadi ke? Aku harap semua baik-baik saja ya Allah.

Baby dalam perut pun menendang kuat. Banyak kali jugak baby menendang. Ada petanda sesuatu ke ni? Sumpah hati aku masih lagi tak tenang. Gia perlahan bangun dari katilnya dan berjalan menuju ke balkoni. Memandang langit malam yang gelap. Gelap semacam je. Maybe nak hujan kot.

Tiba-tiba saja fikirannya melayang terfikirkan keadaan Luqman. Dah berapa lama dia tak berhubungan dengan Luqman. Luqman pernah whatsapp dan call dia tapi tak pernah satu pun dia layan. Luqman pernah jugak chat aku dekat Line tapi aku macam biasa. Buat bodoh. Hanya seen saja.

Tapi kali ni dia betul-betul tergerak hati untuk chat dengan Luqman. Dia kembali ke katil dan mencapai telefonnya. Lama whatsapp dibuka. Status Luqman masih lagi offline. Last seen dia beberapa minit yang lepas. Gia menaip sesuatu kepada Luqman.

Gia: Assalamualaikum Luqman…awak apa khabar?

Chatnya hanya naik satu tick. Maknanya Luqman off data. Tak apalah…kejap lagi kot dia buka data? Gia sabar menunggu balasan chat dari Luqman tapi nampak macam tak ada tanda-tanda yang Luqman akan balas chatnya.

Sementara tunggu Luqman balas chat aku, ada baiknya aku pergi ambik wuduk dan solat dulu. Manalah tahu nanti dia balas chat aku. Tak ada lah aku tertunggu-tunggu sangat. Gia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selepas mengambil wuduk, dia segera mendirikan solat Isyak.

Selesai menunaikan solat Isyak, Gia kembali memandang telefonnya. Masih tak ada balasan dan chatnya tetap dengan satu tick. Luqman ke mana sebenarnya? Selalunya Luqman akan balas chat cepat tapi ini? Dah lama sangat.

Baru saja dia nak hantar satu lagi chat pada Luqman, ada panggilan masuk. Panggilan dari Kristine. Gia pantas menjawab panggilan dari Kristine.

“Hello Kris?”

“Hello Gia! Kau ada dengar apa-apa berita tak?” Suara Kristine kedengaran agak cemas.

“Hah? Berita apa? Kenapa? Vi sakit ke?” Sekarang dia pun naik cemas jugak.

“Tak. Bukan pasal Vi tapi pasal suami kau. Luqman!”

“Hah?! Luqman?! Kenapa dengan Luqman?! Dia kenapa Kris?! Bagitahu aku!” Patutlah chat aku tak dibalas.
Rupanya ada benda yang jadi dekat suami aku.

“Aku dapat call dari Vi yang ibu bagitahu dekat dia Luqman accident. Sekarang ni ibu dengan family Luqman ada dekat hospital. Tunggu keputusan dari doktor. Luqman masuk emergency room. Mama Luqman bagitahu ibu yang keadaan Luqman tadi teruk jugak. Kereta remuk habis sebab accident dengan lori. Luqman tak sempat nak break.”

Ya Allah…patutlah aku rasa tak sedap hati je tadi. Rupanya inilah petunjuknya. Air matanya tumpah juga.

“Kris…aku nak balik sekarang!”

“Gia! Kau nak balik macam mana? Sekarang ni dah malam! Bahaya dengan keadaan kau yang tengah mengandung! Dahtu kau kena ada surat pengesahan dari doktor pulak sebelum naik flight nanti.”

“Aku tak boleh tunggu lagi Kris!”

“Ye! Aku faham kau risaukan Luqman tapi kau kena fikir jugak keadaan kau. Kau bukannya nak travel sorang-sorang macam dulu lagi Gia. Kau sekarang berbadan dua. Kau bawak bertenang dulu. Vi bagitahu aku yang dia akan inform dekat kau terus bila ibu call dia bagitahu pasal Luqman. Ok? Dah…jangan rushing dan buat benda yang boleh jejaskan kau dan kandungan kau.”

“Ok…aku akan settle semua esok. Kalau flight esok ada,
aku akan terus balik.”

“Ok but take care of yourself. Good night…” Panggilan diputuskan oleh Kristine.

Gia memandang telefonnya. Rasa macam tak percaya dalam sekelip mata sahaja dia dapat berita yang suaminya kemalangan dengan lori. Aku tak kira…aku kena jugak balik esok. Settlekan apa yang patut sebelum fly balik ke Kuala Lumpur.

“MAR…sudah-sudahlah tu menangis. InsyaAllah Luqman takkan apa-apa. Saya yakin yang Luqman tu kuat orangnya,” pujuk Puan Aminah. Dari tadi lagi Ungku Maria berendam air mata. Sama juga dengan Zarina dan Zahirah.

“Apa-apa pun saya takut Nah. Hati ni saya tak sedap.”

“Jangan fikir macam-macam. Apa yang penting kita doakan untuk keselamatan Luqman. InsyaAllah Luqman akan pulih dan tak ada kecederaan yang serius.”

“Sekarang ni mana Gia? Takkan lama sangat merajuk dengan Luqman sampaikan suami sendiri kemalangan pun tak nak datang jenguk?” Zarina bersuara agak sinis. Tak puas hati bila adik iparnya itu tak ada disaat-saat genting macam ni.

Isteri apa macam tu? Kira nak larikan diri dari masalah! Gerutu hati Zarina.

“Awak…apa pulak cakap macam tu? Awak tahukan hubungan Gia dengan Luqman sebelum ni macam mana? Kita tak boleh nak salahkan seratus peratus ke atas Gia. Gia jadi macam ni pun sebab Luqman.” Hakim cuba pertahankan Gia. Tak boleh nak beratkan sebelah juga.

“Yelah! Itu saya tahulah bang! Yang jadi masalahnya dia tu isteri! Isteri sepatutnya ada di sisi suami tak kiralah baik buruk macam mana sekalipun!” Zarina masih lagi menjawab.

“Kalau abang jadi macam Luqman, marah awak tak ketahuan hala, tuduh awak macam-macam tanpa usul periksa dan buang awak macam kucing kurap dari dalam hidup abang sedangkan jadi suami isteri tak sampai pun dua puluh empat jam, apa yang awak rasa?” Bukannya dia nak menangkan Gia tapi dia cakap dari sudut apa yang dia nampak dan faham dengan keadaan Gia.

Zarina terdiam bila dibahas oleh suaminya. Kalau aku, aku pun merajuk. Entah-entah tak nak pun jumpa.

Hah tahu pun!

“Tadi ibu dah call Vitalika dan bagitahu pasal ni. Ibu mintak dia sampaikan jugak pada Gia. Tak tahulah Gia nak balik ke tak.” Sampuk Puan Aminah. Apa yang dia harap Gia baliklah ke pangkuan Luqman dan tak larikan diri macam dulu lagi.

“Tak apalah Nah…saya tahu bukan mudah untuk Gia terima semua ni. Apatah lagi apa yang Luq dah buat. Saya tak marahkan Gia kalau dia tak balik jenguk Luqman.” Tutur Ungku Maria dengan nada suara seraknya.

SELESAI urusannya untuk dapatkan surat pengesahan doktor sebelum fly pulang ke Kuala Lumpur, dia segera pulang ke rumah untuk mengemaskan pakaiannya. Tadi dia dah pun tempah tiket flight guna apps. Untung saja tiket masih lagi ada. Dia masih lagi ada lebih kurang dua jam sebelum flight berlepas. Sempatlah aku nak kemas apa yang patut sebelum bertolak ke airport.

“Gia? Sure ke ni boleh balik sorang-sorang?” Tanya Madam Rova dengan suaranya risau.

“Betul tu Gia. Kalau kau tak boleh nak balik sorang-sorang, aku akan temankan kau.”

“Tak apa Lisa. Aku dah biasa fly sorang-sorang aku. Aku yakin aku boleh. Thank you,” bajunya dilipat satu-persatu dan dimasukkan ke dalam bagasinya. Sikit je lagi dan siap.

“Apa-apa pun Gia take care ok? Ingat, Gia tengah mengandung sekarang.”

“Baik auntie.”

Selesai juga dia kemas kesemua barangnya, Gia menarik bagasinya turun ke bawah. Lisa membantu Gia dengan mengangkat bagasinya ke bawah. Kejap lagi dia kena hantar Gia ke aiport. Ini kalau Jericho tahu Gia balik sorang-sorang dengan keadaan mengandung macam ni, mesti kena bebel punya. Jericho memang tak bagi Gia pergi ke mana-mana seorang diri. Risau kalau jadi apa-apa dekat Gia dan tak ada yang nak bantu Gia time tu.

“Lisa? Kenapa muka kau macam tu? Macam tak bagi aku balik je?” Nampak muka Lisa berkerut lain macam. Risau bila aku nak fly sorang-sorang dengan keadaan aku mengandung lagi.

“Memang pun. Kau tahu tak kalau Jer dapat tahu kau fly sorang-sorang ni, mesti aku kena bebel tahu tak?”

“Alah…Jer takkan bebel lama-lama dengan kau.”

“Keadaan dah tak sama macam dulu Gia. Dulu dia tak bebel banyak-banyak dekat aku sebab title aku masih lagi girlfriend dia. Sekarang ni? Manalah ada apa-apa hubungan lagi.”

“Aku yakin yang Jer masih lagi ada hati dekat kau cuma dia tu ego tak nak mengaku. Aku sarankan kau jual mahal dengan dia pulak kali ni. Buat tak layan je. Baru dia gelabah.”

“Hahaha…macam-macamlah kau ni. Tak ada punya dia nak gelabah. By the way, kau akan stay dekat sana terus ke macam mana?”

“Aku akan stay dekat sana terus sampai aku deliver baby ni. Kenapa? Rindu aku ehhh?”

“Yelah! Aku dah tak ada lagi teman nak borak-borak. Kau sorang je nak boleh gila-gila dengan aku.”

“Alololo…” Gia memeluk bahu Lisa. “Kalau kau rindu aku, kau boleh je fly ke Malaysia. Aku ada je dekat sana. Aku tak lari ke mana pun.”

“Jangan lupakan aku bila kau dah happy dengan suami kau nanti.”

Gia sekadar tersenyum kecil. “Aku pun tak tahu kalau aku balik nanti, Luqman boleh terima aku ke tak.
Tambah-tambah lagi bila dapat tahu aku mengandung. Aku rasa dia mesti akan marah teruk dekat aku sebab tak bagitahu dia pasal ni.”

“Alah…aku yakin dia takkan marahkan kau lagi Gia. Takkanlah dia nak marah kau dengan keadaan kau tengah mengandung sekarang ni kan? Kalau dia marah kau, bagitahu aku. Biar aku pergi debik dia!”

Gia ketawa kuat. “Yakin je kau! Sekali dia naik suara dekat kau, mahu terkencing jugak kau.”

“Ye tak ye jugak…hahahaha!!!” Mereka berdua ketawa kuat di ruang tamu.

Madam Rova sekadar menggeleng melihat gelagat mereka berdua. Dulu berperang mengalahkan anjing dan kucing tapi sekarang ni rapat macam adik-beradik. Tak boleh nak berenggang langsung Lisa dengan Gia. Nak ke mana-mana pun mesti berdua.

DARI Suvarnabhumi Airport kini dia dah tiba di Kuala Lumpur International Airport. Gia ditolong oleh pramugari tersebut untuk mencapai begnya. Gia mengucapkan terima kasih sebelum berjalan keluar dari perut kapal terbang menuju ke balai ketibaan. Bagasinya diambil dan keluar dari balai ketibaan.

Dia menghampiri teksi yang menunggu penumpang di situ. Dia memberitahu alamat rumahnya. Pak cik teksi tersebut membantunya mengangkat bagasi dan diletakkan ke dalam bonet kereta.

Dalam perjalanan, dia mendail nombor ibu. Aku nak bagitahu ibu yang aku dah sampai Kuala Lumpur dan aku nak tahu dekat mana Luqman dirawat sekarang ni. Panggilannya berangkat.

“Assalamualaikum ibu…”

“Waalaikumussalam Gia. Ya Allah…Gia apa khabar?”

“Gia sihat ibu. Alhamdulillah…errr Gia nak tanya Luqman sekarang ada dekat hospital mana ya?”

“Ada dekat Hospital Besar Kuala Lumpur. Kenapa?”

“Gia dah ada dekat KL sekarang ni. Gia ingat lepas Gia singgah rumah nak simpan beg apa dulu, then Gia nak drive jenguk Luqman.”

“Ya Allah…kenapa tak bagitahu ibu dulu yang Gia nak balik KL? Kalau ibu tahu, ibu dengan Ira pergi jemput Gia dekat airport.”

“Tak apalah ibu. Gia tak nak susahkan ibu dengan Ira. Sekarang ni Luq macam mana ibu? Doktor cakap apa?” Aku harap sangat keadaan Luqman tak teruk. Kalau tak, aku tak tahulah nak rasa macam mana. Rasa bersalah, kecewa dengan diri sendiri semua ada.

“Alhamdulillah…Luqman dah stabil sekarang. Semalam doktor cakap jantung dia berhenti sekejap sebelum berdenyut balik lepas doktor buat CPR. Cuma sekarang ni dia masih tak sedar lagi.”

“Teruk sangat ke keadaan Luq?”

“Kedua-dua belah kaki Luqman patah dan tangan kanan Luqman pun patah jugak.”

“Astaghfirullahalazim…” Mata dan hidungnya mula terasa pedih. Dia cuba tahan menangis tapi tak boleh.

“Oklah ibu…Gia dah nak sampai rumah ni. Nanti Gia on the way ke sana ya.”

“Baiklah…bawak kereta tu cermat ya? Ingat! Jangan bawak laju-laju!”

“Baik ibu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Gia memutuskan talian sebelum menyeka air matanya yang masih setia mengalir di pipi.
Allahuakhbar! Dengar ibu cakap macam tu pun dah berderai air mata aku ni apatah lagi bila aku jumpa secara berdepan nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience