Bab 7

Romance Completed 12519

“KAK, mee goreng basah satu!” Izzah memesan makanan di kafe. Sambil
menanti mee goreng basahnya siap, dia bermain-main dengan jarinya.

“Hai, Izzah. Aku dengar kau dah popular sekarang.” Aiman, si
buaya darat menegurnya.

Izzah menoleh ke kanan. “Apa maksud kau ni?” Dahinya
dikerutkan. Tak senang dengan kehadiran Aiman.

“Kau tak tahu ke yang kau dah dapat gelaran baru kat kampus
ni? PERIGI CARI TIMBA!” Aiman menekankan ayat perigi cari timba. Dia
tersenyum sinis.

“Peduli apa aku!” Dia membuang pandang ke kiri. Malas mahu
melihat wajah Aiman yang seperti mengejeknya.

“Itulah... dulu aku nak kat kau, kau jual mahal sangat.
Sekarang baru nak terhegeh-hegeh cari lelaki. Kalau lelaki yang elok
sikit tak apalah jugak. Ini half-half yang kau pilih. Hahaha...”
Aiman ketawa besar.

Izzah menyambut dulang yang berisi mee goreng basah dan
menjeling tajam ke wajah Aiman. Langkah diatur mendapatkan kawan-kawannya.

“Izzah, kalau kau sudi, aku sanggup jadi timba kau!”

Izzah menjelirkan lidahnya tanda dia menyampah mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut Aiman.

“Apa hal tu?” tanya Idham yang sedari tadi memerhatikan
Izzah dengan Aiman.

“Dia gelakkan aku pasal kes minggu lepas tulah.” Izzah mula
menyudu mee gorengnya.

“Kau betul-betul serius ke sukakan Harraz, Izzah?” Idham
menyisip air tembikainya.

“Yup. Kenapa, kau tak percaya ke?” Izzah menarik tisu di
dalam poket jean lalu menarik sehelai. Tepi bibirnya yang terkena kuah
mee dilap sedikit.

“Bukan tak percaya tapi aku takut kau tak serius sukakan
dia. Manalah tahu bila jumpa lelaki lain kau tinggalkan dia.” Idham
menjelaskan keraguannya.

Izzah menyisip air teh O ais limaunya. Tenang dia memandang
wajah Idham.

“Dulu dia pernah couple dengan sorang budak junior. Dia
cinta gila-gila kat perempuan tu. Cinta pertamalah katakan.” Idham
bercerita.

Izzah, Syamira, Nadhia dan Fadhli mendengar tanpa menyampuk.

“Lepas dua bulan, dia orang putus...” Idham senyap seketika.

“Kenapa?” Fadhli mengerutkan dahi.

“Dia tangkap perempuan tu tengahdating dengan lelaki lain.
Masa tu jugaklah perempuan tu mintaputus dan bagitahu yang dia
sebenarnya bukan sukakan Harraz pun tapi dia dicabar oleh kawan-kawan
dia. Kalau dia berjaya, dapatlah duit. Kalau gagal, dialah yang kena
bagi duit kat kawan-kawan dia. Lepas tu, depan orang ramai dia hina
Harraz. Kau orangnak tahu apa perempuan tu kata?”

Keempat-empat mereka mengangguk serentak.

“Lelaki lembut macam kau ni tak layak nak bercinta dengan
akulah! Cerminlah diri tu sikit. Dengan cara pemakaian kau, dengan cara
jalan kau lagi, boleh memalukan aku tahu tak?” Idham mengajuk cara
percakapan bekas kekasih Harraz.

Izzah sudah mengepal penumbuk. Dia tak boleh mendengar ada
orang mencaci Harraz.

“Mana kau tahu pasal cerita ni?” tanya Nadhia.

“Kawan aku yang cerita. Masa tu dia ada kat restoran tu.
Kesian Harraz. Baru nak belajar bercinta, kena mainkan pulak.” Idham
mengeluh.

“Id, kau suruh kawan kau tunjuk sikit minah tu kat aku.
Biar aku pelakangkung kepala dia. Suka-suka hati je menghina orang.
Apa, dia tu sempurna sangat ke?!” Nafas Izzah turun-naik menahan marah.

“Tak ada gunanya kau nak pelangkung kepala dia, Izzah. Dia
dah pindah pun,” ujar Idham. “Okey, berbalik pada soalan aku tadi. Kau
jawab soalan aku betul-betul. Kau ikhlas ke sukakan dia?”

“Aku tak main-main. Aku betul-betul serius sukakan dia. Kau
orangpun tahu aku ni jenis yang susah nak jatuh cinta, kan? Kau orang
percayakan aku tak?” Izzah memandang wajah satu per satu kawannya.

“Kita orang percaya. Apa yang kau nak buat lepas ni, Izzah?”
tanya Fadhli.

“Dia orang gelarkan aku perigi cari timba, kan?”

Idham, Fadhli, Nadhia dan Syamira mengangguk serentak.

“Mulai hari ni, aku akan tunjukkan yang aku ni betul-betul
perigi cari timba!” Izzah tersenyum penuh makna. Di kepalanya sudah
berlegar-legar apa yang ingin dia buat.

“Kau tak malu ke kalau ada orang kutuk kau?” soal Syamira
ragu-ragu.

“Peduli apa aku? butakan mata, tulikan telinga je. Habis
cerita. Kau orang sokong aku tak?”

Keempat-empat mereka mengangguk kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience