OKAD Event Space Shah Alam, Malaysia.
Anis Umairah duduk di depan meja solek melihat wajahnya yang berubah drastik setelah di make up oleh MUA professional. Sekali lagi kaca matanya di tanggal hanya hanya memakai contact lens yang telah dia ukur dengan Adib Umair sebulan yang lalu.
Ramai orang yang terkesima setelah melihat Anis Umairah yang telah di siapkan sebentar tadi.
Puan Zulaikha telah menyewa seorang MUA terkenal untuk menyolek Anis Umairah dan dia telah memilih gaun berwarna putih di padankan dengan three piece white Lazio tuxedo set.
"Wah... cantiknya menantu ibu!!" Ucap Puan Saleha setelah melihat Anis Umairah yang telah siap di make over. Wajah Anis Umairah kemerah-merahan setelah mendengar pujian ikhlas dari ibu mertuanya.
"Mestilah cantik, anak umie...." Sahut Puan Zulaikha dengan senyuman mengembang. Akhirnya Puan Zulaikha dapat melihat anaknya menaiki pelamin. Inilah yang menjadi impian setiap ibu kepada anak perempuannya. Walaupun dia merasa sudah terlambat tapi tidak menjejaskan segala persiapan yang sudah mereka rancang.
"Mana Adib?" Puan Saleha tercari-cari kelibat anak tunggalnya tersebut. Dari tadi tak timbul batang hidungnya.
"Bukannya Adib kena urus oleh Amar ke?" Sampuk Encik Amri mendekati isterinya.
"Ha'ah, tadi Amar kata biar dia yang urus Adib A to Z." Celah Puan Saleha sambil tersenyum manis setelah melihat kedatangan sosok suaminya.
"Cantiknya menantu ayah, kalau Adib tengok ni ... tak pasal-pasal di larang keluar dari bilik...!" Seloroh Encik Amri yang mengundang gelak ketawa pada semua orang. Encik Amri memang terkenal suka mengusik Adib dan Anis, apa lagi wajah Adib yang selalu cemberut bila mendapat usikan dari ayahnya.
"Abang tu tak habis-habis usik anak sendiri." Ucap Puan Saleha tergelak perlahan.
Anis Umairah hanya tersenyum simpul melihat kebahagiaan yang terpapar di wajah-wajah orang kesayangannya. Dia tak menyangka, majlis resepsinya dengan Adib terasa begitu cepat.
Adib Umair datang ke bilik persalinan Anis Umairah yang di apit oleh Amar. Wajah Adib yang tampan terlihat semakin tampan dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
"Adib, kemari sayang... Anis dah tunggu dari tadi ni..." Ucap Puan Saleha setelah melihat kelibat Adib yang berada di pintu persalinan.
"Wow, kacaknya pengantin lelaki kita ye....." Ucap MUA yang menyolek Anis Umairah. Adib Umair hanya tersenyum tipis mendengar gurauan orang-orang yang ada di sekitarnya.
Adib Umair terpukau dengan kemolekan dan kecantikan Anis Umairah yang memakai gaun warna putih terserlah pada hari itu, dia tak menyangka walaupun make-up Anis Umairah hanya tipis sahaja atas permintaan Adib Umair sendiri...tapi auranya masih jelas kelihatan. Matanya tak berkedip menatap wajah Anis Umairah, ia meraih tangan Anis Umairah dan mengucupnya dengan hangat.
"Cantiknya isteri abang hari ni..." Puji Adib Umair dengan senyuman.
Wajah Anis Umairah bersemu kemerah-merahan mendengar pujian Adib Umair.
"Terima kasih Abang...abang pun sangat tampan hari ni..." Ucap Anis Umairah dengan debaran yang dirasakannya. Matanya terlari-lari ke kiri dan ke kanan, tak sanggup bertentangan mata dengan Adib Umair. Malu....
"Okay, dah-dahlah tu... Farah dan Amar boleh bawa pengantin ke pelamin ya..." Puan Saleha mengejutkan kedua mempelai yang masih terlena. Adib Umair tersenyum kekok mendengar ucapan Puan Saleha. Amar dan Cikgu Farah mengiringi kedua mempelai yang telah di arahkan oleh Puan Saleha.
Cikgu Farah yang menjadi pengapit Anis Umairah pada hari itu merasa gembira kerana keluarga Adib Umair terima kehadirannya dengan tangan terbuka setelah mengetahui hubungannya dengan Amar. Puan Saleha tidak lagi melayan Cikgu Farah dengan sinis seperti dahulu. Walaupun terkesan di hati Cikgu Farah masih berasa segan tapi dia cuba bereaksi tenang dihadapan semua orang.
"Dah siap ke?"
"Sudah ayah..." Sahut Adib Umair sambil merangkul pinggang Anis Umairah dengan posesif.
Majority guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Uthman telah menghadiri jemputan resepsi persandingan Adib Umair dan Anis Umairah. Sahabat Anis dari iaitu Harris dan Aina Natasha pun hadir pada hari itu termasuk sebagai jemputan VIP. Nur Aqilah dan Syifa juga tidak ketinggalan hadir pada majlis tersebut. Ramai orang tidak menyangka antara hubungan Adib Umair dan Anis Umairah, Kerana hubungan mereka di sekolah tidak ketara.
Tidak terkecuali sahabat Adib Umair juga hadir untuk menyaksikan persandingan sahabat mereka yang terkenal dengan sikapnya yang kurang bergaul terutama pada lawan jenis.
Sebelum berakhirnya majlis tersebut, acara memotong kek 5 tingkat yang telah di sediakan oleh OKAD Event Space, dan di agih-agihkan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
***********************
Tujuh bulan kemudian......
Anis Umairah telah selamat melahirkan sepasang anak kembar yang amat comel dan menggemaskan. Adib Umair amat bersyukur kerana sepasang anak kembarnya telah lahir dalam keadaan normal dan sihat, kedua buah keluarga amat bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka.
"Honey, terima kasih sudah meregang nyawa melahirkan anak kembar yang comel buat abang." Ucap Adib Umair pada Anis Umairah yang sedang terbaring lemah di ruang rawat kelas VIP. Dia mengucup lembut dahi Anis Umairah dengan hangat, tak sedar airmatanya ikut berlinangan jatuh hinggap di pipi Anis Umairah.
Mata Anis Umairah berkaca-kaca mendengar setiap bait tutur kata Adib Umair padanya, tak di pungkiri... hidupnya terasa lengkap dengan kehadiran cahaya mata mereka.
"Anis juga nak ucapkan terima kasih pada abang kerana telah melayan karenah Anis selama Anis mengandung si kembar. Macam-macam permintaan Anis, tapi abang tetap sabar mengikuti kehendak Anis." Ucap Anis Umairah dengan senyuman manis.
Adib melihat kedua anaknya yang telah di letak bahagian katil baby di sebelah katil Anis. Dua-duanya tertidur pulas walaupun atok dan neneknya datang mengganggu.
"Ya Allah Anis, comelnya mereka." Kata Puan Saleha dengan ceria, dia tak menyangka akan mendapat cucu kembar. Dia mendukung baby lelaki yang masih tidur dengan lena.
"Tak sangka ya Sal, cucu kita kembar jadi takde adegan rebut-rebut cucu." Sahut Puan Zulaikha dengan tawa ceria, kemudian dia mengangkat baby girl dan mengucup pipinya dengan penuh hangat. Semua orang yang mendengar ucapan Puan Zulaikha tergelak, kerana terlalu gembira dengan kehadiran buah hati mereka.
"Baby ni dah ada di carikan nama ke?" Tanya Encik Muhaimin dengan ceria yang ketara di wajahnya.
Semua orang yang ada dalam bilik rawatan Anis Umairah serentak menoleh ke arah Adib dan Anis.
"Alhamdulillah, dah ada abah... hari tu Adib dan Anis ada meeting soal memilih nama untuk baby kembar ni, itu pun kalau semua setuju." Sahut Adib Umair dengan senyuman.
"Siapa nama baby-baby ni Adib?" Soal Encik Amri ingin tahu dengan kerutan didahinya.
"Aniq Al-Baihaqi Bin Adib Umair Al-Baihaqi dan Aniqah Umayyah Binti Adib Umair Al-Baihaqi. Macam mana?" Tanya Adib Umair sambil mengusap lembut kepala Anis Umairah yang masih terbaring di katil.
"Nama yang indah..." Sampuk Puan Saleha dengan lembut.
Encik Muhaimin bercadang akan mengatur sebuah majlis kesyukuran sekaligus majlis aqiqah untuk kedua orang cucunya pada hari ketujuh setelah kelahiran keduanya.
"Abah nak hari ketujuh setelah kelahiran baby ni, abah nak buat majlis untuk meraikan kelahiran dan majlis Aqiqah baby Aniq dan Aniqah." Jelasnya dengan semangat.
__________________________________
Assalamualaikum semua, thanks yang masih menunggu Anis dan Adib update...akak minta maaf sebab ambil masa untuk siapkan. Dah seminggu ni akak tak berapa sihat.
RINDU YANG TERCALAR akak akan cuba tulis insya Allah, tak janji dapat published hari ni atau tak.
semoga terhibur ya ^_^
MiaKadir
LOVE YOU All.
semoga terhibur ya
Share this novel