BAB 5 PART 2

Romance Series 8819

BILIK ITU tidak besar mana. Cukup untuk menempatkan ruang meja kerja, kerusi, almari dan sofa serta meja kecil di hadapan ruang kerja Jawdan. Almari kaca itu dipenuhi dengan fail-fail Jawdan. Dan deretan komik memenuhi petak yang paling atas dalam almari itu.
Di sisi meja kerja, ada tab besar. Tidak pernah pula Misya melihat tab sebesar itu. Sebesar television di rumahnya! Diletakkan 45 darjah condong. Mungkin gajet untuk Jawdan melukis.
Misya mendekati meja kerja Jawdan.
Bersih!
Kemas betul dan agak kosong. Komputer meja jenama Apple masih terpapar skrinnya. Mungkin Jawdan lupa untuk menutup sebelum pergi dari pejabat.
Mata Misya melekat pada skrin komputer. Tak sangka pula Jawdan baca webtoon sewaktu bekerja.
Misya mengambil tetikus. Dia skrol naik ke atas sedikit. Tajuk webtoon terpapar di ruang mata. Kening Misya terangkat.
The Assasin Dragon.
Tajuk webtoon kegemaran Jawdan pun bukan main lagi ganasnya.
Dia mencari paparan deskstop pula. Entah apa yang merasuknya untuk menyelongkar barang peribadi milik Jawdan. Dia tahu perlakuannya itu tidak beretika. Namun jari jemarinya masih gatal mahu mencari tahu tentang lelaki itu dengan cara yang salah. Apabila paparan desktop terbuka, Misya terdiam sebentar.
Matanya merenung dekstop itu lama.
“Apa yang aku tengah fikir ni?” Misya hampir tergelak sendiri. Melihat gambar kartun di depan mata membuat Misya tersedar bahawa lelaki itu adalah editor yang juga pernah menjadi pelukis komik. Semestinya sangat obses dengan lukisan-lukisan kartun sebegini. Entah apa yang hebat dengan kartun-kartun itu, dia pun kurang pasti. Bagi Misya, kartun sebegini tidak punya daya penarik. Kosong saja.
Misya amati kartun lukisan itu, seperti mirip dengan Jawdan pula. Mungkin Jawdan melukis dirinya sendiri?
Dia shut down komputer dan melekatkan kertas memo di atas meja lelaki itu.
Kakinya melangkah keluar dari pejabat Jawdan.
Apabila melangkah keluar, suasana sepi sunyi tanpa seorang pun staf. Agaknya keluar makan tengah hari lah kut.
Dia melangkah menuju ke pantri. Buat masa ini, Misya langsung tak keluar untuk makan tengah hari. Dia lebih selesa minum air dan makan roti sahaja di pantri. Bukan Kak Nour dan yang lain tidak mengajak, namun dia masih kekok untuk bercampur dengan mereka.
Selepas membuka bungkusan roti, Misya menyumbat roti itu ke dalam mulut. Sambil mengunyah, dia mengambil telefon pintar. Digooglenya ‘The Assasin Dragon’. Ada apps rupanya.
Dia install application webtoon dan membuat pendaftaran. Setelah berjaya barulah dicari The Assasin Dragon dalam aplikasi webtoon tersebut. Senyuman Misya mekar apabila cerita itu keluar dalam cariannya. Untuk mengetahui Jawdan, dia perlu masuk dalam dunia Jawdan. Dia perlu tahu apa yang Jawdan suka dan apa yang selalu lelaki itu buat.
Kadang-kadang Misya rasa dirinya gila. Sia-sia saja dia libatkan diri dalam masalah yang tak perlu diundang. Tapi entah kenapa nalurinya memaksa dia melakukan semua ini.
The Assasin Dragon.
Art & Story : JR_Shade.
Editor : Raff
Berbelas juta bacaan.
JR? Jawdan Raffiq? Betulkah dia?
Diskrol sehingga ke bawah episod 1 cerita itu. Kisah tentang seorang bayi lelaki yang dicuri oleh seekor naga. Terkebil-kebil Misya membaca kisah fantasi itu.
Sampai di gambar terakhir, ada pautan Instagram dan Fac.
Misya memilih untuk mencari JR_Shade di dalam Instagram. Matanya semakin luas apabila melihat bilangan pengikut JR_Shade ada 500 ribu follower. Penuh dengan pelbagai gambar animasi yang berkenaan budak naga. Ruang highlight story pun Misya buka.
Dia google tentang JR_Shade.
Apabila dilihatnya figura seperti wajah Jawdan pada Google image, dia tekan gambar itu.
Wajah Jawdan kian jelas bergambar dengan peminat-peminatnya bersama dengan senyuman segaris. Di tangan lelaki itu ada poster animasi yang telah ditandatangani.
Misya termangu sebentar. Maknanya leader editorial team ini masih aktif melukis walaupun sudah ada kerja tetap.
Instagram JR_Shade tadi distalk semula. Seketika, mampir rasa kagum Misya buat lelaki itu. Semua pos Jawdan dalam bahasa Inggeris kerana peminatnya beratus ribu dari luar negara. Dan di highlight story, Jawdan juga meletakkan jualan beberapa cendera hati dengan gambar animasi yang dilukisnya. Misya hampir-hampir membeli bantal yang dijual dalam link yang diberikan. Tapi melihat harganya menggunakan USD, Misya mematahkan kehendaknya.
Seumur hidup, pertama kali dia mengenali seseorang seperti Jawdan.
He is unique!
Lebih dari itu, bakatnya bukan saja digemari dalam negara sahaja. Fikir Misya, he is another handsome spoiled guy yang ‘tahu’ dirinya kacak dan melayan orang dengan sesuka hati sahaja walhal tiada pencapaian yang membanggakan daripada lelaki itu. Misya silap besar. Jawdan bukan lelaki sembarangan. Dia sepatutnya sedar kerana tahu lelaki itu memegang jawatan yang terpenting dalam SightWorld. Kalau Jawdan tak menepati kriteria terbaik yang syarikat nak, mana mungkin Jawdan berada di kerusi bilik Ketua Editor hari ini.
Menyedari perkara itu, hati Misya semakin berdebar-debar. Semakin pudar sinar harapannya untuk membuat rancangan mendekati lelaki itu.
“Naemah... Aku memang buat kerja sia-sia kali ni...” Misya mengeluh berat.
Dia menepuk dahi berkali-kali. Sedih dengan keadaan yang menekan dirinya. Bagaimana jika seumur hidup Misya, dia tidak dapat menemui Jeeyan dan memohon kemaafan daripada gadis itu sendiri?
Ah, kusut!

follow ig @rinsyachasiani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience