Balik dari klinik, Darris termenung dari luar tingkap biliknya. Hatinya rasa ragu terhadap wanita yang dia temui pagi tadi. Muka seiras sama seperti isterinya. Cuma dari segi turut perkataan dan bahasa agak kasar.
"Ris, jauh termenung." tegur Darmawati sambil melabuhkan punggung di katil Darris. Darris menguntumkan senyuman.
"Darris teringatkan siapa tu? Ayra ke?" sengaja Darmawati menyebut nama wanita yang sentiasa kekal di hati anak lelakinya.
Darris menghadiahkan senyuman.
"Ambou anak mama ni, sejak dari tadi tak leiang dengan termenung ni. Ada apa-apa ke nak share dengan mama, Encik Darris Anaqeef?" usik Darmawati.
"Ceritalah dengan mama. Kenapa anak mama ni hmm? Dah jumpa ke? " teka Darmawati lagi.
" Kalau betul, macam mana? "
Soalan Darris membuatkan mulut Darmawati ternganga
" Tapi kalau Ris nak bawa dia, mama jangan terkejut tau. "
" Kenapa? "
" Nanti mama tau lah. "
" Bila nak bawa jumpa mama? "
" Nanti Ris bagitau. Apa yang penting mama doakan yang terbaik untuk Ris. Mama jangan terkejut tau tengok dia. Mama kenal siapa dia. Tapi Ris harap mama tak buka mulut atau cakap apapun ya ma... "
Darmawati berdiam lalu kepala diangguk perlahan.
Darris membuat panggilan pada Amanda. Panggilan yang diterima berkali-kali dari Harith dimatikan lagi. Hatinya sakit dengan desakan agar wangnya dikembalikan.
Mana aku nak cari duit 20 ribu tu balik?
Sekali lagi telefonnya menjerit membuatkan Amanda hilang sabar. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawab panggilan itu.
"Kau ni tak faham bahasa ke apa hah? Kan aku dah cakap jangan kacau hidup aku! Pasal duit tu nanti aku bayar lah. Ishhh! Kau jangan sampai aku sunatkan kau kali kedua eh."
"Assalamualaikum. Maaf ni Cik Amanda ke?"
Gegendang telinga Amanda tidak biasa dengan suara ini. Dahinya berkerut. Siapa pula ni?
"Siapa sana?"
"Olive."
"Olive mana pula ni?" kepala yang tidak gatal digaru.
"Olive you." sempat lagi bagi pick up line bidan terjun sampai ke pendengaran Amanda.
Dahinya berkerut.
"Jangan nak main-mainlah. I don't have time for your stupid joke!"
"Amboi garangnya Cik Amanda ni."
"Kau siapa dan nak apa call aku malam-malam ni?"
"Saya Darris. Ingat lagi tak? Lelaki yang berjaya awak di awang-awangan ni."
Darris memperkenalkan diri. Suara garaunya yang meleret membuatkan bulu roma Amanda menegak.
"Oh kejap. Kau ni kerja apa eh?" belum sempat kenalan, dia sudah ingin tahu pekerjaan lelaki jtu. Kalau lumayan, boleh masuk poket.
"Kerja sendiri. Saya ada syarikat PHA." jawab Darris jujur.
"PHA tu buat apa je?" ada sinar harapan di mata Amanda.
"Kami menyediakan kayu-kayu dan batu serta barang-barang untuk membuat rumah. Membina bangunan atau lain-lain. Kami..." kata-kata Darris terhenti apabila Amanda mencelah.
"Kau nak apa call aku?"
"Nak jumpa."
"Apa aku dapat kalau aku jumpa kau? Kau kaya ke?" Amanda cuba memperlekehkan Darris untuk mengetahui tahap kewangan lelaki itu.
"Awak nak apa? I can give you anything."
"Syarikat tu kau punya ke atau bapak kau punya?" soal siasat masih diteruskan. Sedang otaknya masih berkira-kira untuk membuat keputusan keluar dengan Darris.
"Saya punyalah, Amanda."
"Okey done! Bila nak jumpa? Kat mana? Jam berapa?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Amanda apabila dia sudah dapat membayangkan wang berkepuk-kepuk bakal masuk ke dalam poketnya dia meneruskan perkenalan mereka.
"Saya message details."
"Sure."
Amanda sengih sendirian setelah tamat panggilan tersebut.
"Ada aku kisah? Janji masalah aku selesai."
Dalam kereta Darris Anaqeef sudah mengucap panjang tatkala sepasang mata miliknya terpandangkan pakaian Amanda. Macam orang yak cukup kain!
Mujur dia ada sediakan pakaian sopan sebagai hadiah untuk wanita itu. Dia memang dah dapat agak pakaian yang bakal disarungkan wanita bertubuh langsing itu.
"Hai bakal isteri."
"Cantik baju." tegur Darris sinis.
"Memanglah, baju ni harganya RM 1200 tau!" tak ditanya, sibuk nak mencancang.
"Nah." Darris menghulurkan bungkusan yang dibawanya.
Bukan main suka lagi muka Amanda saat menyambut bungkusan itu. Debgan rakus Amanda terus membukanya. Alangkah terkejutnya Amanda apabila melihat baju kurung serta sehelai tudung yang diberi kepadanya.
Wajah Amanda yang manis bertukar bengis.
"Macam bagus sangat eh perli orang ni."
Amanda menjeling. Baru jumpa, baru kenal, dah bajet alim lah mamat ni...
"Tak... bukan... erm syarat untuk keluar dengan saya perempuan tu kena pakai pakaian sopan. That's all." beritahu Darris.
"Eh sekarang ni siapa yang nak keluar dengan siapa? You ke I?" tegang wajah Nuhayra.
" Sayalah sebab tu saya yang bagi syarat. " Darris menyengih.
" Eiii, tak kuasa aku. " Amanda ingin keluar daru kereta namun segera ditegah.
" Saya offer je apa awak nak. "
" You nak offer apa je? Apa yang you mampu? Setakat nak bagi I baju kurung ni, nenek I pun boleh jahit sendirilah! " cabar Amanda.
" Baju yang awak pakai ni guna kain perca pun siap. " balas Darris pula.
" You ni kan! " lurus jari telunjuk Amanda merah menahan marah.
" Okey... okey... I'm sorry. Awak nak apa? Saya bagi je apa awak nak. "
" Buat masa ni I tak nak apa-apa. "
Sehelai kertas dihulurkan. Siap dengan cop saksi daripada sebuah syarikat firma guaman lagi.
Dalam rasa ragu, kertas tersebut diambil. Mulut Amanda terkumat-kamit membaca syarat perjanjian yang dijelaskan dalam kertas tersebut.
" What! I kena bayar satu juta kalau langgar? Gila ke apa? " melongo mulut Amanda seakan tidak percaya.
" Satu hari je untuk awak ikut semua kehendak saya. Arahan saya untuk satu hari valid untuk selamanya. Lepas awak dah melepasi satu hari, maka saya akan serahkan semua jawatan tu pada awak. " terang Darris.
Ini memang gila! Hanya dengans satu haru aku boleh dapat semua kekayaan Darris? Ahh, pakai baju kurung pun lantaklah! Sehari je pun, fikir Amanda sendiri. Tandatangan terus diturunkan.
"Deal!"
Segalanya akan terlerai
Share this novel