Rate

Bab 35 Menjaga Kehormatan

Romance Completed 278216

Penampilan Adib pada hari itu seperti biasa segak mendapat tatapan kagum daripada setiap pelajar-pelajar perempuan di Sekolah Menengah Uthman. Sudah di ketahui dari segi watak dan pembawaan Adib Umair yang lebih sopan, memiliki fahaman agama yang kukuh dan luas menjadikan Adib salah satu dambaan setiap wanita.

Tidak di nafikan lagi sekiranya ada segelintir pelajar yang cuba menarik perhatian Adib, namun Adib seperti biasa menganggapnya sebagai satu usikan pelajar-pelajar nakal.

"Assalamualaikum ustaz Adib!" Beberapa orang pelajar perempuan yang berselisih dengan Adib menyapanya.

"Waalaikumussalam warahmatullah, Cikgu bukan ustaz!" Jawabnya singkat sambil tersenyum tipis. Setelah itu Adib berlalu pergi ke bilik guru.

"Ya Allah manisnya, boleh pengsan aku tengok Cikgu Adib senyum walaupun sebentar." Kata seorang pelajar  yang bernama Nur Aqilah.

"Alah, kau ni Aqilah baru Cikgu Adib senyum dah nak pengsan... Belum lagi di tenungnya kau!" Sahut Syifa rakan Aqilah.

Mereka tergelak pelan sambil berjalan beriringan.

Hari itu Sekolah Menengah Uthman telah mengadakan perhimpunan yang akan diadakan setiap hari jumaat, dan Adib telah di amanahkan untuk memberi nasihat sepatah dua kata kepada pelajar-pelajarnya. Semua pelajar bersiap-siap untuk berkumpul di dewan utama, para guru pun turut duduk berbaris di kerusi yang telah di sediakan. Adib mengambil tempat berdiri bahagian rostrum untuk memulakan perhimpunan pada hari itu. Walaupun sebahagian guru dan pelajar ada yang bukan beragama Islam, tapi nilai-nilai murni sentiasa di titik beratkan dari sudut pandangan agama Islam.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua barisan guru dan murid-murid yang Cikgu kasihi. Hari ini Cikgu telah di amanahkan untuk memberikan sedikit kata-kata hikmah untuk kita pegang sepanjang hidup kita. Cikgu akan menyentuh tentang "Menjaga kehormatan merupakan hal penting dalam Islam". Disebabkan pentingnya, setiap insan atau seorang muslim tidak hanya diwajibkan menjaga kehormatan diri sendiri, tapi juga harus menjaga kehormatan orang lain.

Rasulullah shallallahu alahi wasallam bersabda:? "Barangsiapa yang berusaha menjaga kehormatannya maka Allah akan menjaga kehormatannya, dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberinya kecukupan."? (Shahih al-Bukhary, no. 1427?)"

Hurai Adib, kemudian dia berkata lagi ...

"Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata "Orang yang menjaga kehormatannya adalah yang tidak meminta dengan ucapannya, sedangkan orang yang merasa cukup adalah yang tidak mengharap-harapkan dengan hatinya, kerana sesungguhnya merasa cukup lebih tinggi darjatnya dibandingkan dengan menjaga kehormatan, dan kekayaan yang paling mulia adalah kekayaan jiwa. Menjaga kehormatan adalah sikap yang dapat menjaga seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dilakukan oleh tangan, lisan atau kemaluannya. Termasuk di dalamnya, meninggalkan hal-hal yang mungkar,  untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak elok, atau berlebih-lebihan. Salah satu sikap menjaga kehormatan ialah menikah dan menutup aurat bagi seorang wanita agar mendapatkan kemuliaan.

“Dan hendaklah menjaga kesuciannya, iaitu orang – orang yang tidak (belum) mampu menikah, hingga Allah memberikan kecukupan (memberi kemampuan) mereka dari kurnia-Nya.” (Surah An-Nur Ayat 33) 

Selain itu, upaya menjaga kehormatan diri sendiri dan orang lain adalah menjaga pandangan dari hal-hal yang dilarang untuk dilihat.

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaknya mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya kecuali kepada suami mereka.” (Q.S An-Nur 30-31).

Maka dari itu pentingnya menjaga kehormatan seharusnya dimulai dari hal terkecil terlebih dahulu seperti menjaga pandangan dan menjaga hati dari sifat dengki. Wallahu a'lam bissowab."

Di bahagian barisan pelajar, Anis duduk dan khusyuk mendengar segala Keterangan dari Adib, bertambahlah kekagumannya sepertimana pelajar-pelajar lainnya. Cikgu Farah terpaku mendengar segala penerangan Adib tentang Menjaga kehormatan, tidak dia menyangka selama ini dia telah lalai dalam menjaga perilakunya sebagai seorang wanita Muslim.

Aina menyiku perlahan tangan Anis, dengan serta merta Anis tersentak dari lamunannya.

"Ada apa Aina?" Anis menoleh singkat ke arah Aina Natasha. Takut kedapatan bersembang.

"Kau tengok cikgu Adib, sudahlah kacak, berilmu, soleh lagi." Sahut Aina menatap ke arah Cikgu Adib tanpa berkedip.

Anis tersenyum mendengar pujian untuk Adib.

"Kau suka ke Aina?" Soal Anis sedikit berbisik.

"Kalau di tanya suka, aku memang suka... tapi belum tentu Cikgu Adib suka aku!" Sahut Aina seadanya.

Anis menggangguk perlahan. Betul juga, terlalu ramai pelajar yang mengidolakan Adib dalam diam... tapi, tidak ada yang berani untuk tampil berterus terang tentang perasaan mereka.

Lalu Adib pun mengakhiri perhimpunan tersebut, para guru dan murid pun bersurai kembali ke kelas masing-masing.

Siapa yang tidak terpesona dengan Adib, cukup syarat untuk di jadikan sebagai calon suami, mempunyai karakter bersahaja dan tegas dalam setiap tindakan yang dia ambil. Salah satu mengapa para murid hanya mampu memgaguminya dalam diam.

Seperti biasa, setelah berakhir masa pertama pelajaran dan pembelajaran berlangsung Anis akan ke perpustakaan sekolah untuk mengisi masa lapangnya. Dia lebih suka membaca buku novel daripada ke kantin bersesak-sesak membeli makanan. Anis menjulurkan kakinya lurus ke hadapan sambil  membaca novel yang dia pinjam.

Keadaan perpustakaan ketika itu sedikit sunyi daripada pelajar-pelajar, kerana kebanyakan mereka lebih memilih untuk mengisi perutnya kosong.

"Anis!" Seseorang menepuk pelan bahu Anis, membuatkan dia sedikit terkejut sambil mengurut-ngurut dadanya. Dia mendongak melihat kearah sumber suara.

"Kenapa tak pergi makan?"

"Masih kenyang Cikgu Adib!" Ucapnya sambil tersengih.

Adib duduk mencangkung menyamakan tinggi dengan Anis.

"Lain kali, kalau waktu rehat makan ... Cikgu tak suka tengok Anis tak peduli tentang kesihatan diri sendiri."

Anis hanya mengangguk faham.

"Okay!" Lain kali saja ya cikgu!" Senyum Anis singkat.

"Esok-esok Cikgu tak nak dengar Anis tak makan..!" Kata Adib lalu keluar dari perpustakaan tersebut.

Anis hanya mengangkat bahunya seketika kemudian menyambung semula membaca novel yang di bacanya.

Kedekatan Adib dan Anis mendapat perhatian dari Nur Aqilah dan sahabatnya Syifa yang tengah berada di perpustakaan sekolah juga.

"Tengok Anis tu, cuba nak ambil perhatian Cikgu Adib!" Kata Nur Aqilah yang masih dapat di dengar oleh Anis.

"Perlahankan sikit volume suaramu Aqilah, tak pasal-pasal Anis dengar nanti." Sahut Syifa seolah-olah berbisik.

"Buat apa nak takut, lagi pun memang betul Anis cuba mendekati Cikgu Adib." Komen Aqilah tanpa beban.

Anis datang mendekati Nur Aqilah dan Syifa. Telinganya panas mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka.

"Lain kali, kalau tak tahu perkara sebenar tak payah susah payah nak menghakimi orang lain!" Sahut Anis Umairah terus berlalu pergi keluar dari perpustakaan tersebut.

"Elehh, buat-buat alim, naif padahal gedik." Teriak Nur Aqilah yang sempat di dengar oleh Anis.

Nur Aqilah dan Syifa tergelak melihat Anis yang keluar dari perpustakaan tersebut.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience