BAB 6

Horror & Thriller Completed 9360

"Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Zainal tiada di kampung, mayat Mak Long Mimah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Long Mimah membunuh diri.”

“Astagfirullahalazim... sampai macam tu sekali. Ini dah sampai tahap stress yang amat. Didera fizikal dan emosi. Sebab tu lah...”

"Mungkin juga. Siapalah boleh tahan kan.” Celah Ina.

“Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Zainal balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Long selalu mengganggunya," jelas Afifah dengan panjang lebar.

“Hmm. Isteri dah tak ada baru nak balik.” Kata adik saudara Ina sambil menjulingkan matanya.

“Iyalah. Kalau dia balik awal mestilah dah kena pukul dengan orang kampung agaknya.” Jawab Ina.

“Boleh jadi juga kan. Sebab dah nasihat tapi tak makan saman juga. Tapi sampai hati ye Pak Zainal tuduh arwah isteri dia jadi hantu. Tak patut betul.” Kata adik saudara Ina.

“Itu dakwaan Pak Zainal je. Tapi tak tahu lah betul-betul atau sekdar mainan perasaan sebab bersalah. Tapi memang ada kejadian lain yang menguatkan lagi dakwaan itu.” Jawab Afifah pula.

“Apa lagi yang berlaku? Ingatkan dah bunuh diri penderitaan Mak Long Mimah berakhir. Namun lepas meninggal dunia pun orang masih bercakap. Memang kesian betul lah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience