Bab 4

Romance Series 60333

“BERAPA kali saya perlu selamatkan awak, Arin.”

Ayat itu diulang kembali sehinggalah Arin tersedar yang dirinya masih lagi berada dalam pelukan si lelaki itu. Terus Arin menolak Emirhan. Mulalah Arin rasa serba tak kena. Riak wajahnya usah dicakap. Mungkin macam opera cina. Merah menyala sekarang ini. Bukan sebab rasa malu tapi dengan pakej cuaca panas sekali.

“Bila masa you muncul?” Entah apa punya soalan yang Arin tanya. Semuanya sebab nak hilang rasa malu.

“Kalau saya lambat sikit muncul mungkin sekali lagi saya kena tengok awak terbaring atas jalan lagi,” balas Emirhan bersahaja. Mengingatkan Arin kembali peristiwa dua tahun lepas. Bagaimana mereka berdua bertemu.

Arin terdiam. Kenapalah dia boleh nak melintas sambil lewa tadi sampai tak reti nak tengok kiri kanan ada kereta atau motor ke kat jalan.

“Hmmm…Awak okey ke ni?” tanya Emirhan lembut.

“Okeylah…Dah you selamatkan I,” jawab Arin selamba.

Emirhan cuba simpan senyuman dia. Entah apa yang berada dalam fikiran perempuan di hadapannya ini. Fikir Emirhan.

“Ni awak nak balik ke? Jom saya temankan awak ke kereta,” ajak Emirhan.

Bulat mata Arin. “You ingat I budak kecil ke nak berteman bagai. I boleh jalan sendirilah.” Geram pula Arin. Apa! Lelaki ini fikir dia tak pandai nak melintas ke sampai perlu ada orang temankan.

Memanglah tadi salah dia sendiri yang leka ketika nak melintas sampai Emirhan tu perlu selamatkannya lagi. Tapi takkan pisang nak berbuah dua kali. Takkan Arin nak buat kesalahan yang sama lagi untuk bahayakan dirinya.

“Eeee…Sibuk je,” guman Arin perlahan.

Baru Arin terfikir bukan ke tadi Emirhan tengah berbual dengan seorang perempuan dalam kafe. Mana perempuan tu pula? Perempuan tu tadi nampak tak yang dia terpeluk Emirhan? Naya dia kalau perempuan tu nampak. Mahu kena serang sekali lagi hari ini. Nak saja Arin menyibuk tanya pada Emirhan.

“Okeylah dah tak ada kereta dengan motor. Pergilah melintas. Saya tunggu sini tengok,” ujar Emirhan bersahaja.

Eh! Mamat ni. Saja nak menyakitkan hati ke apa?
Arin tak jadi bergerak dari tempat mereka berdiri menghadap antara satu sama lain.

“You suka I ke?” Arin cekak pinggang sambil tanya.

Emirhan melopong dengar soalan Arin. Dalam hati sudah tertanya-tanya apa kena dengan perempuan ini. Tanya soalan gaya macam nak bergaduh je. Siap bercekak pinggang bagai. Ini kalau dia jawab tak suka ada kena makan penampar tak kejap lagi, fikir Emirhan.

Arin yang melihat reaksi Emirhan sebegitu terus berasa malu. Macam manalah dia boleh terfikir nak ajukan soalan macam tu kat Emirhan.

“Kau fikir dia tolong selamatkan kau sebab dia syok kat kau ke ha?” Arin mengutuk diri sendiri dalam hati.

Malas nak tunggu lagi terus Arin cabut lari dulu. Karang kalau Emirhan balas soalan dia pastu mamat ni cakap tak suka dia, lagi double malu dia nanti. Baik dia balik sekarang dan simpan muka menahan malunya kat rumah.

“Eh, awak…” Lagi sekali Emirhan terpinga-pinga melihat Arin yang terus pergi macam itu je. “Dia yang tanya lepas tu dia yang lari.”

Arin yang sememangnya buat tak tahu dengan panggilan Emirhan terus masuk ke dalam keretanya dengan cepat. Kalau tahu dia boleh rasa segar bugar macam ini baik tadi Arin tak payah telan minum kopi untuk hilang mengantuk sebab nak memandu.
 

TERASA nikmatnya apabila badan yang letih dapat direbahkan di atas katil yang empuk. Emirhan melepaskan segala kepenatannya yang sudah memandu jauh dan lama. Nasib baik jalan tidak sesak jadi dia boleh sampai pada waktu tengah hari setelah bertolak lepas Subuh tadi.

Emirhan pandang kipas di siling yang sedang berpusing. Macam itulah otak dia sekarang tengah berpusing memikirkan cadangan Intan setelah bertemu dengan perempuan itu tadi.

“Woi! Apa ni belum sampai sehari balik KL dah termenung jauh. Rindu awek kat kampung ke?” sergah Ray yang tiba-tiba muncul dalam bilik Emirhan.

“Kau ni dah kenapa perangai macam penyamun. Main serang je. Pastu serang tak tepat pula. Bila masa aku ada awek kat kampung,” balas Emirhan.

“Habis tu kau ada awek kat KL ke. Laju je kau balik sini setiap kali cuti sekolah start.” Ray masih nak mengorek rahsia hati kawannya. Ray sudah bersila atas katil Emirhan.

“Sepupu akulah, nak juga ajak jumpa hari ni. Sebab tu aku terus balik cepat.” Kalau bukan sebab Intan yang tak sabar nak berjumpa memang paling awal malam ini baru dia bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Sudahlah semalam kat sekolah ada aktiviti gotong-royong sebelum bercuti pastu belah malam pula masjid kat kawasan penempatan dia buat majlis pula yang perlu guna kudrat anak muda seperti dia. Letih semalam belum habis lagi dah kena pandu jauh pula hari ini. Sekarang ini bukan letih badan je tapi otak pun sekali lepas jumpa Intan.

“Sepupu kau? Yang Intan tu ke?” teka Ray. Setahu Ray hanya Intan saja dalam ahli keluarga Emirhan yang masih berhubung dengan kawannya itu.

“Dialah siapa lagi,” balas Emirhan malas.

Ray pandang Emirhan. Nampak sangat ada sesuatu yang berlaku pada kawannya yang seorang ini tapi Ray tak nak bertanya lebih. Biarlah Emirhan yang bercerita sendiri padanya nanti.

“Ni apa pasal kau ada kat rumah? Bukan kau balik rumah parents kau ke? Kata kena bawa mak kau pergi kenduri.” tanya Emirhan pelik. Sebelum ini Ray sudah maklumkan pada dia.

“Kenduri tu malamlah. Petang karanglah aku balik rumah mak aku. Kalau aku balik sana awal dah tentu mak aku ajak pergi ke rumah mak cik aku tu cepat. Malas aku.” Ray buat muka.

“Kau ni pemalas. Tahu datang makan je. Bukan nak datang menolong,” Emirhan perli Ray.

“Eee… aku ni malas nak tengok lakonan adik sepupu aku tu yang acah-acah bahagia. Buat majlis ni pun sekadar nak menunjuk. Usia kandungan pun baru lagi tapi gaya buat majlis ala-ala baby shower tau.”

Terangkat kening Emirhan mendengar rungutan Ray. Adik sepupu Ray? Bukan ke adik sepupu Ray yang….

“Eh jap. Ini adik sepupu kau yang Sofea tu kan,” tanya Emirhan.

“Yalah siapa lagi. Si Sofea tulah. Yang kahwin dengan abang saudara belah mak dia merangkap tunang orang. Dan yang kau pernah selamatkan perempuan yang pernah jadi tunang suami dia tu.” Panjang betul penerangan Ray.

Terlintas dalam fikiran Emirhan tentang pertemuan dua perempuan tadi.

Sebenarnya tak lama Arin keluar dari kafe tadi, Emirhan juga keluar. Dan kebetulan dia ternampak seseorang bercakap dengan Arin. Pada awalnya Emirhan buat tak kisah saja tapi bila mendengar Arin ditengking oleh perempuan itu terus Emirhan memasang telinga.

Bukan dia nak sibuk hal orang tapi mendengar butir bicara tentang perempuan tersebut yang menuduh Arin bukan-bukan buatkan dia risau pasal Arin. Sudahlah sebelum ini Arin pernah kena langgar setelah kecewa kerana perempuan yang bernama Sofea dan bekas tunangnya. Jadi Emirhan tak naklah sesuatu berlaku pada Arin lagi.

“Oh patutlah…” Perlahan saja suara Emirhan.

Patutlah tadi Sofea berjumpa dengan Arin. Mungkin nak tambahkan rasa sakit hati kepada Arin.

“Aku ni tak habis kesian lagi tau kat bekas tunang si Bad tu.”

Emirhan pandang Ray. Menanti cerita Ray seterusnya.

“Bekas tunang dia tu dah habis baik tau tak pernah nak kacau rumah tangga dorang tapi si Sofea tu asyik nak prasangka buruk saja. Itulah padahnya rampas hak orang kan tak senang hati tu. Takut sangat Arin tu rampas si Bad tu.”

“Tapi laki dia betul-betul dah lupakan Arin tak?” tanya Emirhan. Entah kenapa timbul rasa risau dalam hatinya.

“Hmmm…Kau ingat senang ke Bad tu nak lupakan Arin. Kalau aku ada tunang macam Arin pun aku takkan pandang perempuan lain.”

Emirhan hanya diam.

“Nasib baiklah aku setia tau dengan awek aku. Kalau aku single dah lama aku tackle si Arin tu,” tokok Ray sambil tersengih-sengih.

Amboi ada hati juga kawannya yang seorang ini.

“Tapi kan… why not kau yang tackle Arin. Lagipun kau kan pernah jadi hero dia.”

Bulat mata Emirhan. “Apa benda kau merepek ni. Asal pula aku nak kena tackle dia. Aku ni tolong dia dengan ikhlas.”

“Alah apa salahnya. Kau kan rajin balik sini tiap kali cuti. Haaa…kalau ada awek kan seronok.”

“Haaa…. Yalah…lepas tu awek aku yang tak seronok bila aku balik sana. Konon kena tinggal,” cebik Emirhan.

Ray sudah ketawa geli hati. Bayangkan betapa risaunya Emirhan kalau bercinta jarak jauh. Emirhan tu sudahlah tak pandai nak berayat manis kalau memujuk orang. Mungkin lebih senang Emirhan dengan gaya hidupnya seperti ini. Single dan tiada komitmen hati dan perasaan.

“Tapi kau ada jumpa Arin tak?”

Pertanyaan Ray tidak dijawab oleh Emirhan. Dia sekarang lagi ligat berfikir tentang Arin selepas tahu yang Arin masih dijadikan isu dalam masalah rumah tangga bekas tunang perempuan itu.

Emirhan boleh agak yang lelaki bernama Bad itu takkan mudah melupakan Arin. Tengoklah waktu Arin dikejarkan ke hospital dua tahun lalu. Sanggup Bad meninggalkan Sofea selepas mereka sah dinikahkan. Bad turut ikut pergi ke hospital. Temankan Arin sehingga sedar. Bila Arin sudah sedar baru Bad pulang kerana dihalau oleh Arin. Semuanya disaksikan oleh Emirhan dengan matanya sendiri.

Hmmm…Apalah nasib Arin lepas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience